Selamat Hari Ibu, Ibu!

405 views | Hantar ke Twitter! | Cetak Artikel Ini

Alhamdulillah. Masih lagi bernafas dan diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk terus menulis blog ini disamping untuk terus bermuhasabah diri dan beribadah kepadaNya. Artikel ini tidak panjang, hanya sebuah artikel untuk menghargai seorang wanita yang paling di sayangi, iaitu hamba Allah yang bernama Khatijah binti Abdul Manap.

23 tahun yang lalu, 9 bulan 10 hari dia mengandungkan aku dengan penuh susah-payah. Ke sana ke sini membawa kandungan yang bukanlah ringan sebenarnya. Cuba gantung apa-apa kat perut korang, dan bawalah benda tu selama 9 bulan untuk tahu bagaimana rasanya menjadi seorang ibu yang mengandungkan anak yang akan mewarnai kehidupannya.

Tanggal 3 Ogos 23 tahun yang lalu, aku dilahirkan dengan disinari bulan terang dipagari bintang. Kelahiran cara normal dengan berat badan hanya 3.2kg sahaja. Diazankan ditelinga kanan oleh papaku dan terus diberi nama, iaitu nama aku pada hari ini. Sebiji macam di dalam IC.

Di usia ku 23 tahun ini, aku masih mengejar masa depan untuk diri sendiri. Seringkali, aku teringatkan ibu yang selama ini sentiasa berdoa kepada Allah untuk kejayaan aku sebagai anaknya. Aku tertanya, adakah aku selalu berdoa untuk dia walaupun semua sedia maklum, doa ibu kepada anak dan doa anak kepada ibu, memang tiada hijab diantaranya.

Bila aku renung balik, aku dibesarkan dengan sangat baik sekali. Cukup makan minum dan cukup pakaian serba-serbi. Apa sahaja yang aku minta, jika ada kebaikannya, pasti ibu akan belikan. Ku renung kembali, pada usia aku 24 tahun ini, apa yang dapat aku berikan kepadanya? Ibu tentunya tidak pernah meminta apa-apa, cukup sekadar mahu melihat anaknya berjaya dunia dan akhirat maka sejuklah perut yang mengandungkan aku selama ini. Seingatnya dia kepada aku, adakah aku ingat untuk memberikannya sesuatu untuk dirinya yang semakin ditelan usia. Sejauh mana hajat untuk ke Mekah dengan ibu akan terlaksana. Ibu semakin hari, semakin tua sedangkan aku sibuk mengejar dan seringkali mengabaikan apa yang sebenarnya lebih perlu untuk aku lakukan.

Ibu, walaupun aku amat pasti yang nukilan ikhlas ini tidak akan ibu baca, aku amat pasti, ingatan tulus ikhlas aku kepada ibu tentunya akan sampai hanya sekadar dari ingatan kepada ingatan dan naluri seorang ibu kepada anaknya. Ku dengar suara ibu petang semalam amat gembira bila aku lafazkan ucapan SELAMAT HARI IBU kepada ibu. Ibu yang jauh di sana, jika ada dihadapanku ketika ini, akan ku kucup dahimu dan pelukmu sepuas-puas hatiku.

Sebagai anak, aku sedar yang aku perlu menghargai dan sentiasa memperuntukkan masa untuk Ibu ketika ibu masih ada di atas muka bumi ini. Ramai mereka yang diluar sana telah kehilangan ibu tercinta yang carilah di mana-mana pun, pasti tidak akan berjumpa dengan penggantinya. Bagi mereka, jika dapat diputarkan masa, dapat menyentuh kulit ibu mereka pun jadilah. Jadi aku sebagai seorang insan yang masih mempunyai ibu dan hidup yang sentiasa diiringi doa dan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya, adakah aku sedar untuk menghargainya pada ketika ini.

Jika bukan hari ini, bila lagi.. Fikirkan, di mana ibu kita hari ini dan apa yang kita lakukan sekarang untuk dia. Walaupun apa sahaja di dunia ini tidak akan dapat membalas jasa ibu kepada kita, tapi at least, berikan kesenangan hati kepada ibu kita agar sejuk perutnya mengandungkan dan melahirkan kita dulu. Tanpa Ibu, hari ini entah apa yang jadi pada kita. Entah dapat lihat dunia entah tidak.

