Kepentingan domain dalam dunia blogging
Kepada Ismi Bond yang dihormati, izinkan Khai publish soalan anda di Justkhai ni ya? Agar sama-sama dapat kita kupas mengenai isu domain ni. Well, Khai taklah pandai pun pasal domain hosting segala ni. Tapi pengalaman tu agak banyaklah. First domain yang Khai grab, masa Khai form 5 tahun 2005 dulu. Dan sehingga hari ini, dah banyak sangat dah domain yang Khai beli. Ada diantaranya digunakan dengan baik dan mampu generate beribu-ribu setiap bulan, dan ada antaranya yang dibeli tetapi langsung tak dibangunkan. Biasalah, kita try & error kan?
Bagi menjawab soalan dari Ismi Bond, first of all, ya terima kasih! Baju Oh! Media memang cantik. Siapa tak beli tu memang rugi sesangat. Hahaha. Ok abaikan soal baju. Hurm, ok.. baju memang cantik! Eh! ok ok.. abaikan. Jangan marah. Gurau-gurau je. Hehe.
Sebenarnya kan, kalau diselak-selak semula artikel-artikel dalam Justkhai ni, dari tahun-tahun yang lepas lagi Khai selalu sangat katakan kepada blogger lain, silalah beli domain. kalau domain .com tu, bukan mahal sangat. Paling mahal pun RM40 (kalau korang beli lagi mahal dari tu, korang dah kena kencing atas kepala la tu).
Dulu, masa awal-awal Khai menggesa untuk orang membeli domain sendiri, ramai la yang bangkang. Dia cakap kenapa nak membazir dan sebagainya. Ada yang tak boleh blah, siap buat artikel mengutuk mereka yang memakai domain sendiri ni. Berlagak la katanya, poyo la katanya. Memang bodoh nak mampus perangai manusia yang macam tu. Kau dah taknak beli domain, ko tak payahlah nak maki orang lain yang pakai domain sampai buat entri bajingan macam tu. Macam ko ada share pulak kan? Amik setepek! Hehe. *ok, part emosi tamat*
*part emosi bersambung semula* Tapi beberapa tahun lepas ko buat entri tu, ko pun lupa apa yang ko tulis dan akhirnya ko sendiri beli domain untuk blog. Puii! *ops, sorry termosi lagi*
Ok, back to topic. Rasanya Khai tak perlu nak kasitahu apa kelebihan menggunakan domain sendiri ni. Benda yang sama je sentiasa orang katakan seperti bila beli domain sendiri, domain akan lebih mudah diingat, domain lebih pendek, lebih mesra SEO, lebih hensem dan macam-macam lagi’lah pendapat orang ni. Dan semua itu adalah benar!
Kalau ketika korang baca artikel ni, korang masih setia dengan blogspot tu, come on la pakai la domain sendiri kalau boleh. Kalau ada duit lebih-lebih tu, apa salahnya korang korbankan sikit untuk domain. RM40 aje kot untuk satu tahun. Besar sangat ke RM40 tu? Korang merokok hari-hari lagi membazir. Korang beli topup untuk call pakwe/makwe then setahun lepas tu putus chenta, lagi membazir. So beli domain untuk blog sendiri, buat blog yang hebat dan generate beribu-ribu ringgit setiap bulan, awek yang akan datang cari korang. Hehe.
Apapun ingat, tak semua orang boleh buat duit melalui blog. Kalau semua boleh buat duit melalui blog, siapa nak kerja masuk pagi balik petang tu lagi. Pendek kata bagi Khai, domain ni satu faktor yang penting dan perlu didahulukan. Kemudian baru masuk part lain terutamanya dari segi content blog apa yang korang bangunkan tu.
Dan bila sebut pasal domain, suka Khai kaitkan dengan hosting. Sebab kalau korang beli domain, tapi sekadar park untuk kegunaan blog korang di blogspot je, baik tak payah. Buang masa aje. Tolonglah beli domain dan hosting. Tak susah pun. Bila dah ada, korang akan sedar sendiri dan mungkin menyesal kenapa korang tak berubah dari awal dulu lagi.
Maaf kepada pengguna blogspot kalau-kalau ada yang terasa. Tapi apa yang Khai cakap ni betul. Khai kenal sangat blogspot tu, dan Khai juga kenal sangat dengan dunia hosting dan domain. So percayalah. Kalau taknak percaya dan keras kepala, abaikan sahaja omong-omong kosong ini.
