Petronas Malaysia Grand Prix Showcase 2011

447 views | Hantar ke Twitter! | Cetak Artikel Ini

Rasa sekejap je setahun dah berlalu. Rasanya baru je lagi Khai terlepas nak pergi Sepang tahun lepas untuk cium asap dan bau tayar kereta Formula 1. Tiba-tiba dah sekali lagi turn Malaysia untuk ditonton dunia pada tahun ini. Tak banyak sukan di Malaysia yang dipertontonkan kepada dunia dan menerima publisiti mahalan (bukan murahan). Antara yang Khai terfikir setakat ni, apa lagu kalau bukan Formula 1 betul tak?

InsyaAllah kalau boleh tahun ni Khai taknak terlepas lagi. Nak kata minat sangat dengan kereta lumba F1 ni, tak juga. Tapi sebenarnya suka bila dapat bersua muka dengan mereka-mereka yang hebat dan dikenali dunia kerana bakat mereka. Itu sahaja. Walaupun apa yang mereka lakukan jauh berbeza dengan apa yang sedang kita lakukan, tapi apa salahnya kita manipulate kejayaan mereka dengan apa yang kita sedang ceburi pada ketika ini kan? Mesti inspired punyalah!


* Satu dari empat teaser F1 dari Petronas. Dah mula keluar kat TV kan?

Contest

Cara termudah untuk menjadi antara satu dari beribu peminat F1 di luar sana, adalah dengan menyertai Facebook contest yang teramat mudah dari Petronas ini. Mudah sahaja caranya. Kalau tak berminat nak join contest pun, korang boleh try apps untuk content tu sebab agak fun untuk dicuba.

1. LIKE Facebook Page Petronas Motorsports.

2. Klik menu “Formula 1” di sidebar sebelah kanan page dan gambar yang Khai upload kat atas tu akan terpapar. Kemudian klik sahaja gambar tersebut dan korang akan di bawa ke satu applikasi yang membolehkan korang upload gambar muka korang untuk dijadikan pemandu Formula 1. Upload’lah gambar muka korang dengan sekretif mungkin.

Lebih kurang macam ni la page tu. Korang hanya perlu klik “upload” dan pilih gambar paling sesuai. Kemudian adjust gambar tu biar betul-betul kena dengan gambar pemandu F1 tu. Kemudian submit dan selesai! Hadiah dia bukan sekadar menyaksikan perlumbaan Formula 1 secara live depan mata, malah dapat berjumpa dengan para pelumba F1 secara in-person. Itupun kalau berminatlah.

Oh ya, contest bermula hari ini dan akan tamat pada 5 April 2011.

Showcase

Showcase Petronas Malaysia Grand Prix sedang berlangsung ketika ini di KLCC. Sebenarnya dah bermula pada 2 April lepas. Tapi no problem sebab showcase ni habis 10 April 2011 ni. Khai tak pergi lagi sebab baru je balik dari kampung malam tadi. InsyaAllah dalam sehari-dua ni, sampailah hamba mencemar duli di KLCC tu. Hahah!

Oh ya, kalau nak jumpa dengan juara dunia F1, Schumacher dan juga Nico, korang datang pada 6 April 2011 nanti sebab mereka akan ada di sana untuk bersama-sama dengan peminat.

Btw, mesti ada yang tanya perlu ke nak pergi showcase tu sedangkan korang tak minat dengan F1. Hurm, apa yang ada di F1 Exhibition tersebut tentulah segala-galanya mengenai dunia F1 seperti daily trivia, pelbagai jenis buah tangan (merchandise) untuk dibawa pulang, pameran kereta lumba F1 dan juga F1 car simulators yang bakal membuat pengunjung teruja kerana seolah-olah merasai pengalaman membawa kereta F1 di litar. Apa salah pergi nengok-nengok apa yang ada kan? Kalau tak minat pun, at least dalam diri korang dah ada pengetahuan am yang bukan semua orang dapat.

Siapa yang ada DSLR tu pulak, lagi la menggila korang main “tembak-tembak” pengunjung dan pelbagai pameran yang menarik kat sana nanti. Haha, jangan salah “tembak”, nanti kena tumbuk.

