Erti sebenar kehidupan dan cabaran dalam hidup

Salam guys..

Ini artikel pertama yang Khai tulis guna iPad2 di blog kesayangan, Justkhai ini. Hurm, tak susah pun sebenarnya. Bila dah biasa memang takde masalah. Kat mana yang susahnya tu? Sebab iPad tiada keyboard dan ianya sedikit melecehkan. Kalau tak biasa, memang banyak la typo nya nanti. Maklumlah touchscreen. Terbabas ke huruf lain tu perkara normal kalau korang taip laju-laju gaya menaip atas keyboard. Hehe..

iPad lama Khai dah jual beberapa minggu lepas. Serius macam baru keluar kedai sebab Khai beli pun baru je 2 bulan lepas. Jual murah je siap kasi free keyboard lagi. Jual kat member time study kat Limkokwing University dulu. Ape de hal kan member-member.

Dan ini adalah artikel peribadi. Rindu nak tulis artikel macam ni kat sini. Kalau korang dah biasa dengan blog, korang akan tahu apa itu advertorial. Dan itu yang kini memenuhi ruang hidup Khai sekaligus bila kesibukkan itu datang, tiada lagi artikel peribadi yang membanjiri ruang blog setiap hari. Semuanya artikel berbayar.

Ruang lingkup kehidupan kita semestinya semakin hari semakin luas. Pastinya semakin sukar dari hari ke hari. Semua ni kita perlu anggap sebagai asam-garam untuk kehidupan sebenar di atas muka bumi Allah ini. Kalau hidup ni takde cabaran baru, hidup kita statik macam tu ajelah. Jauh berbatu-batu ditinggalkan orang lain.

Kalau harini kita pakai motor, mesti kita akan pakai kereta sendiri juga nanti. Kalau hari ni kita menyewa bilik, lepas ni mesti nak menyewa rumah dan lepas tu memiliki rumah impian sendiri. Itu belum lagi masuk part berkeluarga dan macam-macam lagi yang sukar untuk diramalkan.

Kalau gaji kita hari ni 3 ribu setiap bulan, sampai bila gaji kita nak sebanyak itu? Hari ini gaji kita cukup, esok lusa dah ada rumah, dah kahwin dan ada kereta mahal sikit, mana nak cukup lagi untuk gaji sebanyak itu.

Jadi kalau bukan hari ni kita move, bila lagi? Kalau yang duduk dengan family lagi tu, fikir balik sampai bila. Umur makin meningkat sampai bila nak hidup macam tu. Bila masa nak berdikarinya rasa susah payah sikit untuk hidup.

Khai kalau ikutkan dengan apa yang Khai buat sekarang, dah lama Khai balik kampung guna internet kat kampung untuk buat kerja. Mesti jimat kan sewa rumah tak perlu bayar, makan minum free, kos hidup pun rendah dan kalau perlu hulur pun, setakat di kampung, seratus dua dah lebih dari cukup. Tapi demi sebuah kehidupan yang ingin berdikari di bumi orang, kita merantau dan terus membanting tulang untuk hidup di negeri orang ini.

Pesanan kepada diri sendiri dan semua, agar setiap hari mampu memotivasikan diri sendiri dan ingat, dalam hidup ni kita buat sesuatu yang kita tahu mampu kita lakukan. Bukan rasa mampu untuk kita lakukan. Dalam hidup ni takde nak rasa-rasa lagi. Perlu ada satu keputusan sendiri kerana kita kenal siapa kita dan sejauh mana kemampuan kita. Kata orang tua, ukur baju di badan sendiri. Kata Khai, tepuk dada tanya selera. Jangan selera sahaja yang besar tapi usahanya tiada, percayalah kehidupan yang kita sangkakan berwarna-warni, sebenarnya hanya dipenuhi warna kegelapan yang semakin suram.

Renung-renungkan dan selama beramal.. Hehe. Pinjam tagline prof Izi haji Ali jap.. Hehe..

Ditulis pada 5:36 PM 16 April '11 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 1,971 views | Dalam kategori: Daily Craps | Tweet This!


RSS feed | Trackback URI

50 Comments »

Comment by beliamuda
2011-04-16 18:19:14

Setiap kali kita melangkah ke hari yang lain, kita dah tinggalkan hari semalam, dan hari yang baru bakal kita tempuh. Hari yang baru itu adalah suatu yang menjanjikan sesuatu yang berbeza, makanya kita perlu menghadapi dengan cara yang lain.