Trend domain .my
Dan sekarang macam dah menjadi trend semua blogger berebut-rebut menggunakan domain .my which is sangat-sangatlah bagusnya. Domain .my ni taklah mahal sangat tapi tak juga murah macam .com. Harga .my ni dalam RM120 macam tu untuk satu tahun (harga berlainan mengikut hosting). Khai ada beberapa domain .my ni. Ada yang orang tahu dan ada yang Khai seorang saja tahu. Ada juga yang dah beli tapi tak dapat nak develope seperti www.khai.my tu. Kesian sangat dah terbiar macam tu tapi Khai akan bangunkan dalam masa terdekat ini, insyaAllah.
Apapun tolong ingat ini. Sekali korang beralih kepada domain dan hosting sendiri, memang korang takkan gunakan servis blog percuma seperti Blogspot, Blogdrive atau sebagainya melainkan untuk suka-suka sahaja. Kalau tak percaya, tanya pada blogger-blogger yang menggunakan domain dan hosting sendiri, betul atau tidak apa yang Khai katakan ini.
Sekian.
errmm kalu dah lepas setahun guna domain kita wajib kena bayar lagi ke? 8) …dan kalu x bayar apa effect kat blog kita tu? 8)…pernah terasa nk tukar tapi entahla… :o:
Nice info..Mmg dari dlu pon advise org lama mcm khai sgt2 bermanfaat.. ๐
Saya pon akan bertukaq ke .com dlm masa terdekat..tgk time cuti sem ini..insyallah..:) ๐
Good move.. Keep it up ya ๐
saya dah ada domain sendiri tapi saya x faham tentang hosting. boleh terangkan? dan cost2 untuk hosting macamana?
tq
Anda boleh refer di sf.com.my. Di situ ada pakej-pakej yang boleh dibeli. Nak lebih jimat, beli satu pakej hosting yang dapat sekali domain percuma. Btw, hosting ni ibarat harddisk komputer anda, yang akan menyimpan semua data-data anda. Kiranya data website anda akan disimpan di dalam hosting. Dan domain itu untuk org tahu bagaimana ingin pergi melihat data-data anda.
yearghhhh…btol2….lagi best gunakan domain sendiri ngn hosting sendiri…tp kekurangan guna hosting…bandwith kena curi ngn hotlinking gambar.. ๐
Sebenarnya, dua-dua masalah anda tu boleh diperbaiki. Untuk bandwidth, bagi file yang besar-besar, boleh gunakan free image hosting macam imageshack.com dan sebagainya. Kalau nak lagi best, beli hosting yang unlimited bandwidth. Baru syok! Pasal hotlinking tu juga, boleh juga dihalang dari berlaku. Boleh try Google caranya. Lebih versatail..
best2 bro..aku start blog pun lepas tengok promosi dalam JK nie…sekarang tengah fikir nak upgrade hosting..ada cadangan.:P
Good.. ok la kalau rasa dah perlu upgrade hosting tu, upgrade’kan saja. Cadangan, upgrade dengan hosting yang sama. jadi tak banyak kerja yang perlu dilakukan. Semuanya akan diselesaikan pihak hosting sendiri.
huhuhuhuhu,,, saya masih lg guna blogspot.
Kalau ada masa, cubalah beralih kepada domain dan hosting sendiri ya. Tak seronok bila kita buat blog bawah orang ni. Banyak sangat larangannya.
tk phm la
:8
setuju dengan pendapat khai. dulu pernah guna blogspot rasa dah cukup best. tapi bila beralih kepada wp, rupanya lebih best. mana kawan2 yang tak tahu pasal dunia internet, ingatkan aku develop web sendiri. hehe… nampak hebat di mata kawan2 ๐
Bukan nampak hebat sebenarnya. Sebenarnya memang anda dah hebat bila dapat develope sebuah blog di bawah wordpress. Bukan semua orang mampu dan tahu. ingat tu. Hehe. Apapun sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Keep it up!
Kalau dah guna self hosting dengan domain memang akan ketagih . Klu tiba-tiba pakai blogspot rasa cam hidup nie tak lengkap .
tq khai. ๐
artikel yang bagus. terima kasih khai..
