Antara Aku, Streamyx dan blog Anjung Streamyx

586 views | Hantar ke Twitter! | Cetak Artikel Ini

Salam guys,

Di dalam kesibukan sedia ada, update blog terawal Khai wujudkan ni tetap cuba dijadikan keutamaan. InsyaAllah. Kalau boleh hari-hari nak update tapi apakan daya kan? Hehe. Jadual harian, dah pun Khai update dengan jayanya. So yang tinggal sekarang cuma perlu kuatkan lagi disiplin dalam diri dan juga istiqamah yang berterusan betul tak?


Entri kali ni insyaAllah ringkas sahaja tapi tentunya padat pengisiannya. Bila sebut pasal Streamyx, semua orang pun tahu Streamyx tu apa. Paling common, bila sebut Streamyx, orang terus akan teringat dengan Internet. Sebenarnya, Streamyx adalah sebuah perkhidmatan Internet jalur lebar bertalian tetap yang paling stabil di Malaysia yang disediakan oleh Telekom Malaysia (TM Berhad) melalui anak syarikatnya TM Net.

Khai mula menggunakan Streamyx dulu masa form 4 berubah selesa dari dial-up sahaja sebelum tu. Masa tu zaman blog tak popular lagi di Malaysia. Masa tu zaman forum, online game dan chatting memang yang paling digemari. Masa tu first time online guna Streamyx, tuhan sajalah yang tahu betapa rasa macam dunia ni ana yang punya. Maklumlah before guna dial-up. 54kbps je beb. Lepas tu bila dapat 512kbps, fuh laju nye! Ini kisah zaman 2004 dulu la ya? Kalau zaman time korang baca entri ni, 512kbps dirasakan slow macam siput sedut ok sebab dah banyak ISP lain yang lebih laju. Masa tu mana ada internet selaju 4mb lagi (kelajuan 4mb hanya wujud di Malaysia pada tahun 2007).


24 Mac 2010 lepas, maka lahirlah adik kepada Streamyx ni tetapi dengan kelajuan dan kehebatan yang berkali ganda. Siapa lagi kalau bukan UniFi. Streamyx masih lagi diperlukan oleh mereka-mereka yang berada di kampung atau pendalaman dan UniFi, telah pun ada di kebanyakkan area-area perniagaan dan tak lupa, di area-area orang kaya. Mereka kaya dan mereka selalu saja diutamakan. Jeles ok! Tapi walau Khai tak kaya, tapi dah tinggal dekat-dekat dengan area rumah orang kaya ni, so semua kelebihan yang mereka dapat, dapat jugalah Khai menumpang sekaki. Hehe.

Ok, tamat cerita mengenai sedikit asal usul internet di Malaysia dan bagaimana Khai mula mengenal apa itu Internet. Entri kali ni sebenarnya Khai nak cerita mengenai sebuah blog milik sahabat Khai yang dah bertahun-tahun jual perkhidmatan internet ni. Dan sehingga hari ini, perniagaannya masih kekal utuh dan tetap dipercayai ramai kerana kepuasan yang diterima pelanggan terdahulu.

Kenal tak dengan laman blog Anjung Streamyx? Rasanya bagi kebanyakkan blogger terutamanya tech blogger, nama blog ni bukanlah satu nama blog yang baru dapat kita dengar. Betul? Dari namanya sahaja dah menggambarkan apa perkhidmatan yang dilakukan. Apapun, oleh kerana perniagaan tersebut dan berjalan lama, sampailah kita dah ada Celcom Broadband dan UniFi ni, blog tersebut masih menggunakan nama asalnya, Anjung Streamyx.

Laman Anjung Streamyx menerima pendaftaran secara online dan percuma servis berikut:

Streamyx
– Untuk kediaman pengguna
– Untuk pengguna perniagaan(SOHO)
– Upgrade pakej Streamyx

Unifi
– Daftar Unifi VIP (pengguna biasa)
– Daftar Unifi BIZ (pengguna perniagaaan)

Celcom Broadband (daftar adalah percuma, tetapi bayaran upfront dikenakan sebanyak RM70, dan perlu dibayar dahulu sebelum pihak Anjung Streamyx daftarkan)
– Pakej basic (384kbps)
– Pakej advance (3.7mbps)
* Percuma modem

Bagaimana proses pendaftaran Internet melalui Anjung Streamyx?

