
Bila takde kerja dan banyak masa terluang, mesti Khai habiskan masa melayan Youtube. Itu pun kalau P1 W1max ni stable la. Kalau sampai masa dia buat hal, amik tilam yang lembut nih, baring lepas tu guling-guling dengan tilam sekali. Jadilah macam inti kelapa dalam kuih gulung. Boleh bayangkan? Hehehe.
Breaking news here, Mr Khai dah dua bulan tak nengok TV. Rumah ni takde TV siot.. Sigh~ TV tu memang tak penting dalam hidup Khai asalkan ada internet. Tapi sometime rasa macam perlu je TV tu. Khai tak suka tahu sesuatu lambat dari orang lain. Masa ada TV dulu, cerita tak pernah miss nengok ada tiga je.
1. Melodi – TV3
2. Ghost – 8TV
3. Blogger Boy – 8TV
Bila dah dua bulan hidup tanpa TV ni, semua dalam senarai tu, totally bergantung sepenuhnya pada Youtube. Lambat uploader tu upload cerita, termenung je la kan pandang dinding (buat-buat macam takde kerja lain).
Ghost sekarang dah ada dua musim. Dua-dua musim tak miss buat review kat blog ni. Kalau terlepas tu, pandai-pandai lah guna function search kat header blog ni yer? hehe. Ramai yang email dan tinggalkan komen cakap thanks sebab promo cerita tu. Ye la, kalau cerita tak best, takde maknanya nak promo kan? Ghost ni ada yang komplen boleh merosakkan akidah orang Islam. Ye la hantu hidup la katakan. Khai sampai sekarang tak faham, ada ke yang boeh rosak akidah dia sebab nengok cerita macam tu? Siapa yang bodoh sangat percaya? dah tu tak reti-reti nak bezakan hiburan dengan fakta. (more…)
Posted on 10 July '09 by KhaiHassan, under Hiburan. 52 Comments.

Google Zeitgeist mengumpulkan apa yang Khai, korang, dan mereka semua dah search di Google. So rasanya Google Zeitgeist amat penting untuk mereka yang gilakan hits dan populariti di blog. Bila korang tahu keyword-keyword yang selalu orang search, bolah la korang menyelam sambil minum air dengan menulis apa-sahaja yang berkaitan dengan keyword yang menjadi top 10 di Google. Understood?
Jom usya apa yang majoriti orang Malaysia search di Google pada tahun ini. (more…)
Posted on 20 December '08 by KhaiHassan, under Lain-lain. 19 Comments.

khai terbaca di blog mael yang bercerita mengenai rupa wajah Youtube yang baru. Rasanya semua pun perasan akan perubahan ketara yang berlaku pada player di Youtube kan? Agak lebar sedikit (16:9) yang memberikan impak terbaik untuk video yang bersaiz wide screen. Ikut perkembangan zaman la tu, sekarang orang mana main petak-petak empat segi sama ni kan. TV pon kalau sekarang kat rumah takde sebijik plasma widescreen, tak cukup best kot? Laptop? wonder ade lagi ke yang bukan widescreen? Di Youtube, korang dah boleh pilih setting untuk embed widescreen video. Nengok gambar kat atas tu ensem-ensem yer.
Hurm, perubahan juga dapat Khai saksikan bila korang nak upload video. (more…)
Posted on 5 December '08 by KhaiHassan, under Lain-lain. 24 Comments.
Sape yang tak kenal dengan Google.. sebuah portal yang sama hebatnye dengan Yahoo.com.. Makin lama makin maysuk pakcik google ni.. Dengan Google Talk dia, Gmail lagi.. Satu software dia yang khai paling suke, Google Earth.. korang leh nengok rumah korang dari situ guna image setelit.. hehe .. nak cuba, gi download kat section download scukz ni..
Berbalik kepada tajuk news ni, Hari ini (10 Oct 06) Google Inc. dah pon beli secara sahnya Youtube.com dengan harga US$1.65 Billion.. Perghh.. memang gile ar.. tahu tak youtube tu website ape? kalau x tahu, ni la dia website yang membolehkan korang upload ape ape video pon mahupun menonton.. Memang best..
Ramai gak user youtube kasi komen tak kasi jual, tapi dah founder youtube ni nak jual gak, lantak dia la .. pas ni bila google dah pegang, jangan youtube.com tu penuh ngan ads google sudah.. memang cipan…
Ntuk berita selanjutnya, dengan ensemnye boleh la korang read more ~
(more…)
Posted on 11 October '06 by KhaiHassan, under Lain-lain. 10 Comments.