Kekeliruan Mengenai Masjid al-Aqsa

633 views | Hantar ke Twitter! | Cetak Artikel Ini


Hari ni rasa hati senang sangat. Rasa dah lepaskan sebijik batu belah batu bertangkup yang dah lama terletak kat bahu. Harap dia pun sama la. Dengan ‘bersih’nya background blog ni, melambangkan betapa bersihnya jiwa owner blog ni jugak. Siapa la owner blog ni ek? Hurm, orang kata lelaki baik untuk perempuan baik. Betul ke? Apa pun Khai sedar jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Sekuat mana pun kita cuba dan mencuba, kalau dah bukan jodoh tu, banyak aja babi melintang duk menyebok. Berakhirnya sebuah kisah Cinta Batu Belah. Wallahualam.

Entri kali ni agak penting untuk mereka yang rasa sayang dengan Islam. Ianya mengenai kekeliruan mengenai Masjid al-Aqsa.. MasyaAllah. Ini kali pertama Khai tahu dan before tak pernah nak amik tahu pun. So dah tahu ni, better kalau Khai kongsikan bersama dengan korang. Mana tahu nanti kalau bukan kita yang tertipu, mungkin mak ayah kita, nenek atuk atau mungkin juga member-member yang berkesempatan mengunjungi Masjid al-Aqsa.

Tahukah korang pihak Zionis telah membina sebuah lagi masjid yang betul-betul berhampiran dengan Masjid al-Aqsa? Bukan saje berhampiran, tapi pembinaannya sungguh unik dan jauh lebih menarik dari Masjid al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam (betulkan Khai jika Khai silap). Masjid yang berhampiran al-Aqsa ni dipanggil “Dome of Rock” atau nama lainnya, Masjid al-Sakhrah.


Tujuan Zionis untuk mengelirukan umat Islam, bila di mana semua umat Islam dah percaya dan kagum yang masjid al-Sakhrah ni adalah Masjid al-Aqsa, ianya memberi kemenangan kepada pihak Zionis. So kalau diorang nak runtuh dan hancurkan kiblat pertama umat Islam tu pun, siapa yang nak meratapinya? Kan kita ada masjid al-Sakhrah.

So berhati-hatilah jika ke sana. Jangan sampai terkeliru. Sebarkan ini kepada semua. Sama-sama kita meng’imarah’kan dengan apa yang kita mampu untuk Masjid al-Aqsa.

Masjid al-Aqsa



Masjid al-Sakhrah


Kudos untuk Fuad kerana mengajak Khai untuk rasa bertanggungjawab mengenai hal ini. Gambar dari ar-Romli.

Psstt: Oh, hari ni majlis perkahwinan Mawi dan Ekin. Semoga kekal ke akhir hayat. Nantikan perkembangan di Oh! Artis.

Bookmark entri ini

Bookmark

Boleh print kalau nak

 Print Artikel Ini.

Ditulis pada 12:22 pm 20 December '08 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 633 views
Dalam kategori: Religion, Tergempar | Tweet This!

Eat This Google!: , , ,


RSS feed | Trackback URI

70 Comments »

Comment by syafiq
2008-12-20 12:29:01

memang betul pe yg khai tuliskan
mmg aku pn dah tau
tp mungkin ramai lg diluar yg tak perasan bnda ni
teruskan usaha mengupas isu2 mcm ni
๐Ÿ™‚

..
Comment by mumu
2009-01-23 20:12:33

yes, dis is totally rite khai. kudos utk awak. coincidenty, lasweek i was discussing this issue w my lecturer. zionis mmg kaum y dilaknat. hopfully all muslims out there will be aware w this kind of propaganda dat obviously tend to memecahbelahkan kita as a muslim.

..
 
 
Comment by diejiah
2008-12-20 12:31:22

zionis ni memang binatang… saja nak hancurkan umat islam terutamanya yang kat palestin 2..
tp jiran2 palestin semua pnakut,, tunduk kat zionis..
apa nak jadi la kat dunia skrang ni..

..
 
