Pengalaman seminggu dengan Coway Spa Water Softener

730 views | Hantar ke Twitter! | Cetak Artikel Ini

Artikel hari ni Khai nak cerita pasal Pelembut Air Spa Coway atau dalam english’nya dipanggil Coway Spa Water Softener. Dalam bulan lepas, Khai dihubungi pihak Coway untuk membuat pemasangan produk mereka di rumah Khai. Khai pun tanpa segan silu teruslah menerima pelawaan tersebut dan seperti masa dan tarikh yang dijanjikan, mereka pun datang membuat pemasangan. Khai masa tu ada di Bangsar terus rushing drive ke Ampang. Coway punya pasal. Hehe.

Coway kalau korang tak kenal, memang pelik juga tu. Sekarang ni semua orang sebut pasal Coway especially bila menyentuh bab penapis air. Air kita sekarang ni nampak je bersih padahal kotor sangat. Kalau kawasan Ampang ni, air karat takyah cerita la. Bila buka paip air, mesti nak tunggu beberapa minit untuk air karat tu hilang dulu. Sebab tu la kita memang memerlukan sangat penapis air ni untuk kesihatan. Kalau nak tahu, Coway adalah jenama nombor 1 di Korea dan baru setahun dua ini di import ke Malaysia dan semakin dikenali ramai. Korang baca entri ni sampai habis ya sebab nanti Khai akan beritahu cara untuk korang dapatkan produk Coway ni untuk trial 14 hari.

Berbalik kepada Coway Spa Water Softener ni, pemasangan yang dibuat haritu oleh seorang technician berbangsa cina. Memang sangat baik dan peramah orangnya. Apa yang Khai tanya pasal Water Softener tu semua dia kasitahu panjang lebar. Memang Khai tak baca manual la kan? Hehe.

Design

Design dia memang sangat cantik dan memang nampak the latest design’lah kan. Sayang design cantik-cantik tapi tempat dia dalam bilik air. Hehe. So ini gambar yang sempat Khai ambil.

Melalui gambar di atas ni, kita ada option untuk gunakan air paip biasa iaitu Tap Water (tanpa tapisan) atau guna soft water (yang telah ditapis oleh Coway Spa Water Softener. Mesin ni juga ada tapak untuk stand. So tak perlu nak gantung kat mana-mana. Letak je kat mana-mana. Atas lantai pun boleh. Tapi kalau gantung pun smart juga. Kalau siapa toilet ada rak-rak tersusun rapi tu, memang style kalau dapat letak atas rak. Khai dah plan nak pasang rak dalam beberapa hari ni.


Untunglah kalau ada toilet cantik macam ni. haha

So pemasangan memasang masa 10 minit sahaja Untuk Coway Spa Water Softener ni. Oh ya, ianya untuk mandian sahaja dan bukan untuk diminum ya? Tapi kalau terminum masa mandi tu, apasalahnya kan? Air bersih kot? Hehe. Selama ni kita hanya ambil berat tentang kebersihan air yang kita minum. Langsung tak ambil berat tentang air yang menyerap masuk ke tubuh badan kita setiap kali kita mandi. Asal air paip je dah boleh mandi padahal air paip tu nampak sahaja bersih padahal? Kalau bersih dah boleh minum terus ok. Betul tak?

Kita perlukan air yang bersih dan bertapis bukan hanya untuk diminum sahaja. Air yang berklorin tinggi akan membuatkan kita menghadapi simptom keguguran rambut dan akan membunuh vitamin dilapisan kulit kita. (err, Khai pun baru sedar tentang ini. Haha).

Selain itu, ianya akan melicinkan kulit dengan air mandian yang bukan sekadar air yang bersih, malah siap bergaram dan ber’ion lagi tu. Garam yang digunakan bukan garam biasa, tapi garam gunung untuk kesihatan (korang pun tahu kot pasal garam gunung ni?). Dalam kotak, akan disertakan dengan 4 pek Garam Gunung dan setiap satunya akan digunakan selepas meter menunjukkan tahap maksimum.


* bila tanda merah dah paras maksimum, baru masukkan lagi satu garam


* garam dimasukkan di bahagian penutup kanan

Bila garam dah dimasukkan, pusing butang kat mesin ni untuk dia “Regenerate” semula. Bila dah selesai, dia automatik akan bergerak sendiri ke bahagian “Complete”. Jangan lupa tekan butang reset ya.

Bagaimana Coway Spa Water Softener ni berfungsi? Bila korang buka paip, air yang mengalir ke dalam water heater korang, akan terus dihantar ke dalam Coway Spa Water Softener ni. Selepas diproses dan dicampurkan dengan garam gunung di dalamnya dan juga dengan sentuhan penapisan air dan teknologi dari Coway, baru air terusebut akan sampai ke kulit korang.

Khai dah guna Water Softener ni dalam 1 minggu jadi apa yang Khai dapat rasakan, ada perubahan ketara di bahagian kulit yang menjadi lebih licin dan kulit kepala pun dah tak kerap berkelemumur dan berminyak lagi, lebih-lebih lagi bila pakai gel rambut. Oh ya, rasa air yang dah ditapis ni pun sangat lain dari air paip yang selalu kita gunakan. Bukanlah nak suruh korang minum air ni tapi bila mandi tu, tentulah air masuk mulut sikit kan? Hehe. Tak tahu nak cakap rasa apa, tapi rasa dia lebih menyegarkan dan “sedap”. Woot! Ini memang korang akan dapat rasakan sendiri nanti bila dah mencuba produk mereka ni.

So kalau nak mencuba produk ni, korang boleh call nombor berikut dan dapatkan percubaan Coway Spa Water Softener ni untuk 14 hari tanpa sebarang pembayaran. Mereka ada sediakan 1000 set untuk diberi cuba kepada sesiapa sahaja especially pembaca blog Justkhai ni lah. Then kalau rasa berminat, korang boleh la beli dan kalau rasa tak berminat, Coway akan datang rumah korang ambil semula mesin tu. Hubungi mereka di 1800-888-111 atau kunjungi website mereka di www.coway.com.my

Untuk Coway Spa Water Softener ni, korang boleh terus pergi melalui link ini.

Kalau berminat, harga dia RM1900 dengan percuma 1 tahun maintenance. Ini bermakna setiap 2 bulan, mereka akan datang ke rumah korang untuk isikan garam gunung tu dan buat maintenance yang perlu. Kalau nak beli hutang pun boleh, hanya RM70 setiap bulan dan dapat maintenance untuk 5 tahun siot! