Saya Minta Maaf

1,032 views | Hantar ke Twitter! | Cetak Artikel Ini

Saya tulis entri ni, bukan sebab saya dah nak mati ke apa atau mungkin buang tebiat, tapi melalui kesedaran yang diberi oleh Allah SWT. Dalam kehidupan saya atau mungkin kita semua, hari-hari kita buat dosa dan pahala tanpa kita sedari mahupun disedari. Pahala dan dosa adalah kerja Allah. Siapalah kita untuk menilai.

Dengan penuh rasa rendah diri dan hina, saya menyusun sepuluh jari kemaafan dari sesiapa sahaja dengan penuh ikhlas yang datang dari hati. Saya bukanlah makhluk Allah yang sempurna, yang mampu menyenangkan hati semua orang yang saya kenali secara empat mata mahupun sekadar di blog atau Facebook.

Secara empat mata, mungkin saya telah memperkatakan sesuatu yang sedikit menyakiti hati anda walaupun saya sentiasa cuba elakkan atau sekadar berniat gurauan. Saya mohon maaf. Di alam maya, mungkin ada artikel-artikel atau ayat-ayat saya yang menyakiti hati mana-mana pihak tanpa saya sedari mahupun sengaja saya lakukan. Mungkin juga datang dari website-website di bawah terbitan saya. Saya minta maaf.

Kepada haters saya di luar sana terutama Hellioz dan kuncu-kuncu’nya yang saya kenali secara empat mata ataupun sekadar di internet sahaja, saya mohon maaf jika pernah menyakiti hati anda. Kepada dunia blogger tempatan yang terasa kucar-kacir akibat pertelingkahan yang melibatkan saya dan kawan-kawan, saya mohon maaf.

Dan prinsip hidup saya, adalah hidup tanpa dendam. Setiap apa kesalahan sesiapa sahaja pun pada saya, saya maafkan pada ketika kejadian itu berlaku juga. Jadi jika anda adalah bersalah pada saya tanpa anda sedari atau tidak, jangan risau saya dah maafkan dari awal lagi. Itu apa yang terdetik di hati, biarpun bukan pada ayat.

Buat sesiapa yang berhutang apa sahaja pada saya, saya halalkan dengan niat sedekah tidak kira’lah anda benar-benar lupa atau sengaja buat-buat lupa. Jika saya pernah berhutang dengan anda, hubungi saya melalui email kerana saya benar-benar lupa dan tidak sengaja.

Kepada kawan-kawan lama saya yang saya telah ignore, setiap apa yang saya lakukan ada sebabnya. Jadi saya mohon maaf jika anda terguris dan samaada anda terima atau tidak, mungkin sampai di sini sahaja persahabatan kita. Saya percaya, insan hina seperti saya tidak layak berkawan dengan anda. Ramai lagi yang lebih baik anda jadikan teman di luar sana.

Buat wanita-wanita yang pernah saya sentuh kulit’nya mahupun rambut’nya, saya mohon maaf di atas kekhilafan saya. Jika saya pernah melukakan mana-mana hati, saya minta maaf sesungguhnya saya tidak pernah sesempurna yang anda fikirkan.

Kepada mak, abah, adik beradik dan saudara mara, saya minta maaf jika pernah berlaku apa-apa perkara yang tidak menyenangkan hati dari saya kecil sampai lah besar begini. Saya harap setiap butir nasi yang masuk ke mulut saya selama ini, dihalalkan dan menerima berkat dari Allah. Didikan yang saya terima selama ini amat mencukupi segala ruang. Jika terdapat apa-apa kekhilafan dari saya sendiri, itu adalah khilaf saya sendiri.

Buat mereka yang tidak membaca artikel ini, saya harap suatu hari nanti Allah akan memberi saya petunjuk untuk meminta maaf dari anda jika saya pernah bersalah pada anda. Semoga kita mendapat lindungan dariNya.

Dan akhir kata, semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya selama hampir 22 tahun saya bernafas di bumi Allah ini. Semoga nyawa saya tidak diambil selagi dosa-dosa saya tidak diampunkan olehNya. Kalau saya adalah sehelai kain, amatlah teringin untuk menjadi kain putih yang bersih, jauh dari noda-noda keketoran dunia.

