Antara si dia, Xperia X8 dan iPod Touch

Dear diary,

Empat hari lalu, baru je aku nak tidur pagi dalam pukul 9 macam tu lebih kurang (melepak dari lepas subuh kat McD sebelumnya tu), member ajak temankan pergi Serdang pulak sebab dia nak ambil buku yang dia photostat kat sana. Nak photostat apa-apa memang murah kat Serdang tu. Maklumlah harga student UPM punya pasal. Hehe. So aku bertiga pun bergerak la ke sana naik BMW bewarna Kuning. No plate rahsia. Hehe.


* sempat singgah makan apam balik perisa Durian. First time jumpa. Hehe

Then kawan aku nye kereta tu tingkap dia problem sikit. So bila kat tol, dia boleh terbukak pulak tingkap, dah x pasal-pasal tak boleh nak tutup tingkap tu. So park depan Maybank Serdang untuk member aku nak keluarkan duit. Aku pun sempat topup Touch n Go ke dalam MyKad aku. Senang nak bayar tol guna IC je. Haha.

So kitorang pun betulkanlah tingkap kereta tu depan Maybank tu. Habis semua dibukaknya. Aku jadi mando je sebab aku memang x pandai nak hitamkan tangan ni. Tangan diorang, hitam penuh minyak takyah ceritalah. Hehe. So sejam lepas tu, siaplah tingkap tu diperbetulkan. Nasib siap cepat. Mandi peluh takyah ceritalah. Aku yang tolong tengok ni pun dah basah kuyup, ape lagi dua orang member aku tu kan. Macam baru lepas main hujan kat luar rumah. Hahah!

Perut yang dari tadi memang kebuluran, membuatkan kitorang terus menuju ke KFC di The Mines. Kali terakhir aku pergi The Mines ni dalam 3 tahun yang lalu kot. Masa masih lagi study di Limkokwing University, Cyberjaya. Lulz. Banyak gila benda dah berubah. Haha. Ops, teringat pulak kenangan lama dengan ex-gf dulu. Situlah port we all dating dan shopping sama-sama sambil tengok ikan-ikan kat situ. LMAO~

Habis je makan KFC tu, perut masing-masing dah membengkak. Haha. Terus jalan-jalan satu kedai ke satu kedai. SInggah jap kedai handphone sebab aku rasa macam nak belikan something untuk gf aku. So selepas survey dijalankan, aku angkat Sony Xperia X8 kat satu kedai handphone ni. Harga dia RM800 dan aku puas hati sungguh dengan phone ni. Kena harga dia dengan apa yang ada pada phone tu. Harap gf aku suka lah.

Then, sempatlah masuk tempat game tu kejap. Member aku beli token berlambak gila, so aku dengan member sorang lagi tolong perabihkan le ape lagi. Hehehe. Asyik menang je aku main air hockey tu. Boring ok. Hehe.

Habis main game, kitorang singgah Switch kejap. Switch ni Apple reseller kat The Mines. Ini first time aku masuk Switch ni. Sebelum ni selalu masuk Machines, Midvalley dan Mac Studio, Low Yat Plaza. Tapi ketiga-tiga Apple Reseller ni takde apa beza pun bagi aku. Harga semua sama je. Tetap mahal kalau dah jenama Apple kan! Nak minta kurang 1 sen pun, kirim salam aje lah. Puii! Hehe.

Belek punya belek, aku rasa menyesal pulak beli phone tu tadi bila aku tengok iPod Touch macam melambai-lambai suruh aku beli dia. Haha. Dalam hati terfikir, baik aku beli Apple iPod Touch memandangkan awek aku memang suka sangat main game yang ada dekat iPhone aku tu. Biarpun dipujuk member-member aku supaya jangan membazir akhirnya aku angkat juga iPod Touch tu dengan harga RM829. Aku tahu pada pandangan orang ianya nampak membazir. Tapi aku beli ada sebabnya dan pada masa tu memang aku harap gf aku tu ambil iPod Touch tu. So boleh aku pakai Xperia X8 tu untuk dijadikan phone ke-2 dan menggantikan phone ke-2 aku yang tak best langsung tu. Hehe.

