Tragedi Berdarah Selatan Thai – Ditembak ketika Solat Isyak

617 views | Hantar ke Twitter! | Cetak Artikel Ini

Hari ini blog ni sedikit berdarah. Kerana apa? baca la entri sampai habis kan. Pendek je pun tak membebel macam selalu. Hurm, awal bulan lepas kita semua digemparkan dengan tragedi 11 orang di selatan Thai yang ditembak di dalam masjid sewaktu menunaikan solat Isyak. Korang tahu ke tidak tu, tak tahu lah kan. Kejadian yang berlaku di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan (Sg Golok) ini meragut nyawa 11 orang yang tidak bersalah. Bayangkan lah korang tengah khusyuk menghambakan diri kepada Allah, tiba-tiba sorang-sorang rebah badan ditembusi peluru yang entah dari mana datangnya. Tak ke kejam tu kan?

Sudah la ditembak dengan ber’das-das tembakkan dari 4 orang penyerang, bila semua dah tumbang pun, still tak puas hati lagi dan menembak terus ber’das-das lagi tembakkan ke kepala bagi memastikan mereka benar-benar mati. Motif tak siapa yang tahu cuma yang pasti 11 orang Islam yang tidak bersalah, pergi meninggalkan anak bini dan keluarga tanpa sebarang pesan atau wasiat. Sedekahkan Al-Fatihah kepada saudara kita yang terkorban. Lagi gambar menyusul..

Fakta Lain:

– Kejadian berlaku amat pantas kira-kira lima minit di mana empat lelaki dikatakan menyerbu masuk ke dalam masjid dari arah pintu belakang manakala dua lagi dari arah tepi.
– Kesemua mereka bersenjatakan rifel M-16 dan pump gun serta memakai seragam hitam serta bertopeng.
– Serangan tersebut turut menyebabkan imam masjid, Wan Nasir Wan Abdullah, 62, terkorban manakala 12 parah dan dua terselamat.

Hari ini hari mereka mati cara macam ni, esok lusa kita mati nanti cara apa pulak ye? Renung-renungkan dan selamat? Selamat apa? for the first time nak tulis serious sikit, renung-renungkan dan selamat beramal la.. hehe.

P/s: Baru balik mandi air panas daa kat Kuala Langat. Lepak-lepak kat Bukit Ampang dulu nengok orang romen-romen ibarat tiada hari esok.. then pergi mandi air panas daa.. pukul 3 pagi lak tu kan. Hahaha! Memang takde keje.

Bookmark entri ini

Bookmark

Boleh print kalau nak

 Print Artikel Ini.

Ditulis pada 6:00 am 3 July '09 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 617 views
Dalam kategori: Hidup Khai, Religion | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

36 Comments »

Comment by azizwan(dot)com
2009-07-03 06:09:35

ni yg tempoh hari tu ke atau yg baru lg khai?

..
Comment by Khai
2009-07-03 06:14:12

9 june wan..

..
Comment by azizwan(dot)com
2009-07-03 06:27:34

owh.. yg tempoh hari la ni kan.. ingat yg baru lg sbb yg tempoh hari tu aku x nengok lg gmbarnya. pasal ko letak gambar ni, tu yg aku tanya. huhu..

klau ada lg kejadian mcm ni lps ni, memang syial la kaf**2 (maybe) yg buat tu. semoga depa dpt balasan dunia dan juga akhirat :bloody:

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by Khai
2009-07-03 06:14:23

SUNGAI GOLOK (Selatan Thai) 9 Jun – Kejam dan tidak berperikemanusiaan!Mungkin itu yang dapat digambarkan tentang pembunuhan 11 jemaah ketika solat isyak di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan, 50 kilometer dari bandar ini kira-kira pukul 8.50 malam tadi (waktu Malaysia).

Setelah melepaskan tembakan dari dua pintu masuk masjid, enam penyerang itu dikatakan masih tidak berpuas hati dan masuk ke dalam masjid sebelum melepaskan beberapa das lagi tembakan bagi memastikan jemaah terbabit benar-benar mati.

Tragedi terbaru yang menjadikan masjid sebagai sasaran, berlaku pada hari yang sama Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva melawat Malaysia dan memperbaharui komitmen untuk mengakhiri konflik yang berlarutan sejak 2004 di wilayah bergolak itu.