Pejamkan mata dan bayangkan malaikat maut dibelakang kita, munkar dan nakir di kanan dan kiri kita. Semoga Allah merahmati kehidupan kita semua selama ini. InsyaAllah. Sesungguhnya, Dia yang lebih mengetahui.

Khai 27 June 2010 21:44

Ditulis pada 9:40 pm 27 June '10 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 1,032 views
Dalam kategori: Hidup Khai | Tweet This!

Eat This Google!:


RSS feed | Trackback URI

50 Comments

Comment by blowie
2010-06-27 21:46:10

sejuk hati sket baca artikel nie 😎

 
Comment by joegrimjow
2010-06-27 21:46:13

macam tu la manusia, kena selalu minta maaf

 
Comment by ihsan
2010-06-27 21:48:00

🙂 entry kesedaran utk org laen dan dri sndri..

 
Comment by azie
2010-06-27 21:49:17

ok khai…sy maafkan…agak sedih artikel ni..sabar dan kuatkn semangat k!

 
Comment by PR
2010-06-27 21:49:24

mohon maaf dan memberi kemaafan adalah yang terbaek..

i-city | Peta | Gambar

 
Comment by Khairi
2010-06-27 21:56:12

Sudah-sudah lah gaduh huhu. Kita manusia, kena beri Khai ruang untuk jadi manusia juga, kan kan kan?

Alah salah silap itu biasalah, delete aje, buat baru, amacam?

Err… layan england jerman lagi baik hehehe

 
Comment by A-Y-I-E
2010-06-27 21:59:11

Khai, walaupun saya tidak mengenali anda dengan rapat seperti piratz dan lain-lain, dengan ini saya memaafkan anda. Walaupun anda tidak pernah kacau blog saya. Huhuhuhuh

p/s: Maaf-memaafi antara manusia itu amatlah dituntut didalam islam

 
Comment by eroz
2010-06-27 22:01:01

ni baru la abg bro…heheh…
truskan blog untuk 1malaysia! :p :p

 
Comment by anjing
2010-06-27 22:03:59

ala si anjing ni nanti ko tengok je la. perangai die sejak 2005 same jek..

perangai die ikut flow

1. bermula dgn entri baik
2. senyap
3. cari pasal dgn org
4. senyap balik
5. insaf / mintak maap
6 kembali ke no.1

dari 2005 mcm tu jek si bangang khai ni

 
Comment by alang_khai
2010-06-27 22:09:30

Alhamdulillah.. alang maafkan even ko adalah adik yg baik.. alang pun minta maaf jgk.. ajak maut di tgn Allah.. if esok kita dh berada dlm kubur.. terus kena seksaan kubur dgn tiada peluang lagi.. sekrg lah peluang..

Percaya dgn sesaan kubur dan akhirat tu.. google jgn tak google.. apa apa jua seksaan yg menakutkan tu.. sis dulu daif n jahil. Skrg try to be better , semoga iman sentiasa didahulukan.. even masih setgh rock n roll.. hehe

muax to Khai. 😎

 
Comment by MiLza
2010-06-27 22:17:01

anjing : klau anda x mmpu mghulurkn sp0t0g kmaafn,ada baiknya anda diam dr trus mnyakiti hati en.khai..anda mugkin t’lupa insan2 y skit hati n x senag dgn anda dsbbkn anda t’lalu cbuk mmbenci 0rg y blum tntu mnyakiti anda……… :((

khai : wlau kdag2 apa y kam0 tulis t’kena ats muka tp x penah smpan dlm hati..m0ga kam0 trus diberkatiNYA dlm hdp..amin.. 😉

 
Comment by Sy8
2010-06-27 22:19:34

nice artikel…….smoga Tuhan merahmati kamu…

tarikh hri jadi aku terpampang dstu….. :8

 
Comment by Sewr
2010-06-27 22:20:32

sama2 lah khai. aku pon nk mntak2 maaf gak la.kalau ada komen2 aku sebelum2 ni ada dosanya.. halal bi halal ek.. Selamat Hari Raya. Jgn lupa dtg rumah eh.

