Ada Apa Dengan Drama Melayu?


Bila takde kerja dan banyak masa terluang, mesti Khai habiskan masa melayan Youtube. Itu pun kalau P1 W1max ni stable la. Kalau sampai masa dia buat hal, amik tilam yang lembut nih, baring lepas tu guling-guling dengan tilam sekali. Jadilah macam inti kelapa dalam kuih gulung. Boleh bayangkan? Hehehe.

Breaking news here, Mr Khai dah dua bulan tak nengok TV. Rumah ni takde TV siot.. Sigh~ TV tu memang tak penting dalam hidup Khai asalkan ada internet. Tapi sometime rasa macam perlu je TV tu. Khai tak suka tahu sesuatu lambat dari orang lain. Masa ada TV dulu, cerita tak pernah miss nengok ada tiga je.

1. Melodi – TV3
2. Ghost – 8TV
3. Blogger Boy – 8TV

Bila dah dua bulan hidup tanpa TV ni, semua dalam senarai tu, totally bergantung sepenuhnya pada Youtube. Lambat uploader tu upload cerita, termenung je la kan pandang dinding (buat-buat macam takde kerja lain).

Ghost sekarang dah ada dua musim. Dua-dua musim tak miss buat review kat blog ni. Kalau terlepas tu, pandai-pandai lah guna function search kat header blog ni yer? hehe. Ramai yang email dan tinggalkan komen cakap thanks sebab promo cerita tu. Ye la, kalau cerita tak best, takde maknanya nak promo kan? Ghost ni ada yang komplen boleh merosakkan akidah orang Islam. Ye la hantu hidup la katakan. Khai sampai sekarang tak faham, ada ke yang boeh rosak akidah dia sebab nengok cerita macam tu? Siapa yang bodoh sangat percaya? dah tu tak reti-reti nak bezakan hiburan dengan fakta.

Ghost season 2 dah nak tamat minggu ni. Kalau ada yang terlepas, boleh la layan kat Youtube. Series Ghost ni, series terbaik pernah Khai nengok kalau series yang made in Malaysia. Kalau 8TV dan Popiah Picture dah DVD’kan nanti, sure la Khai jadi orang first yang beli. Gerenti! Wajib buat koleksi cerita-cerita terbaik macam ni.

Another one – Blogger Boy. Cerita ni memang interesting gila. Suka nengok Budi, Kid dan Nina dalam cerita tu. So sweet like sweet-sweet (gula-gula). Hahaha. Rugi la siapa tak nengok. First impression Khai pada cerita tu, sedikit tak baik. Konfius diorang ni cerita pasal blogger ke, pasal pelukis komik. Masuk episod dua dah faham. Budi tulis blog dengan cara tersendiri. Tanpa sebarang tulisan, tapi hanya sekeping atau lebih gambar komik yang di’upload. Ada dapat email dari someone suruh kondem cerita ni sebab Nina tu boleh sewa bilik dalam rumah Budi. Which is sangatlah memalukan. Rasanya sekarang pengirim email tu pun dah faham yang Nina tu hanya sewa bilik untuk letak barang-barang photography dia. Bukan tidur serumah pun.

Satu je la yang paling hebat cerita-cerita dari 8TV ni. Tahniah dulu buat krew belakang tabir yang terlibat. Korang tahu ape? Macam Ghost, diorang banyak menyentuh sesuatu berkaitan internet. Penonton seperti Khai dan mungkin korang, sure akan tertarik dengan cerita yang melibatkan pasal komputer dan internet ni.

Contoh satu scene, dia search “Edmund Soo” kat Google. Keluarlah result, Then ada result link ke blog Edmund Soo. Khai cuba sendiri search kat Google, dan memang sebiji macam dalam cerita, Khai terus sampai ke blog Edmund Soo. Cool man! Diorang awal-awal dah ready’kan semua tu sampai blog dia pun sama macam kisah dalam cerita. Itu yang membuatkan kita terpukau yang cerita tu macam lah betul-betul kisah benar.

Blogger Boy pun sama. Apa yang terpapar kat blog si Budi dalam cerita tu, boleh korang layan sendiri kat internet. Pergi ke BloggerBoy.Com.My dan cari link “Blog Budi”. Apa yang best’nya cerita ni ibarat berinteraksi antara Budi dan pembaca blog dia. Memang kelakar. Even diorang dah shooting awal pun cerita tu, blog dia sentiasa follow cerita kat TV. Which is date semua exactly macam dalam cerita. Salute habis!

Perkara-perkara ni nampak kecil, tapi memberi impak yang besar dalam industri filem dan drama negara kita. Rasa macam up lagi satu tangga.

Pernah korang nengok cerita melayu yang hidup segan mati tak mahu? Khai banyak kali nengok drama melayu yang tak boleh blah.

1. Ada babak menaip. Kamera fokus kat jari jemari dia yang menaip tu. Kemain laju mengalahkan hacker. Bila tunjuk monitor, hell man! Huruf keluar satu persatu macam budak tadika baru belajar menaip.

2. Drama berkisahkan cinta cyber. Pelakon dia konon-konon hari-hari chat la untuk cari pasangan hidup. Bila kamera fokus monitor, Hah! Menaip kat Microsoft Word. Pernah ke orang chatting guna Word? Sah la dengan pengarah, pelakon dan semua krew, buta komputer tahap bebal.

3. Satu babak dalam pejabat. Bos yang betul-betul sibuk buat kerja dengan komputer. Tiba-tiba ada orang masuk. Bila kamera fokus dari belakang, nampak la apa yang ada kat monitor dia. Korang tahu apa yang ada? Semata-mata Microsoft Paint. Habis tadi yang kau menaip gila babi macam orang busy sangat tu, apa nya? Kadang-kadang lagi best, tak bukak apa-apa terus. Nampak desktop dan taskbar kosong je. Jangan cakap dia praktik menaip.

Tu antara beberapa perkara yang Khai nampak dan masih ingat. Korang sure la pernah nampak perkara-perkara macam ni kan? Perkara yang memang menunjukkan masih ramai rakyat Malaysia buta IT. Amat memalukan. Apa yang 8TV cuba lakukan memang harus dipuji dan di’salute. Kerana itu wujudnya entri ni sebagai tabik spring pada mereka yang terlibat.

** Tiba-tiba terdengar suara bergema entah dari mana..

” Woi Khai, dah azan Subuh dah tu. Tak reti-reti nak tutup komputer? Solat? Membuta?”….

Errr.. baik hantu!!

Ditulis pada 6:13 AM 10 July '09 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 1,673 views | Dalam kategori: Hiburan | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

52 Comments »

Comment by azizwan(dot)com
2009-07-10 06:31:48

huhu.. aku bkn kaki drama dan tak pernah nak follow mana2 drama berepisod.. so, memang ghost dan blogger boy ni tak tgk pun.. tgk bila kebetulan je. that’s mean, taklah smpai kena sign jam bagai dan terpacak dpn tv.

tp yg taip menaip tu aku setuju sbb aku pernah juga nmpak.. menaip bkn main laju gila babeng, tp bila camera shot kat screen, tgk huruf yg kluar sama laju je mcm aku menaip sebijik2 ni :bloody:

..
Comment by azizwan(dot)com
2009-07-10 06:53:36

screen is monitor. hehe ๐Ÿ™‚

..
Comment by Kreuger
2009-07-10 20:31:40

hhahaha… mende yang nko highlight/quote dalam green box
tuh memang aku akui bai.. kekadang nampak stupid le membohong tak hagak-hagak macam tuh.

ape salah nye kalau real buat. nampak ar matured skit drama tuh, meskipon drama.

P/S: skang ni dah lame aku tak tengok tv. tah pe cer pon tak taw. aku just layan CSI. itu pon kalau ade mase. citer lain.. oh tak bleh blah buat mase nih.

(Comments wont nest below this level)
 
 
Comment by x-po
2009-07-10 14:52:41

hahaha btl2…aku pun slalu prasan…ala, cite yg bajet murah kot yg cm2..haha

..
 
 
Comment by Mr.Bintang
2009-07-10 06:36:34

hahaha.. betulยณ…

bukan malaysia je sengal..
kalau khai pnah tngk cite latin.. same gak..
paling kelakar dan tak boleh blah..
punye la laju je dia taip.. mcm bnyk keje.. skali fokus kat monitor.. baru kat login window.. bistu ape yg die taip tadi?? hahahahaha.. :[

apeยฒ pun.. bloggerboy mmg best.. tp aku slalu miss.. :((

..
Comment by Khai
2009-07-10 16:54:07

kalo miss, layan kat website 8TV.. kena daftar dulu.. kalau nak mudah, kat utube aje.. macam khai slalu buat.. hehe

..
 
 
Comment by Luth Textile
2009-07-10 06:44:20

aku pon sama macam azizwan, tak minat nak tengok mana – mana drama melayu kat tv mahupun kat panggung. Kalau filem yang gempak tu baru aku layan. kalau tak, tak la tengok sangat citer melayu neh, banyak tengok cerita luar..

..
 
Comment by lilacfla
2009-07-10 06:54:35

hurm aku tak pernah tengok ghost. lepa baca ni aku rasa nak nengok pulak. ๐Ÿ˜›

blogger boy aku tak suka gal dia sekshi…

..
 
Comment by blurrypinky
2009-07-10 07:05:39

ada lagi satu khai…

Menaip kan huruf yang same jer..tak pernak nampak jari diorg spread ke seluruh huruf kat keyboard tu…”ketak..ketuk..ketak..ketuk…” kat huruf same jer..bunyi takmo kalah pulak..huhu..

nway…tetibe terpk…khai ala2 nerd jugak ke ek…cam budi..ahaks ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by apiz
2009-07-10 07:06:24

aku ni kaki drma jgak, tp klu da tengok satu2 cita lama2.. sbb kekadang smpai waktu suspen dlm citer tu, tetibe continue… tu yg kena tunggu ari lain lak… ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by kyrul
2009-07-10 08:09:30

citew kat 8tv mang best!!! sume drama series dia best nak2 yang dari hollywood!!!! 8tv mmang feveret aku

..
 
Comment by sleepy
2009-07-10 09:46:37

Qi mase jd pengacara destinasi bajet mmg best..

..
 
Comment by mohdisa
2009-07-10 10:42:50

haha, baik hantu yerk. apa yg ko suka aku juga menyukainya. hehe, kita serupa. paling best, blogger boy. so manis. i like to see nina, cute. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by flygurl
2009-07-10 10:57:12

x sabar nk tengok final episod ghost nanti.
blogger boy best ek citer dia???
nk kena tengok gak la…

..
 
Comment by Kuriee
2009-07-10 11:34:56

inilah satu-satunya drama malaysia yang membuatkan aku terpacak depan TV hari ahad jam 10 mlm….. kalau miss pun… ada Catch up TV..boleh tgk jugak…..

jalan cerita dia memang best….. pelakon dia pun hebat2…. yg tak tengok mmg rugi….. drama ni betul2 berkualiti…..

..
 
Comment by zool
2009-07-10 11:36:40

aku tak tgk lagi blogger boy..
layan blog dia je lah

..
 
Comment by virgoes_gl
2009-07-10 12:09:45

x der per yg menarik kat tv tue.. tambah2 tv1,2 perh sedih tul=(
syy pon dah lame x negok citer. kalu on tv pon negok chanel 180 taw pun 0n cd lagu jerr

..
 
Comment by valiantvoight
2009-07-10 12:17:33

dulu member aku yang suggest tgk ghost ni. time tu aku kat kampus, mana ada tv, tiap² minggu member aku pergi computer lab nak bukak 8tv nye website. huhu. ghost memang terbaik dow. tp aku jarang tgk tv sbb hari ahad parents aku layan mentor. =( nasiblah ada catchup kat 8tv. hahah. tapi last episode ni aku nak conquer tv! oh yeah. :p

btw, adik aku ade komen ghost tu, de cakap, hantu boleh ada bayang² ke? hahah. sbb bayang² si harum dgn zack imran tu mmg boleh nmpk dlm cerita. but, aku rasa benda tu kecik je pun, patut ke dieorang invisible kan shadow tu?

..
 
Comment by cidimidi
2009-07-10 12:20:54

jarang tgok tv sjak hbis spm…. yg penting ade paper n intenet.. lg prefer u tube.. cari aja nk tgok ape.. cuma kna sbr tunggu dia upload.. ๐Ÿ˜€

kdg2 klu free br layan drama.. tp kbykn citer boring da nk tgok.. br tgok jap.. last2 tido lg baik..

hurm.. hope so one day ade cite kat tv yg ble buat kiter duduk diam2 n xsbr menunggu episod sterusnya… 8)

..
 
