Bagaimana kad kredit sebenarnya memudahkan kita

justkhai-maybankard2

Salam guys. Pada artikel kali ini, Khai akan menunjukkan barang-barang yang Khai dah beli dengan menggunakan kad kredit dan juga sedikit tips untuk mereka-mereka yang berminat menggunakan kad kredit tetapi takut untuk menggunakannya. Sebelum ini Khai ada menulis pengenalan mengenai Maybankard 2 ini, jadi korang baca entri tu dulu ya? Untuk itu, diharapkan para pembaca dapat bersangka baik dengan apa yang akan Khai sampaikan. Semuanya hanya sebagai perkongsian. Langsung tidak berniat untuk show off, menunjuk-nunjuk atau bangga diri. Khai bukan macam tu. Kalau korang dah lama follow blog ni, korang tahulah. Lagi satu, kalau ya nak menunjukpun, bukan dengan korang sebab korang kenal blog ni sahaja. Bukan kenal Khai secara in-person. Hehe.

justkhai-maybankard2
* American Express atau AmEx (atas) dan satu lagi, MasterCard

Khai menerima dua kad kredit terbaru dari Maybank ini sebulan yang lalu. Perasaan tu memang tak boleh tipu yang Khai amat-amat teruja kerana menjadi antara yang terawal terpilih untuk menggunakan kad kredit terbaru dari Maybank ini. Alhamdulillah, Khai sendiri tak pernah sangka yang suatu hari nanti Khai akan menggunakan kad kredit. Dan hari ini, terus dapat pakai dua kad kredit sekali gus. Satu Mastercard yang Khai biasa gunakan gunakan ketika di Malaysia dan satu lagi, AmEx untuk dipakai jika ke luar negara..

Dapat sahaja dua kredit kad dari Maybank ini, Khai dimaklumkan yang Khai dah boleh terus guna dua kad tu berkuat-kuasa serta merta. Walaupun duit cash tu alhamdulillah ada la sikit untuk beli apa yang Khai hajati, tetapi dengan kad kredit ini membuatkan Khai dapat ketepikan duit yang ada tu untuk perkara-perkara lain yang lebih penting. So contohnya, kalau Khai dapat payment projek tengah bulan, awal bulan Khai dah boleh beli awal-awal apa yang Khai inginkan tanpa perlu menunggu tengah bulan (menunggu itu menyakitkan bukan?). Dah dapat duit tengah bulan, baru bayar semula kad kredit tersebut (bayar apa yang kita beli pada awal bulan tadi). Bayar sebelum due date, memang tak akan dikenakan apa-apa tax kad kredit.

Itu antara satu dari banyak sebab mengapa kredit kad sebenarnya amat diperlukan dalam hidup kita. Kalau rasa mampu, mengapa perlu dengar kata orang lain? Kita yang kawal diri dan perbelanjaan kita, bukan orang lain yang kawal kita. Jadi, tepuk dada tanya income lah kot? Hehe. So sebulan berlalu selepas Khai dapat dua kad ni dengan credit limit RM6,000 apa yang telah Khai lakukan dengan kad kredit terbaru dari Maybank ini?

Canon EOS 550D / Lens + +


Orang kata, DSLR adalah antara hobi kedua termahal selepas golf. Sejauh mana kebenaran kata-kata ini? Ya, ianya memang benar. DSLR memang tak mahal mana, tapi bila sentuh bab lens dia dan juga aksesori lain, gosh!. Oleh kerana Oh! Media memerlukan DSLR untuk menghadiri undangan banyak event penting, jadi Khai perlu keluarkan sedikit modal syarikat untuk mendapatkan DSLR dengan lens yang sesuai untuk apa-apa event yang dihadiri.

Untuk sebuah DSLR, 1 memory card (Class 10, 18GB), 2 memory card (Class 4, 8GB), 1 bateri simpanan dan 2 biji lens tambahan, Khai perlu modalkan dalam RM5,200 untuk kesemuanya. Kalau nak bayar cash RM5,200 tu, rasa macam tak berbaloi sebab duit banyak lagi nak dipakai ketika itu. Dan untuk itu, terima kasih kepada Maybankard 2 MasterCard kerana tolong membayarnya dulu. Hujung bulan baru I bayar balik ye? Hehe.