 
Comment by maCy
2010-06-27 22:21:35

hum.. maCy bkn kuncu2 hellioz, tp maCy snce pna dtg n komen kt sni dlu, not more than once snggah cni.. ni pun dak2 ni jgk bgtau sal entry ni..

sorry tOo for any wrong doing..

p/s to sumone.: cmon, stop laughing n gve him a chance~

 
Comment by lilacfla
2010-06-27 22:26:04

@anjing

buat salah tu biasalah. kadang2 walau kita dah mintak maaf, kita buat jugak. dalam seumur hidup berapa kali menyesal sebab tanak tolong mak buat kerja, tapi last2 buat jugak.

apa yang penting kemahuan dan kesedaran kita nak minta maaf. dan niat untuk berubah.

kalaulah orang boleh bertaubat dan terus jadi baik, x kan ada 2nd hand punya penagih, org yg bertaubat xkan masuk lorong gelap balik, kawan-kawan takkan pernah bergaduh sampai tua. etc etc etc

peminta maaf tak pernah rugi, sedikitpun.

 
Comment by Makhluk Allah
2010-06-27 22:26:13

Dia sudah memenuhi kewajibannya dengan meminta maaf…tinggal hak kamu untuk memberikan maaf atau pun tidak. Namun jika kamu mau memaafkan, begitu banyak kebaikan yang akan kamu peroleh dari Allah SWT.

Allah maha pemaaf. Apkh anda mau melangkahi Allah dgn tidak memberi maaf?

Tuhan aja bisa memaafkan dosa2 kita yang luar biasa besar, mengapa kamu tidak?
Memaafkan adalah hal yang sangat indah di mata Tuhan…

memaafkan adalah perbuatan yang sangat mulia,temen kamu dah minta maaf sama kamu sebaiknya dimaafkan saja.soalnya kalau KAMU mau dimaafkan segala dosa – dosa sama Allah Swt, harus memaafkan terlebih dahulu orang yang pernah berbuat salah sama KAMU.

Dalam ayat lain Allah berfirman:

“…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (QS. An Nuur, 24:22)

Mereka yang tidak mengikuti ajaran mulia Al Qur’an akan merasa sulit memaafkan orang lain. Sebab, mereka mudah marah terhadap kesalahan apa pun yang diperbuat. Padahal, Allah telah menganjurkan orang beriman bahwa memaafkan adalah lebih baik:

… dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. (QS. At Taghaabun, 64:14)

Jika terus tidak mau memaafkan, tidak mengapa si penulis blog.
Mereka yang tidak mengikuti ajaran mulia Al Qur’an akan merasa sulit memaafkan orang lain. Berfikiran positif. Mungkin di atas tu bukan saudara seislam kita. Nauzubillah.

 
Comment by Insan
2010-06-27 22:30:18

Dalam hidup ini ada 2 orang yg tidak lagi ku maafkan.
Tetapi skrg hati ini telah terbuka utk memaafkan.
kerena..

“Orang yang tidak memaafkan, akan sentiasa ‘diikat’ oleh orang yang tidak dimaafkannya. Maafkanlah, nescaya kau akan terlepas daripada ‘belenggu ikatan’ orang yang bersalah tersebut. Kau akan bebas daripada terus mengingati kesedihan, kekecewaan dan kemarahan yang dikenakannya ke atas kamu. Itu lagi sakit. Maafkanlah, dan engkau akan sihat,engkau akan bebas!”

“Mengapa terlalu sukar untuk memaafkan? Ya, engkau ego. Rasa besar diri. APA PUNCA EGO?? Engkau tidak merasakan kebesaran Allah. Orang yang merasakan kebesaran Allah, akan merasa kekerdilan dirinya,”

“Allah lagikan Pengampun. Dosa demi dosa hamba-Nya, diampunkan semuanya. Bukan sekadar mengampunkan, malah Allah menyayangi pendosa yang bertaubat daripada dosanya,”

“Kenapakah kau rasa ‘besar’? Kaukah yang berikan dia rezeki? Kaukah yang berikan dia hidayah? Kaukah yang sembuhkan dia daripada sakit demamnya? Insaflah, Allah yang berikan dia semuanya. Jika Allah yang begitu besar jasa kepadanya pun memaafkan, adakah kau layak untuk tidak memaafkan?”

“Aduh, kecilnya kesalahan manusia dengan manusia berbanding dosa antara manusia dengan yang Maha Esa. APAKAH ALASAN KITA UNTUK TIDAK MEMAAFKANNYA?? “

“Sedangkan Allah sudi memaafkan walau sebesar mana pun dosa kita, insan yang hina ini kepada-Nya, zat yang Maha Mulia.”