Comment by HafizWasa
2008-12-20 12:32:56

nice info..dulu ku pun ingat dome of rock tu al aqsa jugak…

masjid al sakrah tu zionis bina kan, so umat islam boleh solat kat sana?

..
Comment by Khai
2008-12-20 12:35:28

kalau dah namanya masjid, takkan x boleh nak solat pulak ye tak.. tapi entahlah.. maybe ada sapa2 yang dah pergi sana boleh kasitahu?

psstt: baru 2 minit release, korang bertiga dah komen.. syabas2… hehehe

..
Comment by HafizWasa
2008-12-20 12:39:05

aku slalu lepak blog nie..haha… tu yg cepat komen.

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by zkai_S
2008-12-20 12:53:07

cntik gak msjid al sakrah tu~
tp dekat gile zionis bina msjid tuh!
dorang nih mmg ade mcm2 cara nk jtuhkn umat islm!

p/s: bgusla khai da clearkn bground tuh coz slagi kite rase bdendam or marah.. tuh mcm kite perah limau nipis kt luka~ pedih!!

..
Comment by Ajmal
2009-08-27 23:50:45

ye betul cakap awk tu…….

..
 
 
Comment by Rjuna
2008-12-20 12:55:25

hal dua masjid ini memang ada diperjelaskan dalam Majalah 3, dalam kupasan isu Palestin dulu, diorang dibenarkan membuat liputan dan shoot video keadaan sebenar masjid Al-Aqsa

Masa shoot tu, ditunjukkan pihak Israel lahanat sudah mula mengorek tanah bawah masjid Al-Aqsa, kononnya disitulah tapak asal kuil orang yahudi, Kuil Haikal Sulaiman

..
 
Comment by Sabri
2008-12-20 13:22:07

isu ni dah lama sebenarnya, n sabri pun hampir terlupa n sabri pun rasa ramai lagi dkat luar tu yang tak tahu.. n thanx for ingatkan sabri dan rakan-rakan yang lain.. terima kasih bebanyak..

to zionis a.k.a yahudi, hurm, sejauh mana usaha korg nak jatuhkan Islam, lagi hebat Islam akan membangun.. Yo, Hidup Bersama disamping Menegakkan Islam.. tanamkan prinsip ni dalam hidup korang..

..
 
Comment by Malaynium_
2008-12-20 13:25:04

aku bru tau zionis bina satu masjid berdekatan masjid Al-Aqsa..
bikin panas ini org..
bleh solat ke x kt sini xtau la..
takut diorang ni ubah2 je benda suci cam al-quran..
anyway takut gak, pasal penah baca frame gambar dpn ayat kursi, pelapik belakang frame gambar salib..
thx for da info..

..
 
Comment by Fath
2008-12-20 13:36:15

Oopss… bahayanyee.. ๐Ÿ™

..
 
Comment by rohaizad
2008-12-20 16:12:47

Kalau betul, ini mesti dihebahkan. Radius jarak masjid tu tidaklah jauh sangat. Tapi bagi orang yang tinggal dekat situ, memang mengelirukan.

Bagi yang tinggal jauh, ralat perbezaan tidaklah terasa.Apa-apa pun ini satu berita yang ramai belum tahu. Bagus.

..
 
Comment by azleah
2008-12-20 16:34:24

huh. benci tul zionis tu.

..
 
Comment by wan
2008-12-20 17:40:27

Ala dah tau lama dah bende ni….kita dok sibuk dengan dunia sendiri, mana nak tau dengan dunia luar….

..
 
Comment by akusiktauk
2008-12-20 20:11:38

hal ni da lama berlaku.
tanda2 akher nk kiamat.
puak yahudi mmg nak musnahkn agama islam.

..
 
Comment by izzat
2008-12-20 20:24:36

utk pengetahuan sume.. sume yg ade dlm tembok 4 segi tu masjidil aqsa.. (samelah mcm masjidil haram tu.. cume yg kiub hitam tu kaabah..) dlm pic atas tu masjid yg berkubah biru tu xsilap aku name die masjid ibrahim.. kat ctu la org buat sembayang jemaah spt solat jumaat( sekarang ni pun).. tp kat dome of the tu boleh gak smbyg tp sempit sbb gua bwh tanah.. utk pengetahuan korang due2 masjid tu bkn kafir yg bina.. tp umat islam.. sbb tu tmpt ade sejarah dlm islam.. cuma cerita jd bebelit skang ni sbb masjid tu dah kene sekat bpuluh2 thn dr kunjungan org islam..

diorang nak roboh sbb katenye tu tapak gereja diorang.. tp sbnrnya bwh tu tsimpannye harta nabi sulaiman.. tu la keje diorang nak cr duit nak bina negara israel..