Review Canon 550D ini akan Khai keluarkan dalam entri yang akan datang, insyaAllah.

Apple iPad


Oleh kerana Khai memerlukan satu tablet untuk Khai gunakan untuk surfing dan buat kira-kira perbelanjaan peribadi dan syarikat sebelum tidur, jadi Khai terpaksa menghabiskan RM1540 untuk sebuah Apple iPad yang dibeli di Mac Studio, Plaza Low Yat. Since Khai dah dapat biasakan diri dengan produk Apple, jadi pilihan untuk iPad ini adalah yang terbaik berbanding membeli sebuah lagi Netbook baru (yang lama Khai dah jual lepas beli Macbook Pro harit tu). Dan sekali lagi, terima kasih kepada Maybankard2 MasterCard untuk Apple iPad ini. Hujung bulan I bayar sekali ye dengan DSLR tu. Haha.

Review mengenai Apple iPad ini ada dikeluarkan di dalam entri berikut: {link}

PS3/PS Move Games

Khai beli PS3 tahun lepas. Then beli pula Playstation Move. Sejak ada PS3 ini, memang Khai terus tinggalkan dunia game melalui komputer. Apa yang menjadi masalah tentang PS3 ni, semua game perlu beli original dan harga original bukanlah murah. Paling cikai pun pada harga RM120 untuk game yang tak menarik langsung. Tapi selalunya untuk game yang menarik, harga selalunya akan melebihi RM200. Dan di sini, sekali lagi Maybankard2 datang membantu. Hehe.

Semua barang yang ditunjukkan ini, dibeli di Plaza Low Yat. Kalau korang tahu Low Yat tu apa, korang akan tahu bagaimana ramai’nya manusia berpusu-pusu membeli dan mengenali apa itu teknologi di sana. Kalau korang pergi bawa cash, bila cash tak cukup terpaksa berpusu-pusu pula beratur panjang di mesin ATM. Lagi sadis bila sampai part kita je, duit dah habis dan kadang-kala, mesin ATM rosak. Terduduk korang kat tepi tangga hisap rokok sambil menggigit jari. (Merokok membahaya kesihatan ya? Hehe).

Selain Itu (perkara lain yang kecil-kecil)

justkhai-maybankard2
1. Nak menonton wayang? Kalau dulu beli guna Maybank2u, sekarang dah boleh laju je terus ke lorong Gold Class. Swipe je untuk pembelian tiket dan terus masuk menonton filem penuh aman damai dan berselimut sambil berbaring. Siap dihidang makanan lagi. Kool kan?

justkhai-maybankard2
2. Perut lapar? Ok jom Zaasss.. Makan sekali ajak member-member. Kalau rasa ada lebihan rezeki dari Allah tu, mungkin itu bukan milik kita seorang, tapi rezeki yang patut dikongsi bersama orang lain. Jadi, selalu-selalulah belanja orang lain dengan penuh ikhlas. InsyaAllah akan dimurahkan rezeki. Btw, Khai makan kat mamak je. Memang dilahirkan dalam keluarga yang penuh bersederhana dalam segala hal. Sekali-sekala boleh la berangan jadi “orang kaya” sikit makan tempat mahal-mahal.


3. Tak bawa cash pergi Lowyat. Survey punya survey, terjumpa pula External Hard-drive ni. Western Digital My Passport 1TB. Sebab apa nama dia My Passport, sebab saiz dia memang hanya sebesar passport sahaja. So tak perlu nak beratur di ATM atau risau cash dalam debit card tak cukup, terus guna AmEx untuk beli. Tapi carilah kedai yang tak charge untuk servis kad kredit ya.