SESUNGGUHNYA MEMAAFKAN ITU ADALAH CIRI CIRI ORANG BERTAKWA.

– aku terkedu.. tiada hak utk tidak memaafkan orang keraa Allah dan Rasull memaafkan.. padahal aku sendiri melambak menyakiti orang-

 
Comment by alang_khai
2010-06-27 22:36:01

Memaafkan orang dan meminta maaf kepada orang adalah dituntut..

Eloklah tu minta maaf berulangkali.. sebab kita ni sentiasa membuat dosa.. samada sengaja or tidak..

apalah sangat…. sdgkan dosa2 besar kepada Allah.. Allah boleh ampunkan.. nikan pula sesama manusia..

Kita ni pun bukan tak de buat salah.. so takpe.. teruskn minta maaf berulangkali. setiap hari lagi bagus.
Memang setiap hari kita buat silap kan.
turunkan ego.. marilah bermaafan

Allah menyayangi hambanya yg saling memaafkan karena memaafkan kesalahan orang itu adalah amal yg baik…
jika dia memang benar benar tulus meminta maaf kepada kita, ya di maafin…..
Elakkan dendam…
dendam kepada orang itu dosa apalagi marah……..
yg sis tau kalo kita marah sama orang lain lebih dari 3 hari Allah akan marah besar kepada kita…..

Berdoa saja kepada allah semoga maafnya tulus ikhlas…..AMINNN…

 
Comment by Roronoa Zoro
2010-06-27 22:42:15

oklah wei.. aku maafkan…

buangkan keEGOan.. xpayahlah nak tegakkan benang yang basah. Apa yang aku meluat kat kau adalah sikap kau yang x pernah mengaku salah. Tapi skg aku terima maaf dari kau nie.

Tak perlu lagi nak pertikaikan apa2 lagi sebab kau dah maafkan semua dan meminta maaf kan? Teruskan hidup kau dan jgn kata org lain sampah lagi.

Sayonara JK….

 
Comment by Nasrulz
2010-06-27 22:43:09

Sedih baca artikel nie..
hiraukan apa yg org nak cakap Khai,yg penting Khai dah buat apa yg patut Khai buat,..:)

Klu cam tu,dikesempatan ini..,saya pun nak minta maaf juga la kat Khai dan kpd sape2 juga yg rasa saya ada wat salah dgn korng smua..Maafkan saya =( ..bukan apa,bulan depan saya akan jarang online..further study..I will miss all ur blog Khai.. =(

Sebuah artikel kesedaran yg menyentuh perasaan naluri seorang manusia… :love:

 
Comment by miss madiey
2010-06-27 22:47:59

like dis…

 
Comment by fifie ierina
2010-06-27 23:13:21

bismillahirrahmanirrahim…

kehadapan Khai, lama sudah saya tidak menulis di sini bukan? maafkan saya kerana berbuat sedemikian, saya sebenarnya terasa sangat rindu untuk membaca artikel2 yang lahir dari dalam hati awak yang tulus ikhlas, di dalam blog ini.. apabila sejak kebelakangan ini awak kerap sekali menulis sesuatu yang tidak sepenuhnya menggambarkan sisi diri awak yang penuh dengan ketulusan dan keikhlasan, maka dengan sendirinya saya mula merasakan manisnya perasaan apabila menjadi pembaca setia blog awak sudah tidak lagi seperti dulu..

Khai, sejujurnya dalam hati saya, saya selalu mengagumi awak ketika awak menulis sesuatu yang lahir dari dalam hati awak yang tulus ikhlas.. apabila awak menulis sesuatu yang ikhlas di dalam blog, entah kenapa saya benar-benar dapat merasakannya secara terus dari dalam hati saya.. di situlah saya nampak sesuatu yang terlalu istimewa tentang diri awak, sesuatu yang sangat luhur, sesuatu yang sangat ikhlas apabila ia lahir dari dalam isi hati seorang lelaki, yang sebenarnya penuh dengan kebaikan dan ketulusan, terutamanya apabila die menulis sesuatu dengan jujur.. selalu saya katakan bahawa inilah satu-satunya sebab mengapa blog awak ini selalu terasa sangat dekat sekali dalam hati saya..