..
Comment by kEyNah
2008-12-21 12:40:57

betul!!…
saya pernah dengar ceramah daripada seorang ustaz mengenai kawasan sebenar baitul maqdis ni…
masjid al-aqsa sebenarnya meliputi satu kawasan yang luas dimana adanya masjid qibli, dome of the rock, masjid umar dan ada lagi (saya x ingat)… betulkan saya jika saya silap… harap maklum…

..
Comment by izzat
2008-12-21 19:07:01

tu la kot nama die masjid umar bkn masjid ibrahim..

pnh dgr perang akhir zmn nnti? mat saleh bg name perang tu armaegaddon.. ahh eja pon slh.. kat cni lah nnti

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by izzat
2008-12-20 20:28:47

jd kite perlu lindung semua kawasan empat segi tu bkn bgnannye je.. tembok yg diorang buat tmpt sembayang skang ni pun kene lindung.. sbb tu tmpt nabi ikat kude putih die.. kubbatus- sakhara tu tmpt nabi suruh batu tu tunggu jgn ikut die naik ke langit..

..
 
Comment by aman
2008-12-20 21:33:27

hoho..
nice info..
sebelum ini ada terbaca gak..
celaka gak si zionis nie..

..
Comment by zul
2009-09-17 08:11:39

zionis celaka gak??
bkan..
mmg sangat celaka!!

..
 
 
Comment by zulhusni
2008-12-20 22:16:03

salam bro, utk pngetahuan..masjid al aqsa yg baru kita knal pasti tersebut telah pon roboh pd 15 ogos lalu..zionis telah pon berjaya mempermainkn kita sehinggakn tidak sedar akn keruntuhan msjid tersebut..aku sndri pon leka ngn bnde lain..same2lah kita mnginsafi diri..

..
Comment by Khai
2008-12-20 23:15:48

lah ~ speechless.. sedihnya.. sampai x tahu menahu langsung…….

=.=

..
 
 
Comment by loque
2008-12-21 02:07:43

ya ya
teringat mase zaman mengerjakan umrah dulu
mase di Mekah
semua orang cerita tentang masjid zionis nih

dan inilah ujian yg kena tempuhi oleh orang2 Islam

..
 
Comment by xmindfreakx
2008-12-21 09:56:32

dome of rock…tempat dimana batu tergantung semasa peristiwa isra’ mikraj berlaku..masjid al-aqsa,ada yang kata termasuk la dome of rock…dimana kawasan masjid adalah luas…dari tempat sembahyang hingga ke dome of rock…

..
 
Comment by saffa
2008-12-21 11:26:26

…………
…..
adakah suati hari nanti kita akan menyaksikan berita pasal keruntuhan Masjid Al-aqsa?
harap2 tidak!

..
Comment by zulhusni
2008-12-21 17:39:21

da runtuh la saffa, baca komen kt ats..khai! u msti knal hafriz kn..die sepupu aku

..
 
 
Comment by izzat
2008-12-21 18:44:35

kalu dah ‘diruntuhkan’ mesti dah kecoh.. tp belom runtuh semua.. yg runtuh tu secara xsengaja sbb xstabil krn kat bwh die ade terowong yahudi buat..

masjidil aqsa semua dlm tembok 4 segi tu.. tmpt org buat smbyg jumaat yg berkubah biru.. yg berkubah kuning ade batu tgantung dan kesan israk mikraj

ceramah psl masjid ni pon byk.. aku pnh dgr ceramah dr seorang ustaz yg bertugas dgn aman malaysia di palestin

..
 