Sama-sama Norenoor dan Kamihidup. Sekadar berkongsi sambil memberi nasihat sahaja sebenarnya. Selebihnya dan tindakkan, terpulang kepada pembaca.
INFO YANG AMAT BNERMANFAAT untuk aku yang menggunakan blogspot…
Bro.Khai… Tolong terangkan perihal hosting, aku masih kabur perihal hosting dan camana nak dapatkan domain (daftar & mula domain sendiri)…
Mudah sahaja. Khai suggestkan sila ke sf.com.my atau mana-mana hosting lain yang anda prefer. Then pilih domain pilihan dan hosting pilihan, kemudian buat pembayaran dan dah dapat satu self hosting dan domain pilihan sendiri. Kool habis. Jangan risau dengan artikel dan data-data lama dalam blogspot, kerana semua tu boleh dipindahkan ke blog baru dengan amat mudah sekali.
Tips yg menarik..btol la..tak kan nak promote domain WordPress & Blogspot jer..baik promote domain dotcom sendiri..
Yups! kata-kata yang amat bernas sekali.
ya…nizam sokong sangat kata khai ni..
berapa sangatla domain dan hosting untuk setahun kan..
dan bila pakai domain dan hosting sendiri rasa kelainan bila blogging sebab kita bayar sendiri…
mahal? takdelah mahal sangat kalau nak dikira kos beli rokok setahun, dan apa-apa yang tak berfaedah lagi kan..
nizam teringin nak beli domain.my pula.. but tengah kumpul duit dulu.. ๐
Ok nizam.. good luck untuk domain .my pertama anda!
Nice info bro… Orang selalu tanya bila aku nak bertukar ke WordPress, aku cakap ‘nanti ler..’ coz aku macam takde ‘kimia’ dengan WP ni… Bila dah sampai seru nanti, konpom aku bertaubat dan pakai WP terus.. ๐
P/s: Pakai domain dot com/my/net nampak pro sikit… Kalau orang tanya ‘apa alamat blog ko?’, dengan bangga jawab ‘inibelogsaya.com’… kan3 ๐
Yeah cool.. nak lagi smart, jawab je iniblogsaya.my .. lebih kool.. macam khai.my .. pendek je kan? hehe..
guna domain .com baru rm30 setahun..kalau .my tu mahal sangat la..tak mampu.. .com pun dah kira ok bagi aku ๐
Yup.. sama sahaja domain .com tu.. Tak perlu ikut trend nanti rasa berat pula nak renew domain tiap-tiap tahun kerana harganya. So beli ikut kemampuan dan paling penting, jangan membazir. Gunakan apa yang ada dan yang termampu.
sokong kata-kata diatas, domain tu menujukan kesungguhan dan yang paling best, selain blog, boleh je hostkan macam-macam benda (game, fail presentation, etc.)
aku diantara pengguna domain .my, jadi aku sokong la yang section tentang domain .my tu…haha
Haha.. kool Omar! Yeah, domain sendiri menunjukkan kesungguhan. Takde apa yang boleh dibanggakan dengan blogspot sebab budak tadika pun boleh ada sebuah blog di blogspot dengan mudah sekali. Langsung tiada keunikan.
Penah dihadiahkan domain dan hosting percuma dolu tp dah expired. Sob sob… sedeh. Pastu, tak plak tingin nk beli domain wal hosting baru sbb blog cheq pun bkn ribu riban visitornya. Rasa agak membazir plak. Gagaga!!! ๐
Tak membazir sebenarnya kak.. Kalau benda yang kita minat, apa salahnya kita korban sikit duit kan? X mahal mana pun. Mesti puas hati sebab mesti lebih banyak perkara baru yang akan dipelajari nanti.
serious shit self hosting and domain best berlipat kali ganda daripada blogspot even gua belum sempat khatam lagi..
kalau tukar domain, alexa jatuh.. pagerank jatuh ;p haha
๐
Memang akan jatuh sekejap. Tapi kejap je lepas tu akan naik balik malah lebih dari yang sebelumnya.
nice info khai.. sekarang guna hosting google je. duit xda lg. domain alhamdullilah dah beli. khai is right. domain sendiri lagi mesra SEO, page rank dpt top 10 google result. ๐
ada domain n hosting sendiri satu kelebihan..korang boleh test n error ikut suka hati sendiri…pastu gunalah WPress..banyak plugin yg amat bagus..baru best berblogging..just my short word..huhu ๐
perhh khai, serius selama ni nabel selalu je baca entri khai yang kata suruh tukar domain, tukar hosting.