Kejadian itu menambahkan jumlah korban yang kini mencecah lebih 3,700 orang dan masyarakat Islam di wilayah itu bimbang kejadian lebih buruk akan menyusul semula dan ramai yang percaya kejadian terbaru didalangi pihak berkuasa.

Bagaimanapun sehingga kini masih belum dapat dipastikan motif sebenar pembunuhan kejam itu tetapi ada yang berpendapat berpunca daripada dendam dan pihak tentera Thai menafikan sebarang pembabitan anggota mereka.

Seorang saksi, Hassan Deraman, 17, berkata, kejadian berlaku amat pantas kira-kira lima minit di mana empat lelaki dikatakan menyerbu masuk ke dalam masjid dari arah pintu belakang manakala dua lagi dari arah tepi.

Katanya, kesemua mereka bersenjatakan rifel M-16 dan pump gun serta memakai seragam hitam serta bertopeng.

‘‘Ketika kejadian berlaku saya bersama tiga lagi rakan berada dalam wakaf kira-kira 15 meter dari pintu masuk utama masjid ini, Tiba-tiba kami mendengar bunyi tembakan yang kuat bertalu-talu.

‘‘Kami bersembunyi dan bergerak ke tempat kejadian dengan perlahan-lahan dalam gelap untuk melihat apa yang berlaku dengan lebih jelas.

‘‘Saya kemudian melihat mereka memasuki masjid ini dan melepaskan tembakan ke arah kepala serta badan jemaah yang terbaring dalam ruang solat, tembakan itu dilepaskan bagi memastikan kesemua jemaah ini benar-benar mati,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di tempat kejadian.

Hassan berkata, penyerang dipercayai memasuki kawasan masjid melalui hutan dan kawasan ladang getah di bahagian belakang bagi memastikan kehadiran mereka tidak disedari.

Katanya, pembunuh kejam itu tidak memasuki masjid melalui pintu utama kerana ia diterangi dengan cahaya lampu.

‘‘Selepas bunyi tembakan hilang, beberapa orang kampung datang dan saya bersama mereka memasuki masjid melihat mayat bergelimpangan dipenuhi dengan darah.

‘‘Ketika itu, hanya dua jemaah terselamat tanpa sebarang kesan tembakan. Salah seorang daripada mereka adalah ‘tok siak’ masjid, bagaimanapun akibat terkejut dengan serangan tersebut dia pengsan kerana serangan jantung.

‘‘Seorang lagi yang terselamat adalah ahli kumpulan ‘tabligh’ yang datang berdakwah di sini, dia terselamat kerana ketika itu sedang sujud dan setelah mendengar bunyi tembakan dia meniarap dan berpura-pura mati,” katanya.

Serangan tersebut turut menyebabkan imam masjid, Wan Nasir Wan Abdullah, 62, terkorban manakala 12 parah dan dua terselamat.

Kesemua jenazah dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira pukul 11 pagi ini dan tinjauanUtusan Malaysia mendapati perkarangan masjid itu dipenuhi oleh kaum masyarakat Melayu Islam dari tiga daerah yang bergolak itu.

Malah ketika itu, ruang solat masjid berkenaan masih dipenuhi darah dan ia dibersihkan sepenuhnya oleh anggota tentera kira-kira pukul 5 petang ini.

Tinjauan juga mendapati dinding dalam masjid tersebut turut dipenuhi kesan tembakan dan kawalan keselamatan di kampung berkenaan ditingkatkan.

..
 
Comment by Mr.Bintang
2009-07-03 06:41:57

Kesemua mereka mati syahid.. syukur alhamdulillah..

Pssst: Khai.. linkwithin tu camne eyk nk wat 4.. 🙂 share eyk? hehehe..

..
 
Comment by blowie
2009-07-03 06:42:02

adekah ini konspitrasi gov. thailand? 😎

..
 
Comment by Hamdi
2009-07-03 06:55:09

ya Allah, apa nak jadi ngan dunia skang nih?
huh
makin teruk dan makin jahil manusia skang nih?

..
 
Comment by izzat aziz
2009-07-03 07:23:38

masa thailand duk sibuk berlawan dengan sapa perlu jadi perdana menteri, benda-benda ni berlaku.. akibatnya perkara ni disisih dan menjadi minor problem. Umat Islam di thailand besar lagi cabaran dia so bersyukurlah dan pndai-pndai lah jaga negara kita dengan islam yang betul supaya benda-benda ni tak berlaku.. Malaysia patut ambil tindakan yang lebih tegas kecuali berbincang dengan berjabak tangan tak cukup.. kata terlalu jauh dengan palestin, so tak yah nak menjerit-menjerit kita menyokong palestin kalau umat islam jiran kita pun tak terbela.. =(

..
 