Comment by KNizam
2008-12-21 20:13:37

aku ada gak la dapat email pasal neh ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by an2blur
2008-12-21 23:46:41

Oh. Baru tau.
Info yg bagus.
Memang ramai lagi yg xtau pasal ni kat luar sane.

..
 
Comment by titan
2008-12-25 11:09:36

oh yan ni. mak aku ada bagitau masa dia gi haji aritu..

..
 
Comment by Aby RAd
2008-12-25 13:40:36

aku pun ada dpt emel bgtau psl bnda ni
bru skrg aku tau yg sbnr..

..
 
Comment by faisal
2008-12-27 20:24:48

salam…
betul2 tu…memang dia orang saje je nak tipu kita..

..
 
Comment by Farid Nazmi
2008-12-30 08:29:44

Assalam.yg sebenarnya..dome of the rock itu juga adalah binaan umat islam iaitu khalifa malik bin marwan pada zaman abbasiyah.cume kesnya,atas usaha zionis nak merobohkan masjid al-aqsa yang sebenar jadi diorang mula cetak banyak2 gambar qubbatus sakhra'(nama arab) dan sebarkan pada org islam dgn mendakwa itulah masjidil aqsa yg sebenar.sebab bila diorang dah robohkan nnt umat islam akn hilang sensitiviti sebab tak knal mana satu masjid al aqsa yang sebenar.Bawah tapak masjidil aqsa itu org yahudi anggap sbg Solomon temple diorg yg tlah dirobohkan.Sebab itula diorg usaha nak robohkan.Dan diorg anggap batu2 kat dalam dome of the rock tu adalah sebahagian dr temple tu.dome of the rock adalah salah satu masjid.bleh solat dalamnye.bukan kuil yahudi ye.batu kat dalam masjid tu merupakan tapak Rasulullah saw mi’raj ke langit.dome of the rock dihiasi dgn ayat2 al quran…dia bukan temple yahudi.tgk gambar tu kan.seluruh kawasan dalam dinding tu adalah tanah suci…dapat pahala 100 kali solat klo solat sekali dalam tu and the 3rd holiest place of Islam..so take note sume..sila kaji dulu ye.

..
 
Comment by Farid Nazmi
2008-12-30 08:32:43

N janga sedey..masjidil aqsa x runtuh lagi..cuma diorg skrg tgh wat terowong2 kecik kat bawah tu utk melemahkan strukturnya..atas nama excavation of solomons temple..yg x wujud tu..so masih belum terlambat…doakanlah kebebasan paletin especially gaza yg tgh kena serang teruk skrg.

..
 
Comment by amirez
2009-01-03 09:48:35

baru dpt tau drp kwn yg blaja kat mesir. katanya masjid al-sakhrah tu memang dibina oleh orang Islam, tempat di mana batu tergantung sebab ditahan oleh Nabi masa peristiwa isra’ mikraj.

tp dh x tampak batu tu tergantung, sebab ada gua. katanya, saidina umar buat gua tu sbb ada org zaman tu yg takut. Wallahualam. boleh solat kat situ, takde masalah.

..
 
Comment by namzR3
2009-01-03 22:14:48

masyallah..aku br tau psl nie…tq2x..

..
 
Comment by ann
2009-01-05 01:30:19

hmm. sape yg blaja history of art n architecture mmg da taw awal2 mne satu dome of the rock n masjid al-aqsa. hehe.

..
 
Comment by moon
2009-01-24 01:26:55

=( sedihnya kalu masjid al aqsa ini di robohkan oleh yahudi, mari lah same2 kita doakan agar allah pelihara masjid yg suci ini dari petaka yg dilakukan puak yahudi..

..
 
Comment by wak
 
Comment by Solehah
2009-06-01 21:57:39

Assalammualaikum,..sekarang nie,ade ke org islam solat kat masjid sakhrah tu & dah ada ke org islam tertipu???

..
 
Comment by sahel khan
2009-08-24 17:30:06

asalam o alaikum kuallonn napsenn zaiqatul mot
orang islam skarang banyak takut lagi pun banyak orang ingat sya orang muslims tapi tidak parcayah pada tuhan dulu masa nabi mohammad s.a.w x sampai orang muslim 100 orang pun tapi dia lawan sama ribo ribo kapir iman dan amal x de skarang parcayah habis semua keluar tauat e tabligh tu bagoss

..
 
