Ada apa dengan Apple iPad

1,302 views | Hantar ke Twitter! | Cetak Artikel Ini

Alhamdulillah akhirnya dapat permission untuk update blog ini. Menunggu buah untuk jatuh memang menyakitkan. Kalau blog ini mempunyai hati dan perasaan, tentu blog ini kembali tersenyum semula. Permission apa yang dimaksudkan, biarlah rahsia apa yang pasti kali ini Khai nak update pasal Apple iPad. Wohha!

justkhai-apple-ipad

Mungkin masa artikel Khai ini ditulis, dah beribu-ribu mahupun berjuta mereka yang lain telah memiliki tablet hebat keluaran Apple ini. Apapun apa yang Khai tulis ini, khas kepada mereka yang tertanya-tanya patut atau tidak untuk membeli iPad. Adakah ianya berbaloi atau ianya sekadar satu pembaziran.

Khai beli iPad ni 4 hari lepas rasanya di Mac Studio, Plaza Low Yat. Harga dia RM1540 sahaja untuk iPad 16GB WiFi. Since Khai selalu online di rumah, jadi iPad dengan 3G tak Khai perlukan. Dan since Khai nak gunakan untuk surfing, email & blogging sahaja, 16GB dah lebih dari cukup. Ada beberapa kedai lain selain Mac Studio ni yang jual lebih mahal dan ada yang jual lebih murah. Tapi Khai kalau nak beli barang-barang macam ni, Khai lebih gemar untuk memilih reseller yang sah dilantik oleh Apple sendiri. So boleh beli tanpa rasa ragu-ragu. Kalau nak beli case atau apa-apa accessory tu, itu lain cerita.

justkhai-apple-ipad

Apple iPad adalah satu produk Apple yang baru Khai beli. Sebelum iPad, Khai dah beli Macbook Pro, iPhone 4 dan iPod Nano. So pada sesiapa yang ingin cuba meminati produk Apple ini, korang buatlah macam Khai. Beli dari “kepala” (antara Macbook White, Macbook Pro, Macbook Air atau iMac) dan kemudian ke produk hebatnya yang lain. Korang akan rasa apa yang Khai rasa jika ianya benar-benar sesuai dengan hidup dan kerja korang.

justkhai-apple-ipad
justkhai-apple-ipad
* bau kedai lagi masa ni. hehe.

Khai dulu adalah seorang Apple haters yang begitu hebat mengkritik produk keluaran Apple ini. Tetapi dari masa ke semasa selepas sahaja iPhone 4 dikeluarkan, Khai tahu yang Apple kini telah jauh meninggalkan pesaingnya yang lain. Dan ianya terbukti bila Khai menggunakan Apple Macbook Pro dengan Mac OS X bagi menggantikan HP Probook 4411s dan secara terus terang Khai katakan, rasa untuk kembali ke Windows atau menggunakan produk selain dari Apple itu, langsung dah tiada. Khai bukanlah Apple Fanboy, tetapi hanya sekadar seorang pengguna yang sentiasa mencari sesuatu yang perfect mengikut kemampuan dan keperluan diri sendiri. Dan setakat ini, produk Apple sentiasa mencakupi ruang kehidupan dan kerja Khai.

Kenapa Apple iPad?

justkhai-apple-ipad

Walaupun Khai tahu yang iPad2 akan dikeluarkan tidak lama lagi, tapi keperluan mendesak untuk Khai mendapatkan sebuah peranti untuk Khai pakai sebelum tidur dan untuk memudahkan Khai bawa ke mana-mana sahaja. Sebelum ini, masa nak tidur atau nak online di McD, Khai akan online guna HP Mini 210s. Tapi bila Khai dah jual netbook tu, rasa kosong pula bila nak tidur. Nak angkat Macbook Pro bawa ke katil, memang dah malas pula rasanya.

Jadi bila fikir nak beli netbook baru, Khai terfikir lebih baik Khai beli iPad sahaja. Harga standard netbook yang berjenama hebat dan oleh kerana Khai dah menggunakan Macbook Pro dan iPhone, bila beli iPad pastinya akan memudahkan kerja harian Khai since hebatnya produk Apple ini dimana semua data dari peranti lain dapat dipindahkan (sync) dengan begitu mudah ke dalam produk lain keluarannya. Contoh, data dalam iPhone 4 dengan mudah dapat dipindahkan ke dalam iPad.

Produk macam ni yang patut kita semua guna sebenarnya kerana ianya memahami kita, bukannya kita yang perlu memahami sesuatu produk tersebut.

iPad tu boleh jadi macam Netbook ke?

justkhai-apple-ipad

Tentunya boleh menjadi lebih hebat dari netbook. Dengan budget yang tidak melebihi RM1800 (RM1560 untuk iPad dan RM200 untuk cover & stand with keyboard), korang dah di’ibaratkan akan memiliki sebuah Netbook Multi-Touchscreen yang amat hebat sekali. Siapa kata iPad tak boleh ada keyboard? Hehe. Di bawah ini adalah hasilnya. Dengan keyboard dan multi-touchscreen = Awesomeness!

justkhai-apple-ipad

Korang patut beli atau tidak?

Kalau korang ada duit lebih, korang belilah kalau mahu. Memang tidak akan menyesal. Jangan tanya orang lain yang tidak menggunakan produk Apple, kerana mereka selalunya akan tahu mengutuk sahaja. Tanyalah pada orang yang dah pernah merasai dan research la di Google, barulah korang akan tahu ianya untuk korang atau tidak.

Kalau budget cukup-cukup tu, korang simpanlah dulu dan tunggu iPad2 keluar tidak lama lagi. Kalau korang beli iPad sekarang, memang satu pembaziran sebenarnya kerana iPad2 nanti pastinya akan menghidangkan sesuatu yang jauh lebih menarik. Kalau yang iPad ni pun dah cukup menarik, iPad2 nanti apa lagi kan?

iPad adalah iPhone 4 versi besar

justkhai-apple-ipad

Pada pendapat Khai, hanya saiz yang membezakan dua produk ini. Kalau orang tanya Khai, Khai akan kata yang iPad tu adalah iPhone 4 versi besar. Hehe. Apa yang korang boleh buat dalam iPhone 4, itu yang korang boleh buat dalam iPad tetapi dengan kelebihan skrin yang berganda lebih besar. Tapi tak bolehlah nak call atau sms guna iPad pula ye? Hehe.