Kalau sebelum ni, keluar mana-mana pun Khai memang tak bawa duit banyak-banyak sebab guna Maybank Debit Card yang gambar buah ceri tu. Bawak duit untuk makan dan minum je. Yang lain semua Zasss! Swipe ajelah untuk beli apa-apa. Dan baki duit dalam akaun akan terus ditolak. Lepas ada Maybankard2 ni, dalam poket bawak habuk je. Hehe. Nak makan pun swipe juga. Cukup bulan baru bayar balik. So duit dalam akaun, boleh guna untuk perkara lain yang lebih memerlukan. Tapi kalau lepak-lepak mamak tu, jangan la korang mengada-ngada nak swipe pulak. Tak pasal-pasal mamak swipe kepala korang dengan garpu nanti. Hehe.

Oleh sebab Khai dah dapat dan dah pakai pun Maybankard 2 ni, so rasanya tak salah untuk menjadi antara yang terawal berkongsi informasi mengenai 2 kad terbaru yang amat menarik dari Maybank ini. Nak lagi best, bila korang baca entri ni, potensi untuk korang berbelanja beli barang dari Machines tu amat tinggi kalau menang contest yang dianjurkan Maybank sempena pelancaran Maybankard 2 ni. Kalau nak beli barang dari Machines tu, try la refer entri-entri produk Apple dari blog Justkhai ni ya? InsyaAllah, ada maklumat yang bermanfaat untuk dibaca.

Korang perlu ingat yang Maybankard 2 ni tak pernah sama dengan kredit-kredit kad lain yang pernah korang dengar atau guna sebelum korang baca entri ini sebab dua kad ini terlalu banyak keistimewaan dia berbanding kredit kad yang lain. Silalah rujuk semula entri pengenalan kepada Maybankard 2 yang dah Khai keluarkan untuk maklumat lanjut. Kalau tak bagus, Khai sendiri tak pakai kot? Apa lagi nak berkongsi pengalaman dengan korang semua.


Dari cerita Khai kat atas tadi, dengan jelas memang kenalah dengan slogan Maybankard 2 ni iaitu, 2 is all you need. Nak pergi shopping, bawak kad pengenalan dan dua keping kad ini, balik rumah dah penuh satu kereta. Haha. Ingat, beli mengikut keperluan ya. Bukan ikut nafsu. Nanti bergadai pulak nak bayar balik hutang kad kredit dengan pihak bank.

Maybankard Contest

Sebelum terlupa, nak ingatkan balik mengenai contest yang dianjurkan Maybankard melalui Facebook Page mereka. Ianya tak susah mana pun. Korang just join then cuba jadi top recruiter.


Gambar di atas antara hadiah yang akan di let go kepada para pemenang setiap minggu dan bulan. Apa yang paling tak tahan, hadiah untuk top recruiter adalah RM10,000 baucer pembelian di Machines (Apple reseller) tu. Takde siapa nak kasi korang senang-senang macam tu je RM10,000 tu. Satu-satunya cara senang nak cepat kaya, rajin-rajinlah join contest. Kalau dah memang murah rezeki korang, menanglah korang kan?

Bila kita cuba, kita dah menghampiri kejayaan. Tapi bila kita langsung tak mencuba, bayang kejayaan tu pun kita takkan nampak.

Cara join contest

Cara join dia senang je. Korang mesti ada Facebook kan? So, pergi like Page Maybankard di Facebook, kemudian join dengan daftarkan detail korang termasuk no telefon. Lepas tu, 7 angka verification code akan dihantar ke nombor telefon korang. Lepas je korang aktifkan dengan verification code tu, terus boleh pilih 12 orang untuk korang rekrut di bawah korang. So untuk pilihan 12 orang ni, pilihlah betul-betul yang korang rasa berpotensi untuk menggunakan kredit kad (yang dah bekerja dan ada karier yang kukuh). Nak pilih semua kawan-kawan Facebook korang pun boleh, tapi setiap kali invite tu, dia ada limit untuk 12 orang sahaja untuk sekali invite.

Contest ni dah bermula 18 Januari 2011 lalu dan akan berlangsung sehingga 17 April 2011 ini. Macam biasa, tiada paksaan untuk korang sertai contest yang mudah ini. Khai sekadar berkongsi sahaja di blog ini mana yang termampu.