Hidup kita tidak akan selamanya statik. Perubahan itu pasti ada. Masa mungkin dirasakan suntuk jika suatu yang dulu mudah sahaja kita lakukan, mungkin terpaksa dilupakan atas ketidaksempatan.

Yang penting, perlu terus semangat dan teguh menghadapinya. Mohonlah kekuatan.

..
 
Comment by hisham
2011-04-16 21:08:09

hurm… pertama kali aku masuk blog nih, aku jadi antara yg terawal…. mmg xmudah melaksanakan apa yang kita rancang, tapi selagi ada kemahuan selagi itu ada jalan… yang penting ada target baru kita tahu apa yang kita nak buat seterusnya… xla hanya hgat2 taik ayam…. aku ada gak review pasal nih kat blog aku… kalo senang jom la melawat di http://pride4us.com/hisham/blog/mengapakah-aku-mula-berblogging.html
dan
http://pride4us.com/hisham/blog/im-going-for-30-what-should-i-do.html

murah2 kan lah hati tuk memberi komen yer… mekasih 🙂 🙂

to Khai.. keep a good work… ko mmg ada mission… tahniah

..
 
Comment by hisham
2011-04-16 21:12:05

lol

..
 
Comment by hisham
2011-04-16 21:12:55

buat pertama kalinya aku jadi antara yang terawal bagi komen kat dalam blog nih

Tuk nko khai, keep a good work… ko mmg ada mission… tahniah./.

..
 
Comment by joev
2011-04-16 21:19:45

klau idup takde cabaran tak best gak.. 😉

..
 
Comment by mankuchai
2011-04-16 22:36:17

Hidup ni memang begitu…tak pernah cukup dan juga jgn jemu mencari yang lebih 🙂

..
 
Comment by h3r0
2011-04-16 22:40:44

akhirnya ada gak artikel camni kat blog nie kembali…
maklumlaa.. khai skrg terlampau sibuk…

apa2 pun good luck.

..
 
Comment by Eriyza
2011-04-16 23:09:52

Kupasan topik yang menarik.
Mengecapi sebuah kejayaan menuntut
banyak pengorbanan. Justeru, melangkah
jangan terlalu pantas nanti jatuh tergolek,
jangan pula terlalu lambat bimbang jauh
ketinggalan. Seperkara yang pasti, apa jua
keputusan yg bakal diambil, berpaksilah pada
lunas² Islam agar tidak sesat di hujung jalan.

..
 
Comment by e-nyce
2011-04-17 00:01:30

Yela kite kn dh besar sebolehnya xperlulah nk susahkn mak bapak.. kal boleh bwk diorang tggal sekali dgn kita.. kita jaga diorang plak.. balas balik pe yg diorang korbankn dulu nk besarkn kita. toreh getah, membanting tulang berjaga buat susu kita pagi2 buta, sihat atau tak kena jgk kerja semata mata nk cari sesuap nasi membesarkn kita. :love:

..
 
2011-04-17 08:20:12

Gaji tak besar keh kat bandar? kena jimat la kalau camni.. All the best!!

..
 
Comment by sjiehan.com
2011-04-17 08:48:00

mantap tol huraian hang buat khaihasan! aku suka…

Hang ni dah jadi mcam blogger ispirasi aku la..

klo rajen, mai peturun sket ilmu hg tuh!hahahha…

..
 
Comment by sjiehan.com
2011-04-17 08:49:03

*typo sori.

anyway! lain kali jual ipad tu kat aku jugak! hahaha…

..
 
Comment by iZwaN
2011-04-17 10:57:03

dah lama xde post2 cmnie..
btw..keep it up bro…
dpt motivasi di hari ahad nie…

..
 
Comment by Lia
2011-04-17 11:35:56

Dah hampir sebulan dah usia perkenalanku dgn Justkhai… Saya ada tnya Khai kat bhgn Bio Khai… ttg tajuk

“My Name is Khai and I’m Not a Terrorist….”
Nak tanya Khai.. Ni skrip dri filem mana ek?
-kalu nak kata Khai tiru tajuk cite My name is Khan tak logik sbb artikel ni ditulis oleh Khai SEBELUM “My Name Is Khan” dikeluarkan…Tahun 2006
Atau “My name is Khan” tiru Khai? heheheheeh…
I’m so proud with u Khai….