Jadi tepuklah dada, tanya selera dan jangan lupa tepuk poket juga sekali-sekala. Untuk membuat pembelian sesuatu gadget, korang tak boleh nak cuba-cuba since ianya bukanlah seratus dua. Kalau parent korang menteri, korang tak mintak pun korang dah dapat satu kan? Hehe.

Conclusion entri kali ini, dalam masa beberapa jam Khai dah dapat sesuaikan diri dengan iPad kerana ianya tidak banyak beza dengan iPhone 4. Dan ianya langsung tiada masalah untuk berkongsi data dengan iPhone 4 yang diselaraskan dengan baik menggunakan Macbook Pro (iPhoto, iCal, Address Book dan pelbagai lagi). Jadi dengan produk Apple ini, kalau jiwa korang sama macam Khai, korang takkan pernah ada rasa nak gunakan yang lain kerana korang dah menjumpai sebuah produk yang mendahului zaman. Percayalah.

justkhai-apple-ipad
justkhai-apple-ipad
justkhai-apple-ipad

Harap artikel yang lahir dari hati ini dapat memberikan sedikit-sebanyak maklumat pada sesiapa yang mahukannya. Khai ikhlas untuk bercerita apa yang Khai rasa kerana pada Khai, kita semua deserve untuk mendapatkan sesuatu yang paling baik di dalam kehidupan ini. Jika anda adalah Apple Haters sejati untuk selama-lamanya yang sentiasa memperlekehkan para pengguna Apple dengan kata-kata menyakitkan, itu hak anda kerana semua yang korang rasa tu, dulunya ada pada diri Khai sendiri dan bagaimana pendirian tersebut berubah hanya selepas Khai sendiri mencuba satu-persatu produk Apple. Orang kata, tak kenal maka tak cinta betul tak?

Diharapkan artikel ini dapat diterima dengan baik. Khai bukan jenis suka show off apa-apa yang Khai ada melainkan dengan niat untuk berkongsi pengetahuan. Bersangka baiklah kita sesama sendiri dan terima kasih kerana membaca artikel yang boleh tahan panjangnya ini. Jika ada salah silap dan kekurangan di dalam menyampaikan perkongsian ini, harap dimaafkan ya? Wassalam.

Update 6 April 2011:
+ Artikel mengenai iPad2

Bookmark entri ini

Bookmark

Boleh print kalau nak

 Print Artikel Ini.

Ditulis pada 3:27 am 20 February '11 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 1,302 views
Dalam kategori: Apple, Gadget, Review | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

138 Comments »

Comment by SHIMI
2011-02-20 03:43:52

For this modern days, gadget ni memang sangat-sangat berguna. Pasti takkan dilepaskan bila dah memilikinya.

[Reply]

..
 
Comment by saya second
2011-02-20 03:46:01

saya tunggu motorola xoom!
hehe

[Reply]

..
 
Comment by .encik.SEDAP.™
2011-02-20 04:01:18

i nak beli.. tapi… hmm… takut la kes kecurian disini semakin berleluasa…. :oups:

[Reply]

..
 
Comment by amalina
2011-02-20 04:10:47

as salam.. tmpang tnya.. ipad ni guna maxis plan ke? interested,tp mcm xtaw how it works. if mcm free, email me k.
hope to hear from u soon. thanks 😉

[Reply]

Khai Reply:

Salam Amalina,

Itu jika anda ingin membeli iPad dengan WiFI + 3G. Macam Khai, memang selalu online di rumah yang 24 jam ada WiFi dan jika keluarpun, Khai akan online di tempat yang ada WiFi. So tak memerlukan iPad 3G yang memerlukan data plan dari Maxis. Kalau beli iPad macam Khai ni, boleh terus beli tanpa memerlukan sebarang plan dari Maxis.

[Reply]

..
Comment by Khai
2011-02-20 04:21:31

Salam Amalina,

Itu jika anda ingin membeli iPad dengan WiFI + 3G. Macam Khai, memang selalu online di rumah yang 24 jam ada WiFi dan jika keluarpun, Khai akan online di tempat yang ada WiFi. So tak memerlukan iPad 3G yang memerlukan data plan dari Maxis. Kalau beli iPad macam Khai ni, boleh terus beli tanpa memerlukan sebarang plan dari Maxis.

[Reply]

..
 
 
Comment by sweet
2011-02-20 04:35:54

waah xde la mahal sgt kan ipad ni mampu la nak beli, tp kalau ilang koma jgk la.thanks for the review

[Reply]

..
 
Comment by Rehany
2011-02-20 04:38:30

Nak tanya, Khai ada tulis kat atas tu yg ipad lagi hebat dari netbook, betul ke? sbb plan nak beli netbook untuk buat kerja2 ringan, tapi ipad ni ada ke usb port untuk save2 kerja? saya pun apple lover, dah guna ipod touch setahun lebih dah 🙂 memang best barang2 Apple ni 🙂

[Reply]

Khai Reply:

Rehany, ipad takde usb port.. Boleh ada tapi kena beli aksesori usb dia pulak. Memang banyak perlu duit. Pendek kata, iPad ni guna untuk kaki surfing + kaki apps (game, software etc). Kalau untuk buat assignment, amat tak berbaloi rasanya.

[Reply]

..
Comment by Khai
2011-02-22 02:23:54

Rehany, ipad takde usb port.. Boleh ada tapi kena beli aksesori usb dia pulak. Memang banyak perlu duit. Pendek kata, iPad ni guna untuk kaki surfing + kaki apps (game, software etc). Kalau untuk buat assignment, amat tak berbaloi rasanya.

[Reply]

..
 
 
Comment by up2saya
2011-02-20 04:49:24

antara gadget yg ingin sy miliki ni..DSLR kamera ngan iPad..tapi kena pilih antara satu dulula gamaknye..huhu

[Reply]

..
 
Comment by efan
2011-02-20 05:41:41

lau khai de mse..
review la lak psal sony ericsson arc ye..
dgr cte di lengkapi ngan bravia engine n exmor r..

[Reply]

..
 
Comment by PaanK
2011-02-20 05:59:33

khai,sy pn fans of Ipad,but what do u think of the new BB Playbook?(wlpn sy bkn BB fans :D)walaupun xrelease lagi di malaysia,but i’m sure u alrdy seen the review rite?hope to hear from u… 😀

[Reply]

Khai Reply:

yeah.. ada lihat pasal Playbook tu.. shud be ok untuk pengguna Blackberry sedia ada. Sama seperti Apple, pengguna Apple akan prefer iPad since senang untuk buat connection antara satu produk ke satu produk yang lain (sama brand)..