Keterangan lanjut mengenai contest ini boleh dilihat melalui website mereka, www.maybankard2cards.com.my. Macam-macam korang boleh baca kat dalam tu pasal Maybankard 2 ini.

Last but not least

Apapun ingatlah, nak guna kad kredit tu pastikan yang korang jadi seorang yang bijak berbelanja terlebih dahulu. Maklumlah ramai sangat orang Malaysia ni yang muflis gara-gara kad kredit ni. Apapun, rasanya kad kredit tak bersalah kot? Yang salah mereka-mereka yang tak pandai nak manage perbelanjaan diri sendiri. Itu nak, ini nak. Nengok orang tu pakai, dia pun nak pakai. Lepas tu? Nangis sorang-sorang dalam toilet ye tak? Takde sapa nak ikut korang pulak. Hehe. Jadi, tak perlu takut dengan kad kredit kerana ianya memudahkan korang. Kalau rasa menyusahkan tu, bukan kad kredit yang salah, tapi salahkan diri sendiri.

Ok guys, selamat mencuba dan kalau berjaya, belanja Khai teh tarik pun dah ok. Tak payah la susah-susah belanja mahal-mahal. Terima kasih kerana mengmabil sedikit masa beharga kalian membaca artikel panjang lebar ini.

Ditulis pada 3:53 AM 9 March '11 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 2,446 views | Dalam kategori: Lain-lain | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

55 Comments »

Comment by redzuan-ridz
2011-03-09 04:56:19

wah mmg best gler nk shopping sakan pakai kad kredit.
tp kamera DSLR mmg btul la mahal jgak, kat rumah aku ada 1 mak aku beli brand nikon dlm RM3600 something, kalau ambik gambar mmg gambar cun gler. ambikla dr sudut mana2 pun. walaupun mahal tp berbaloi beli 1 kamera DSLR ni.

..
 
Comment by Ryehanna
2011-03-09 07:55:01

setuju sangat bab berbelanja ikut pendapatan…

seronok mmg seronok dok swipe jer tp hujung bulan pikir sendiri la…

aku dl takut gak nk pakai kad kredit cos risau berhutang byk… tp alhamdulillah, dengan credit limit yang sikit, boleh la manage… lgpn aku pakai utk brg2 emergency (gaji xdpt lg) etc..
smpai bank dh up kan credit limit aku lak cos payment ok. tgh dok pikir nk kurangkan balik CL or biar je… hehehe

..
 
Comment by FakhrulZakry
2011-03-09 08:15:39

yea, u rite khai. its much more benefit actually.
belanja mengikut keperluan dan kemampuan, bukan ikut nafsu ye. ๐Ÿ™‚
:8

..
 
Comment by jamal
2011-03-09 08:59:01

da pakai jugak sejak 3 mingu lepas. kredit card pn lawa gak. caiyok la maybank ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by MadER
2011-03-09 09:21:48

aku dah 4 tahun guna kad kredit.. ko kena tambah.. memang guna bank beri yuran tahunan percuma.. tapi dengan SYARAT-SYARAT tertentu yang bank tidak nyatakan.. sama ada menggunakan tidak kurang RM50/bulan atau 12 kali penggunaan setahun dan sebagainya. juga untuk sekarang setiap tahun kena bayar RM50/kad cukai kerajaan..

apa-apapun banyak kelebihan menggunakan kad kredit. cuma displin diri sangat penting.. dan sebaik-baiknya elakkanlah berhutang.. kerana hutang itu boleh menggundang kebinasaan..

..
 