Oh ya, sempat juga beli beg Targus ni sekali dekat Switch. Targus ni awesome gila sebab ada tempat letak Macbook, iPad, iPhone dan iPod dalam satu tempat. Senang aku nak bawa semua gadget-gadget ni bila keluar nanti. Beg ni siap glow in the dark lagi. Harga beg Targus ini agak mahal iaitu RM300 dengan jaminan seumur hidup. Namun biarpun mahal, membelinya adalah benar-benar berbaloi (bagi aku).

Keesokkan harinya, berdatinglah aku dengan gf aku di sebuah kedai makan di Pandan Indah. Aku pun surprise kan dia dengan dua hadiah ni. Mula-mula aku keluarkan Xperia X8 tu. Alhamdulillah, suka dia. Mula-mula dia marah sebab belikan dia benda mahal-mahal, tapi aku cakap itu sahaja buat masa ni yang mampu aku berikan pada dia sebagai tanda penghargaan sokongan berterusan dia pada kerjaya dan kesihatan aku selama kami berkenalan.

Dear diary,

At last, dia ambil phone tu dengan hati yang gembira bagi menggantikan Sony Spyro dia (yang ni hadiah aku kasi juga ni dulu. Hehe). Then, tengah dia belek-belek phone baru tu, aku pun keluarkan pulak iPod Touch. Apa lagi kena bebel la pokpek pokpek sebab membazir lagi. Lepas aku pujuk, cair juga dia. Biasalah, I mulut banyak manis maa! Hehe.

At last, dia pilih phone Xperia X8 tu. Jauh meleset dari sangkaan aku yang ingatkan dia nak ambil iPod Touch tu. Boleh kitorang Facetime hari-hari. haha. Tapi mungkin kerana dia lebih suke face to face berbanding Facetime, maka tak heranlah dia dengan iPod Touch tu. Padan muka aku. Hehe. Aku nak ambik iPod Touch tu pun nak buat apa. Sebab bila korang dah pakai iPhone 4, korang taknak pakai iPod Touch ni dah sebab dia sama je sebijik macam iPhone 4. Bezanya cuma tak boleh call dan SMS je.

So ni ada seorang blogger yang dah reserve iPod Touch tu untuk diri dia kalau aku nak jual. Memang aku nak jual pun sebab memang aku tak pakai. Kalau member aku ni lambat sangat bayar, nanti aku let go kat korang yang ada kat internet ni ajelah. Memang untung badanlah siapa yang beli iPod Touch aku ni sebab bau kedai pun still tak hilang. Aku jual dengan harga sekenhen pulak tu. Sabar ajelah. Haha.

So itulah kisahnya. Apapun aku harap si dia happy dan dapat jaga apa-apa barang yang aku berikan pada dia sama macam dia jaga aku, hati aku dan perasaan aku selama ini. Bagi aku, aku memang manusia beruntung kerana memiliki hati seorang wanita seperti dia. Dan pada aku, hadirnya dia telah memadamkan terus nafsu aku kepada wanita lain. Semoga inilah dia ibu kepada anak-anak pewaris ku nanti.

Till then, wassalam.

Pssttt: Rindu nak update Justkhai macam ni sebab entri macam ni la yang wujud di awal kewujudan blog ni dulu. Hehe. Tapi masa kian berlalu. Kesibukan menhentam jiwa. Entri seperti ini kian aku lupakan yang akhirnya membuatkan aku terfikir yang banyak benda menarik dan menggembirakan aku, telah aku lupakan seluruhnya. Dengan artikel seperti ini, ini yang akan dibaca oleh anak-anak aku nanti. Kehidupan seorang papanya. Hehehe. InsyaAllah.

+ Artikel ini turut dikeluarkan di Oh! Khai.

+ Respon pembaca di Oh! Media Fanpage.