[Reply]

..
Comment by Khai
2011-02-22 02:24:59

yeah.. ada lihat pasal Playbook tu.. shud be ok untuk pengguna Blackberry sedia ada. Sama seperti Apple, pengguna Apple akan prefer iPad since senang untuk buat connection antara satu produk ke satu produk yang lain (sama brand)..

[Reply]

..
 
 
Comment by Adha
2011-02-20 06:37:11

khai saja nak tanye..iPad ni pakai bateri ke x?..sebab tgk “benda” nipis camtu seolah-olah sesuatu yg … :love: … damn x tau nk ckp ape.. :8 and berapa lama dy bole tahan kalu maksimum use..? 😉

[Reply]

Khai Reply:

Bateri dia build-in. Sama macam iPhone, iPad dan Macbook. Pendek kata semua produk Apple, bateri dia build-in. Memang tak boleh dikeluarkan. Max use pun memang lama. Cuba google cara nak panjangkan hayat iPad ni. Sama juga caranya seperti cara untuk pangjangkan beteri iPhone.

[Reply]

..
Comment by Khai
2011-02-22 02:26:24

Bateri dia build-in. Sama macam iPhone, iPad dan Macbook. Pendek kata semua produk Apple, bateri dia build-in. Memang tak boleh dikeluarkan. Max use pun memang lama. Cuba google cara nak panjangkan hayat iPad ni. Sama juga caranya seperti cara untuk pangjangkan beteri iPhone.

[Reply]

..
 
 
Comment by Am4ro
2011-02-20 06:50:17

tunggu lh “Asus Transformer” tab pc baru gempak boleh jd notebook dan cabut jadi tablets pc dalam satu masa :8

[Reply]

..
 
Comment by naz
2011-02-20 06:58:25

Bru tau ker iPad ader keyboard..?
Dh lame dh bro…
january thun nie dh ader keyboard utk iPad…

[Reply]

Khai Reply:

Memang dah lama tahu. Abis dah baru beberapa hari lepas aku beli iPad, tentulah baru sekarang aku beli.. Hehe..

[Reply]

..
Comment by Khai
2011-02-22 02:26:49

Memang dah lama tahu. Abis dah baru beberapa hari lepas aku beli iPad, tentulah baru sekarang aku beli.. Hehe..

[Reply]

..
 
 
Comment by safwan
2011-02-20 07:25:40

tgh tunggu ipad2….dah try ipad,,,memang best,,,

[Reply]

..
 
Comment by ayu
2011-02-20 07:31:14

aku da pakai da ipad nih..64gb,wifi n 3g..mmg best giler..rugi sape y ckp produk apple ni x best.. :bloody:
so aku suggest korg pkaila..aku pun skrng ni nk cari apple nye notebook lak.. :8 tp kena kumpul duit lu lah..

[Reply]

..
 
Comment by Hamdi
2011-02-20 08:38:25

katanya, ipad2 nak keluar pada tahun nih kann

[Reply]

Khai Reply:

Yup.. Seperti yang tertulis di dalam entri kat atas tu encik Hamdi. Hehe..

[Reply]

..
Comment by Khai
2011-02-22 02:27:37

Yup.. Seperti yang tertulis di dalam entri kat atas tu encik Hamdi. Hehe..

[Reply]

..
 
 
Comment by shra
2011-02-20 08:55:48

ipad mmg best! tp blum la bli lg..de gak tgk2..
neway khai.. thnx for the info tali jam ipod nano aritu..da bli kt machines.. keep ur gud work! thnx..

[Reply]

..
 
Comment by Remzdan
2011-02-20 08:58:02

khai, bpe lame bateri ipad ni boleh tahan selepas dicaj?

[Reply]

..
 
Comment by irwanmiswan
2011-02-20 09:13:32

saye gune iphone 3gs…cmne nk smpan no phone ke simcard….??mintak tlg

[Reply]

Khai Reply:

Setahu Khai memang tak boleh nak buat melalui phone. Kalau pakai Mac, baru boleh buat sebab dalam mac memang tersedia satu apps yang dinamakan Address Book.

[Reply]

..
Comment by Khai
2011-02-22 02:29:47

Setahu Khai memang tak boleh nak buat melalui phone. Kalau pakai Mac, baru boleh buat sebab dalam mac memang tersedia satu apps yang dinamakan Address Book.

[Reply]

..
 
 
Comment by afqh
2011-02-20 09:28:54

thanks khai for the review, dah lama nk jadi Apple user ni tp tak pernah confirm dgn kepuasan produk nih, so mgkin lepas ni puas lah kot dgn Apple product 🙂 🙂

[Reply]

..
 
Comment by Fakar
2011-02-20 09:39:51

Sy pon dah pakai iPad memang best..
Klu nak tau beteri dia bleh tahan 2 hari,klu layan movie bleh tahan 10 jam…senang beb nak bawa kat mana2…

[Reply]

..
 
Comment by Syahirhalili
2011-02-20 09:49:29

Love apple!!!

[Reply]

..
 
Comment by Touya
2011-02-20 09:51:22

Pada pendapat Khai , berbaloi tak untuk mereka yang beli Ipad just untuk tengok Movie memalam sebelum lena ?

[Reply]

Khai Reply:

Tentunyalah amat-amat berbaloi. Itu adalah antara satu sebab utama kenapa iPad laris dipasaran. hehe. Khai beli pun antara satu sebabnya adalah untuk menonton movie juga sebelum tidur selain surfing with iPad.. Whoaa!

[Reply]

..
Comment by Khai
2011-02-22 02:31:10

Tentunyalah amat-amat berbaloi. Itu adalah antara satu sebab utama kenapa iPad laris dipasaran. hehe. Khai beli pun antara satu sebabnya adalah untuk menonton movie juga sebelum tidur selain surfing with iPad.. Whoaa!

[Reply]

..
 
 
Comment by eiji
2011-02-20 10:07:36

boleh main game x? 😀

[Reply]

..
 
Comment by bunnforce
2011-02-20 10:07:41

hurmm cm best ja ipad tp aku mcm mnt ng galaxy tab g khai xade priview ke sal samsung galaxy tab2..ade kongsi2 la ya… 🙂

[Reply]

..
 