Khai, sebagai salah seorang yang selalu menganggap awak seorang sahabat saya di alam maya, saya merasa sangat berbangga dengan penulisan awak dalam entry ini.. pada saya entry ini adalah satu entry yang lahir dengan penuh keikhlasan dan kejujuran.. ianya wujud kerana datangnya kesedaran dalam diri awak sendiri dengan keizinan Allah SWT, sebagai seorang lelaki yang sudah semakin matang untuk berdepan dengan pahit manis kehidupan.. saya merasa sangat bangga dengan awak Khai, kerana saya sangat mengerti, bahawa sangat payah sebenarnya untuk menulis satu entry khas begini.. untuk meminta maaf kepada semua orang secara terbuka, tidak kiralah yang pernah awak kenali atau pun tidak, atas kekhilafan awak selama ini secara peribadi, sama ada awak melakukannya secara sedar/sengaja mahupun tidak..

dengan membaca entry ini, saya percaya awak sedang berusaha sedaya upaya sebenarnya, untuk mengurangkan segala jenis kebencian orang lain yang tidak pernah putus asa untuk menguji kesabaran awak saban waktu.. malah saya juga sangat percaya sebenarnya, bahawa tidak seharusnya masih lagi wujud apa-apa sebab sekalipun, untuk orang lain yang tidak pernah mengenali hati budi awak secara peribadi, untuk terus membenci/memboikot/menghentam awak habis-habisan secara berterusan..

malah jauh lebih teruk lagi apabila mereka bukan hanya membenci awak sepenuh hati secara bersendirian, tetapi juga mengajak orang lain supaya ikut sama membenci awak.. astaghfirullahalazim.. bukankah selemah-lemah iman adalah, apabila seseorang itu tidak merasa senang dengan perlakuan saudara muslimnya yang lain, maka selemah-lemah usaha untuk dirinya untuk memperbetulkan keadaan adalah dengan mendoakan secara istiqamah, supaya satu saat nanti saudara muslimnya itu akan segera tergerak hati untuk berubah? adakah mereka lupa bahawa Allah itu Maha Adil? mungkin hari ini mereka merasa sangat senang hati apabila mengajak orang lain ikut sama membenci seorang hamba Allah yang tidak mereka senangi, tetapi adakah mereka lupa, bahawa mungkin pada satu hari nanti, orang lain pula yang akan mengajak lebih ramai lagi orang untuk membenci diri mereka sepenuh hati kerana kekhilafan diri mereka sendiri? wallahualam, jawapan itu langsung tidak ada pada saya…

Khai, bangkitlah selepas ini sebagai seorang hamba Allah yang akan selalu redha dengan dugaanNya, sekiranya kebencian seperti itu masih lagi tidak reda.. saya percaya awak sudah berusaha melakukan yang terbaik untuk meyakinkan semua orang agar sudi memaafkan kesilapan awak.. ikhlas saya doakan semoga awak akan selalu jadi seorang lelaki yang jauh lebih tabah, lebih kuat semangat dan selalu merendah diri selepas ini..

juga berhati-hatilah apabila meninggalkan komen di blog orang lain selepas ini, dan selalulah tuturkan budi bicara yang sopan dan berfikir panjang sebelum berbicara, seperti mana budi bicara awak ketika berdepan dengan seorang sahabat di alam realiti.. kadang kala mungkin pada pendapat awak, orang lain yang ingin menasihati awak melalui entry di blog mereka sendiri adalah golongan yang hanya ingin mengejar trafik, tapi tidak semestinya itu hal yang sebenar-benarnya bagi mereka, jadi selalulah bersangka baik dengan orang lain.. dan selalulah mengingati Yang Maha Esa, sekiranya awak merasa sangat letih apabila dihimpit dengan dugaan yang sebegitu berat, kerana hanyalah Allah SWT yang paling mengetahui apa hikmah yang tersirat di sebalik kebencian yang begitu banyak sekali hadir ke atas diri awak selama ini.. jazakumullahu khairan khatira, wassalam…

best wishes,
fifie ierina

 
Comment by Touch
2010-06-27 23:14:04

wow, agak tekejut bile baca artikel ni, aku ade jugak x puas hati ngan artikel dan status fb ko. tp x la sampai benci+boikot OM.. hahha, kite bukan kenal pon.

bgaimanapun aku kagum, tahniah!

btw, aku x tahu, apakah org yg guna nama ‘anjing’ diatas tu adalah kerana die mmg sedar dgn memberi komen sebegitu melayakkannya mendapat title ‘anjing’ ?