Ditulis pada 5:56 AM 29 March '11 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 3,535 views | Dalam kategori: Apple, Daily Craps, Hidup Khai | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

87 Comments »

Comment by Syairul
2011-03-29 06:08:23

kalau ni jual i pod touch tu, khabar2 la ye. nk jgk. tp xnk beli y baru, hehe. ak pky lasak sgt, beli baru pun jahanam je.

anyway, nice sbb tgk the Mines msuk blog ko. selaku student UPM, ak slalu g mines ni, cume bile gmbr2 dipaparkan kt blog mcm ni, nice je rasenye.

..
Comment by Khai
2011-03-29 06:10:32

Hehe. Thanks Syairul. Pasal iPod Touch tu, dah ada seorang blogger ni yang reserve awal-awal kalau Khai nak jual. If dia tak jadi nak beli nanti, saya akan hubungi Syairul ya.. πŸ™‚

..
 
 
Comment by Syairul
2011-03-29 06:21:15

Orait Khai πŸ™‚

..
 
Comment by Encik Amman
2011-03-29 06:29:00

Haha.. rilek je beli handphone n ipod.. hehehe.. nice.. Tapi apepun iphone memang gadget patut milik la. terbaik πŸ˜€ kan encik khai. ;D

..
Comment by Khai
2011-03-29 06:50:32

Yup.. Memang tak dinafikan mahal. Tapi mahal kerana berada di dalam kelasnya yang tersendiri. Tak cuba maka tak cinta kata orang. Hehe.

..
 
 
Comment by azleah
2011-03-29 06:58:40

alangkah indahnya duniaku if ada ipod touch. boleh main game 24/7 je. hehehehe

..
 
Comment by en. ary
2011-03-29 07:08:40

hamboih..memang agak membazir..nafsu shopping ko bleh tahan jugak..ngalahkan pompuan nieh.ngeh3..

..
 
Comment by shade
2011-03-29 07:29:34

bro,jual kt aku jela ipod touch tu..bak no acc skrg…

..
 
Comment by Clarence
2011-03-29 08:16:10

mhl jugak ko bli x8 tuh khai. aku bli rm588 jer kat sini. huhu

..
Comment by Khai
2011-03-29 10:46:06

Maaf bertanya. Yang anda beli tu Midlands atau AP ya? Kalau AP, memang harga standard RM 500 ke RM600.Boleh refer di mobile88.com untuk harga.

..
 
 
Comment by Rara
2011-03-29 08:28:59

Erkkk sayanglah kalau nak jual. Bagi jelah dia dua dua tu
-___-“

..
 
Comment by alex adriana
2011-03-29 08:35:59

kalung loket K simbol nama Khai ke tu?.. alolo. sweet jer

..
Comment by Khai
2011-03-29 10:46:40

Hehehe.. haah untuk Khai.. Hehe..

..
 
 
Comment by Abd Karim MJ
2011-03-29 08:49:56

Assalam bro.. x nak komen pasal gadjet tu semua .. sbb marveles gila beb semua benda tuh.. jadi idaman…

apa apa pon just nak wish dan doakan yang terbaik untuk bro dan si “dia” semoga kasih sayang kamu berdua hingga ke syurga.. amin…

jom ramai ramai aminkan doa ini …. πŸ˜‰

..
Comment by Khai
2011-03-29 10:47:10

Amin-amin.. Terima kasih.. Hehehe..

..
 
 
Comment by x8
2011-03-29 09:08:49

RM588 tu harga AP, Khai beli Thorus set. Ori maaa.

..
 
Comment by aizuddin
2011-03-29 09:10:55

tak buat review dulu ke xperia x8 tu? πŸ˜›

..
Comment by Khai
2011-03-29 10:48:17

Adoi.. Tak tahu nak buat review apa sebab saya amatlah kurang pengetahuan dan pengalaman dengan Android OS ni. hehe. Nanti la pinjam kat Cik Eifa, baru boleh buat review dulu. Hehehe…

..
 
 
Comment by nuralwahid
2011-03-29 09:19:28

alaaa….dah ada org book ke i-pod tu???nak juagk… =(

..
 
Comment by joegrimjow
2011-03-29 09:24:16

nak jadi balak ko boleh?
keh keh keh

..
Comment by Khai
2011-03-29 10:49:24

Awww.. malu i nyah. kahkah!! πŸ˜›

..
 
