Alhamdulillah. Masih lagi bernafas dan diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk terus menulis blog ini disamping untuk terus bermuhasabah diri dan beribadah kepadaNya. Artikel ini tidak panjang, hanya sebuah artikel untuk menghargai seorang wanita yang paling di sayangi, iaitu hamba Allah yang bernama Khatijah binti Abdul Manap.
23 tahun yang lalu, 9 bulan 10 hari dia mengandungkan aku dengan penuh susah-payah. Ke sana ke sini membawa kandungan yang bukanlah ringan sebenarnya. Cuba gantung apa-apa kat perut korang, dan bawalah benda tu selama 9 bulan untuk tahu bagaimana rasanya menjadi seorang ibu yang mengandungkan anak yang akan mewarnai kehidupannya.
Tanggal 3 Ogos 23 tahun yang lalu, aku dilahirkan dengan disinari bulan terang dipagari bintang. Kelahiran cara normal dengan berat badan hanya 3.2kg sahaja. Diazankan ditelinga kanan oleh papaku dan terus diberi nama, iaitu nama aku pada hari ini. Sebiji macam di dalam IC. (more…)
Buat yang masih ragu-ragu, bila hari ibu pada tahun ini, ianya pada hari Ahad ini bersamaan 10 Mei 2009. Bagi Malaysia, sambutan hari ibu setiap tahun akan disambut pada hari Ahad ke’dua pada bulan Mei.
Tadi Khai call mak abah di kampung. Saja bertanyakan khabar mereka. Mula-mula akak Khai yang dalam pantang tu angkat. Bebel-bebel jap dengan dia, dia passing kat Abah. Bebel-bebel lagi dengan Abah, diorang passing plak kat emak. Dalam hati, alamak habis kredit aku. Dah la Maxis call Celcom. Haha. Ape la ko ni Khai. Call keluarga pun ko boleh terdetik dalam hati macam tu. Kalau call awek dulu, berjam-jam pun tak heran. Kadang-kadang sehari habis 50 hengget pun senyum je. Awek punya pasal. Last-last kau clash jugak dengan awek kau tu. Dengan keluarga? air dicincang, takkan pernah putus la Khai!. Moga menjadi pengajaran juga pada korang yang lain.
Habis je bebel macam-macam dengan mak kat kampung, lepas je dia cakap suruh Khai jaga diri baik-baik, terus Khai potong percakapan dia. Khai cakap, Mak! Selamat Hari Ibu.
Tiba-tiba nada suara mak Khai berubah. Macam nada terharu + sedih gitu. Dia cakap terima kasih, tapi kenapa awal sangat wish. Then Khai jawab saja nak jadi anak mak yang pertama wish dulu. Hehehe. Lihatlah kawan-kawan ku semua, bertapa terharunya seorang ibu bila anak-anak mereka hanya mengucapkan selamat hari ibu. Tuhan saja yang tahu betapa mereka rasa disayangi dan dihargai. (more…)
Poll sebelum ini "Siapa yg lebih wajar mendapat datuk berbanding SRK" dimenangi oleh Aznil Nawawi dengan 43% dari 340 undi. Lihat Poll Archives untuk maklumat lanjut.
Langganan
Gunakan button di bawah untuk bookmark blog ini di ke dalam browser anda. Juga ke web-web feed popular lain.
Well, blog pertama dalam hidup Khai masih wujud lagi. Kalau rasa nak baca, dipersilakan.
Facebook Fan Pages
Oh! Media FanPage since 18 Feb 2010
For those silent readers, come-on, Join our discussion... boleh?
NOTIS: Semua artikel di dalam blog ini adalah hak milik peribadi yang dilindungi oleh Akta Hakcipta Malaysia. Sebarang pengambilan artikel untuk dipamerkan di dalam blog lain adalah memerlukan persetujuan pihak kami terlebih dahulu. Sebarang aktiviti copy paste tanpa kebenaran, akan dikenakan tindakkan undang-undang. - Oh! Media Network.