Comment by Akuro San
2009-07-10 12:28:20

saya tak tengok tv… sbb kalau nak tengok tv, kena bergaduh dgn anak saudara yg nak tengok kartun, dan mak yg nak tengok drama indon…
pernah sesekali tengok pun, join anak saudara tengok WONDERPETS… itu pun sbb dah nak ‘buta mata’ mengadap pakwe paling hensem bernama ‘lappy ASUS’…. haha! ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by nus
2009-07-10 12:45:38

-Ghost, so urban citer..sgt bessh! (x pasan cite buatan mesia..)hu3..btw,ape yg sesat akidah??come on la..citer je

-bloggerboy..1st tgk..pesal minah nie roomate die..trus x tgk..vote out cite2 mcm ni..baru je tau upenye tumpang brg..hik3..klu khai x cite..kompem dah x tgk..

kes drama melayu,
1 part hang tercicir,
bos sakan click2 mouse..bsungguh bnor la aksinye..aleh2 bilo closeup, kt desktop je..main2 tkan2 folder kut, tp x de nampak satu folder pun..recyclebin je ado,muahaha.
x yah ckp la screensaver desktop ape kan..

k..daaa

..
 
Comment by Kill-Vearn
2009-07-10 12:50:02

“Drama berkisahkan cinta cyber. Pelakon dia konon-konon hari-hari chat la untuk cari pasangan hidup. Bila kamera fokus monitor, Hah! Menaip kat Microsoft Word. Pernah ke orang chatting guna Word? Sah la dengan pengarah, pelakon dan semua krew, buta komputer tahap bebal.”

hahahaha.. cukup gampang kebebalannya.. hahahha…

..
Comment by azizan4444
2009-07-10 14:21:59

haha..btol tu..aku pon x pna lagi tgk org chat guna word ni..

..
 
 
Comment by shar
2009-07-10 13:26:05

lma tk masuk blog ni mcm rindu pulak heehee khai update blog terus je tngk ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by pjan
2009-07-10 14:11:39

khai ada lagi satu cerita kat 8tv yang best..aku tgk gak cita pasal budak yang nak jadi penari..hari ahad pagi..ala-ala rancangan u can dance

..
 
Comment by bukhari
2009-07-10 15:26:05

tak salah tengok citer hantu? tak rosak akidah/ saya kata boleh rosak sikit2,contohnya org kita tetap dok kata org mati boleh balik jadi hantu,sedangkan al-Quran kata tidak:

[23.99] Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: “Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) –

[23.100] “Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan”. Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

Lepas tu awak kata,alah hiburan je,bukan fakta,mula2 hiburanlah lepas tu lama2 kita akan kata fakta,macam citer asasl usul berhala di zaman nabi nuh,yag asalnya diasaskan kpd nak mengenang 5 org seh,tapi lama kelamaan jadi berhala yg disembah;
[71.23] “Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: `Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwaa’, dan Yaghuth, dan Ya’uuq, serta Nasr.

Itu di atas tu nama2nya.
Khai kena ingat, dalam islam ni ada kaedah, Sadd Dhara’i,atau org puteh kata prevention is better than cure.

Cubalah buat citer lain yg lebih saintifik drpd dok melayan citer hantu, esok di akhirat kalau allah tanya knp org Islam masih percaya roh balik, kita nak kata apa, alah Allah hiburan je..? Lu fikirlah sendiri!

..
Comment by Khai
2009-07-10 16:49:00

Thanks Bukhari..

ape pun bagi saya, yg penting nawaitu. Rasanya diri ni tak mungkin tersesat untuk percaya dengan cerita hantu. Yakin dgn kekuatan iman yang ada. Hiburan adalah hiburan. Kalau kita rasa kita jenis yg mudah terpengaruh dgn hiburan, maka… jgn lah nengok tv..