 
Comment by Ikhwan
2011-03-29 09:59:36

Khai, let go dekat aku je la. Tengah sangap barang Apple ni 😎

..
Comment by Khai
2011-03-29 10:49:01

Erks.. kalau yang dah book skang ni x jadi, i’ll let u know bro πŸ™‚

..
 
 
Comment by irwanmiswan
2011-03-29 10:00:41

wahhh untung gf lu bro..maybe orang akan cakap membazer..tapi aku paham..tu sebagai tande kite menghargai pengorbanan si dia yang sentiase memahami kite πŸ™‚

..
Comment by Khai
2011-03-29 10:50:52

Ya ya.. Bila kita bercinta dan kita dapat seorang teman yang amat-amat memahami dan sentiasa memberikan kita kata pendorong untuk berjaya, itu baru benar-benar kekasih dan dia layak untuk dihargai. Besar effect dia kalau bercinta ni dapat kekasih yang tak memahami. Hari-hari nak gaduh mau 24 jam mood down tak boleh nak buat apa. Penangan bercinta la katakan. Betul tak? Hehe..

..
 
 
Comment by Eriyza
2011-03-29 10:04:03

Awat x bg je dedua kat Cik Eifa??
Bestnya kalo leh belanja cam Khai.
Hehehe!!! 😎

..
Comment by Khai
2011-03-29 10:52:01

Hehe. Tak boleh kasi dua-dua nanti terkeluar mata cik Eifa.. Hehehe..

..
 
 
Comment by Faiq
2011-03-29 10:07:38

Entry kali ni aku suka sebab tak mcm ‘menunjuk’ seperti beberapa entry yg laen..

..
Comment by Khai
2011-03-29 10:55:55

Demi Allah sebenarnya mana-mana entri dalam blog ni, satu pun tiada niat untuk menunjuk-nunjuk. Paling penting, sebab utama identiti owner blog ni dirahsiakan, adalah sebab-sebab tanggapan seperti itu. Saya tidak dididik begitu oleh ibu bapa saya. Di dunia nyata mahupun sekadar di internet, saya sentiasa menunduk ke bumi.

Untuk entri ini, anda merasa begitu sebab saya kembali mengadun artikel sebagai sebuah jalan cerita. Bercerita di dalam entri seperti bercerita kepada teman-teman rapat, menjadikan blog lebih dekat dengan pembaca. Hehe. Apapun terima kasih kerana membaca artikel ini.

..
 
 
Comment by emanthehalia
2011-03-29 11:05:33

khai! rindu bace story dari lu bro haha! yeza untung jadi khai.. anyway. semakin jelez dengan kejayaan bro khai ni. takpe2. sebgai penaik semangat! :o:

..
Comment by Khai
2011-03-31 00:53:33

Terima kasih Eman. Eh, jangan la jeles-jeles. Tak baik. Hehe. Jika anda anggap semua ini satu kejayaan, berusahalah ya agar kita semua berjaya bersama-sama. Jadikan apa yang ditulis ini sebagai perangsang untuk mengejar apa yang kita inginkan. Sama-samalah kita.

..
 
 
Comment by kOtAk^mAgiKa
2011-03-29 11:10:24

huh..bila plak nak sarungkan cincin plak dkt gf ko tu?(engage ka,kahwin trus ka) πŸ™‚

Aku dari Kangaq, Perlis skong ja ko.. πŸ™‚

..
Comment by Khai
2011-03-31 00:54:07

InsyaAllah sedikit masa lagi.. Sabar naa.. hehe..

..
 
 
Comment by as
2011-03-29 11:53:06

as’salam..
wah…khai sangat kaya…..untung cik rosmerah…^_^

..
Comment by Khai
2011-03-31 00:54:59

Isk mana ada kaya. Duit durian runtuh je tu.. saya kaya budi bahasa je. Memang untung Cik Rosmerah dapat bf sopan santun macam saya ni.. Hehehe..

..
 