Agaknya dalam setiap manusia yang hidup sebagai blogger, yang hidup menggunakan hosting free, domain free perlukan khai duduk ngan dorang depan depan, tunjuk ajar macam mana nak tukar semua tu kot? haha.
Pasal bila baca je entri, terasa nak tukar. Tapi langsung tak reti nak buat macam mana + takut semua entri kat blog blog hilang + seo tak lagi menaik(adakah benar?) + nak kena buat sendiri ke hosting tu. macam mana nak post entri, grr senang cerita, rasa takut semua tak menjadi? haha.
mungkin kita ni selalu sangat fikir, tapi tak nak bertindak. fikirkan benda negative yang mendatang tapi sebenarnya semua tu senang je kot? kot? entah. -__________-‘ thanks for the info anyway khai. dah berapa bulan dah duk simpan hajat ni. ngee ๐
erkk lagi satu? betul ke boleh jana duit beribu ribu bila tukar domain? ini faktor memang nak terus tukar ni. ๐
Memang boleh. Dan memang itulah permulaannya.
upprofits: klu kite beli domain n hosting sndiri kita akan guna wordpress jgk n 2 cara paling mudah untuk generate blog kita. bukan mcm blogspot. sesiapa yang under blogspot dan memiliki blog yg femes kite still lg under google…. bkn kite pnye sndri… diorang still dapat hasil dri penat lelah kita. ko tngk mcm techcrunh, low yatt, hong kiat.com sume blog 2 menggunakan domain n hostin sndri. bru btol2 power. n diorg still gne wrdpress utk generte blog diorg…. 2 ape yg ak rse… klu salah mntk maaf bnyk2…
yup mmg byk kebaikan dari keburukan bile ada hosting and domain sendiri. chybee pon dulu guna blogspot and now guna wordpress dengan hosting sendiri. lagi syok! ๐
Salam khai. Kalau nak beli domain + hosting, agak agak berapa harga dia ye? Satu lagi, apa kelebihan hosting? harap boleh jawap. Saya ingat nak bertukar jugak ke domain sendiri. Thanks ๐
Dalam RM100 dah boleh dapat hosting dan domain. Boleh refer di sf.com.my atau hosting yang lain. Khai prefer hosting dari Serverfreak.
mmg byk kelebihan domain sndiri nie… tp baik amik domain+hosting… bru rm60.. leh masuk wordpress.. blogging dgn wordpress lg bestt… ๐
memang guna dimain n hosting sendiri best..
mamat dalam perancangan untuk gunakan pakej hosting serverfreak…setahun 180 bagi mamat tu berbaloi…kalau niat untuk berblog secara serius..
Betul tu, Khai! Best bila ada domain sendiri ๐
tak tahu aku .my ni harga ikut hosting.. kena cari tempat yg murah la kalau camni.. so far tak beli lagi .my
Meh, sapa nak beli domain dan hosting, datang sini… murah sangat2… Uptime gerenti 99.9%… Ini member aku punya.. bawah malaynetwork… boleh try tengok di
http://hostmalaya.com
memang mengimpikan nak guna domain n hosting sendiri. tengokla sikit masa lagi InsyaAllah.
panduan bernas. TQ
Cari bermacam-macam informasi terkini berkaitan dengan teknologi, perisian, komputer, pelaburan, kenderaan, peralatan mudah-alih, pengetahuan umum dan segalanya di http://kendrabing.com
Anda juga boleh mengambil kesempatan untuk mempromosikan hasil penulisan di blog anda di Kendra Bing tanpa had asalkan terma dan syarat dipatuhi.
* Buatan Malaysia untuk orang Malaysia.