 
Comment by aizuddin
2010-06-27 23:49:14

sedangkan nabi ampunkan umat..lagikan kita manusia biasa 😀

 
Comment by FARID MOFASAD
2010-06-28 00:00:00

aku kuncit hell

 
Comment by Meow
2010-06-28 00:10:12

bagi aku, khai tak pernah menyakitkan hati aku, jadi takda benda untuk dimaafkan..

enjoy dengan kehidupan ko jer la khai…

enjoy tetapi ikut panduan yang betul…

good luck khai…mungkin ada benda Allah nak tunjuk atau nak uji anda..

 
Comment by Sassy Balak
2010-06-28 00:12:29

Seriously Khai, just ignore the haters. After this, jgn la pergi page diorang, x yah amik tahu sgt. Kalau ada org beritahu ade haters kutuk Khai, cukup je la sekadar tu.

Orang macam ni memang x payah nak layan. Cuba Khai lupakan 100% tentang diorang tu. Lama2 diorg bosan la. Lepas tu gelak sorang2 ingat dia dah menang. Lame2 gila la diorang tu.

p/s Bukannye khai rugi ape2 pun kan kalau haters menang kan? Blog diorg bukannya lawa sgt, apatah lg penulisan diorg.

 
Comment by Cik Nass
2010-06-28 00:31:13

alhamdulillah. lepas ni..buang yang keruh, ambil yang jernih. 🙂 do whatever makes u happy…be with the one who makes u chill and happy. Choose to be happy.

Terpulang pada Hellioz dan kawan2 nak memaafkan JK atau tidak. Kerana itu sudah menjadi urusan mereka dengan ALLAH SWT.

Harap komen ini tidak dijadikan ENTRI kepada pihak sana. Terima kasih.

 
Comment by Cik Nass
2010-06-28 00:41:31

For You.

#ARG Argentina #WORLDCUP champion!
????????????????????????
????????????????????????
????????????????????????
????????????????????????

 
Comment by Bat
2010-06-28 00:55:50

Khai, terima kasih sebab tulis artikel ni sebelum aku terus menerus anggap justkhai ni drama king.

Harap berubah dan jadi hebat, InsyaAllah.

 
Comment by eyra
2010-06-28 01:05:20

kekekek comel.

go go argentina go!

 
Comment by alang_khai
2010-06-28 01:19:21

Oh Media terutamanya Khai hanyalah manusia biasa mcm kita juga.. kesian kat khai ni..

tulislah blog if mendtgkan kebaikan..keinsafan.. dan terus enjoy tanpa masalah.. if mendtgkan keburukan, kebencian dan stress kt diri ko.. jom STOP

Payah if org tak appreciate usaha ko , dik. Tau pangkah pangkah pangkah.. Nauzubilahminzaliq.

 
Comment by yonna
2010-06-28 01:19:38

ringan beban dah kan lepas meminta maaf? 🙂

 
Comment by Rara
2010-06-28 01:25:19

Alhamdulillah… Tahniah Khai.

 
Comment by alang_khai
2010-06-28 01:28:22

Sebagai org yg mengenali ko dr ko lahir hgga kini.. alang bangga dgn ko.. bagi alang nk dibandingkn ko dgn remaja2 di luar sn.. ko jauh lebih bagus. Ini kerana i know u in person.

Tp utk org mengenali ko dr penulisan ko.. yes.. hati hati.. selalunya penulisan ni biasa akan di salah ertikn.. sama mcm sms la.. ckp nada lain sikit je dh jadi lain maksud.

So as for u .. teruskn jadi lebih baik.. sebb skrg bkn yg terbaik.. tol. even me hehe

 
Comment by Piratz
2010-06-28 01:34:22

Kalau ko ngan aku memang dah 0-0 bro.. Baju Scukz dah sampai.. haha
Nway.. bile leh blanje aku mcd plak…

p/s : camne ngan theme gforum aritue? project baru ke?