Comment by Ina
2009-07-03 08:21:23

nape la jd mcm nie… sedih dengan nasib umat islam skg nie yg betul2 memperjuangkan agama. kalo yg islam hanya atas nama biarkan je la..

..
 
Comment by catzer
2009-07-03 09:06:56

Gile kejam..kita patut bersyukur di Malaysia ni terlalu banyak masjid tinggal nak dtg solat berjemaah atau tidak jerk..tak perlu takut nanti kena tembah/sembelih. :-[)

..
 
Comment by misa
2009-07-03 09:43:49

Subhanallah..Masyaallah..
diorg mati syahid…msuk syurga terus.. =(
sdgkan kita??
xtaw lg camna keadaan mati kita..

pertingkatkan amalan utk dijdikan bekal ke hari 9t..

sekian…

..
 
Comment by KampungBoy
2009-07-03 09:47:28

dan pastinya ini perbuatan orang bukan islam
sejahat2 orang islam pun
tak sanggup membunuh seagamanya dengan nya
lebih2 lagi dalam masjid

..
 
Comment by misa
2009-07-03 10:12:36

Di manakah semangat persaudaraan Islam, sebagaimana yang Rasulullah sabdakan,

mafhumnya umat Islam itu bagaikan anggota badan, jika satu sakit maka yang lainnya turut merasa sengsaranya?

Jangan sampai terkena pada diri kita sendiri,msa tu bru nak menagih simpati umat Islam yang lain tidak peduli, baru kita rasa betapa peritnya.

..
 
Comment by Amirez
2009-07-03 10:49:47

lepas kejadian tu ada lg kes org Islam kena tembak.
org tu dikatakan kena tembak di kepala masa dia tgh naik motor. org yg tembak tu org kampung dia jugak yg diupah. sampai skang org tu tak balik2 kampung.

org tu adalah ayah sedara kawan sekerja aku.
tp tak masuk berita pun.

..
 
Comment by denaihati
2009-07-03 11:18:53

ada seorang terselamat beliau tu dikatakan jemaah tabligh…begitulah apabila umat Islam tinggal di negara bukan Islam…kalau tengok di YouTube bagaimana warga Palestine di buli oleh askar Yahudi teringat dan terbayang bagaimana teruknya sahabat-sahabat Nabi di dera oleh Kaum Kafir ketika itu….semua kejadian itu adalah pengajaran dari Allah untuk mereka yang BERFIKIR.

..
 
Comment by Anarm
2009-07-03 11:23:20

mentang2 die ade m16.. kalo aku ade power cam son goku, dah lama aku kame hame haa org2 laknat tu.. what the fox :((

..
 
Comment by paes
2009-07-03 12:20:16

well ape yg kite ley wat selain dari simpati dan berdoa jerk.. :oups:
tp mcm mana pon cuak oh klu mende ni berlaku kat malaysia, mtk2 dijauhkan la..

..
 
Comment by Adney
2009-07-03 12:42:33

Thailand? Entahlah.. agak menakutkan.. ape2pun. innalillah pada diowang..

..
 
Comment by fadzerin
2009-07-03 12:47:58

if mati macam ni dikatakan mati syahid ke?

..
Comment by iZwaN
2009-07-03 13:04:40

Aku yakin mereka syahid…
mna tak nye…tgh smayang kot…

..
Comment by misseda
2009-07-04 12:56:40

erm..kalo dorank mt lam membuat ibadah…dapat la Mati Syahid Kubur kan..kalo xsilap…same gak kalo seseorang tu mati ms nk wat sesuatu Ibadah like, kerja, sekolah,solat,bersedekah,melawat ibu bapa dan bnyk agi la…

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by iZwaN
2009-07-03 13:06:09

Semoga negara kita jauh dr segala ancaman bahaya…amin~~
Hidup lah dgn aman,damai,sejahtera dan harmoni…

..
 
Comment by zool
2009-07-03 13:10:06

Hm.. rasanya akan berlaku tak ke negara kita?? Cam ada nampak2 ke arah tu

..
 