Comment by aapka_nam
2009-08-24 17:32:25

salam sahel khan verry nice to cee your msgs good

..
Comment by Ajmal
2009-08-27 23:53:10

i agree with you….. :p :p :p :p

..
 
 
Comment by hidup Islam
2009-09-03 15:13:53

bukan qiblat utama,tapi masjid utama wahai saudaraku.
syukran untuk maklumat saudara

..
 
Comment by zul
2009-09-17 08:09:21

amat kasihan sekali pendudk palestin yg kini menderita akibat kekejaman yahudi-laknatullah. tidak mengapa. di akhir nnti, islam akan mencapai kemenangan. kita xboleh ragu atau was2 kerana kemenangan Islam ini telah tertulis di dalam al-quran. semoga Allah terus memberi smgat juang yang tinggi kepada askar-askar Islam di luar sane.ALLAHU AKBAR!!!!! =(

..
 
Comment by padi si lalang
2009-10-17 17:03:14

nape la aku lmbt bce mende nih…??? sdey gle….

..
 
Comment by kana
2009-11-13 17:55:04

ar, sedih dgn kejahilan umat. Dlm kawasan masjidil aqsa ada 4 masjid daa..termasuk kubbatu sahkra’. Kenapa cepat nak menyalahkan zionis sdgkan sendiri yang jahil…
perkara ini sepatutnya dah common knowledge di kalangan org Islam daa.
cermin diri dulu sebelum cari salah musuh..

..
 
Comment by BlingeBrilbog
2009-12-12 12:12:40

Sorry for commenting OFF TOPIC – what wordpress template do you use? It’s looking awesome!

..
 
Comment by aus
2010-01-28 05:38:15

tula..
ramai dah tertipu..sedih je aku tgk…
ni semua propaganda ni

..
 
Comment by Peace
2010-02-22 00:31:32

Aku memang la makhluk yang tak prihatin, baru terjumpa menda ni. Aku surf2, jumpa artikel ni,
http://abidfana.com/2009/11/01/bangunan-al-masjid-al-aqsa-yang-sebenarnya/

..
 
Comment by naz
2010-07-02 15:29:02

masjid al sakhrah tu bukan ke kubah batu?

..
 
Comment by caca gulaca!!!
2010-07-18 20:23:20

๐Ÿ˜€ ๐Ÿ™‚ :[ ๐Ÿ˜† :8 ๐Ÿ˜ :love: :love: hai!!!!!!!!!!zionis tak serik serik lagi kan!!!!!!!!!!!!……….. :oups:

..
 
Comment by harith
2010-08-24 01:52:42

kasihan kepada orang yg kurang pendidikan..
mereka x dpt nak bezakan antara al-aqsa ngan al-sakhrah
=( =( =( =(

..
 
Comment by joe
2010-12-08 02:16:15

jangan lah menghukum pada mereka yg tak tau…2 soalan.

bila masjid al aqsa dibina?

apa maksud masjid al aqsa?

..
 
Comment by Arecap GT-R
2011-01-29 16:12:14

nie semua adalah kerane freemason… :p

..
 
Comment by salam..
2011-03-16 10:46:33

zionis..penceroboh,xkan pernah puas..x sedar negaranya menumpang negara orang..bangsa y dilaknat Allah s.w.t…jgn hny tgk,meratap,tp x pernah berusaha..sekurang2nya,sedekahkan alfatihah utk saudara2 kita y dizalimi..

..
 
Comment by aku
2011-06-05 07:01:53

dome of rock n masjid al-aqsa tu mmg kawasan suci umat islam , boleh bace dalam huraian tentang israk mikraj . yang korang panggil masjid sakhrah tu adalah sebahagian daripadanya . mmg masjid al-aqsa tu qiblat pertama umat islam sebelum dialih kepada kaabah di mekah. kalo bace tentang palestin kita boleh tau detail. 8)

..
 