Khai..sy berminat nak berblog nie tapi tak tau nak start mcm mana..leh tak bg advice ckit..nak cuba blajar benda baru… ๐
http://www.facebook.com/top5reason
berminat untuk mengetahui tips2, panduan, atau rahsia2 mengenai cara hidup rakyat malaysia?? sila lawati kami di page ini. sokongan anda semua amat dihargai. kami berminat untuk mengkaji cara hidup rakyat malaysia.
banyak kelebihan guna domain n hosting sendiri
as’salam…
ok da baca..tapi kurang paham..hehe..tapi apa pown, info yang agak bermanfaat untuk di kongsi bersama….mungkin hari nie saya akan stay lagi dengan blogspot…nnti2 mana taw dengan info nie akan tergerak hati untuk beli domain sendiri kan…anyway, thanks a lot…^_^
guna domain dan hosting sendiri memang best…aku sekarang ada dua domain..faizalfredley.com dan kakibangku.net…..puas hati…
saya pun akan bertukar ke self hosting dalam masa terdekat. insyaAllah akan praktikkan tutorial dalam blog ni.Harap-harap tuan dapat membantu. thanks
bagus gak ade name sdirik kan..tap ape beza yang rm40 gan rm80 tu khai?..den nie xberape reti gak lagi bab2 camni..masih guna blogspot..
scaniaz hot post…
Bro. Khai, aku keliru nak pilih HOSTING yang sesuai. Dan aku masih kabur perihal hosting. Aku ada bukak serverfreak, tp xtahu nak beli hosting yang mana. Tolong rungkaikan kekeliruanku Khai… ๐
bleh ke beli domain dulu, pastu baru beli hosting…?
serba sedikit dah fahami pasal HOSTING, cuma sedang berkira-kira nak dapatkan HOSTING mana yang okeh dan berapa besar kapasitinya (mengikut kemampuan jugak la)…
di SERVERFREAK, apa perbezaan antara 2 HOSTING ni bro. Khai…?
cPanel Shared Hosting & DirectAdmin Shared Hosting…
.
ok ke beli domain & hosting melalui serverfreak…?
thanks for sharing gan.. i like it
salam bro khai,
kalo kita guna domain & hosting sendiri lagi senang ke nak uruskan para pengiklan yg berminat nk iklan produk mereka kat blog kita? tq
hoho..dapat nama cantek, sambar aje domain sebijik. harga pun bukan mahal sangat..
hehh, chybee pun dulu pakai blogspot. ada jugak geng. ๐ nak tukar domain dulu lah kot okay kan ? wordpress serius tak berapa faham betul. dah ada dah blog wordpress. cuma tak publish untuk public je. :oups:
Salam Khai, Saya dah buat langkah pertama masuk dalam arena blogging berdomainkan blog dot com sendiri dengan Server Freak tapi saya fail dari segi CSS + HTML. Sebelum ni tak ada pengalaman pasal blog / website pun. Pasal tu saya tak tahu sangat pasal CSS + HTML. Macam mana ye? Khai boleh membantu saya tak tentang masalah yang saya hadapi ni.
memang bagus guna domain+hosting sendiri.
๐ kredibiliti dan keseronokan berblog lebih nyata.
dulu kami (team editor zine)guna blog free xxxxxxx namun,setelah beralih ke .com ,banyak plug in dan widget menarik rupanya.
nice share dgn khai. :8
ye ke mazrul -_____________-‘ nak nak nak. hehh
Aduhhh bisanya bila ko cakap yg budak tadika pun boleh buat blogspot…..tetiba bersemangat nak usha domain sendiri…hehehe
salam khai…… ak nk tumpg tnye sket ni… klu nk msukkan affiliate adds mcmne nk bg die ble visitor click open new tab ek…. ak nye blog skunk bile diorg click trus je navigate dri blog asl ak… tlng ek…. sape2 yg tau pn klu leh tlng bgtaula k… :bloody:
yeahhh2.. baru gak beli domain.. ๐
Assalamualaikum..
Lebih kurang dua minggu lepas,saya baru beli domain dar ServerFreak.Tapi tak tau la kenapa tiba-tiba blog saya disyaki ada malware.Bila buat Diagnose kat Webmaster Tool,ok je takde sebarang malware plak.Itu yang pening.Bukan apa,bila keluar warning malware,dah tentu orang takut nak datang.Macamana ya nak buang malware/supaya Google tak keluarkan warning ada malware?Itu belum lagi masalah crawl error yang diblock oleh robots.txt.