 
Comment by Dauspozi
2011-03-29 12:04:44

Perghhh Khai… Main angkatΒ² je handphone kan… Kaya giler!, bertuah kak Eifa.. Anyway, taknak buat review Xperia X8 ke?? πŸ™‚

..
Comment by Khai
2011-03-31 00:55:49

Mana ada kayanya Daus wei.. adeh.. Review X8 memang ada rasa nak buat tapi tunggu Khai explore dululah phone tu dalam-dalam. nanti nak pinjam kat cik Eifa. hehe.

..
 
 
Comment by mrnamie
2011-03-29 12:39:52

siapakah yang dah booking tu khai? πŸ™

..
Comment by Khai
2011-03-31 00:56:25

Sudah tahu bertanya pula. Lempang karang. Hehehe. Guys, nantikan review iPod Touch di blog Mr Namie selepas ini. Hehe

..
 
 
Comment by deennasour
2011-03-29 12:42:41

napa lah nama aku bukan nordiniah ke, salmah ke, fatimah ke, nak gak jadi awek khai. *ohkhai. hahahhaha

..
Comment by Khai
2011-03-31 00:57:06

Deen kepada dah sumbat. Haha.. Erm, kenapalah nama saya bukan Khairiah ke eh.. boleh saya couple dengan abang Deen. Abang Deen kat retis sekarang.. Hakhak.

..
 
 
Comment by EB
2011-03-29 13:59:42

Assalamualaikum..
iPod nak nak.. hahaha.. Macbook dah ada… hahaha..
Aritu tu p The Mines juga angkat x8.. Besday mmbr..

..
 
Comment by sukahati
2011-03-29 14:30:32

entry gini la y aku tgu2 huhu….. :bloody:

..
 
Comment by CJ
2011-03-29 17:31:50

perghhhh!!! 800+800+300+++++……bestnya kalo banyak duet macam ko bro..haha!! btw..anak ko baca mesti bangga punya….^^

..
Comment by Khai
2011-03-31 00:58:09

Semoga anakku nanti menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada kedua ibu bapanya. Jangan ikut papanya yang selalu noti ni.. Hehehe.. Btw CJ, tak rasa rugi keluarkan duit banyak untuk barang-barang yang kita minat kan? Anggaplah itu hadiah kepada diri sendiri.

..
 
 
Comment by akid
2011-03-29 17:37:58

serius lama menunggu entri macam ni!!! Moga allah sentiasa murahkan rezeki ko khai! =D

..
Comment by Khai
2011-03-31 00:58:21

Alhamdulillah. Terima kasih Akid.. Terima kasih πŸ™‚

..
 
 
Comment by mux
2011-03-29 19:56:10

pepaleh weh (ni loghat org phg) haha…best btol skali bli brg, tu diaa…murah rezeki ko Khai. Untung si buah hati hehe πŸ™‚

..
 
Comment by h3r0
2011-03-29 21:25:25

Akhirnya khai yang dulu dah kluar balik…
Bila ada marka camni laa… he he he…

untung jadi awek khai.. seandainya awek khai yg lama tgk…
mesti frust giler b*b* punya… he he he..

Khai kalau mmbr ko tak jadi amik.. tlg roger… aku mmg tgh cari ipod touch… dah iphone xmampu lagi… he he he..

..
 
Comment by mamat
2011-03-29 22:07:49

huuu istimewa btul…untuk gf abg khai..

..
 
Comment by Faris
2011-03-29 22:13:04

Wow! Satu perjalanan cerita yang baik & menarik, seronok pulak bila membacanya…ayat memang santai habis…ni pun satu kenangan yang manis buat Khai & Eifa (Pasangan Romantis Masa Kini) kerana memberikan hadiah sebagai tanda pengorbanan untuk si dia yang selama ni menjaga ko, hati ko, perasaan ko dan apa2 saja yang boleh layan kerenah ko..Apa pun gud luck utk ko dan eifa semoga hubungan korang kekal sampai kahwin dan ke anak cucu..Insya allah dengan apa yang ko usahakan sekarang…Amin ya rabbal alamin..

..
 