Comment by bunnforce
2011-02-20 10:09:19

eiji ko cba tgk kt youtube akn tau leh main ke x sb aku bru je tgk arie2 ipad memg leh main game pn game PES2011 main sbjik cm main dlm pc cm best ja

[Reply]

..
 
Comment by Muhd Hafiz
2011-02-20 11:11:52

iPad memang best! Memang tak rugi kalau beli 🙂

[Reply]

..
 
Comment by aizuddin
2011-02-20 12:16:05

produk apple ni, buat cuci mata je la dulu 🙂

[Reply]

..
 
Comment by Larina
2011-02-20 12:38:54

Ipad mmg best…tp yg kurengnye xd flash player…klu nk tgk youtube @ men game kt fb nk kene install dlu application..
Dgr cite BB playbook lg laju dr ipad n siap ngn flash player skli..agak bengang gak la…ipad xd camtu… :choler:

[Reply]

Khai Reply:

Yup. Kekurangan dia memang flash lah takde kat dalam. Tapi kalau untuk Youtube, memang dah sedia ada satu Apps dinamakan “Youtube”. So memang boleh layan dengan mudah dan menarik (dari segi interface dan sebagainya).

Apapun tunggu iPad2 nanti. Rasanya much better kot dari Playbook, Galaxy Tab dan pesaing-pesaingnya yang lain. Sebab iPad keluar dulu dari tablet yang lain tu. So dah tentunya mereka yang lain tu akan keluarkan something better dari iPad. Baru dapat bersaing dengan iPad.

[Reply]

..
Comment by Khai
2011-02-22 02:35:05

Yup. Kekurangan dia memang flash lah takde kat dalam. Tapi kalau untuk Youtube, memang dah sedia ada satu Apps dinamakan “Youtube”. So memang boleh layan dengan mudah dan menarik (dari segi interface dan sebagainya).

Apapun tunggu iPad2 nanti. Rasanya much better kot dari Playbook, Galaxy Tab dan pesaing-pesaingnya yang lain. Sebab iPad keluar dulu dari tablet yang lain tu. So dah tentunya mereka yang lain tu akan keluarkan something better dari iPad. Baru dapat bersaing dengan iPad.

[Reply]

..
 
 
Comment by Aqif Azizan
2011-02-20 12:48:49

Serius. Lepas tengok JustKhai guna keyboard dock, baru ku tahu yang iPod juga boleh guna benda tu. Terima kasih Khai for the best review. 😀

[Reply]

Khai Reply:

Sama-sama. Menjadi tugas saya untuk berkongsi perkara baru yang saya tahu kepada semua.. Seronok bila anda seronok. Hehe..

[Reply]

..
Comment by Khai
2011-02-22 02:35:59

Sama-sama. Menjadi tugas saya untuk berkongsi perkara baru yang saya tahu kepada semua.. Seronok bila anda seronok. Hehe..

[Reply]

..
 
 
Comment by Eriyza
2011-02-20 12:55:07

Kupasan topik yang menarik.
Akak sebenonya kurang paham Ipad ni apa??
Kegunaan cam laptop jugakkah??

[Reply]

Khai Reply:

Ya. Macam laptop juga. Tapi tak la sama macam laptop kerana ianya adalah sebuah tablet. Bukan netbook. Akak boleh refer di website apple.com

[Reply]

..
Comment by Khai
2011-02-22 02:36:29

Ya. Macam laptop juga. Tapi tak la sama macam laptop kerana ianya adalah sebuah tablet. Bukan netbook. Akak boleh refer di website apple.com

[Reply]

..
 
 
Comment by megat
2011-02-20 12:56:16

seperti selalu, review yang sangat kacak! khai memang handal bab racun meracuni walau pun tidak nampak seperti meracun haha.

sedikit sebanyak teracun juga ni. kekacakan produk apple makin terserlah dengan review tersebut.
🙂

[Reply]

Khai Reply:

Hehe. Takde la bro, saya just berkongsi maklumat sahaja. Hehe..

[Reply]

..
Comment by Khai
2011-02-22 02:39:32

Hehe. Takde la bro, saya just berkongsi maklumat sahaja. Hehe..

[Reply]

..
 
 
Comment by Fauzi Nor
2011-02-20 13:13:54

Khai, this ipad boleh guna Microsoft word ke power point ke? boleh x..

[Reply]

Khai Reply:

Kalau untuk Ms Power Point, dalam iPad ada apps dinamakan Keynote. Memang untuk bertujuan presentation. Tapi apps dari Apple ni berbayar sikit la. Dalam 1.99usd kalau tak silap. Tapi memang berbaloi.

[Reply]

..
Comment by Khai
2011-02-22 02:40:14

Kalau untuk Ms Power Point, dalam iPad ada apps dinamakan Keynote. Memang untuk bertujuan presentation. Tapi apps dari Apple ni berbayar sikit la. Dalam 1.99usd kalau tak silap. Tapi memang berbaloi.

[Reply]

..
 
 
Comment by orenseed
2011-02-20 14:09:37

produk apple ada ke yang buat easy payment gune credit card?

[Reply]

Khai Reply:

Boleh sahaja beli guna credit card..

[Reply]

..
Comment by Khai
2011-02-22 02:40:42

Boleh sahaja beli guna credit card..

[Reply]

..
 
 
Comment by ezad
2011-02-20 14:36:50

Fuh.. tngok khai guner mcm best jer… sbb sthu ezad ape yg khai smpaikan nie x prnh mngecewakan… so.. ader sen nanti nak gak try ipad nie.. mayube yg latest kot.. 🙂 8)

[Reply]

Khai Reply:

Memang best ezad! Hehe.. Ya, tunggu la iPad2 sedikit masa lagi..

[Reply]

..
Comment by Khai
2011-02-22 02:41:30

Memang best ezad! Hehe.. Ya, tunggu la iPad2 sedikit masa lagi..

[Reply]

..
 
 
Comment by NAZRI aka MOJI
2011-02-20 14:36:52

terboek lar Khai..suka entry nih..hidup APPLE! 🙂

[Reply]

..
 
Comment by Anip
2011-02-20 15:18:29

Perghh, bestnyer ko khai, dapat beli ipad, dah lama aku teringin nak beli. huhu. aku da makin gemarkan barangan apple nie..

[Reply]

..
 
Comment by Shibli
2011-02-20 15:45:02

haa battery adalah hardware paling power dalam iPad ni. selambe bleh tahan 10jam untuk heavy use. kalau surf wifi je tu, aku pernah 22jam 🙂

[Reply]

..
 