Kalau boleh Khai buatkan satu entri step yang detail untuk switch domain dan hosting.
domain menunjukkan seseorang tu serius untuk lebih maju dalam dunai blog..
suke ๐ aku pon baru2 ni je baru beli domain n hosting sdiri. WP terbaik~
tips dari khai ttp terbaik..segar dari ladang dari dlu2 lagi.. ๐ ๐
Betul tu Khai, saya sokong sangat-sangat. Dulu masa pakai blogspot selama sebulan kalau blogwalking seminggu 2-3 kali memang susah nak dapat visitor dan komen. Lepas tu tukar kat wordpress baru je pakai 1 bulan lebih dah dapat banyak visitor dan komen. kalau tengok kat top search pun memang tip-top, banyak yang ditaip dan ditag termasuk dalam enjin carian google. SEO WP terbaik. ๐
Salam Khai. Khai cakap domain dalam RM40 je stahun kan? kenapa ana tgk kat serverfreak n sf.com.my harga dye kene bayar sebulan sebulan? bukan setahun setahun yang maca khai cakap tu.
Itu mungkin pakej hosting. Hosting dan domain adalah dua perkara yang berbeza. Tapi memerlukan kedua-duanya untuk proses pembinaan sesebuah website. Boleh beli hosting yang paling murah dahulu untuk setahun. Pasal domain, memang RM40 setahun untuk domain .com dan yang sebagainya.
abg khai..nak tnya soalan…
hosting dari shinjiru ok tak?
arif syah yang syor kan..
Khai, setelah baca website khai, saya dh beli domain dan hosting yang khai sarankan.Boleh masuk website baru saya jenguk2 hehe.Ohya Sebelum terlupa kena saudara khai tak confirm lagi request as friend sy kat facebook :[
Assalam..Gua sokong…Memang bagus beli domain sendiri..SEO lebih mesra sebab kite punye domain sendiri..bukan pakai subdomain daripada domain yg sedia ada (macm blogspot and bla bla bla)..Tapi sayang, jgn jadik macam saya..dulu memupanyai hosting+domain+blog sendiri..pastu lupa renew seminggu jerk, dah kene lelong dengan hosting provider and domain broker(tuntutan paling rendah pada suatu masa dulu adalah rm600..sekarang x tau la berapa?)..Start tu dah hilang mood nk berblog lagi..hehehe…
Moral of story : Dah ada domain, pastikan jangan lupa renew masa nk expired..nanti menyesal dan hilang mood nk berblog lagi sampai bila2…hehehe
khai. ko lah idola dalam dunia blogger aku, hehehe.
:8
betul kata Khai,kita wajib memiliki domain & hosting sndri. Kalau ada ssiapa yg rasa membazir krn kurang plawat,jgn putus asa,sya beli domain pertama setahun lalu,xde plawat,bila check kat alexa.com,langsung tiada plawat malah tiada data,skrg ni blog saya dpt tmpat ke-4 dlm carian. Kalau x percaya sila cri blog sya dlm alexa.com.
dulu pun sya rasa membazir beli domain & hosting sndri,skrng sya tuan punya 5 domain & 2 hosting. Percaya tak, skrg ni sya rasa sya sudahpun kaya sbb tiap2 thun kluar duit byar domain & hosting.
Kita blogging krn minat bukan cari duit..nnti lama2 minat itulah yg akan mendatangkan duit utk kita.
Komen yang benas dan tepat sekali. Jangan cari duit melalui blog.. Tapi bila dah ada blog, duit yang akan datang mencari kita.. ewah..
sokong sgt2 entri ni.. domain berbayar membolehkan korang bangunkan brand sendiri.. contohnya macam Oh! Media.. kalau khai guna domain ohmedia.blogspot.com, tak tau la camne jadinye.. mungkin takleh sampai ke tahap sekarang ni.. tak gitu khai? *takde baju free ke?*
guna blogspot takde salahnya, cuma korang try google la sendiri kelebihan dan keburukan blogspot compare dengan domain berbayar dan hosting berbayar..
apa yg aku tengok, ramai blogger yg sembang kencang kat blog pasal earning la, duit dr blog la, pum pang pum pang.. tp bila sebut pasal domain hosting, terus ckp takde duit nak beli domain + hosting.. puiii~ :o:
kahkah! aku suka part last tu sebab aku x sampai hati nak tulis.. ko dah tolong tuliskan.. hehe
ade cadangan tak nak blogging psl ape yg jrg2 dijadikan topik oleh bloggers?psl sukan ok x?x pun psl muvee?need full tutorial 4 WP..domain+hosting kat sf tu xdak pakej mudah pun? :-[)
saya da beli domain dan hosting..memeng pada mulanya bengang. tapi sekarang okey sebab da tahu serba sedikit.