* klik gambar untuk saiz sebenar

Dengan proses pendaftaran yang teramat mudah dan langsung tidak melecehkan ini, kini korang dah boleh daftar untuk Streamyx, Celcom Broadband atau UniFi, hanya melalui internet sahaja. Diulangi, melalui internet sahaja! Kalau rumah belum ada internet, pergi la menyemak kejap kat rumah member guna Internet dia kejap untuk order dari Anjung Streamyx ni, beberapa hari selepas itu, tak perlulah lagi korang nak menyemak dah di rumah mereka. Hehe. (hari-hari pinjam guna internet orang, lama-lama takut makan selipar juga nanti. hehe)


Frankly speaking, bagaimana cara Anjung Streamyx ini berniaga dengan perniagaan ini, Khai pun tak tahu. Tapi mana ada perkhidmatan yang tak buat untung kan? Tapi itu semua tak perlu kita nak hiraukan. Apa yang perlu kita pastikan, harga yang serupa dan setaraf serta proses pendaftaran menjadi jauh lebih mudah dari cara pendaftaran sedia ada dan agak tradisional lagi membosankan.

Web: Untuk maklumat lanjut mengenai Anjung Streamyx, boleh layari website mereka di www.anjungstreamyx.com. Semua dah tersedia untuk dibaca.
Fanpage: Jika ingin mengenali dan bersua-mesra dengan pihak pentadbiran mereka, boleh LIKE fanpage mereka di Facebook.

Tambahan:
1. Anjung Streamyx merupakan syarikat berdaftar. Boleh rujuk di www.blogreka.com
2. Semua permohonan perlu disertakan scan kad pengenalan diri ya.
3. Ketika ini semua Pakej UNIFI mempunyai promosi percuma kos pemasangan sebanyak RM200. Akan tamat pada 31 Mac 2011 ini.

Sebarang soalan boleh ditanyakan melalui ruangan komen. Kalau Khai boleh jawab, Khai akan jawabkan. Kalau Khai rasa macam nak buat-buat tahu jawab tu, baiklah Khai panggil pihak Anjung Streamyx tolong jawabkan sendiri nanti. Hehe.

Oh ya, secara kebetulan ketika Khai menulis entri ini, usya-usya website diorang ternampak pula yang mereka sedang menganjurkan satu contest. Hadiah kira boleh tahan jugalah. Try la join kalau-kalau ada rezeki, dapat la orang kata, duit terpijak. Hehe.

Diharapkan entri kali ni dapat memberikan sesuatu kepada pembaca samaada sedikit pengetahuan baru atau mungkin juga sebuah servis hebat yang baru anda tahu kewujudannya di ruangan blog seperti Anjung Streamyx ini. Kalau boleh, berkongsilah sedikit cerita antara kehidupan korang dan Internet ni. Sejak bila dan bagaimana boleh terjebak? Sebab ramai orang yang Khai jumpa, langsung tak minat dengan internet. Even minat pun, tak pandai nak menggunakannya dengan baik. Kalau online pun, main Poker kat Facebook. Tak ke buang masa namanya tu?

KHAI: KHAI TAK MENGGUNAKAN STREAMYX KETIKA INI SEBAB ADA KONTRAK DENGAN ISP YANG LAIN. TAPI STREAMYX TETAPLAH MENJADI PILIHAN UTAMA UNTUK RUMAH KHAI DI NEGERI SEMBILAN SANA. MAKLUMLAH PENDALAMAN KAN. HEHE.

Bookmark entri ini

Bookmark

Boleh print kalau nak

 Print Artikel Ini.

Ditulis pada 6:49 am 28 February '11 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 586 views
Dalam kategori: Advertorial | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

41 Comments »

Comment by BOBO
2011-02-28 07:06:11

first!!! =( =( =( =( =(

[Reply]

..
 
Comment by merlot
2011-02-28 07:20:26

aku pakai P1 jer… huhuhu πŸ™‚

[Reply]

..
 
Comment by emanThehalia
2011-02-28 07:34:31

wah2. promote habes ni haha ape2 pon kan. mmg rasenye dial up slow haram hahahaha agaknye internet kite dengan luar negara kita di tahap mane ye ? 8)

[Reply]

..
 
Comment by beliamuda
2011-02-28 07:40:41

Agak pelik jugak tadi bila tengok permalink contest entri tu yang bertarikh 2009, ingatkan khai salah tengok entri. Rupa2nya memang permalink dia tahun 2009, tapi contest semasa. Hehe.

Well, zaman dial-up dulu paling sinonim dengan bunyi masa mendaill yang cambest. Hehe. Mesti ingat lagi kan?

