Anniversary of Khai’s Nokia N73

Pejam celik pejam celik, dah genap setahun Khai menggunakan Nokia N73 hasil pemberian hadiah harjadi dari Kak Lea. Thanks Kak Lea! Bukan mudah untuk menjeleskan korang semua. Apetaknya, seorang akak yang hanya dikenali melalui internet sanggup memberikan hadiah berupa Nokia N73 kepada seorang adik yang juga hanya dikenali di Internet. Boleh baca entri mengenai Nokia N73 yang Khai tulis dulu.

Apa dah jadi kat Nokia N73 ni dalam masa setahun? Seperti yang diamatkan Kak Lea suruh jaga handphone ni sama seperti Khai sayangkan dia, Khai sentiasa jaga handphone ni setiap masa. Tapi Khai adalah seorang yang cuai. Banyak kali juga handphone ni hampir-hampir hilang. Tapi Alhamdulillah tetap ada di sisi Khai setiap masa. Yamaha 125zr tu pulak yang hilang ek? Haiya..

Khai still gunakan housing original dari dulu sampai sekarang. Ada la calar sikit kat keypad (hasil kuku yang panjang). Tapi body still mengancam dan sexy. Screen plak Khai baru ganti dia nye plastic cover tu (RM15). Nokia N73 ni, camera dia 3.2 Mega Pixels. So gambar nak kata cantik macam DSLR tu mana mungkin kan? Tapi still bila nengok boleh masuk dalam kategori cantik jugak la. Since handphone ni berada dalam tangan Khai, sejumlah 4322 keping gambar telah Khai snap dan 20% darinya ternyata pic entah apa-apa. So saja nak tunjuk korang beberapa gambar menarik sejak Nokia N73 ni ada di dalam tangan Khai.

Ini adalah pic pertama yang Khai tangkap lepas je keluarkan N73 tu daripada kotak. Ini member satu koleh Khai, Bob nama dia. Well, of course his nickname is Bob. Tu Khai punya kangkang. Haha

Khai punggah almari-almari lama kat kampung tu. Skali nengok ada banyak semut. Follow punye follow semut tu, sampai la gudang diorang nak clone bangsa dia. Haaa….. naik bulu romaa wooo..

Dulu Khai ingatkan kat Cyberjaya ni nak bukak satu shoping mall, tapi rupanya Khai silap coz ni sebenarnya rumah baru Tan Sri Lim Kok Wing tu… Rumah dia dalam kawasan rumah Tun Mahathir pulak tu. Siapa nak nengok, leh gi kat port Khai melepak, kat Cyberview, Cyberjaya.


Haha, ni jalan yang berdepan dengan rumah Tun Mahathir kat Cyberjaya. Err, dan siapa pula mamat yang main tengah jalan tu? korang teka la.

Siapa rasa kaki Khai ni seksi, tolong la angkat banner! Hahahaha. Jangan tunjuk perasaan okey.

Ingat lagi camane Nieza dok menggedik hari-hari mintak bawak dia naik motor. Hurm, sekarang motor pon dah takde, nasib si Nieza ni ade kereta.

Ni gambar masa tukar tayar belakang. Lihatlah betapa sayangnya Khai kat motor ni. Motor baru beli tak sampai 4 bulan, Khai dah tukar tayar baru. Alasan? dah botak sedikit. Logik tak logik, lantak janji motor ni tersenyum (pada pandangan Khai). Err, korang perasan tak number plat tu patah? tu si Zul la langgar pakai motor dia. Last-last dua-dua orang hilang motor sekali gus. Ngee..

Tesco Ampang. Ni la dia port terakhir tempat Khai melepak dengan Zul sebelum motor hilang pada malamnya. Kalau tahu nak hilang, jual je kat Tesco motor tu. 10 hengget pon takpe la janji tak berputih mata. Uwaaaa….

Khai ingat lagi dulu masa musim hujan, jalan nak masuk ke Desaria (Limkokwing Hostel) pon penuh dengan air. So bus memang tak lepas masuk apalagi motor Khai ni. So Khai bawak motor tu lenjan dalam lumpur tu. Fuh, terasa macam nak menangis je. Tapi tak sangka plak rupanya dia memang dah nak pergi.