Comment by reqwan
2011-02-20 16:52:43

pergh.. mmg dah lama mengidam nk beli..

[Reply]

..
 
Comment by Akmal
2011-02-20 17:22:10

saya dah lama kaji dah produk apple dan hasilnya memang ia sebuah jenama dan pilihan
tapikan Ipad dari point view amat…besar…takut jatuh pecah
HAHAHAHA lumrah hidup mana tahu eh?

sebenarnya saya lagi suka baca tulisan khai yang panjang lebar
memang mengasyikan hehe
apa apa pun hati hati tahu
semua alat elektronik keluarkan radioactive tak kira jenama
tidur itu letaklah ipad jauh jauh sikit

[Reply]

Khai Reply:

Hehe. Apa-apa barang digital zaman sekarang ni pun, kalau jatuh, nasib tak baik memang akan rosak/pecah. Zaman Nokia 3310 dah lama berbalu. Itulah risiko barang canggih. Apapun thanks Akmal kerana menyukai perkongsian ini.

[Reply]

..
Comment by Khai
2011-02-22 02:44:03

Hehe. Apa-apa barang digital zaman sekarang ni pun, kalau jatuh, nasib tak baik memang akan rosak/pecah. Zaman Nokia 3310 dah lama berbalu. Itulah risiko barang canggih. Apapun thanks Akmal kerana menyukai perkongsian ini.

[Reply]

..
 
 
Comment by Nordin
2011-02-20 17:33:35

wahh.. nanti nak try usha ipad2 pulak.. 🙂

[Reply]

..
 
Comment by stapler
2011-02-20 19:21:48

sejak iphone kuar dulu lagi, nak je beli apple ni, tp apakan daya, emm…

[Reply]

..
 
Comment by miyasarra
2011-02-20 19:55:56

mcm mne lah kan kalau ipad nk jawap call (kalau ada) :p 🙂

[Reply]

..
 
Comment by Cikgu Loh
2011-02-20 20:38:11

Terbaik!..Nak beli rasanya…

Sesiapa yang ingin mendapatkan buku PERCUMA dapat pergi ke website cikgu ye.Insyallah…

[Reply]

..
 
Comment by erie yohoho
2011-02-20 20:54:46

steady la khai!
selamat maju jaya! 🙂

[Reply]

..
 
Comment by Hairul
2011-02-20 21:03:56

agak2nya, IP4 leh tak wat video call ke HP selain IP4?

[Reply]

Khai Reply:

iP4 ianya dinamakan Facetime. Khai tak pernah cuba lagi, tapi setakat ni memang tak nampak option untuk buat video call dengan phone yang lain. Apple ni dia racist skit. Nak dia dengan dia aje. hehe.

[Reply]

..
Comment by Khai
2011-02-22 02:47:46

iP4 ianya dinamakan Facetime. Khai tak pernah cuba lagi, tapi setakat ni memang tak nampak option untuk buat video call dengan phone yang lain. Apple ni dia racist skit. Nak dia dengan dia aje. hehe.

[Reply]

..
 
 
Comment by kumpau
2011-02-20 23:49:29

mampu tengok gmbr ja…tak mampu beli…kalo t’ingin sngt nak bli mngkin byr ansur2…hehehehe =(

[Reply]

..
 
Comment by slimdiet2
2011-02-21 00:26:06

bestnya kalau ada ipad,senang nak bawak pi mana2

[Reply]

..
 
Comment by h3r0
2011-02-21 00:39:08

masih dalam perancangan… tapi nk tgk apa yg ptt beli dulu…

[Reply]

..
 
Comment by Ojai
2011-02-21 02:19:39

saya dah try guna ip3g, ip4, ipad. Masalah x support flash :bloody: . Kalau surf web yg ada flash, x kluar apa2 =( . Utk video call, blh dload ym versi baru, bleh buat video call phone 2 phone, phone 2 pc. 🙂

[Reply]

..
 
Comment by Yen
2011-02-21 05:06:25

Isu 1: Flash
Isu ini panas diperdebatkan dikalangan dev team daripada apple. Antara masalah utama yang akan berlaku apabila fungsi flash di laksanakan ialah:
a) Jangka hayat bateri cepat habis.
b) Memakan terlalu banyak memori ketika pemprosesan.
c)Rating apps dev yang bergantung pada C Language serta Cocoa akan jatuh merundum kerana apabila fungsi flash dilaksanakan; para expert flash maker akan meraih keuntungan berlipat kali ganda kerana sesuatu apps akan tampak lebih hebat dengan flash. Jadi disini terdapat pro dan kontra di antara Pure Dev Team(C Language Based) VS New Dev Team(Flash Based).
Untuk isu flash ini; anda sendiri boleh tafsir sendiri jika anda berfikir lebih rasional dan lebih terbuka.

Isu 2 : Games.
Memuaskan dari segi grafik. Jika anda sudah biasa dengan kawalan keyboard untuk bermain games; lain pula dengan fungsi iDevice ini, anda hanya perlu menggunakan fungsi multitouch untuk bermain apa jua games. Gesture(rujuk google) merupakan kelebihan utama dalam fungsi multitouch. Antara games yang top ialah PES 2011, Need For Speed [Trilogy], Guitar Hero, Battlefield 2 Bad Company dan lain-lain lagi. Dengan kata lainnya, Games yang tersedia untuk iDevice ini sentiasa sebaris dengan keluaran games untuk PC.

Isu 3 : Microsoft File.
http://itunes.apple.com/us/app/microsoft-onenote/id410395246?mt=8# merupakan apps official keluaran Microsoft untuk iOS. Manfaatkan Google untuk mencari apps yang bersesuaian untuk edit serta buka fail Microsoft office anda. Antara yang mendapat perhatian ialah Pages app = http://itunes.apple.com/us/app/pages/id361309726?mt=8 . Banyak lagi apps yang boleh melaksanakan proses mengedit serta membuka fail untuk Microsoft Office ini.

Isu 4 : Easy Payment.
Untuk easy payment; kalian boleh rujuk dikedai yang menjual iPad, antaranya di Low Yat. Tetapi tidak semua yang menyediakanya. Berhati-hati dengan bunga dan juga produk yang kita dapat itu.

Kesimpulanya, banyak kelebihan yang ada pada iDevice yang bernama iPad ini. Segalanya mungkin dengan iPad apabila telah di jailbreak. Harap dapat membantu.