..
Comment by Khai
2011-04-22 12:32:53

Khai dah lama guna dah perkataan tersebut. Dan secara tak sengaja sahaja tu sama pula dengan cerita My Name is Khai. Tu kan ayat biasa-biasa sahaja even masa sekolah pun kita selalu guna. Hehe.

..
 
 
Comment by naimulfirdaus
2011-04-17 14:31:13

macam muhasabah pun ada..

..
 
2011-04-17 18:02:43

cool beb….go next level….

..
 
Comment by CJ
2011-04-17 19:13:30

😉 nice on bro.

..
 
Comment by aizuddin
2011-04-17 20:20:01

lama dah tunggu post2 macam ni..renung-renungkan jangan sampai termenung 😀

..
 
Comment by Muhd Fadil
2011-04-17 23:29:16

aku pun dah lame duk kat tempat orang. hanya perantau yang tahu erti susah hidup tempat orang.

..
 
Comment by arnamee
2011-04-18 01:19:43

Berdikari – istilah tu ramai anak muda yang tak mengerti.Namun yang memahami akan perlahan merubah diri.Untuk khai, terus berjuang okeh ?:)

..
 
Comment by Faris
2011-04-18 02:16:36

Hmm…itu la kehidupan manusia di muka bumi. Setiap kali musibah datang, kenalah hadapi dengan tabah. Cabaran hidup tiada penghujungnya dan semuanya dari Allah. Setiap apa yang kita lalui membuatkan kita semakin matang, dewasa dan sempurna. Dengan apa yang berlaku, kita tetap teruskan kehidupan. Just relax dan calm down. Jika sesuatu perkara yang kita lupa dan tak beringat dengan apa yang berlaku kepada kita dengan perkara yang lepas pasti akan kembali lagi. Sebelum kita menempuh ke alam perkahwinan, kewangan diri harus kukuh dulu. Jika sesorang itu jatuh, kita mesti bangkit semula bina hidup baru dan gantikan dengan apa yang telah hilang. Kebahagiaan pasti bersinar jika kita berjaya merealisasikan dengan apa yang kita usahakan. Ingat! duit dan harta bukan ukuran tetapi perubahan dalam hidup kita. Esok pasti akan menjadi lebih baik dari semalam. Qada’ dan Qadar yang akan menentukan. Bahagia dan sengsara adalah pilihan kita sendiri. Kejayaan kita yang tentukan sendiri bukannya orang lain.

Sekian, Faris.

..
 
Comment by fendidahada
2011-04-18 06:35:39

semoga tabah dalam menghadapi liku-liku kehidupan khai. biar pengalaman menjadi benteng dalam segala cabaran yang bakal ditempuh kelak..

..
 
Comment by muhammad fakhruddin
2011-04-18 09:45:46

Bittaufiq wan najah dalam pilihan bro 🙂

..
 
Comment by mummy danny
2011-04-18 11:07:32

khai..nak tanyalah n tolong bagi respon secept mungkin yer..
mummy ada send mesej to ur sister about the produk sj plus.tapi dia tk balas..produk sj tu masih dia jual lagi tak???mummy nak order!!!!! plz tolong bls to my email
pondokkecilku@gmail.com.

URGENT!!!!!!!!!

..
 
Comment by faisal
2011-04-18 15:20:34

yeah betul tu khai. Kalau kita berfikir untuk hari ini bukan untuk hari-hari akan datang,kita susah nak berjaya. Kalau gaji 3k buat hidup bujang memangla cukup. Lagi 3 tahun lagi memang cukup2 makan je.

Ditambah lagi dengan kenaikan harga minyak,harga makanan dan keperluan asas memang tak cukup. Dulu kat malaysia ni ada 3 golongan kaya,sederhana dan miskin. Tapi yang sederhana tu makin berkurang. Bukan menjurus kepada kaya tapi kepada miskin.

Anyway semoga berjaya kepada semua

..
 
Comment by Hamdi
2011-04-19 10:58:06

wahhhh, kenapa RM3k jadi pilihan? hehe. Khai, cayalah! Semoga sentiasa terus berjaya.

..
Comment by Khai
2011-04-22 12:26:35

Tu kira gaji standard la tu orang-orang ramai kat Malaysia ni. hehe…

..
 
