Bagaimana kad kredit sebenarnya memudahkan kita

justkhai-maybankard2

Salam guys. Pada artikel kali ini, Khai akan menunjukkan barang-barang yang Khai dah beli dengan menggunakan kad kredit dan juga sedikit tips untuk mereka-mereka yang berminat menggunakan kad kredit tetapi takut untuk menggunakannya. Sebelum ini Khai ada menulis pengenalan mengenai Maybankard 2 ini, jadi korang baca entri tu dulu ya? Untuk itu, diharapkan para pembaca dapat bersangka baik dengan apa yang akan Khai sampaikan. Semuanya hanya sebagai perkongsian. Langsung tidak berniat untuk show off, menunjuk-nunjuk atau bangga diri. Khai bukan macam tu. Kalau korang dah lama follow blog ni, korang tahulah. Lagi satu, kalau ya nak menunjukpun, bukan dengan korang sebab korang kenal blog ni sahaja. Bukan kenal Khai secara in-person. Hehe.

justkhai-maybankard2
* American Express atau AmEx (atas) dan satu lagi, MasterCard

Khai menerima dua kad kredit terbaru dari Maybank ini sebulan yang lalu. Perasaan tu memang tak boleh tipu yang Khai amat-amat teruja kerana menjadi antara yang terawal terpilih untuk menggunakan kad kredit terbaru dari Maybank ini. Alhamdulillah, Khai sendiri tak pernah sangka yang suatu hari nanti Khai akan menggunakan kad kredit. Dan hari ini, terus dapat pakai dua kad kredit sekali gus. Satu Mastercard yang Khai biasa gunakan gunakan ketika di Malaysia dan satu lagi, AmEx untuk dipakai jika ke luar negara..

Dapat sahaja dua kredit kad dari Maybank ini, Khai dimaklumkan yang Khai dah boleh terus guna dua kad tu berkuat-kuasa serta merta. Walaupun duit cash tu alhamdulillah ada la sikit untuk beli apa yang Khai hajati, tetapi dengan kad kredit ini membuatkan Khai dapat ketepikan duit yang ada tu untuk perkara-perkara lain yang lebih penting. So contohnya, kalau Khai dapat payment projek tengah bulan, awal bulan Khai dah boleh beli awal-awal apa yang Khai inginkan tanpa perlu menunggu tengah bulan (menunggu itu menyakitkan bukan?). Dah dapat duit tengah bulan, baru bayar semula kad kredit tersebut (bayar apa yang kita beli pada awal bulan tadi). Bayar sebelum due date, memang tak akan dikenakan apa-apa tax kad kredit.

Itu antara satu dari banyak sebab mengapa kredit kad sebenarnya amat diperlukan dalam hidup kita. Kalau rasa mampu, mengapa perlu dengar kata orang lain? Kita yang kawal diri dan perbelanjaan kita, bukan orang lain yang kawal kita. Jadi, tepuk dada tanya income lah kot? Hehe. So sebulan berlalu selepas Khai dapat dua kad ni dengan credit limit RM6,000 apa yang telah Khai lakukan dengan kad kredit terbaru dari Maybank ini? (more…)

Posted on 9 March '11 by , under Lain-lain. 55 Comments.