Comment by Tasya
2011-07-07 19:40:33

Ustaz saya beritahu, kawasan dalam tembok tu ialah kawasan masjidil aqsa. Bukan setakat masjid kubah hijau tu dan Dome of the Rock sahaja. Kawasan Masjidil Aqsa meliputi semua benda yang terdapat dalam tembok.
Bukankah ada hadis mengatakan jika kita solat di Masjidil Aqsa, kita dapat pahala seperti 500 kali solat. Jadi, jika kita solat di bawah pokok mana-mana pun atau di mana sahaja asalkan berada dalam kawasan tembok tersebut, kita dapat pahala berganda tu.

..
 
Comment by rembit
2011-07-15 20:15:19

Masjid al sakhrah d bina pada zaman khalifah abd malek marwan, khalifah bani umaiyyah.. manakala bg umat islam percaya bahawa masjid al aqsa d bina oleh Nabi Adam a.s di mana mengikut hadis nabi SAW bahawa masjid pertama d dunia ialah masjidil haram y pertama kali d bina oleh Nabi Adam a.s manakala jarak pembinaan antara masjidil haram dan masjidil aqsa hanyalah 40 tahun. Dakwaan yahudi bahawa masjidil aqsa ialah tapak haikal sulaiman (kuil yahudi) berdasarkan kitab perjanjian lama (taurat) padahal d katakan Nabi Sulaiman hanya pmbina kedua madjidil aqsa selepas masjid itu musnah akibat bencana alam, sama peristiwa ny seperti ketika Nabi Ibrahim yg membangunkan kembali masjidil haram buat kali yg kedua selepas d landa banjir.. oleh yahudi yg mereka gali d katakan ingin meruntuhkan masjidil aqsa untuk membina haikal sulaiman itu mmg benar, tetapi ad yg lebih penting iaitu yahudi percaya bahawa d bawah tapak masjidil aqsa (tapak kuil haikal sulaiman mereka) terdapat harta yahudi yg paling bernilai iaitu sebuah peti yg d namakan tabut sakinah, pihak yahudi percaya jika mereka dpt peti itu mereka akan menakluk dunia. peti tersebut (tabut sakinah) ialah peti emas yg padu, trdapat di dlm ny taurat yg asli, sepasang kasut Nabi Musa a.s dan lain2 brg lg.. Kisah tabut sakinah pernah d filemkan oleh holywood dlm sekuel filem indiana jones lakonan harrison ford..wallahu a’lam.

..
 
Comment by Cik Mentega
2012-02-22 19:58:55

salam…u..mntk izin share artikel ni yaa…thanks… ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by Arrr
2012-03-01 04:17:51

Masjid as-sakhra itu bukan masjid. dan bukan itu namanya. Namanya QUBAH as-sakhra. Dan ia adalah makam. Nama lainnya adalah Dome of the Rock. Ada batu terapung di situ. Ada sejarah peristiwa isra’ mikraj. It is a mousaleoum, not a mosque. Kbai.

..
 
Comment by shidy
2012-03-18 06:10:56

sila baca artikel ni.. untuk tahu hal sebenar hasil kajian yang dijalankan http://malai-ur.blogspot.com/2011/01/di-manakah-bangunan-masjid-al-aqsa-yang.html

..
 
2012-07-31 00:33:56

minta maaf kepada penulis blog..
masjid Masjid al sakhrah dibina oleh saidina umar selepas berjaya merampas kembali jurusalem. yang juga dikenali sebagai masjid umar yang mampu memuatkan 3000 pengunjung

..
 
2012-07-31 00:40:05

Pada saat Nabi Muhammad S.A.W menaiki buraq untuk ke langit, batu itu terangkat dan ingin mengekori Rasulullah, tetapi Baginda menghentakkan kakinya pada batu itu supaya berhenti mengikuti Baginda. Batu tergantung ajaib itu berada dalam “Kubah al Sakhrah” atau “Dome of The Rock” atau juga dipanggil juga “Masjid Kubah Batu” atau “Masjid Kubah Emas” yang tidak jauh dari kedudukan Masjidil Al Aqsa di Jerusalem. Jika diperincikan dari segi istilah, maksud โ€˜Dome of The Rockโ€™ adalah kamar untuk batu itu. Batu yang dimaksudkan adalah Batu Terapung

..
 