 
Comment by LawrenceVision
2011-04-19 18:06:49

Artikel yang padat dengan pengajaran berguna kepada semua blogger dan masyarakat 🙂

..
 
Comment by landax
2011-04-19 21:22:44

Cabaran adalah sesuatu yang akan mewarna warnikan hidup kita =)

..
 
Comment by SE
2011-04-19 23:22:13

yeahh,,khai dah buat entry personal,haha..

btw, btl tu, hidup ni byk persekitaran, kne sll move..klo x, mmg terumbang- ambing..

..
 
Comment by Encik Ska
2011-04-20 09:12:17

Knp Khai skrg ni jarang tulis entry? Busy sgt la yek, hehe.
Nice entry btw 🙂
:-[) :-[)

..
 
Comment by samanosuke_04
2011-04-20 15:38:03

aku pon suka gak idop berdikari.. haha, kekadang sengaja cari peluang untuk duk sorang2.. hoho

..
 
Comment by nizamghazi
2011-04-21 10:10:35

Nasihat yang bermakna bg sy

..
 
Comment by kamihidup
2011-04-21 16:07:17

salam khai, bagus betul entri ini. hidup tanpa cabaran ibarat hidup kat takuk tu jelah. takkan naik, dan mungkin akan turun. apa pun, semoga khai berjaya, ramai yang ada dibelakang. 🙂

..
 
Comment by paihujey
2011-04-21 23:41:08

aku perlukan perubahan..hmmmm..khai ada kerja kosong x??

..
 
Comment by Faisal reza
2011-04-23 15:58:26

nice info khai…. selalu bg tips yang berguna 🙂

..
 
Comment by Rozi
2011-04-24 01:07:13

bnyk pengajaran yg boleh diambil dan dijadikan teladan dalam kehidupan kite..moga2 kite sabar dan kuat dalam mengharungi setiap cabaran yang akan datang..entry yang berguna untuk masa hadapan 😉

..
Comment by Khai
2011-04-26 02:51:45

Terima kasih.. Sama-samalah kita..

..
 
 
Comment by naimulfirdaus
2011-04-24 06:30:14

macam
muhasabah
pun
ada
kan..

my recent post…kesilapan dalam rancangan Maharaja Lawak

..
 
Comment by Rahman Sallehin
2011-04-24 13:39:14

Begitulah kehidupan, setiap kehidupan orang berbeza corak.

..
 
Comment by Cik Su Life Cycle
2011-04-24 23:33:16

tak susah ke pakai ipad tulis entri ni..

..
Comment by Khai
2011-04-26 02:49:38

Tak la susah, dan tak la senang macam menaip guna keyboard. Hehe. Kalau dah biasa, laju juga macam biasa..

..
 
 
Comment by sweet honey
2011-04-25 02:43:56

selamat bereksperimen ngn ipad2.. hihih 🙂

..
 
2011-04-25 21:22:17

haha… selamat ber i-pad..
mcm2 luar biasa beb.. 😉

..
 
Comment by zool
2011-04-26 22:12:51

aku respek ngan ko.. cepat je ko panjat tangga sedang aku terkedek-kedek nak pakai selipar..huhuhuhuhu..

..
 
Comment by ejardkethot
2011-05-22 10:57:45

peh…yessssss!! saya akan kembali STALK blog justkhai…
dah jatoh chenta balik dah..
hehehehe….thx khai kasik mood nk buat job yg client bagi !
kena brani mencuba kan!

..
 
Comment by alex adriana
2011-06-01 13:16:43

aku memang suka entry kau yang jenis macam ini. =)

..
 
Comment by Red Rambutan
2011-06-06 16:26:05

Khai, RR baru beli iPad2 32Gb wifi 3G dan iPad 2 32Gb wifi. Satu semestinya untuk mem. dah dekat sebulan, tapi masih pening tengah fikir, macammana nak upload gambar kat blog entry guna iPad. Boleh tolong?

Yang RR dah miliki:
iPhone4
Nokia N8
iPad 2
Time Capsule
MacbookPro 13″
Canon 7D

he he

semua best, lepas ni boleh start saving balik

..
 
Comment by sukacuka
2011-07-31 01:09:22

man teringin untuk mengembar. Tapi bila fikirkan makayah, man jadi rsau.

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post