Kat sini la port Khai bawak motor Khai mandi. Happy je kitorang masa tu main jirus-jirus antara satu sama lain (baca boleh, caya jangan). Oh mat spender tu bukan Khai yer.. Tolong sikit!!

Alahai kesian mat indon ni. Solat Aidilfitri atas jalan je. Since Masjid Petaling ni (rumah nenek Khai) dah dipenuhi mat indon dan bangla, Khai sendiri pun tak dapat sembahyang. So nengok je la orang solat raya. Bukan taknak solat atas jalan tu, tapi bersih ke jalan tu? Isk!

Ini kat Limkokwing University. Blur skit sebab zoom. Serious, awek yang pakai baju kurung tu memang cun giler. Walaupun mak bapak dia tak ajar duduk dengan sopan, tapi Khai still jatuh hati ngan dia. Hahaha. So kita snap gambar dia bawak jumpe bomoh (cakap je lebih). Nak tahu camne Khai snap pic ni? Member Khai buat-buat posing konon Khai nak snap pic dia, tapi Khai sengetkan sikit henpon tu biar nampak kat awek cun tu. Hahaha. Kalau awek dalam pic ni terbaca entri ni, bila u nak masuk minang I?

Alahai. Ni masa tunggu member Khai dari Johor datang KL. Ternampak plak pasangan ‘gay boy’ ni tengah buat majlis perpisahan. Peluk sana, raba sini. Rasa nak terajang je dua-dua ekor biar masuk bawah tayar bas. Nasib tak terbalik je Puduraya masa tu.

Ini masa diorang shoting drama Sindarela. Kat Limkokwing kan. Then Nieza pon sibuk la nak tangkap gambar dengan diorang. Kenapa Khai tak tangkap gambar ngan diorang? Ceh! Ingat Khai minat ke artis macam diorang tu?!! (minat sebenarnya, tapi malu la.. shhh)

Korang pun tahu mana satu air Khai kan. Neway, ni masa bukak puasa kat Hassan Cafe, Cyberjaya. Cafe mamak lebih bengap dan lembap dari biasa.

Ni kes paling tragis pernah Khai rakamkan dengan Nokia N73 ni. Kejadian ni masa Khai Semester 2. Ada sorang mamat Iran ni jatuh dari tingkat 7 hostel kitorang. Sempat la Khai nengok dia nazak (bapak sedih meleleh siot) sebelum mati ditempat kejadian. Innalillah.

Ni kucing akak Khai yang perasan hensem. Nama dia Black. Selain berkulit hitam (sebenarnya bulu), black ni juga memiliki telur kutu yang banyak since Akak Khai bawak balik dia ke kampung. Oh tidak!!

Khai suka betul dengan pic ni. Ni kat Limkokwing Hostel. Masa nak masuk bilik, ternampak plak siput khinzir (sebenarnya babi.. huhu) tengah duduk melepak ramai-ramai sambil isap rokok (baca boleh, caya jangan). So Khai pon amik la gambar diorang dalam mode Sephia macam ni. Nice tak? Ensem kan Siput Khinzir tu. Nak no tepon mintak sendiri.

Ni masa pergi nengok konsert Sofaz kat Cyberjaya (belakang MMU). Pergh kesian gila sebab tak sampai 30 orang pun yang datang masa tu. Hahaha. Nasib baik masa tu baru lepas hujan, so diorang boleh la kasi alasan tak ramai sebab hujan walhal, tak laku kot sebenarnye?

Ni meja Khai masa praktikal/kerja kat Limkokwing as web designer hari tu. Kat monitor memang penuh dengan sticky note (sepadan la dengan pressure kerja dia). Berdepan pulak dengan bos yang macam syial punye perangai. Tambah sejuta gaji pun, tak hingin nak kerja kat situ. Cukup la study kat situ jer.