..
Comment by Akuro San
2009-07-10 20:50:42

Wah, siap kuar tafsiran Quran lagi tu… huhu…
ya… saya setuju dgn apa yg bukhari kata tu.
Bagi saya lah, tengok cerita mcm tu, kena ada ilmu. Baru la tak terpengaruh… tapi bagi sesiapa yg tak der ilmu, dok tgk cerita mcm tu, itu yg jadi terpengaruh dan rosak akidah tu…

rasanya bukan setakat cerita hantu jer, kalau tgk cerita lain pun, cth paling senang, cerita hindustan la… yg mengagung-agungkan cinta lebih dr segala-galanya… sampai sanggup lawan perintah agama, lawan mak bapak, cikgu, hanya kerana cinta.. itu pun kalau terpengaruh, dah kira rosak akidah juga… jadi tak adil lah kalau hanya cerita hantu yg dihukum begitu…
Wallahua’lam…

*saya tak tengok cerita hantu… :beurk:

(Comments wont nest below this level)
 
Comment by linn
2009-07-14 15:58:29

masalahnya ramai org yg x sedar diri dlm dunia nih..n tersalah keyakinan..huhu

(Comments wont nest below this level)
 
 
Comment by AzwanAnuar
2009-07-10 20:27:57

alhamdulillah ada yang memberi ingatan. memang kita sesama islam wajib saling ingat mengingati. kekadang kita sebagai manusia mudah lupa.
tapi…
kenapa kalau citer2 macam tu dah sah memang tak elok, kenpa masih ditayangkan gak? siapa pulak yang wajib menghalang citer2 yang dkatakan boleh memesongkan akidah ni?
semua pilihannya di tangan kita. betul tak? baik buruk kita sendiri yang tentukan

..
 
 
Comment by Roslan Nazri
2009-07-10 16:56:05

sireuslu aku bukan kaki drama ape2 pun..tv tak suke tgk sgt pun..suke lagi discovery and so on la punyer cite..cam top gear ker…hu3..drama ni mmg tak minat la..blogger boy?? em suke tgk nina la..hahaha

..
 
Comment by KampungBoy
2009-07-10 17:34:59

Cite nie mmg best
amek hot
lakonan sempoi
pe nak lagi
layankan aja….

..
 
Comment by malaspikir
2009-07-10 17:44:06

Citer yg aku suka giler tgk skang ni ..drama bersiri “NUR KASIH”…setiap jumaat kul 9.00 malam..best la drama arahan khabir bhathia tu…antara reasons aku layan drama tu adalah faktor..dramanye yg berkualiti…..,teknik penggambaran dan cinematography..shooting angle yg baik..,penataan cahaya yang sempurna dan…btul2 msk dgn mood…serta plot storyline yang menarik….soundtrack themes songsnye oleh yassin pun pun best..selain ader unsur2 islamic…..hehehe..credit for pengarah dan barisan pelakon yang hebat…i love this drama..lau x caya try la tgk…hehehe….

..
Comment by linn
2009-07-14 16:01:56

hehhe..sye layan gak citer tuh..tp sakit lak mta tgk scene mase shoot kat Australia tu.

..
 
 
Comment by hytiq
2009-07-10 18:07:47

hm..bkak je tdi cm rse plek je..
psal ex??
da telek2,rpenye..ptot r..
sume cter yg Khai lyan,2 je r cter yg aku lyan.hee ๐Ÿ™‚

btol2,w/pon aku dok jaoh xpnah mis tngok on time.
kt intnet r tpinye.
cter wjib tonton
1-Melodi
2-Ghost
3-Blogger boy

cter mlyu lain,sory r..angkt kaki! 8)

..
 
Comment by haritz
2009-07-10 18:46:46

Aku layan cerita apa saja asal bestkan jalan cerita menarik, walapun cerita Tamil

๐Ÿ˜†

..
Comment by misseda
2009-07-11 14:55:43

hehek..citer tamil..jln ct lg best n logik dr jalan citer hindustan…kan?? :[

..
Comment by Khai
2009-07-11 22:07:42

tapi kenapa hero dia wajib kena ada misai tebal yg serabai? trademark diorang ke? huhu

(Comments wont nest below this level)
Comment by misseda
2009-07-12 11:52:11

harhar..da tu jek kot yg leh wat dorank rase ensem tahah cipan..hehe…org kata..kalo lelaki ni der misai n janggut nmpk lebey matang n macho..huhu :o:

 
 
 
 
Comment by blinkcup182
2009-07-10 18:56:09

blogger boy memang drama yang kool! ๐Ÿ™‚ er..sesiapa boleh tolong macam mane nak letak pic sendiri kat pic box neh? (saya budak kecik tolong tunjukkan :o:

..
 
Comment by PakciQue
2009-07-11 09:25:30

Aik! Aku tiap-tiap minggu buat review pasal drama GHOST ni. Takde pun dapat email cakap terima kasih. Ho-ho. Sedih wei.