+ Facebook page Petronas Motorsports.
+ Gambar showcase dari Alan Tan Blog.

Untuk menyaksikan lebih banyak video-video berkaitan dengan Petronas dan F1, boleh pergi ke apps Youtube di Facebook mereka.

Bookmark entri ini

Bookmark

Boleh print kalau nak

 Print Artikel Ini.

Ditulis pada 5:21 am 4 April '11 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 447 views
Dalam kategori: Advertorial | Tweet This!

Eat This Google!: , , ,


RSS feed | Trackback URI

16 Comments »

Comment by joegrimjow
2011-04-04 10:54:02

bile ntah nak dapat review camni
=)

[Reply]

..
 
Comment by Safwan
2011-04-04 13:31:53

tak pernah pn aku g bnde ni…nak main F1 simulator.. ๐Ÿ™‚

[Reply]

..
 
Comment by nasslimdiet2
2011-04-04 16:32:09

harap pasukan renault lotus gp naik podium lagi la

[Reply]

..
 
Comment by arnamee
2011-04-04 19:22:52

Cool review. ๐Ÿ™‚

[Reply]

..
 
Comment by faisal
2011-04-04 21:19:26

sukan bermotor ni memang best… ๐Ÿ˜‰

[Reply]

..
 
Comment by Fuza Marquis
2011-04-04 23:10:46

last year pun saya terlepas g benda ni even dah dapat tiket free.
tahun ni nak pergi..

[Reply]

..
 
Comment by wan sandx
2011-04-04 23:29:50

wah nak nengok, nak nengok…..haha x sabo rasanye….wah sandx peng’komen kedua

psst..> bile lg justkhai nk pandu F1 hehe

[Reply]

Khai Reply:

Alamak ai.. soalan tu macam tak logik je untuk dijawab. hehe..

[Reply]

..
Comment by Khai
2011-04-06 06:18:43

Alamak ai.. soalan tu macam tak logik je untuk dijawab. hehe..

[Reply]

..
 
 
Comment by syafik
2011-04-04 23:31:26

wah bestnye………….huhuhu

[Reply]

..
 
Comment by aizuddin
2011-04-05 00:00:57

tak layan sangat f1 ni..layan bola lagi best ๐Ÿ™‚

[Reply]

..
 
Comment by mello
2011-04-05 00:27:33

owh kt klcc ke..dekat je..blk keje bleh singgah neh.hee ๐Ÿ™‚

[Reply]

..
 
Comment by yas
2011-04-05 01:45:50

insyaallah 7hb gua dpt le bertemu ngan driver2 hebat nih…sayangnya time gp tu x dpt la plak…huhuhu

[Reply]

..
 
Comment by joev
2011-04-05 03:37:28

teringin nak tngok formula 1 live depan mata..

[Reply]

..
 
Comment by zad
2011-04-05 07:18:32

Wahh.best ni berpeluang jmp juara dunia.selalu tgk kereta ja.

[Reply]

..
 
Comment by Faris
2011-04-06 01:30:30

Wow! kan best kalo dapat pandu F1 ni…kat kilang, aku hari-hari bawak forklift laju-laju buat warehouse macam F1 kat sepang…giler kentang beb!!! Kalo ikutkan sukan bermotor ni memang best tapi biarlah secara rasmi kerana lengkap dengan segala keselamatan…katakan tidak kepada lumba haram yang bakal mencacatkan diri dan paling takut sekali di sambut pulang semula ke rahmatullah, mati kataklah jawabnya!!! Sebelum ni semasa alam lepak dengan mat rempit ni aku pernah di cabar tapi aku buat dont know je…pasal aku tahu benda tu ke arah mati sia-sia bukannya mati syahid…

[Reply]

..
 
Comment by aimannajmy
2011-04-14 00:30:19

seumo hidup tak pernah lagi tengok racing formula 1 secara live.. joh berbatu-berbatu untuk ke sana huhu

[Reply]

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post

Apa Entri sebelum dan selepas entri ini?