Pic ni saja je nak nampak macam Khai nak pijak kereta tu. Yang konon nak tahan kaki Khai tu, si Zul (member yang hilang motor jugak tu). So jadi tak pic ni? Hehehe.

Ni first cheque Khai dalam alam pekerjaan. Kira gaji la tu. Kalau setakat cheque, banyak kali dah dapat melalui duit iklan kat internet ni (patutnya lagi banyak since Advertlets buat-buat lupa nak bayar). Oh ya, kalau nengok betul-betul kat pic atas ni, nampak Khai punye number akaun Maybank kan? Abis tak reti-reti bak kata Bersamamu TV3, Hulurkan Tangan Ringankan Beban. Hahaha.

Ah, cukuplah. Kalau Khai nak tunjuk gambar-gambar selebihnya ni karang, terbalik plak bijik mata korang nak layan. Hehe. Neway thanks for reading sampai sini. Korang memang best!!

Oh! Tidak Projek


Baru tadi Khai release projek ni. Siapa nama mereka yang ada dalam List YM Khai, pasti akan dapat iklan yang ditaja oleh Shieldtox tu kan? Blur? mean korang takde dalam list YM Khai. Di Oh! Tidak, korang akan dapat melihat pelbagai…. errr.. malas la cakap. Korang kene nengok sendiri. Ni URL dia: www.ohtidak.com.

Nantikan pelbagai lagi projek dari Khai dalam masa terdekat!! Domain (domain only, hosting takyah) sponsor diperlukan. Sila hubungi Khai. Sponsor bukan sebarang sponsor. Ada faedahnya. Lihat sendiri contoh di Oh! Tidak yang disponsor domain’nya oleh Amanz.

Nampaknya semua orang berlumba-lumba keluarkan projek baru kan? Seorang blogger yang nak namanya dirahsiakan ni pon dah release projek tambah dosa kering dia. Hahaha!! So korang bila lagi? Come-on, meriahkan dunia blogging Malaysia!!

Ditulis pada 9:44 PM 28 October '08 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 1,462 views | Dalam kategori: Lain-lain | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

29 Comments »

Comment by bd fabregas
2008-10-28 22:08:00

cayalah bro dpt n73 free.. baik tol kak lea tu ee..
alamak, ade pic amani la plak..

..
Comment by Khai
2008-10-28 22:30:56

Nape ko ade skandal ke ape ngan Amani tu? ingat aku sorang.. huhuhuhu..

..
Comment by bd fabregas
2008-10-29 06:51:37

hang ade nieza dh la bro..
amani bagi la aku plak..
hehehe..

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by hafreze
2008-10-28 22:43:15

hahahaa…dosa kering aku..kemak!!!!!..hahahahahahaa

..
 
Comment by xtreme_paranoid
2008-10-28 23:12:45

wahaha..
ko memang besh..
first pic tu mmg betoi2 menarik perhatian.
blh jadi post terhangat ni..huhuhu~

..
 
Comment by deennasour
2008-10-29 01:22:58

kesian gile kat mamat iran itu..
dan takziah kat motor kau~

..
 
Comment by Hamdi
2008-10-29 07:20:18

ko nak domain je bro?
hosting tak yah?
apa lagi, contact aaaa aku
aku kan best friend ko
ahahahahaha

..
 
Comment by lin
2008-10-29 11:48:33

cantik gambar2 yg ko amek..

..
 
Comment by nieza
2008-10-29 12:22:15

gmbar kaki dak pompuan mane la licin sgt tu..

..
Comment by zackrulz
2008-10-29 14:39:04

tuh kaki jantan bukan tulen tuh.. wakakkaka..

..
 
 
Comment by wenkt
2008-10-29 15:35:48

saya nak beli ruang iklan
sila contact saya kat email

thanks

..
Comment by zackrulz
2008-10-29 17:47:55

ko nak promote aper?
kim slam dkt shain.. eheheh
dier ker yg blakon dlm citer goda tuh?

..
 
 
Comment by azleah
2008-10-29 20:19:13

sempena penutupan scukz wat sementara waktu ni, tolong la ek check memana user yg tetiba kena ‘sweet escape’ oleh scuka tu sndri, ok? boring arr berforum guna nickname lain.

