20 perkara menyebabkan lelaki dibenci wanita


Sesekali, berbicara tentang cinta. Hurm, sengaja Khai letakkan di sini. Moga dapat memberi ‘sesuatu’ pengajaran buat diri Khai dan korang semua yang dah ade teman hidup tu. Bukan apa, Khai tahu kita ni lelaki ada ego dan class tersendiri kan, tapi kita kene juga ingat, Tuhan kurniakan hati dan perasaan bukan untuk lelaki sahaja malah untuk kaum wanita. Apa yang lagi menarik, hati wanita itu jauh lebih lembut dari kita wahai kaum lelaki. So ikuti 20 perkara di bawah.

Via Scukz Forums

1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka… macammana tu?

3. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

4. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

5. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

6. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

7. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

8. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

9. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

10. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita.Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji… hahaha sedarlah!

11. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

12. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian.Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

13. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

14. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya.Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa egan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka emas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWE bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda!

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

Oh ya, korang yang awekawek tu jangan suka sangat. Khai suka sangat nak ingatkan kaum wanita juga, even kami ni Boyfriend yang korang sayang separuh mati dan korang tu girlfriend sehidup semati kami pun, tak bermakna awak tu dah mempunyai perkongsian hidup segala-galanya dengan kami. Janganlah asyik nak mintak duit jer. Awak bekerja, bukan cacat terlantar atas katil. Sekali-sekala boleh’lah kami beri, kalau dah bagi sekali nak lagi, susah la kan. Kami pun ada jugak benda yang nak dibeli. Bila dah jadi isteri, lain cerita lah.

Hurm, kadangkala lelaki ni suka dengan awek yang kuat merejuk ni, tapi kalau dah selalu-selalu bosan jugak kan. Sekali-sekala merajuk memang nampak cute. Tapi kalau sikit-sikit merajuk, sikit-sikit merajuk. Hahaha. Kalau pujuk senang takpe jugak. Ni merajuk muncung naik ke KLCC.

Dan ini masalah yang selalu jadi kat awekawek kat luar sana. Bila pakwe busy atau duduk jauh sikit dari dia, mula la nak buat hal. Keluar dengan lelaki itu la, ini la. Pendek kata senang sangat orang nak ajak keluar. Tak kesian kami ni ke yang terlebih setia ni? Walaupun alasan korang just friend atau mengisi kekosongan hidup yang sementara tu, korang tetap dah hancurkan hati yang satu lagi, iaitu jantan yang korang keluar tu. Mana ada lelaki nak keluar dengan perempuan kalau dia takde hati kat perempuan tu. Potong jari la. Hei, Khai lelaki. So i know la..

Passtt: Yang Khai tandakan dengan warna merah tu kadang-kadang Khai sedar yang itu semua ada dalam diri Khai. So dengan adanya entri ini, dapat Khai lebih berhati-hati. Siapa nak dibenci wanita weii..

Apa kata korang?

Ditulis pada 8:52 PM 19 November '08 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 1,090 views | Dalam kategori: Kisah Cinta | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

34 Comments »

Comment by amirull
2008-11-19 21:10:54

nape ade sesetengah poin tu dihighlight kan merah??

..
Comment by Khai
2008-11-19 21:36:29

Bukan ke khai ade tulis kat akhir entri tu? tak baca habis eh? hehe

..
Comment by amirull
2008-11-19 21:47:26

haah…
telepas…
hehe πŸ™‚
pis2 kacang pis!!
hoho…

(Comments wont nest below this level)
 
Comment by PakciQue
2008-11-20 12:16:03

Mula2 pon aku ingatkan kenapa ade lain2 kaler…baru je nak ty…seb baik dah dijawab…

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by meha
2008-11-19 21:20:28

hahaha~~btol jugak tuh ade gak yg btol dlm sume tuh.. cume part dengan kawan2 tu xstuju sgt..kalu meha lgi pentingkan kwan dr bf

..
Comment by Khai
2008-11-19 21:38:24

mmg ok kot.. cuma jgn melampau kot.. lelaki ni bukan x memahami.. faham.. tapi kalau terlalu pentingkan kawan sampai anggap kami ni tak wujud, terasa jugak hati ni..

..
 
 
Comment by Faiz
2008-11-19 22:21:33

Tidak la aku tahu sbb aku masih single..

hehe..

..
 
Comment by zelo55
2008-11-20 00:48:39

aku klau bab bace2 psl bnde jiwang2 n mmg btol2 lemah…
jadi malas ade ah…

mungkinaakh ak golongn UNromantic…

wahahaha…

wtf..

..
 
Comment by xtreme_paranoid
2008-11-20 01:27:37

good info..aku save ea?
mane tau aku ader awek in the future..
skang ni xder lagi..

huhu~

..
2008-11-20 02:58:07

ceh.. xtreme_paranoid promote diri sendiri nmpak. huhu.. kpd pembaca setia blog justkhai yg masih singgle tu (utk ladies je ek), pi la usha si xtreme_paranoid ni kot2 beliau sangkut ngan kalian. hehehe..

tp kau kena pastikan la dulu yg beliau sudah khatam dgn 20 perkara di atas. ahakz!

..
Comment by xtreme_paranoid
2008-11-20 12:29:29

ah ko..suka-suki ko je kate aku promote ea?
huhuhu~

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by |1f34|-|1r3
2008-11-20 02:44:29

aku pon ada 4,5 sifat di atas tuh…sbb tuh la kekadang gaduh ngan awek aku…hehe…sabar jer la beb..memang sebab dh nama nyer kita lelaki kot ?