Comment by anthrax
2011-03-09 09:36:09

mmg meyenangkan di awl bulan,,tp di hujung bulan sape yg tau?70% dr kite ni muflis sb menda ni…besa la,lumrah manusia dh,,pinjam cpt je tp bab bayo,,liat nk mampos…akirnye membawa mudarat…. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by ataicha
2011-03-09 09:56:33

kad kredit rasanya merupakan satu keperluan di masa sekarnag cuma penggunanya kena la pandai berjimat dan tau had limit diri sendiri, maksud dia kena disiplin diri sendiri, jangan main swipe je.. kang x terbayar leh muflis plak..

pengajaran ukur baju di badan sendiri erk.. jadikan ianya satu kemudahan bukan satu bencana di masa akan datang.. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by conroe
2011-03-09 10:20:44

kad kredit la satu sebab utama kenapa ramai golongan muda diistiharkan muflis….
berbelanja ikut pendapatan bukan ikut credit limit… ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by johan
2011-03-09 10:31:20

maaflah yer.. cuma nak bagi sedikit nasihat.
kalo guna kad konvensional dan bayar penuh tanpa hutang. baguslah. tapi elakkan dari berhutang guna kad konventional. bank akan kenakan caj. dan caj itu adalah riba. riba adalah kita isytihar perang dengan allah. pintu syurga akan tertutup.
selagi boleh elak, kita elak. kalo da terpaksa..minta keampunan dari allah. gunalah kad maybank ikhwan islamic. ada akad jual beli dan tidak ada caj berganda. para ulama pn bersetuju dgn kad kredit islamic. so lebih elok dan afdal kalo kita umat islam guna product islam.

mmg nampak mcm xde beza dgn kad konvensional, tp allah tahu niat kita. ada akad jual beli dlm surat perjanjian..

maaflah yer kalo sy bangkitkan isu ni. kita sesama umat islam. saling nasihat menasihati..

wasalam

..
 
Comment by jaws
2011-03-09 10:36:46

cuba cek diri sendiri bile akhir2 bulan bape byk cash yg tinggal dlm wallet or bank kita??..org muda dgn cash yg byk di wallet adalah lebih sempurna kehidupannya dr org muda yg byk kad kredit di walletnya..renung2kan-nasihat dr authorized financial/risk advisor-

..
 
Comment by kamihidup
2011-03-09 11:19:24

sangat2 bagus info dari khai. tqtqtq.

..
 
Comment by anastasyea
2011-03-09 11:45:20

Kalau ada duit nak topup hujung bulan .. OK la. Jangan sampai hujung bulan .. kemudian next bulan dan seterusnya .. tetap tak topup-topup. =)

..
 
Comment by Eriyza
2011-03-09 12:17:27

Kupasan topik yang menarik. Ada seperkara daku musykil, harap pakarยฒ yg ada leh tolong jawabkan. Sy ada dpt kad kredit yg x digunakan langsung malah disimpan dlm laci (mmg x penah swipe di manaยฒ) tp kenapa kena bayar jugak??

Kalo tak bayar camno eh sbb x penah guna malah x penah mintak pun kad kredit tu.

..
 
Comment by aizuddin
2011-03-09 12:31:44

bila dah ada kredit kad..memang kena pandai nak uruskan nafsu..boleh membawa padah silap2 nanti..kalau ada duit lain cerita ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Luthfi
2011-03-09 13:36:37

guna kad kredit untuk beli barang dapur ngn minyak kereta ok la. lain lain jangan la buat pasal. lagipun untuk yang muda, jangan la berani berutang. kang, sebab kad sekeping terus merana hidup.

pandai2 la kawal perbelanjaan. gaji sedap boleh la pakai ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by h3r0
2011-03-09 15:49:40

kad kredit berhantu… So kena pandai manage pebelanjaan..
Jgn terover plak.. :[

..
 
Comment by irwanmiswan
2011-03-09 17:59:36

thanx khai atas input bergune…ptotnye mcm tu kan? awal bulan beli,akhir bulan bayor. jangan ditangguh2 jer.

..
 
Comment by Azam
2011-03-09 20:17:50

Nak pakai Maybankad ni…ada banyak kelebihannya.

..
 
Comment by Nizam6281
2011-03-09 21:09:01

Nak buat tapi takde masa seh! .
Haha .
Tapi sure nak buat dan jumpa dulu dealer Maybank
Banyak benda nak dapatkan kepastian sebelum pakai benda ni.
๐Ÿ˜Ž

..
 
Comment by nzamz
2011-03-09 23:54:59

bro…ttg PS3 tue da boleh crack la bro… gua beli game rm20/game… membazir beli original….. :8

..
 