Untuk sebarang pertanyaan, kalian boleh inbox facebook saya. Tolong menolong amalan mulia. 😎

Untuk segala jenis apps yang telah di hack(jailbreak) anda boleh rujuk http://apptrackr.org

[Reply]

..
 
Comment by Yen
2011-02-21 05:11:13

Boleh rujuk ulasan saya di post facebook Oh! Media: http://www.facebook.com/ohmedianetwork/posts/193462310679123

Nak komen panjang2 kat sini tak boleh. ada limit. Ulasan yang diberikan harap dapat membantu sikit sebanyak persoalan saudara sekalian. 😎

[Reply]

..
 
Comment by nabel
2011-02-21 07:43:56

gulp ! terasa nak dapatkan satu. tapi betul lah cakap khai, kalau duit poket tu tak cukup cukup bajet lagi. Baik rileks dulu kot,
-_____-‘
sampai bila la nak maju kalau duk rileks je. :bloody:

[Reply]

Khai Reply:

Takpe. Duk rileks dari beli iPad ni. Jangan rileks dari bekerja pula ya? hehe..

[Reply]

..
Comment by Khai
2011-02-22 02:52:15

Takpe. Duk rileks dari beli iPad ni. Jangan rileks dari bekerja pula ya? hehe..

[Reply]

..
 
 
Comment by fakhrulzakry
2011-02-21 08:11:29

yea, rite. dulu i was an apple hater, but now. bukanlah fanboys apple, just with macbook pro is make my work done easier. even iphone4 is cool, ingat nak beli ipad jugak, but dengar cerita ipad 2 gonna launch on march, so i hold it first.

[Reply]

..
 
Comment by PutraRocker
2011-02-21 09:19:48

perghhh…bila la nak merasa apple ni..sob3

[Reply]

..
 
Comment by halal
2011-02-21 11:12:35

perghh, minum kt star of buck…cuba2 la minum kt tempat lain

[Reply]

Khai Reply:

Kenapa dengan Starbucks tu? Tak de halal ke? Jakim main kasi dia free je ke cop halal tu? Hehe..

[Reply]

..
Comment by Khai
2011-02-22 02:53:11

Kenapa dengan Starbucks tu? Tak de halal ke? Jakim main kasi dia free je ke cop halal tu? Hehe..

[Reply]

..
 
 
Comment by syahirul
2011-02-21 13:39:11

siyes best dan puas ati guna… huhu…

[Reply]

..
 
Comment by BBL
2011-02-21 14:05:48

nak beli…
tapi nak tunggu ipad2 kuar statg…
thanks khai for this great super duper info… :love:

[Reply]

..
 
Comment by nabel
2011-02-21 19:44:11

khai khai, banyakkan lagi info pasal ni ? terasa nak beli la pulak. hehe :8

[Reply]

Khai Reply:

InsyaAllah ya..

[Reply]

..
Comment by Khai
2011-02-22 02:54:07

InsyaAllah ya..

[Reply]

..
 
 
Comment by lembu
2011-02-21 23:40:47

lembu puny khai, xleh pakai lgsg..cmne la org leh buat bisnes ngn kau ni..indah khabar dari rupa

[Reply]

Khai Reply:

lulz.. hahahaha.. Khai & Apple haters dikesan!! teett tettt… 😛

[Reply]

..
Comment by Khai
2011-02-22 02:21:51

lulz.. hahahaha.. Khai & Apple haters dikesan!! teett tettt… 😛

[Reply]

..
 
 
Comment by Evo
2011-02-22 01:17:48

iPad dengan keyboard..hmmm..membuatkan saya teringin untuk memilikinya, tapi saya akan beli yang ada 3G, tak suka sangat WiFi sebab jarang lepak di McD atau mana-mana kopitiam.. 🙂

[Reply]

..
 
Comment by Shibli
2011-02-22 06:56:33

kahkahkah!!! kena pangkat lembu dgn haters. ni baru betul2 terbaik dari ladang.. hahahahah adoi la… :bloody:

[Reply]

Khai Reply:

Hahaha. dah biasa.. xde effect dowh.. rasa geli2 macam kene geletek je.. wakaka..

[Reply]

..
Comment by Khai
2011-02-22 11:35:35

Hahaha. dah biasa.. xde effect dowh.. rasa geli2 macam kene geletek je.. wakaka..

[Reply]

..
 
 
Comment by fikri91
2011-02-22 07:38:31

ipad???.
mula2 saya tak faham sangat, apa beza ipad dan notebook..
tapi, mungkin saya lepas ini akan angkat satu ney..:)

[Reply]

..
 
Comment by RTrice
2011-02-22 20:05:35

Nice entry…i like reading your post

[Reply]

..
 
Comment by mosyar
2011-02-23 08:03:42

tu lah pasal, kadang2 takut gak, mungkin hari ini kita tak suka sesuatu perkara…tapi esoknya tak mustahil kita akan menyukainya…heheehe.

contoh mudah, dulu2 aku tak berapa suka dengan awek utara ni, tapi hari ini, bila pikir2, bukan ada apa2 masalah pun….hahaha.

[Reply]

Khai Reply:

Ahaha.. yang rangkap ke dua tu, sama la dengan aku. Dulu aku tak suka awek pantai timur.. sekarang ni awek aku mmg orang pantai timur.. insyaAllah jadi isteri nanti.. hehe..

[Reply]

..
Comment by Khai
2011-02-23 17:24:19

Ahaha.. yang rangkap ke dua tu, sama la dengan aku. Dulu aku tak suka awek pantai timur.. sekarang ni awek aku mmg orang pantai timur.. insyaAllah jadi isteri nanti.. hehe..

[Reply]

..
 
 
Comment by merlot
2011-02-23 10:15:58

ko ni mmg best la khai… x sesia aku jd follower tegar ko… boleh wat programming x dengan ipad ni + localhost?… teringin nk rembat satu… cuba ko jek aku lagi… kot2 aku terpengaruh.. 🙂

[Reply]

Khai Reply:

Hehe.. simple programming is ok.. ada apps dia.. tp localhost tu setahu aku tak boleh. Hehe..

[Reply]

..
Comment by Khai
2011-02-23 17:23:46

Hehe.. simple programming is ok.. ada apps dia.. tp localhost tu setahu aku tak boleh. Hehe..

[Reply]

..
 
