Ada apa dengan Apple iPad

Alhamdulillah akhirnya dapat permission untuk update blog ini. Menunggu buah untuk jatuh memang menyakitkan. Kalau blog ini mempunyai hati dan perasaan, tentu blog ini kembali tersenyum semula. Permission apa yang dimaksudkan, biarlah rahsia apa yang pasti kali ini Khai nak update pasal Apple iPad. Wohha!

justkhai-apple-ipad

Mungkin masa artikel Khai ini ditulis, dah beribu-ribu mahupun berjuta mereka yang lain telah memiliki tablet hebat keluaran Apple ini. Apapun apa yang Khai tulis ini, khas kepada mereka yang tertanya-tanya patut atau tidak untuk membeli iPad. Adakah ianya berbaloi atau ianya sekadar satu pembaziran.

Khai beli iPad ni 4 hari lepas rasanya di Mac Studio, Plaza Low Yat. Harga dia RM1540 sahaja untuk iPad 16GB WiFi. Since Khai selalu online di rumah, jadi iPad dengan 3G tak Khai perlukan. Dan since Khai nak gunakan untuk surfing, email & blogging sahaja, 16GB dah lebih dari cukup. Ada beberapa kedai lain selain Mac Studio ni yang jual lebih mahal dan ada yang jual lebih murah. Tapi Khai kalau nak beli barang-barang macam ni, Khai lebih gemar untuk memilih reseller yang sah dilantik oleh Apple sendiri. So boleh beli tanpa rasa ragu-ragu. Kalau nak beli case atau apa-apa accessory tu, itu lain cerita.

justkhai-apple-ipad

Apple iPad adalah satu produk Apple yang baru Khai beli. Sebelum iPad, Khai dah beli Macbook Pro, iPhone 4 dan iPod Nano. So pada sesiapa yang ingin cuba meminati produk Apple ini, korang buatlah macam Khai. Beli dari “kepala” (antara Macbook White, Macbook Pro, Macbook Air atau iMac) dan kemudian ke produk hebatnya yang lain. Korang akan rasa apa yang Khai rasa jika ianya benar-benar sesuai dengan hidup dan kerja korang. (more…)

Posted on 20 February '11 by , under Apple, Gadget, Review. 138 Comments.