Comment by Lee
2011-03-10 12:48:02

Crack bukan senang kene ban dari PSN ker? sje nak tahu, coz slame nie pun aku asik beli game ori jer… ๐Ÿ˜€ Obses ngan PSN

..
 
Comment by Mr Acai
2011-03-10 20:33:35

aku dulu pernah pakai cc gak.. skang ni tak berani la.. aku tak pandai nak kontrol.. tapi kalau guna lagi best gak.. haha ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by hisham
2011-03-11 09:04:09

ngehehehe… bahagianya lah nko khai.. kerja sendiri pon bleh pakai kad kreadit yang limitnya rm6000… kalo aku jd nko… aku p beli emas khai.. hahaha cuba nkorang baca review aku tentang pelaburan emas nih http://pride4us.com/hisham/blog/public-fine-gold-dan-barang-kemas-merupakan-satu-pelaburan.html

..
 
Comment by rohaifi azri
2011-03-11 15:18:20

bro khai… xbahaye ke tunjuk nombor kad kredit tu. kang xpepasal disalah-guna oleh pihak yang ‘terlebih’ bertanggungjawab :p

..
 
Comment by joe
2011-03-11 15:52:02

setuju dgn johan gunalah kad maybank ikhwan islamic. skg aku tgh apply tukar dari maybank2 card kepada maybank ikhwan.

..
 
Comment by Deadman
2011-03-11 17:29:52

usefull info.. ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by brorr22
2011-03-11 19:20:54

RRRRRRRIIIIIIIIIIIIIBBBBBBBBBBBBBBAAAAAAAAAAAAAA

JAUHI RIBA!

..
 
Comment by zoolfadli
2011-03-11 20:02:03

awas… banyak benar anda berbelanja, mampu ke melangsaikan dengan secepat mungkin? peringatan! kad credit jangan hanya bayar minima, kelak merana badan. jika mampu pastikan top-up balik drngan bayaran semaksima mungkin. Interest setiap bulan tu!!!! orang2 lain yg membaca bolg nih: jangan tiru gaya perbelanjaan ini.. dah 70% org muda MUFLIS sebab kad credit… terutamanya MELAYU!!!

..
 
Comment by anora
2011-03-11 20:28:55

sokong zoolfadli… mase gner cakap nak bayar time gaji… tp bile time dah gaji.. duit gaji abis bayar benda len..

..
 
Comment by azri
2011-03-11 21:45:41

aku sendiri keje kat maybank…
nk ckp dual card nie sbnar bgos tp kne pada gaya nye nk gune…
first kalau nk bli brg mhl2 pastikn carik kedai ader ezy pay, jimat psl xde interest…
second byr bill penggunaan dlm mser 20 hari selepas penggunaan supaya xkne interest…
utk ikwan islamic mmg xde riba tp trima lah kad tuh x byk benefit…
jd klu nk bwt kat islamic or conventional leh kol saye hehe
03-78443686 ext 3874 azri….hehe sori bwt iklan sket

..
 
Comment by sinyu
2011-03-12 06:40:38

salam khai.

pertamanya, sorry kerana bagi komen pasal yang takde kena mengena dengan entri anda.

saye nak update pasal keadaan di jepun. (mungkin boleh disebar umumkan di oh!media dsb.)

mungkin dah ade orang lain lapor pada anda jugak. tapi memikirkan ade kemungkinan belum ade lagi, jadi saye akan buat laporan untuk pengetahuan orang malaysia umumnya. lebih2 kepada keluarga pelajar yang tak dapat contact ahli keluarga mereka di sini.

mewakili pelajar yang berada di jepun, keadaan pelajar malaysia di sini buat mase ini belum ade kecederaan atau perkara buruk dilaporkan lagi.

di bahagian yang teruk dilanda gempa bumi & tsunami(belah timur menghadap laut pasific : sendai, fukushima, utsunomiya, ibaraki, chiba dll), keadaan agak teruk. berlaku putus bekalan eletrik, air, dan line telefon. sahabat2 di sane ade yang berlindung di tempat selamat yang ade bekalan eletrik dan air. semasa gempa kuat semalam, rumah bergegar dengan kuat, barang2 dalam rumah jatuh bertaburan.