2012-07-31 00:48:10

Untuk mengetahui al-Aqsa, kita terlebih dahulu perlu mengetahui siapakah pembinanya. Menurut ulamak, tidak ada satu nas yang amat sahih menyatakan secara jelas siapakah pembina al-Aqsa. Cuma terdapat sepotong hadith sahih menceritakan secara umum pembinaan al-Aqsa,

Hadith Sulaiman bin Mahran al-Amash, daripada Ibrahim bin Yazid al-Tamimi, daripada bapanya Abu Zarr beliau berkata, aku bertanya kepada Rasulullah “Wahai Rasulullah, masjid yang manakah dibina terlebih dahulu (dalam sejarah) Nabi menjawab, al-Masjid al-Haram. Aku bertanya lagi, “Selepas itu? Jawab nabi, “al-Masjid al-Aqsa. Aku bertanya lagi, “Berapa jarak pembinaan antara keduanya? Nabi menjawab, “40 tahun..

Berdasarkan hadith di atas, oleh kerana jarak pembinaan antara al-Masjid al-Haram dan al-Masjid al-Aqsa adalah dekat, iaitu 40 tahun, ditambah lagi dengan umur umat terdahulu yang amat panjang, maka ramai ulamak berpandangan pembina kedua-dua masjid ini adalah orang yang sama. Justeru, dalam usaha mencari siapakah pembina al-Aqsa, adalah perlu untuk kita mencari siapakah pembina al-Masjid al-Haram di Makkah.

Sebahagian kita berpandangan yang pembina al-Masjid al-Haram ialah Nabi Ibrahim. Ini berdasarkan kepada ayat al-Quran di dalam surah al-Baqarah ayat 127:

Dan ketika Nabi Ibrahim dan Ismail mengangkat kembali tapak asas tapak rumah ibadah itu (Al-Masjid al-Haram).

Jumhur ulamak, walau bagaimanapun menyatakan yang ayat di atas hanyalah menunjukkan yang nabi Ibrahim membina kembali tapak al-Masjid al-Haram yang telah dibina oleh nabi sebelumnya. Dengan erti kata lain, nabi Ibrahim bukanlah orang pertama yang membina al-Haram. Sekiranya nabi Ibrahim bukan orang pertama membina al-Haram, maka baginda juga bukanlah orang pertama membina al-Aqsa.

Ketika mentafsirkan ayat di atas, Imam al-Tabari telah merekodkan beberapa riwayat mengenai pembina al-Masjid al-Haram yang sebenarnya. Antaranya ialah seperti yang dilaporkan oleh Aata bin Abi Rabah dan Abdullah bin Amru yang menyatakan bahawa pembina Kaรƒbah yang pertama sebenarnya ialah nabi Adam.

Apabila nabi Adam diturunkan dari langit, baginda telah membina rumah ibadah pertama di muka bumi dengan arahan Allah SWT. Baginda tawaf di keliling Kaabah tersebut, berdasarkan sempadannya yang telah ditetapkan. Kaabah itulah merupakan asal bagi al-Masjid al-Haram. Kemudian berdasarkan hadith Abu Dzar tadi, baginda telah membina al-Aqsa 40 tahun selepasnya. Adapun nabi Ibrahim, baginda hanyalah membangunkan kembali asas binaan tersebut yang telah roboh berikutan banjir besar serta faktor cuaca yang lain (semasa zaman nabi nuh)

Justeru, ramai ulamak yang menyatakan nabi Adam adalah pembina al-Aqsa kerana baginda juga membina Kaabah.

..
 
2012-07-31 00:50:28

betulkan saya jika saya tersilap atau tertambah

..
 
2012-07-31 01:06:16

untuk lebih lanjut, para pembaca yang dihormati boleh merujuk ke halaman ini

http://malai-ur.blogspot.com/2011/01/di-manakah-bangunan-masjid-al-aqsa-yang.html

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post

  • BloG HafizWasa » Starbuck Haram

Apa Entri sebelum dan selepas entri ini?