..
Comment by Khai
2008-11-20 13:19:54

Haha.. no 5 tu bro.. lepak dgn dia, kena elakkan kot… kat umah leh la.. hehe… baru la dia sayang ko lebey..

..
 
 
Comment by azleah
2008-11-20 10:27:23

lelaki makhluk tuhan paling simple kat muka bumi ni πŸ™‚ lelaki kalau nak merajuk pun mcm x elok je kan… hahaha

..
 
Comment by nawkaz
2008-11-20 11:42:49

yeah..tips yg agak bergune..hahaha..

..
 
Comment by eda
2008-11-20 12:42:14

tapi lelaki jugak xske kalo wanita cam ni kan??
same jek..nobody perfect…

so..kn la same mengubahnyer….

..
 
Comment by affuan
2008-11-20 12:48:04

1.2.4.6.9.14 – itu adalah realiti aku. janji aku gembira dan isteri aku boleh terima. aku sayang dier. dier sayang aku. kami ada anak2 yang comel, kiut dan berhidung mancung. hahaha.

..
 
Comment by xflixz
2008-11-21 04:27:31

errkk..terasa gak aku neh…kene ubah ni.haha.

..
 
Comment by NuoX
2008-11-21 10:36:17

Aku baru 2 minggu break-up dgn awek aku dan setelah aku baca entri nie mmg aku ade sket2 terkene dgn antara 20 perkara tu…
Hmm….susahnye nak berubah spt yg pompuan nakkan…!!! Adoiyai…..

..
 
Comment by titan
2008-11-21 11:55:27

hehe..sesungguhnya, agak sukar kita nak penuhi setiap permintaan diorang tu. Kene ada give and take. Takkan sepanjang masa kita nak tunaikan permintaan diorang..

..
 
Comment by zool
2008-11-21 19:03:46

Ooo.. tips cintan cintun dari Khai, Dewa Cinta..
Huhuhuhuhu.
Yang penting dalam berkat dari orang tua…
Cinta padaNya lagi penting………..

..
 
Comment by kampunggurlz
2008-12-01 01:03:53

khai!!!!!!!!!!
bgus nye ko bbuh bnda alah ne r,,aku ske tol,,bkn ape,,bf aku pon ade masalah dy terdpt didlm blog ko ne,,hhehe…… ne yg mmbuatkn aku nk bgi mmat e 2 bce,,supaye bf aku ne x ler terlalu selalu nek kpla dgn aku,,hakhakhak
thankz yek khai!!!

..
 
Comment by cutybuttefly
2009-01-28 11:56:48

camne nak jage hati lelaki ha? :oups:

Khai says: Jangan curang.. n jangan buat ape yang lelaki tak suka… kalau dia x nak korang ada kawan ngan lelaki lain, jgn la kawan.. ni korang sayang, tapi saja plak nak jeleskan si lelaki.. pelik sungguh perempuan ni kan?

..
 
Comment by neokillvtec
2010-01-29 18:05:32

apelah,dh smua 2 sifat hormon laki,klo pmpn xmo smua 2 dptla laki bapuk

..
 
Comment by neokillvtec
2010-01-29 18:06:00

apelah bloger sekor ni,dh smua 2 sifat hormon laki,klo pmpn xmo smua 2 dptla laki bapuk

..
 
Comment by ma
2010-02-18 12:09:50

khai kaki putar belitt???
meninggikn suara??
mengongkong??
cm xcye je… :aie:

..
 
Comment by Naziella
2010-08-05 12:50:56

kenapa sy bace sumenye kaler merah??juz no 1 ngn 2 je hitam..yg lain2 sume merah..hurrmmm…

..
 
Comment by za
2010-08-05 13:04:45

urmm…20 sikap puan buat lelaki meluat ada?senaraikan la..apa khai ckp tu betul..betul..betul..tp kalo bf sndiri yg dah cakap..’lps ni kalo bab mkn2, awak jgn risau saya semua tgg, takpe la kan??siap bg elaun lgi..takpe kan?bukan dimtk mmg dibagi…walaupun stts gf je..http://justkhai.com/blog/wp-content/plugins/smilies-themer/Julianus/20×20-big_smile.png

..
 
Comment by kucai
2010-08-05 13:13:47

banyeknye masalah ko khai…..hehe πŸ™‚

..
 
Comment by Khai
2010-08-05 13:15:33

eh sorry2.. salah coded tadi.. tu yg semua jadi merah tu.. hahaha.. sabo je la.. ok fixed! πŸ˜›

..
 
Comment by Fud_i
2010-08-05 13:17:21

lelaki dan perempuan wajib brtanggungjawab bersama menjaga hubungan cinta ini..

..
 
Comment by Anarm
2010-08-05 13:25:36

semua yg ko senarai tu kadang2 ade, kadang2 takde kat diri aku.. die dtg ikut mood.. haha :o:

..
 
Comment by ...
2010-08-08 16:47:38

komited terhadap kerja..company suka oii..haha..mcm aku..klu keje..ssh nk brnti slagi xabis..tanggungjawab.. πŸ™‚ sj je..boss nmpk leh dpt bonus lbih..hahahaha :aie:

..
 
Comment by kunchalana
2010-10-06 05:04:18

kadang2,ade segelintir wanita yg bertindak mcm tu pd lelaki…tak dinafikan~

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post