 
Comment by Darilensa.Com
2011-02-23 17:50:15

bila la dapat merasa pakai smua tuh

[Reply]

..
 
Comment by steady eddie
2011-02-23 19:20:41

tq khai byk review produk2 apple..mmg aku dh mula cintan dgn produk2 apple(onestly aku pon dulu mcm ko gak mule2 pegang com knl linux dulu sblm win ni…jodoh xpnjng kot…) 😉

[Reply]

..
 
Comment by zul
2011-02-23 20:14:42

macbook pro tu memang menarik..tapi sebab harga dia tu tidak membolehkan semua orang pakai.. :oups:

[Reply]

..
 
Comment by aleesha
2011-02-23 22:05:57

wow…aku tengah pikir dulu mau angkat ipad ni atau tunggu ipad 2 keluar… :8

[Reply]

Khai Reply:

Saya sarankan anda untuk tunggu iPad2 keluar. Hehe..

[Reply]

..
Comment by Khai
2011-02-24 13:37:46

Saya sarankan anda untuk tunggu iPad2 keluar. Hehe..

[Reply]

..
 
 
Comment by merlot
2011-02-23 22:46:04

ooo… localhost xde lg ekkk… tp ok jugak sebb leh wat programming… hmm… macam sgt berbaloi je… :love:

[Reply]

..
 
Comment by shamsays
2011-02-24 00:29:07

salam, bro kahi…camne nak bwat nano jadi watch hek?

[Reply]

Khai Reply:

Just beli watchstrap untuk iPod Nano di Apple premium reseller berhampiran..

[Reply]

..
Comment by Khai
2011-02-24 13:37:24

Just beli watchstrap untuk iPod Nano di Apple premium reseller berhampiran..

[Reply]

..
 
 
Comment by zidan72
2011-02-24 15:30:11

🙂 murah la…..seribu lebih jer….
tapi kalau beli…
laptop yang ada nie nak tolak kat mana ye..
http://bit.ly/fAdcaz

[Reply]

..
 
Comment by samanosuke_04
2011-02-25 06:54:34

hehe, kaya laa apple pasnie.. hoho, jap agi nak kuar dah ipad 2, dah ade conference daa pon yang bagi hint ipad 2 nak kuar, check kat ign.com.. hehe,

[Reply]

..
 
Comment by Encik Ska
2011-02-25 14:18:05

Tolong ler belanja Encik Ska sebijik wahai Encik Khai oi, haha.
Btw, agak agak bila Ipad2 nak keluar ya? Malas nak tanya google, haha.

[Reply]

..
 
Comment by syahrilhafiz
2011-02-25 17:28:32

aku tengok kat klcc hari tu
rm 1500, pergh memang menarik. dah la game dalam tu best3..

[Reply]

..
 
Comment by dinsblog
2011-02-25 22:48:38

nak jugak beli…tak buat masa ni tak nmpk kepentingan dia lagi…yg ada ni pun dah cukup.

[Reply]

..
 
Comment by ejiko
2011-02-26 17:15:38

then bagaimana if compare kn ipad ngn samsung galaxy tab eh??

[Reply]

..
 
Comment by rahmat
2011-02-26 22:34:21

daripada beli netbook, lagi baik beli ipad.. ye tak?

[Reply]

..
 
Comment by Daus
2011-02-26 23:05:24

wah menarik ni, tapi sekarang yang aku tengok ni, ramai pula yang menghadiahkan apple ipad untuk pemenang kontest..

belum pernah sentuh lagi apple ipad ni.. tggu apple ipad2
😉

[Reply]

..
 
Comment by wazy
2011-02-27 17:12:52

Salam Khai,
dari review dan komen-komen di atas
rasa berbaloi juga kalau dapat beli satu set tu
apa-apa pun kena kumpul bajet dulu 🙂

[Reply]

Khai Reply:

Salam. Takpe bro, kumpul budget untuk iPad2 je la terus. Lagi berbaloi. Hehe..

[Reply]

..
Comment by Khai
2011-02-28 05:42:16

Salam. Takpe bro, kumpul budget untuk iPad2 je la terus. Lagi berbaloi. Hehe..

[Reply]

..
 
 
Comment by hafizmd
2011-02-28 14:36:57

terima kasih bro khai utk review ni…terbaik!

nak tanya 2 benda,
1 – so, ipad khai ni tak install office apps lah ek?
2 – dalam komen kt atas, khai ada inform yg ade apps dijual usd1.99…kat mane ek?

terima kasih sudi jawab 🙂

[Reply]

Khai Reply:

1. Memang tak install.. Sebab saya gunakan iPad ni untuk surfing dan Facebook sahaja.
2. Kalau dah beli iPad, boleh masuk ke apps store melalui menu dalam iPad tu.. Atau install iTunes untuk explore app store mereka.

[Reply]

..
Comment by Khai
2011-03-03 13:29:06

1. Memang tak install.. Sebab saya gunakan iPad ni untuk surfing dan Facebook sahaja.
2. Kalau dah beli iPad, boleh masuk ke apps store melalui menu dalam iPad tu.. Atau install iTunes untuk explore app store mereka.

[Reply]

..
 
 
Comment by DanielOthman
2011-02-28 23:40:13

khai, ipad ngan macbook pro 13 versi 2011, mana lbeh bebaloi.. sy student. 🙂

[Reply]

..
 
Comment by jeng
2011-03-01 01:32:59

punah harapan steve job nak kill keyboard.. user still choose keyboard gak.. haha

[Reply]

..
 
Comment by Nizam6281
2011-03-01 01:38:25

Gile Review die
7 Lautan punya kajian woo :[ :bloody:

[Reply]

..
 
Comment by wan azril
2011-03-02 01:48:07

salam khai..
nak tanye sikit ni..
iPad boleh ke disambungkan dgn windows selain drpd mac??
drpd pandangan khai..iPad atau Galaxy Tab..mana yang khai lebih prefer dan kenapa???

trima kasih 🙂

[Reply]

Khai Reply:

Salam, khai lebih prefer iPad kerana kelebihan Apps nya berbanding Galaxy Tab.. Ya, boleh disambungkan ke Windows tetapi mesti kena install iTunes dulu ke dalam Windows. Hehe..

[Reply]

..
Comment by Khai
2011-03-03 13:25:35

Salam, khai lebih prefer iPad kerana kelebihan Apps nya berbanding Galaxy Tab.. Ya, boleh disambungkan ke Windows tetapi mesti kena install iTunes dulu ke dalam Windows. Hehe..