Saya mula rasa speed streamyx masa penhujung tahun 2007 kalau tak silap. Sampai sekarang masih guna speed yang sama (kat rumah di kg tu la). Awal2 dulu rasa laju jugak, sekarang slow jek, maklumlah 512kbps je. πŸ™‚

[Reply]

..
 
Comment by slimdiet2
2011-02-28 09:31:52

salam bro. unifi ni cam streamix ke?guna talian tetap? saya guna celcom broadband je.

n9 kat mana? saya kat bahau je.hehehe

[Reply]

..
 
Comment by iZwaN
2011-02-28 09:34:24

Dulu2 kt umah pki dial up…
bunyi tyme dial up tue yg meninggalkan memori…ahaks..
but now guna streamyx dah laa…upgrade la sket kn… πŸ˜‰

[Reply]

..
 
Comment by Mr.Kerro
2011-02-28 11:18:08

mmg bminat unifi ni, nnti la nk p usha..heheh πŸ™‚

[Reply]

..
 
Comment by onetrg
2011-02-28 12:47:25

wah khai dh update..happy rse..p khai arp2 lpas ni bnykkan lgi posting2 yg trbru ye.. πŸ˜‰

[Reply]

..
 
Comment by Muhd Hafiz
2011-02-28 13:06:49

Dekat Sarawak takde Unifi =(

[Reply]

..
 
Comment by h3r0
2011-02-28 13:43:04

Apa pun aku dh brtukar dari streamyx ke isp lain… Tak tahan…
Tapi untuk unifi no komen.. xtry lagi…
lagi pun, ada contrak lagi… he he he..

[Reply]

..
 
Comment by zulfadhli
2011-02-28 14:25:27

org tm tu bg tau aku…unify ade kat melaka thn 2012.. =(

[Reply]

..
 
Comment by wazy
2011-02-28 14:37:52

Teringat zaman guna dial up
main redah je online surf internet,tapi bil melambung tinggi,Alhamdulillah sekarang guna streamyx,boleh la guna untuk buat kerja dan blogging

[Reply]

..
 
Comment by arnamee
2011-02-28 15:01:00

Salam khai..

Dulu anem mcm wazy tu , guna dial up, nampaklah icon bumi tu pusing2 jap, line hilang balik..hihi. Then, lama xguna internet, start mula guna laptop pun lambat jugak, dlu main internet kat skolah atau cc jer. then, start2 dah berlaptop, wujud da wifi. kat umah pula guna celcom bb, than la ni guna p1 .Ramai kata unifi laju, mybe akan try one day .:D

[Reply]

..
 
Comment by Hafaisy
2011-02-28 15:32:38

aku tengah tunggu Perlis ada Unifi dulu . Dekat Woodlands singapore ada 20mb, tapi bila nak download dari server Malaysia memang macam 2mb je. Sedih betul =(

[Reply]

..
 
Comment by aizuddin
2011-02-28 17:11:03

saya pengguna streamyx saya ok πŸ™‚

[Reply]

..
 
Comment by Akmal
2011-02-28 19:47:20

Oh….Zaman Dial-Up
1 bulan = 50 jam je online
Zaman Streamyx
1 bulan = 24/7?….Hehee lebih kuranglah

Unifi memang terbaik dari segi mana mana pun bagi pengguna yang mampu membelinya
IPTV+5/10/20 mbps
tengah tunggu nih
aiseyh betul kinrara kena left out :choler: :choler:

[Reply]

..
 
Comment by OhJob
2011-02-28 23:45:38

mmg mantop unifi!

[Reply]

..
 
Comment by blogreka
2011-03-01 00:54:45

@beliamuda
kami masih menggunakan blogger sebagai form base untuk Anjung Streamyx. Jadik untuk contest kami terpaksa set kan ke masa terdahulu supaya tidak terganggu dengan post-post yang lain. Walaubagaimana pun contest tetap adalah terkini dan akan tamat pada 31 Mac 2011.

[Reply]

..
 
Comment by tarmizishukri
2011-03-01 01:20:14

kat area aku, streamyx mmg superb, aku pakai pakej 384kbps, tapi klu streaming memang tak sangkut.. πŸ˜€

[Reply]

..
 
Comment by rahmat
2011-03-01 11:40:41

lame tunggu khai update

[Reply]

..
 
Comment by norenoor
2011-03-02 11:39:49

info yang menarik. lepas ni senang la mau daftar stimix..

[Reply]

..
 
Comment by apisv2
2011-03-02 16:45:59

canteekkk;)

[Reply]

..
 