..
 
Comment by melayubuntu
2008-10-29 22:54:57

fuyyooo…ramai awek (balak) seksi yg ko amik..
bravo…ekekke

..
 
Comment by dragonfly
2008-10-30 08:59:57

check?bukan cheque kew?hihihi..seronot la tgk gambar2 ni..ada yg gembira, sedih, seram, geram..segala perasaan la ada…!!!

..
Comment by Khai
2008-10-30 17:25:58

Aiyark.. tq sayang betulkan entri i.. hahaha… hadoi la.. dah syok benar menulis… x perasan salah ejaan

..
 
 
Comment by nikillas
2008-10-30 19:09:38

ooo.. citer pasal nokia n73 tu eh.. wah.. ada lagi eh.. x sangka ye.. eh.. ko plak bile nak wat baik cam kak lea tu.. kasik la kat aku pulak nset.. huahahaha..

..
 
Comment by Truckster
2008-10-30 20:18:37

gile ngeri gambar 1st tu………bakal mencetuskan spekulasi panas tu beb

..
 
Comment by zieyn
2008-11-02 17:19:47

Nice pic…
nmpaknye ko mmg ade bkt dlm photografik..
Hah!nk tukar krjaye plak er?
nk jd jurugambar…nnt aku recommend kan kt
p.cik jiran aku..ok?
huhu…

..
 
Comment by saifullahism
2008-11-04 22:23:14

macam ku kenal minah yg x sopan tapi dimana yek???

anything, “iklan” Bob tu pling mnarek…hehehe

..
 
Comment by anis
2008-11-16 23:37:44

wallaaa…first tyme usya..besh!keep on ngan sajian yg besh2 utk diusya…n syabas lorr!!!!

..
 
Comment by mimi
2008-12-02 18:28:21

knape gamba x kuar?
huhu..

..
 
Comment by qazreen
2009-01-22 12:10:42

bro, ni ada nasihat skit.
bro jagalah enset tu elok2 sementara enset tu masih ada.
jgn jadi mcm aku, aku pn pakai n73 jgk,
tapi skrg dh ialng,baru pakai 4 bulan.
yg rembat tu bukan org lain, mmber sndiri (aku syak)
punya la susah payah ikat perut ari2 kumpul duit.
last2 ilang mcm tu je.

Khai says: adeh.. salam takziah.. khai pun ade nasihat ntuk qazreen, jaga motor tu baik-baik.. jgn hilang macam khai jugak.. yang curi pun bukan oang lain, pencuri2 jugak.. hehehe.. Hurm, takpe la bro, dah itu bukan rezki ko.. nanti Allah akan beri yang jauh lebih indah..

..
 
Comment by Azman Ishak
2009-04-15 21:34:33

khai… semua gambar-gambar nko lawar ar…
erk… nanti ajo aku amik gambar pakai kamera
npon ek??? nak beli dSLR tak mampu… kamera
npon murah cap ayam pon jadik ar~ :bloody:

..
 
2009-04-15 22:57:26

hehehe….sumernya gambar eksklusif….geram gak tengok awek Lim Kok Wing tu….

..
 
Comment by nu_Ox3r
2009-05-22 11:58:32

btul kata adik aku,kt lim kok wing tu mamat luar negara byk suicide.mamat afrika.ish2.pelik2.yg iran tu terjatuh@suicide?ak pnh g hostel ko khai.jmp adik ak.

..
 
Comment by hanc
2009-05-22 17:29:55

salam… lambat lak hanc baca entry nie… sal benda yang ada kat meja Khai masa praktikal tu… hahahah that is my fevrt coklet.. hanc mkn coklet je strbry x… hohohohoh… kotak tu hanc wat letak kertas je kat tempat keje hanc…huhuh.. best tgk semua…

..
 
Comment by Sofea
2010-06-11 18:57:26

awek tu ayu jer pakai baju kurung..tpi huhu stail die duk cm nk g lumba lari daaaa.. :oups:

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post