Comment by nabel
2011-03-29 22:58:38

ehem ehem khai, ni sejak bila pandai nak cerita pasal nak hadiahkan awek la , sejarah kasi ini la itu la. hahah ni masuk part baru-baru start berblogging ni. X) apa apa pun, kau memang baik hati sungguh naa. boleh beli Phone sony tu, hebat hebat. bila nak kahwin ni. haha πŸ™‚

..
 
Comment by nabel
2011-03-29 22:59:57

si dia awek khai rupanya. ingatkan ada benda lain macam macbook ke, nokia n8 ke. -.-‘ buat saspen je.

..
 
Comment by neyra shazeyra
2011-03-30 03:56:49

pembaziran itu adalah normal bagi khai. … juga saya yg suka boros. wakakakakakka dah beli then tatau nak buat apa. pfffttt sama lah tu =.=

..
 
Comment by Adha
2011-03-30 07:53:14

membazir itu tidak salah khai..yang salahnye adalah tanggapan yang membazir itu salah…sabor je la hehe… :o:

..
 
Comment by merican
2011-03-30 13:39:38

Apple produk mmg best wlpn hargenye mhl skit..lg pon produk apple ni susah nk rosak..aku gna nokia e72 dgn iphone 2g pon rasa mcm dah perfect dah..tu blom iphone 4 lg..mmg puah ati la beli..
Ni nk tnya skit.khai minat Bola x??klau boleh buat la skit entri psl industri bola tnh air n international..
dgr kabar psp ngp a.k.a psp2 akn kuar xlama lg..tlg story cket psl psp ngp ni.

..
 
Comment by wan sandx
2011-03-30 14:20:51

Ngape khai always secret …… haha x tayang muke…..sama macam sandx yg berblogspot ni..hehe

πŸ™‚ ….. nk tau la jugak rahsia kejayaan khai

..
Comment by Khai
2011-03-31 00:45:40

Hehe. Saya buat blog untuk kongsi ilmu bermanfaat dari pengalaman yang ada. Mungkin juga sekadar rujukan diri sendiri.. Bukan buat blog nak tayang muka. Itu pasalnya. Kalau nak nengok muka, mari kita business sama-sama. Boleh pekana teh tarik. Hehe..

..
 
 
Comment by Adigoz
2011-03-31 00:23:56

mamtop… moga2 berkekalan. πŸ™‚
khai boleh x keluarkan review xperia x8 and x10.. ?? kami ingin mengthuinya kelebihannya androidnya… hehehe

..
 
Comment by fendy
2011-03-31 01:21:45

romatic gak bro ni..haha.. πŸ™‚

..
Comment by Khai
2011-04-06 06:30:58

Semua manusia lahir dengan sedikit sifat romantik dalam diri. Bukan begitu? hehe…

..
 
 
Comment by yas
2011-03-31 01:34:55

Mantap oih….tapi memalam ni gua lagi terliur tengok apam balik berperisa durian tu…hahaha πŸ™‚

..
 
Comment by Sepul
2011-03-31 02:07:22

Salam Bro Khai ,
mmg terbaek la bro khai niey ,
sebenarnya saya nk tnya niey , bro khai ex U Limkokwing kan ?
saya nk tnya , bro khai amek kos ape kat U tue ? dan ape syarat kelayakan tuk masuk U tue ?
reply pls :8

..
Comment by Khai
2011-04-06 06:30:02

Waalaikumsalam.. Ya lulusan dari Limkokwing University.. Ambik course Creative Multimedia. Kelayakkan tu tak pasti. Rasanya tak susah mana pun.. Hehe.. Boleh refer di website mereka.. http://www.limkokwing.net

..
 
 
Comment by iqbal
2011-03-31 14:16:25

salam bro,

aku respek dekat ko sebab u got money, xyh pk panjang pun. xramai orang melayu mcmni, mudah2an kerja kuat lagi and cepat2 kawin la bro, pastu ada lebih lagi duit, melabur la kt mana2, kita penuhkan quota saham2 org melayu kt PNB or kt tempat2 lain.

orait.

..
 