Sama-samalah kita renung-renungkan, dan berusaha ke arah yang lebih baik. Sekali lagi, jika bukan hari ini bila lagi? Sampai ibu tiada lagi di dunia ini? Ketika itu, tiada apa lagi yang dapat merubah apa-apa.

Wassalam.

Bookmark entri ini

Bookmark

Boleh print kalau nak

 Print Artikel Ini.

Ditulis pada 2:57 am 8 May '11 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 405 views
Dalam kategori: Istimewa | Tweet This!

Eat This Google!: ,


RSS feed | Trackback URI

13 Comments »

Comment by maha5001
2011-05-08 03:34:21

tragedi 17/11 7 tahun dulu membuat aku mudah tersentuh tiap kali melihat seorang insan yang bergelar ibu.
sebenarnya, jasa ibu harus dihargai setiap hari bukan pada hari2 tertentu .tapi tanggal 8/8 setiap tahun mengingatkan betapa terkadang kita sang anak ini mudah melupakan hati seorang ibu….

..
 
Comment by jo
2011-05-08 03:43:17

hari2 mesti mau slm,plok,cium ibu.dan lagi bagus setiap kali selesai solat @ setiap kali kita berdoa kepada allah,selitkan doa utk ibu bapa kita..sedekahkan alfatihah utk ibu bapa kita,baik yg hidup @ yg telah pergi..moga2 kita tergolong dlm golongan anak soleh..doa seorang anak mmg sgt penting..jika 9 bulan ibu kita boleh bawak kita kehulu kehilir dalam prot,kenape perlu tunggu setahun skali utk berterima kasih dan menyatakan kasih syg kpd ibu kita..jika 2 tahun berturut ibu menyusukan kita,kenapa perlu tggu setahun sekali?…

..
 
Comment by nabel
2011-05-08 04:25:39

betul tu khai. ishh, hari ni ayat tacing tacing sikit khai ni. buat orang sedih kenangkan ibu. kita kena happy sambut hari ibu ni, bukan setakat hari ni, hari hari lain pun kita kena sentiasa happy untuk ibu ! ;D

..
 
Comment by Atikah
2011-05-08 08:07:40

Selamat Hari Ibu,bahagialah menjadi seorang Ibu.
menghayun buaian,menggoncang dunia 😉

..
 
Comment by mankuchai
2011-05-08 09:24:55

Jangan sia-siakan masa bilamana ibu kita masih ada…berbaktilah selagi ada..

..
 
Comment by mosyar
2011-05-08 15:40:27

hargailah ibubapa anda selagi ia masih ada.
sentiasa doakan mereka.

..
 
Comment by syafeika edora
2011-05-08 21:30:45

selamat hari ibu untuk semua ibu dan sama-samalah kita menghargai ibu kita sementara mereka masih ada.. 🙂 yg dah tak ada, sedekahkan doa dan ayat-ayat suci untuk mereka..

..
 
Comment by Eriyza
2011-05-09 00:26:46

Selamat hari ibu buat ibu² kalian yg maseh kalian naungi kasih sayangnya. Al Fatihah buat ibuku yg telah lama pergi, namun cintaku padamu tetap utuh di dalam sanubari.

..
 
Comment by Darilens.Com
2011-05-09 15:53:47

Selamat Hari ibu2 yang ada diseluruh Dunia =(

..
 
Comment by Aisyah Edruce
2011-05-10 19:35:50

Syurga di bawah tapak kaki ibu..sayangi dan jagalah ibu kita selagi ada hayatnya.. Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu di seluruh dunia..

..
 
Comment by yas
2011-05-12 20:34:44

selamat hari ibu buat semua insan yg bergelar ibu ….

..
 
Comment by kal
2011-05-13 22:42:09

Ini tahun pertama aku tak dapat mengucapkan selamat hari ibu kepada ibu aku sebab aku dah kehilangannya buat selamanya. kepada yang masih lagi ber ibu, berbaktilah.

..
 
Comment by lb1897
2011-05-16 13:34:27

hari bapa akan datang tak lama lagi. Ada apa pelan?

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post

Apa Entri sebelum dan selepas entri ini?