erm..dot com memang best la yeah ๐
Tahniah. Itu yang dikatakan orang sebagai tak kenal, maka tak cinta. Hehe..
sejak ada domain ni..makin rajin plak membeli..sampai berpuluh-puluh plak…haha..amat best betul ada domain sendiri ni..
memang rugi gile sedar lambat..:D
nk tanye la camner nk baut domain sendiri?? kata kna beli ..beli kat mner?? ley g tau sket tak?? or ade sumber-sumber artikel yang dapat menolong sy??
nk sangat buat domain sendiri..huhu
saya pengguna domain free. perlu ke sy tukar kepada yang berbayar?apa kelemahan domain free? ๐ sy baru lagi
Kerana domain free bukan 100% milik anda. Bila2 masa sahaja, ianya boleh tutup atau ditarik balik dari anda. Jadi anda akan kerugian di situ bila ianya benar-benar berlaku. Sebelum ini telah banyak berlaku.
salam khai…
sy dah 3 thn blogging. just personal blog utk suka2 aje. even dah 3 thn, tp mmg zero bab domain & hosting coz x amik port slama nie. tp bl dah bc artikel nie…mcm minat lak. azam baru nak beralih ke domain utk 2012. hihihii…
1. jika tukar ke domain, adakah ade perubahan dr segi content terutama layout blog? bkn ape, dah penat setting, nanti nak kena adjust blk. huhuhu
2. sy tgk khai cadangkan guna serverfreak, bagaimana pula dgn netKL coz ramai ckp netKL terbaek stakat nie. boleh khai komen skit pasal netKL?
3. andaikata tetiba nak stop domain (maybe mustahil), adakah blog akan hilang atau kembali ke asal (blosgpot)?
4. adakah interface akan btukar kalo guna domain/hosting? mcm sy guna blogspot, dah biasa ngan interface spt posing, comments, settings, design, monetize & stats. adakah domain/hosting bkenaan menyediakan interface sendiri utk post blog, setting komen, create design dsb nyer?
tu aje kot soklan. kalo ade, nanti tambah kemudian :p
tQ
p/s ~ kalo dah reply, minta tlg maklum kat blog sy ek. takut tlps pandang lak ๐ thanx again.
Salam Dodol,
1. Jika anda menggunakan hosting, bermakna anda juga perlu beralih kepada sistem baru. Dari blogspot kepada WordPress contohnya. Jadi bermakna memang anda perlu bermula dari zero untuk design blog anda semula. Apapun jika anda menggunakan template, banyak juga template yg disediakan untuk blogspot, ada direka untuk WordPress. Jadi ianya bukanlah masalah yang besar. Apapun jika anda hanya “add-on” sahaja domain kepada blog blogspot anda, tiada apa2 perubahan pada blog anda kecuali pada nama dan URL nya sahaja.
2. Saya hanya memberitahu hosting yang pernah saya gunakan dan memberikan saya rasa kepuasan. Mungkin banyak lagi hosting baik di luar sana cumanya saya tak pernah gunakan khidmat mereka lagi.
3. Jika tak lagi menggunakan domain, blog anda tentunya akan kembali kepada xxx.blogspot.com
4. Tiada apa yang akan bertukar jika anda hanya menggunakan domain sahaja. Ianya ibarat anda masih duduk di rumah yang sama, tetapi hanya bertukar alamat sahaja. Tapi kalau posmen hantar surat kat alamat rumah lama, ianya masih akan sampai ke alamat baru anda.
thanx khai atas respon yg dberikan. sy amat hargainye. insya’Allah kalo dah smpi ‘seru’, sy akan beralih ke domain. x mo tburu2, tp tetap akan btukar mjelang 2012 nanti. thanx again. ๐
salam bro khai..gua nk sangat bikin domain ngan hosting nih. tapi macam blur2 je lagi..lg 1,gua nak guna mercu maya.ok x agak2nya bro? PM pls ๐ฏ