[Reply]

..
 
 
Comment by ady
2011-03-03 16:06:07

apple malaysia baru je potong harga ipad dalam lingkungan 300 hingga 400 ringgit.. berbaloi beli ipad sekarang nih..

ipad2 bulan 8 kalau ada.. harga 2600 (macam harga ipad 1 sebelum diskaun)

[Reply]

..
 
Comment by mj6495
2011-03-07 04:18:23

iPad 2 release soon. I want to get it 1 too.

[Reply]

..
 
Comment by amalina
2011-03-08 02:21:50

owh.. thanks for the info. btw, ipad ni ape func specific eh? selain online,games. kalau mcm microsoft office like word ke excel ke? boleh tak?

[Reply]

..
 
Comment by Reena
2011-03-08 14:35:23

ipad memang sangat2 best..saya mmg dh lama menggunakannye..Cuma yg tak bestnye mcm u ckp ipad tak support flash..yg ni memang mengecewakan sikit.

Dengarnye ipad2 pon tak akan support flash jugak..dia tambah kamera je..Hmm overall ipad still BEST 🙂

[Reply]

..
 
Comment by ahmadhaikal
2011-03-09 03:40:28

emm..tunggu ipad 3. hehe..

[Reply]

..
 
Comment by Monat
2011-03-10 14:56:20

Ipaddd….:(

[Reply]

..
 
Comment by Peace
2011-03-14 15:28:42

Ipad ok, starbuck no.

[Reply]

..
 
Comment by SamsulAhmad.com
2011-03-14 19:49:21

iPad mmg cooollll…
xyah tggu iPad 2 bg yg berminat.. ekekeke…
tah bila iPad 2 baru nak release kat m’sia nie.. hehe..
ambik iPad 64gb wifi+3g skrg nie baru RM2199..
harga runtuh sebab iPad 2… 😛

[Reply]

..
 
Comment by sumayyah
2011-03-19 10:22:23

ipad china rm 300 lebih bgitu mungkin lbih brbaloi….

[Reply]

..
 
Comment by scaniaz
2011-03-20 09:54:40

hehe..china gak hebat bak tiru meniru nih…murah2 je..kalu ilang pun leh senyum2 lagi hihi…
scaniaz hot post…

[Reply]

..
 
Comment by roka
2011-03-20 11:17:09

kalau pndai jger ok kotttt
😐

[Reply]

..
 
Comment by Ice™
2011-03-22 16:19:56

Khai,, nk tnye….
saye tringin nk bli ipad2 ty…
tp ad rumor mengatakan apple nk kuar kn ipad3 september nie…
juz nk tanye pandangan Khai bout diz rumor…
please reply,, tanx….

[Reply]

..
 
Comment by maziela84
2011-03-31 14:21:46

khai..ipad / ipad2 ni kepada yg nak berbloging ok ke

[Reply]

..
 
Comment by Muhd hanif isa
2011-04-02 05:45:44

Sambar iPad jer.harga pun murah sbb iPad2 dah kuar.

[Reply]

..
 
Comment by Asma
2011-04-17 00:21:14

Nak tannyer nih,,Tak tau nk install iTunes.. Aduuu gimana nii.. Kasih tulung la khai..
Pastu masa naip tu, gimana mau off dictionaryny ya??
Dan sal jailbreak tu.. Apa funtionnyer?? Camner nk passang dia yer?? A bit blur la ngan I pad nih :o:

[Reply]

Khai Reply:

iTunes boleh didownload di website Apple.. http://www.apple.com

Untuk tutup dictionary tu, pergi ke setting, General, dan pilih Keyboard.. Boleh off di sana.

Jailbreak tu susah sikit nak buat untuk pengguna baru. Elok hantar sahaja ke kedai. Lebih selamat untuk dibuat. Hehe. Dengan Jailbreak, banyak app yang boleh didownload secara percuma.

[Reply]

..
Comment by Khai
2011-04-22 12:35:45

iTunes boleh didownload di website Apple.. http://www.apple.com

Untuk tutup dictionary tu, pergi ke setting, General, dan pilih Keyboard.. Boleh off di sana.

Jailbreak tu susah sikit nak buat untuk pengguna baru. Elok hantar sahaja ke kedai. Lebih selamat untuk dibuat. Hehe. Dengan Jailbreak, banyak app yang boleh didownload secara percuma.

[Reply]

..
 
 
Comment by Asma
2011-04-17 00:23:14

Tolong3x khai.. Respon..:)

[Reply]

..
 
Comment by Hoah
2011-04-19 23:21:02

aku sekarang ragu2 nk beli gadgets2 nih.. aku ade plan nak beli, tapi nasib bek postpone to the next week, kuar pulak yang baru.. aku nk yg terbest je.. heheheheh 🙂 salam perkenalan semua.

[Reply]

..
 
Comment by yoo
2011-04-26 19:26:10

hahaha….ipad ni da 20 juta da terjual….tahniah :p

[Reply]

..
 
Comment by yas
2011-05-17 10:26:41

Hehehe… next time la kalau aku nak beli..Tabung tak penuh2 lagi nihh …

[Reply]

..
 
Comment by Gha
2012-05-19 14:21:23

Nk tny..Bley kew wt asgmnt gnew iPad??rsaw la..rmai ktew cm xley Jew.. :oups: :oups:

[Reply]

..
 
Comment by nurjannah
2012-11-25 12:41:09

salam. hey, na tanye. i actually na beli ipad from my sis. bak kate my sis, i kene kaji dulu ape yg diperlukan utk ade ipad mcm die ckp kalau na download lagu dlm lptop, ta bole trnsfer sesuke hati ke ipad rite? and my sis ade sebut psl icloud la. ape tuh eh?? boleh tolong and explainkan? thanks

[Reply]

..
 
Comment by Nanie
2012-12-09 07:36:29

Salam.sy bru beli ipad2.soalannyer,mmg wajib ke daftar kt apple apps tuh?pas daftar baru leh download ker Apa2 apps kt tenet NIH?buknper,sy beli atas org,bukn kt kdai.tu yg iPad ni mmg Xder per sgt.basic jer..stakat NIH,fb jer leh.nk men games xleh cz mmg Xdi install Dlm ni.kiranyer sy mmg zero ilmu la bout iPad NIH.sy dh bc blog awk,mmg mnarik..

[Reply]

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post

Apa Entri sebelum dan selepas entri ini?