di kawasan terdekat pusat gempa kuat semalam, rumah bergoyang dengan kuat, tapi keadaan terkawal. semua masih di rumah masing2 dan sentiasa alert dengan pemberitahuan melalui TV dan internet.

sehingga sekarang, banyak kali gempa susulan dirasekan. ade yang kuat dan menakutkan, ade yang kecik je. tido tak lena..

mintak semua di malaysia doakan kami semua di sini. ini bukan lagi benda kecik2 yang boleh wat main2 (mode marah gile kt fizz fairuz).

ape2 update, mungkin boleh tengok di sini http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-pacific-12710020 .

*tidak perlu kredit. saye cume mahu rakyat malaysia sedar akan hal ini dan doakan keselamatan kami di sini. tolong ye khai =) terima kasih saye dahulukan. wassalam.

..
 
Comment by sinyu
2011-03-12 06:42:49

maaf.. update juge ade di sini..

http://www.bbc.co.uk/news/world-middle-east-12307698

..
 
Comment by steady eddie
2011-03-12 19:22:58

betul kate pakar2 kewangan,berbelanjalah ikut keperluan dan bukan ikut sesedap rasa,by da way aku still senang pakai ambank smartlink2u,tq riview bagus khai ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by norenoor
2011-03-13 22:58:34

wow..bestnya kalau ada dslr kan..hmm..terpikir nak angkat sebijik jgk la..

..
 
Comment by cik bucken
2011-03-14 13:18:36

=( gile jelous aku tgk ko shopping sakan khai..bab DSLR tu yg wat aku sedey..smue org cm dh wajib ade bnd alah tu…minat dh ade…tp duit xcukup nih…tapi smthing ko xtaw khai..haha..aku dpt begamba ngan hana tajima..ko ade?xde kn?hahaha.. :p aku tggu entry ko yg len plak pasni..

p/s: dh le aritu barang2 oh.media xsempat nk grab..tahi sgguh la…smue sbb mslh lappy aku nih wat hal.. :aie:

..
 
Comment by kesatriaPoyos!
2011-03-15 12:31:26

mmg best jer pkai kdt kad,tapi lagi best xpakai kdt kad…..miahahahahaha…hutangku hanya pada rumah dan aset lain….bukan pada kdt kad.. 8) 8)

..
 
Comment by nabel
2011-03-15 13:01:15

sangat berguna ni khai info info ni. Tapi nak kena ada projek macam khai lah. baru boleh seronok swipe swipe. hehe murah rezeki khai, alhamdulillah.

..
 
Comment by teaqah
2011-03-15 15:04:03

sgt2 setuju ngn komen khai pasai kad kredit ni…
tp ianya hanya sesuai utk org yg pandai manage finance dorg…
bukan jenis yg boros…
n pastikan,jgn terlalu byk la pulak kad kredit tu…
ade lg advantage pkai kad kredit ni…
xpecially mase kite wat payment…byr tiap2 bulan b4 trikh dya…
n kompem,incik bank akan offer kite mcm2 sbb kite customer yg bagus….terutama loan..xpun naek taraf kite punye ad kredit…
๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by joev
2011-03-16 22:15:29

memang berguna kad kredit ni, tapi kena pandai kawal diri dan perbelanjaan.. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by samanosuke_04
2011-03-17 21:12:11

hehe, kad kredit senang sebab org takleh curi, pastue dompet jadik nipis, and ultimately, untuk shopping online.. wohohoho..

btw khai, kalo nak lens murah, kat moscow ader, beza dalam 4-5 ratus RM gak.. hoho, roger2 laa yer…

..
 