 
Comment by ariff
2010-06-28 01:37:55

buang yang keruh, ambil yang jernih

 
Comment by heavenioz
2010-06-28 01:41:31

mcm ni la ok..
riso gak tgk gadoh kat dunia blog ni..
even aku bru lg tp aku pelik la,nape nak gado2..
gado2 just nak tnjuk sape d’best..
eish,xder pekdah nyer pun..
just ignore all the haters …
kalo kte balas blik,kte pun x ubah cm dorg..
same jer xder beza..
so entry kali ni mmg 5star la superb.. 🙂
khai..
biarkn anjing menyalak sndiri..
kalo kte kco kte gak jd mangsenyer..
x memasal nak kena samak…
huhuhu…
plg truk kena anjing gler,hehehe..
so just relax jer,bru cool 8)

 
Comment by Dakjaat
2010-06-28 01:47:34

tak lain tak bukan mesti pasal budak tu.. sudah2lah… ape la sangat tunjuk KUAT dlm blog?.. kalau berani pergi COURT la.. udah2 la khai.. apa2 pun, aku tetap menyokong ko…! at least ko dah minta maaf, tak macam orang tu nak tagih kemaafan dari ko jek… kehkehkeh! 🙂

 
Comment by Wan
2010-06-28 01:54:00

mak ai fifie dah macam tulis entri

 
Comment by alang_khai
2010-06-28 02:20:02

agree with heavenioz and all yg positif kt sini.. sesama melayu seislam lagi

 
Comment by Cik Nass
2010-06-28 02:43:27

Buang yang keruh. Ambil yang jernih.
Sekarang terpulang kepada pihak sana nak memaafkan ke tidak. Sebab itu sudah menjadi urusan mereka dengan pencipta mereka, ALLAH.
Lepas ni, beringat! Think before you write anything…. Tapi, yang benar tetap benar. Ramai yang sedang memerhatikan anda dan ramai yang sedang ingin melihat anda jatuh dengan mencari kesilapan anda.

From now on, be with anyone who chill u up and makes u happy like heaven. do whatever things that make u laugh n smile. Jauhi org2 dan perkara2 yang membuatkan u sedih atau menangis. Life is too short to be wasted.

Dekatkan diri dengan ALLAH. InsyaALLAH jiwa anda pasti akan tenang..~

Di sini aku senaraikan bingkisan2 ayat al-Quran buat penyejuk hati2 yang tengah panas dengan ledakan bisikan syaitan..

Bismillahirrahmaanirrahiim..~

“Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).” Surah An Nur : ayat 19

“(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.” Surah An Nur : ayat [26]

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) – beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.” Surah Al-Mujadilah : ayat [11]

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” Surah Al Hujurat : ayat [12]

“Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik.” Surah Al- Muzzammil : ayat [10]

“Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata.” Surah Al-Ahzab : ayat [58]

“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” Surah At-Tagabun : ayat [11]

“Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim.” Surah Asy-Syura : ayat [40]

“Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).” Surah Asy-Syura : ayat [43]

Wallahu alam…~

 
Comment by alfablue7
2010-06-28 02:51:05

entri emo lagi……………
=(

 
Comment by eszol
2010-06-28 03:33:34

ini yg kte mahu
khilaf itu biasa
maaf itu pun biasa
moga ini semua penuh dgn ikhlas dan bukan lakonan semata2

raar 8)

 
Comment by eyra
2010-06-28 04:12:06

tadi main2 je komen. now nak komen betul2.

mm nak taip apa ek? ooohhh, bagus lah dah mintak maaf mcm ni . nak nanges i baca tadi.. harap semua maafkan khai.

kita manusia tidak pernah sempurna. sentiasa ada salah dan silap. oh ye, tak perlu tuduh aku hipokrit ke apa sbb tulis cmni. ikhlas dari hati, betul kan kita semua tidak la sempurna sepenuhnya? setiap org ada kekurangan masing2… ucapan maaf adalah sesuatau yang paling bernilai sekarang ni.

untuk khai,
i mintak maaf panggil u gajah tadi. esok2 i panggil u harimau pulak!. kekekekekeke

 
Comment by Nur Najaa^^
2010-06-28 05:37:26

semua pakat minta maaf ye ?
emm…ya, saya juga mau minta maaf.

maaf sebab penuhkan inbox formspring khai. 8)
maaf sebab tiap2 hari nak komen kat Oh Tidak~ 🙂

khai tak buat salah to me so, nothing to forgive. 🙂

love u khai. :love: 🙂

 
Comment by syahirul
2010-06-28 06:04:14

erm… patutlah khai banyak diam aje waktu lepak arini.. asek ngan satio dia aje.. aku tak online so tak tahu ape jadi kat dunia siber ni… rupanya entri minta maaf dia tulis siang tadi..