Comment by Kill-Vearn
2009-07-03 13:16:51

ape yg boleh aku katakan, kita tak boleh menghukum seseorg tu masuk syurga ke neraka… itu semua adalah kerja Allah dan ianya rahsia Allah…melainkan Nabi atau Malaikat memberitahu manusia bahawa seseorang itu ahli syurga atau neraka… jadi jgnlah kita pandai2 nak menghukum ketentuan Ilahi… just kita boleh mendoakan moga mereka ni syahid dan menjadi ahli syurga… Wallahualam…

..
 
Comment by Low Income Dude
2009-07-03 15:24:21

apa nak jadi la dgn dunia ni…

..
 
Comment by rEdpEanut
2009-07-03 15:33:14

diorg tu sesuke jek ke nak tembak??..
ape motifnyer.???..sesaje ke sengaje ??

..
 
Comment by ejardkethot
2009-07-03 16:22:11

haa…yg ni ada tgk kt berita..
mmg mati syahid la mereka ini.. :bloody:
ntah la masalah org nk bunuh depa…innalillah

..
 
Comment by hafizmd
2009-07-03 17:13:07

memang kejam sape yg tembak tuh..tp diorang sgt mulia di sisi NYA..mati ketika menghambakan diri padaNYA..moge kesudahan kite pun dalam keadaan yg baik..ameen..

..
 
Comment by Roslan Nazri
2009-07-03 19:13:07

mak aih!!! kejam gile babai!! harap di golong dalam golongan mati syahid… mmg neraka jahanam la org yg fakap tuh..hampeh giler!!! kalo aku leh pum gun kapla diorang balik.. :-[)

khai apsal jadi selatah thai??? cam jelatah sedap di makan jer

..
 
Comment by passing by kamen rider
2009-07-03 19:55:27

sebagai umat islam ape patut kite buat ek khai? hehe.. pelik lah zaman skrang ni, org Islam dah tak sekuat and x sehabat dulu.. di manakah silapny… =(

..
 
Comment by fifie ierina
2009-07-03 20:56:15

semoga keluarga mangsa kejadian kuatkan semangat dan tabahkan hati.. astaghfirullahal’azim… truk dunia skg ni.. pe salah Islam umatnye dlayan sedemikian rupa? :bloody:

KEJAM…!!! BENCI KAFIR LAKNAT!!! =(

..
 
Comment by Siti R
2009-07-04 00:23:21

Innalillahi wainnailaihi rajiun….

Semoga konflik di selatan thai dpt diselesaikan dgn segera agar xde lg yg akan jd mangsa

..
 
Comment by megat
2009-07-05 00:04:38

syukurlah negara kita tidak seperti itu tapi bersimpati atas pemergian yang tidak diduga. ingin berkhalwat dengan allah tetapi mendapat musibah sebegitu rupa. subhanallah.

di negara kita bakal berlaku sedemikian rupa jika tidak diterapkan dengan nilai-nilai murni. ini berlaku kerana ada sesetangah orang yang boleh dibeli untuk melakukan sesuatu tanpa perasaan.

ini juga boleh berlaku sekiranya stress terlampau tidak dikawal sebaiknya.

..
 
Comment by passing by kamen rider
2009-07-10 09:53:02

mungkin kh salah segilintir umat islam sndri.. yang tak menghargai nikmat islam yang Allah kurnia kan pada mereka.. yelah, bala tetap akan diturunkn kat sesuatu kawasan atau golongan itu jika ade kemungkaran berlaku, meskipun ade org beriman dikalangan mereka.. maka yang sering wat kemungkaran tu, insaf2 lah.. mane yg soleh yg nmpak kemungkaran di hadapan mereka, tergur2 lah, jgn lah pikir diri sendiri saje, slamatkn lh umat2 islam yg lain dari terus di belenggu kegelapan dan hasutan syaitan..

..
 
Comment by pening
2009-07-13 09:23:15

rase sedih & terharu dgn nsb org2 Islam d selatan Thai…semoge konflik ni dpt d selesaikan dgn care yg baik….

..
 
Comment by rafie
2009-09-28 14:34:44

kimak tul kafir………
bunuh owng yg xberslh……..
klu aq ada kat sna.aq snggp mati syhid pertahnkn masjid…..
d..m n f.ck……. 4 :p .all non muslim

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post

Apa Entri sebelum dan selepas entri ini?