..
 
Comment by misseda
2009-07-11 12:54:32

setuju ngan khai…skang ssh nk tgk ct buatan malaysia yg best2 n gemapak2..mengikut peredaran zamanb..abih2 ct tangkap lentok..cintan…pastu gaduh..pastu makan…hehe..so boring tahap cipanzi dude!

Ghost yg fist season i tgk..tp yg 2nd, xder pelunag nk tgkkk blk keje da lewat.,..penat…ingt katil jek.hehe..Melodi pon xleh tgk, coz kt hr ahad (juz tgk lam tenet jek kt tv3)…

banyak layan tenet dr tv la…huhu :o:

..
 
Comment by miss madiey
2009-07-11 19:16:08

ahahaha.. lwak n sngoh lantang entri kali neh..
tpi btol r, ape yg dikemukekan incik khai..
by da way, blogger boy n ghost superb best..
rugi sape x lyan..hihi..

..
 
Comment by bd fabregas
2009-07-11 22:33:53

aduh, ruginye aku x providekan link drama utk ghost ngan blogger boy ni..

..
 
Comment by ejardkethot
2009-07-13 01:23:45

huhu…ghost satu dh tgk..tu ponk harap ambik dr hardisk senior..wuwuu…bab2 citer ni mmg ketgglan btoi..[mmg x tgk tv]..huhuhu…
haish..teringin gaks nk tgk blogger boy nieh…smua pakat promo jewk…damm..tv kat sini xde remote control..siot ja..sadis..sadis..

..
 
Comment by Ina
2009-07-13 08:48:45

sy x layan citer antu sbb sy ni penakot ckit.. hehe tapi citer ghost mmg layan ler.. best.. blogger boy pun layan. bila nengok citer tu tingat Khai.. hahaha..

..
 
Comment by rynie
2009-07-13 11:45:10

mula2 aku x minat lgsung nk tgk cite Blogger Boy tu..tup..tup skali tgk best jgk..tp apa2 pun Ghost mmg best..

..
 
Comment by ruxanna
2009-07-13 12:54:16

sekarang ni citer melayu yg paling best adalah Nur Kasih.
pukul 9mlm hari Jumaat.

..
 
Comment by basmikuman
2009-07-15 19:37:28

aku memang xtau pasal cite ghost atau cite blogger boy. tp apa yg aku tertarik pasal ko cakap ‘ada ke yang boleh rosak akidah dia sebab nengok cerita macam tu? Siapa yang bodoh sangat percaya? dah tu tak reti-reti nak bezakan hiburan dengan fakta’. firstly, memang aku xtau cite ghost tu pasal apa. tp ko penah terpikir tak yang kalau cite2 yg rosak akidah ni sebenarnya bukan fokus pada org2 yg boleh berfikir macam kite tapi orang-orang yang xbley nak pikir macam kite sebagai contoh budak2. sebab tu budak2 ni macam kain putih. diorg senang dicorak. jadi aku rase orang yang cakap pasal cite2 yang rosak akidah ni maybe diorg xnak anak2 kite terikut. aku xtau la. itu pandangan aku

..
 
Comment by nbie89
2009-07-18 09:57:44

helo mister khai…
otak kiter teleport aper…
den pun ponah wat entri pasal malaysia series taip macam budak kecik main typewritter…huhu, x banyak…siket jer, tapi ader lar…hoho

ghost:
mule2 buat ego xnak tengok cuz pe barang citer melayu pastu tiru ghost whisper, but bile da tengok addicted sampai sekarang which is good. the best series in malaysia, TRUTH!
kalau boleh, repair lagi cuz nampak reflection hantu tu kat cermin…lagi real lagi best ๐Ÿ™‚

blogger boy:
cerita ni best nak mampos….[that’s what they said]
for me…noo, it’s just because you have a blog it does’nt mean that you have to randomly like this series…bosan jer, x nampak keseronokannya. Nas-t suppose to be goofy, talkative, charming partner like western movies, but x jadik lar….hurm, lantaklah..
hak hak hak:o:

..
 
Comment by misa
2009-07-25 14:13:43

best2…
blogger boy n ghost…
lyan ja…drma mlayu len dr yg len….

..
 
Comment by ainafifah
2009-07-26 17:39:46

best la entri ni.. :((

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post