khai aku dah kenali mungkin tak lama dari ramai pembaca setia blog ni.. mula dari entri mengenai cinta 3 segi aku mengenali blog ni lepas menggunakan google untuk mencari kisah disebaliknya.. akhirnya aku terus jadikan blog ni tempat aku baca entri setiap hari.. 4 mac 2008… dah 2 tahun lebih bersama justkhai..

dalam sepanjang masa itu, aku tak pernah ada perasaan marah, dengki, sakit hati, kesian atau perasaan2 lain terhadap owner blog ni.. just yang ada aku suka baca penulisan dia tak kira dari segi apa pun.. kalo ada entri yang mungkin tak sedap dibaca oleh umum di blog ini, aku takkan letakkan komen pun sebab aku rasa better diam dari bising2 sbb satu hari nanti mungkin Allah bukakan hatinya.. kalo nak tegur maybe dari email pon leh.. tapi aku tak buat… sbb aku suka tgk khai ni mcm ne cara pemikiran dia..

dan sekarang, aku selalu jumpa khai dan apa yang aku dapat lihat dia seorang yang memang aku leh respek.. walaupun kami lepak sini sana, aku suka memerhati gelagat orang sekeliling aku terutamanya khai.. jika orang yang belum mengenal dia secara 4 mata, mungkin boleh kata macam2 pasal dia, sbb mereka hanya judge melalui penulisan dan komen2… aku percaya, kalo mereka kenal khai dgn lebih dekat, mereka boleh respek dia sepertimana aku.. dan aku masih tak tahu mengapa dia sudi bertemu dan berkawan ngan aku walaupun tak pernah kenal aku.. thanx beb…

dan sekarang, entri ini muncul pula.. perasaan hormat aku bertambah bila dia sudi buat entri mcm ni tanpa sebarang paksaan atau tekanan dari org lain.. good boy khai.. aku maafkan ko jika ada kesalahan ko kat aku dan aku minta maaf andai aku ada lukakan hati ko.. tapi aku rasa mcm takde aje.. hope dengan munculnya entri ini, orang yang dari dulu tak berpuas hati dengan ko boleh terima permohonan maaf ko ni… moga hati mereka dibuka pula untuk memaafkan orang lain..

semua manusia tidak sempurna dan selalu melakukan kesalahan, oleh itu kita sebagai manusia diberi akal untuk menilai dan memikirkan yang mana baik dan buruk.. moga orang yang selalu meminta maaf dan memaafkan orang lain secara ikhlas dinaikkan darjat di sisi Allah..

“Adalah menjadi keadaan kekuasaanNya apabila Dia mengkehendaki sesuatu hanyalah Dia berkata, ‘Jadilah’, maka terjadilah ia.. Maha suci Tuhan yang segala kekuasaan berada di dalam tanganNya dan kepada Dialah kita dikembalikan” – Yaasin

:8

 
Comment by rosmerah
2010-06-28 09:31:04

aku maaf kan segala khilaf antara kita kalu ada, tp rasa2 nya xde….dan aku jugak mintak maaf kalau ade khilaf dari pihak aku sndiri terhadap mu…..

p/s: aku sntiasa doakan kau terus maju dalam bidang ni walau ape jua dugaan yg mendatang, dann semoga berbahagia slalu k 🙂 cheersss

 
Comment by dean
2010-06-28 10:38:28

solat jangan tinggal.. 🙂

 
Comment by Khai
2010-06-28 14:02:10

Thanks buat semua yg menyokong dan mengkiritik. Apapun ingin saya jelaskan apa yang dikatakan mengenai ego.

Ego dan berpendirian adalah dua perkara yang sgt berbeza. Jika anda mengatakan begini, dan saya mengatakan begitu tanpa mempersetujui apa yang anda katakan, bukan bermakna anda betul dan saya ego tetapi lebih kepada sifat berpendirian dan yakin kepada pemikiran sendiri. Ingat.

Blog ini juga tidak pernah memulakan apa2 kritikan kepada sesiapa yang tidak memulakan. Tapi lepas ini, siapa yang memulakan, anda jugalah yang mengakhirkan… saya tak kisah lagi.

Cukuplah respon diterima setakat ini.. saya menghargai.. Wassalam.. 😉

 

Sorry, the comment form is closed at this time.