Comment by gee_poziah
2011-03-18 14:50:10

kad saya dah approve..cuma lom sampai jer lagi..
semoga saya jadi pengguna cc yang berhemah..
harap takde caj yang tersembunyi…. ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by nasslimdiet2
2011-03-20 04:20:32

kalau kad kredit digunakan dengan berdisiplin memang sangat menguntungkan. pastikan belanja ikut kemampuan dan bayar penuh dalam tempoh yang ditetapkan supaya tak kene interest. paling best anda boleh gunakan kad kredit sebagai modal pusingan bisnes. percaya tak?

..
 
Comment by scaniaz
2011-03-20 09:36:32

tu la pasal..kerajaan sekarang nie pun dah mula nak kuatkuasakan semula akta bagi menaikkan lagi tangga gaji kepada rm24 p/y untuk aply kad kredit nih..bagusla tuh..mudah sgt dapat kad nyer…abis semua anak muda kite muflis..
scaniaz pos berkaitan…
Kad Kredit?!!! Ahhh..Tidakkk!!!!!

..
 
Comment by zaid
2011-03-22 06:50:56

bagus dah ko tunjuk info pasal kad kredit ni khai.

tapi satu tertinggal, boleh tak ceritakan mekanisme2 pembayaran untuk maybankard ni?

berapa percent cukai, kalau lewat bayar kena apa, etc. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by titan
2011-03-23 15:43:15

aku dah malas pakai kad kredit sekarang.

..
 
Comment by abu
2011-03-26 22:42:08

aku beli emas…. bgs….

..
 
Comment by mamat
2011-03-27 10:53:19

ps3 best nya….huhu

..
 
Comment by dobbod
2011-04-06 02:22:39

Gambar yang disnap cantik2, amik guna kamera dslr yang mana?

..
Comment by Khai
2011-04-06 05:51:17

Diambil menggunakan Canon 500D..

..
 
 
Comment by tumbler
2011-04-12 13:51:54

maybankcard ni ade panel syariah die x? sy penah dgr ada ustaz2 gitau kad kredit yg tbaek adalah yg b’landaskan hukum2 islam cth mcm kad kredit bank islam dsb yg confirm segala pengiraan faedah dll follow peraturan yg dibenarkan oleh agama islam/bebas dari unsur riba.tujuan;utk menjamin perbelanjaan umat islam yg suci&dberkati di dunia mahupun akhirat.tgh survey bank yg offer service kad kredit plg best + ade panel syariah.

..
 
Comment by cikgu Hairul
2011-04-12 18:30:12

seronoknye berbelanja dengan kreditkad. Apa pun tahniah khai sebab bagi review terbaik. Bayangkanlah berapa banyak duit khai, ujung bulan jer blh satel semua utang.. Kena contohi dia. Bayar hutang tak bertangguh. Walau orang dakwa credit kad maybank tak islamik, tapi bila bayar penuh dan tak kena faedah tu kira takde riba la. Tak guna pakai kreditkad yang konon islamik, tapi bayar min je. Sama gak ada riba kat situ cuma istilah je profit. So renung-renungkan dan selamat beramal.

..
 
Comment by zack's
2011-04-16 16:53:54

Kad kredit tu baik gunakan utk isi minyak. Aku gunakan isi minyak petronas pakai kad kredit ngan kad mesra lepas dua bulan sekali aku boleh pakai point kad mesra aku utk isi minyak free lak. Jadi dapat dua benifit. Point kad kredit ngan minyak free sekali. Untungkan…. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Hoah
2011-04-19 23:17:18

khai… kawin ngan aku nak.. wahah. perit ooO pakai kad kredit ni.. aku ade jugak buat 1 dulu, bayarannye semua parents yg tanggung…. lepas enjoy guna kad kredit sebulan aku boleh nampak keperitan di wajah mereka yang tersayang.. ๐Ÿ˜†

..
 
Comment by Idungpenyek
2011-11-04 07:42:33

mcm nak show off jer si khai ni… ๐Ÿ™„

..
Comment by Khai
2011-11-07 18:29:19

Sebenarnya artikel ini adalah satu “Iklan”. Saya tak berniat pun begitu sebenarnya malah artikel ini pun macam terpaksa sahaja saya buat. Disebabkan artikel ni dah lama, sekarang boleh la saya cakap macam ni ๐Ÿ™

..
 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post