Comment by riezal
2011-03-04 02:50:52

unifi hsbb, maxis ngvv mmng laju,sebab kite da x pakai cooper lg digantikan degan fiber optik.. sy da cuba kelajuan speed unifi dan ngvv.. πŸ™‚ memang laju..klu nk download tuh mcm lipas kudung jer,x payah tggu lama2 lagi…

[Reply]

..
 
Comment by ma
2011-03-04 14:59:09

area laen yg blum ada unifi…sabar ye…akan ada..cuma x taw phasa ke bape kwsn anda akn ada..huhu

[Reply]

..
 
Comment by Wazi
2011-03-04 17:35:14

antara wireless dan wire usage yang mana lbh bagus khai? 😎

[Reply]

..
 
Comment by Hisyam
2011-03-05 00:17:24

Kalau pakai stremyx line asyik kene curi. TM ambik masa berbulan-bulan nak repair. Bil tetap kena bayar. Pakai broad@beruk-band pun jadilah. =(

[Reply]

..
 
Comment by fiziesss
2011-03-05 09:17:11

masih lg baru dan kurang faham..harganya rm 140 lebih sebulan tu agak mahal la bg sy.. πŸ˜‰

[Reply]

..
 
Comment by zurein1
2011-03-05 22:25:50

setuju ngn Hisyam, streamyx..mmg bguss..selepas 6hr line down, bru mlm ni ok. gila 6hr tuk tm proses aduan. kabel kena curik manjang..klu sbulan 5x kena curik mmg sedekah je la bil kt tm 2, tp klu pkai bb slow gila juge..upload gmbo skeping pn stgah jam, baik xpyah..

[Reply]

..
 
Comment by mamat
2011-03-06 12:48:28

unifi laa terbaikk..laju..

[Reply]

..
 
Comment by mj6495
2011-03-07 04:11:56

streamyx is the best

[Reply]

..
 
Comment by khairul
2011-03-07 08:34:28

di harap bro sudi aja saya dak bru yang br nk brjinak dlm dunie blog ni k πŸ˜‰

[Reply]

..
 
Comment by TheSharkox
2011-03-08 12:32:05

Lah, contest rupanya..patutla aku rasa macam dah baca…

well, mengikut pengalaman peribadi, streamyx adalah paling sedap. tapi when comes at time dia slop, memang marah jugak lah..hehe..

[Reply]

..
 
Comment by ahmadhaikal
2011-03-09 01:28:18

ni mesti streamyx bayar ni suruh buat review. hehe.

[Reply]

..
 
Comment by scaniaz
2011-03-20 09:45:54

yup aku stuju gak..streamyx paling mantop…tapi sejak 3-4 ari nie lembap la plak..maybe sebab tsunami kut..kan?youtube pun macam ala2 gerak tak gerak je…eeeee….bosan2
scaniaz hot post….

[Reply]

..
 
Comment by Faris
2011-03-21 01:26:40

Nak harap streamyx ada kat area rumah aku, berjanggutlah tunggu TM nak datang pergi pasang kabel walaupun dah bertahun orang kampung aku apply pasang kabel TM. Tu pasal aku guna Maxis Broadband je. Bila dah habis 3GB quota bandwidth limit je tukar pulak kepada Celcom Broadband Prepaid & kekadang pergi WiFi kat luar.

Nak pakai P1 Wimax, coverage kat area rumah aku sememangnya takde. Ramai orang kat area aku nak pakai P1 Wimax. huhuhuhu… =(

[Reply]

..
 
Comment by fadzil
2011-03-27 19:18:45

bro,betul ke unifi ni bagus?

[Reply]

..
 
2011-03-31 11:35:30

Thanks for the info! πŸ˜‰

[Reply]

..
 
Comment by sainskir
2011-04-25 21:37:55

aku gne tnet streamyx 4mbps.. slow nk mmpos.. da fedup ngan tm, dlu gne 1,2mbps slow tak kata la.. ni gne 4 pon cam gne 1mbps.. bayo same jewk

[Reply]

..
 
Comment by crock
2011-04-30 23:22:45

thanks for the info
My Blog.Please Visit!

[Reply]

..
 
Comment by jawat
2012-07-15 10:58:26

unifi kadang-kadang tak stabil. streamyx pun same. jadi macam mane nak buat tu?

[Reply]

Khai Reply:

Tak boleh nak buat apa. Memang Malaysia ni baru nak membangun.

[Reply]

..
Comment by Khai
2012-09-01 19:14:55

Tak boleh nak buat apa. Memang Malaysia ni baru nak membangun.

[Reply]

..
 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post

Apa Entri sebelum dan selepas entri ini?