Comment by Jejaka Hensem
2011-04-01 15:38:44

khai…aku nak jd makwe ko boleh?

..
Comment by Khai
2011-04-06 06:24:30

Ewwwww… kenapa plak? haha..

..
 
 
Comment by rham
2011-04-01 16:04:42

bro, aku cadang kau jgn jual la ipod touch tu, mcm biase buat contest xD kalau boleh pasal yg ade kaitan dengan designΒ² cket xpon since kau baru beli dslr kau watla photo contest ke bolehla kau masuk sekali πŸ™‚

..
Comment by Khai
2011-04-06 06:24:13

Erk! Dah terjual plak.. hehe.. gila maut betul idea ko kan? hehe..

..
 
 
Comment by wan sandx
2011-04-02 12:34:23

oooo, mcm best je bunyiknye…….pasal aku berminat jugak nk pakai domain n hosting sendiri…..blogspot ni skadar training je, banyak jugak la belajar daripada Justkhai n Oh Media…..Papepon thanks JustKhai…..haha πŸ˜‰

..
 
Comment by taufik sm
2011-04-02 12:41:55

jom teh tarik….hehe πŸ™‚

..
 
Comment by amat
2011-04-02 12:42:55

hehehe….aku rasa aku last baca tulisan ko camni 2-3 taun lepas lah…pas tu tak da lagi ko tulis2 camni…..tapi bila ko tulis camni ingat pulak aku ngan suma cerita2 yang ko pernah tulis dulu….hehehe

..
Comment by Khai
2011-04-06 06:20:44

Hehe.. Thanks Amat!

..
 
 
Comment by nasslimdiet2
2011-04-02 15:40:11

banyak duit bro…..beli macam-macam.hehehe

..
Comment by Khai
2011-04-06 06:20:28

Allah beri rezeki.. Ada lebih beli je mana yang rasa nak beli.. Tapi setakat ni semuanya berguna.. Tak masuk ke tahap pembaziran lagi.. Hehe..

..
 
 
Comment by AbgferOz
2011-04-03 23:07:31

weeee… da lame tak mkan apam… ngidam arr plak tetibe πŸ˜›

..
 
Comment by AbgferOz
2011-04-03 23:13:00

kna buat tajuk oh apam lepas nie πŸ˜›

..
 
Comment by arnamee
2011-04-04 12:47:00

Bestnyer…Nak ipod juga. Hehe. Apepun,semoga terus sukses dan bahagia ya. Suka tengok kawan-kawan bahagia πŸ™‚

..
Comment by Khai
2011-04-06 06:19:42

Hihi.. Thanks Arnamee!

..
 
 
Comment by Salmah Kassim
2011-04-04 13:43:26

Sudikah abg khai terima sally sebagai gf no 2 abg?

..
Comment by Khai
2011-04-06 06:19:24

Alamak.. u tengah goda i ke ni? hehe..

..
 
 
Comment by stonez145
2011-04-06 11:30:09

As Salam.
Tahniah khai!
Alhamdulillah rezeki.
Banyak2 kan juga bersedekah.
Harta berlebihan yang Allah beri sebenarnya tak lah semua hak kita. hak Allah yang perlu dikongsi kepada mereka yang benar2 memerlukan.
semoga sentiasa dalam berkah.

..
Comment by Khai
2011-04-06 13:03:38

insyaAllah.. Thanks Stonez145 di atas peringatan yang diberikan. <3

..
 
 
Comment by nabel
2011-04-06 17:37:45

ehem, itu kereta bmw kuning kan ? dia duduk kat pandan indah kan? haha. hari tu pernah nampak dia pakai baju oh media lepas tu naik kereta tuh. whoaa, orang kerja bawah khai boleh pakai kereta bmw. nak hanta resume la kome. ;D

..
 
Comment by PerniagaanInternet Malaysia
2011-05-27 03:42:15

Khai… Best artikel nih! Tahniah.. Awek ko pon cun seyh.. πŸ™‚

..
 
Comment by Faris
2011-12-01 18:37:25

iPod Touch yg ko beli masa tu ko amik 8GB or 32GB dengan harga RM829?

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post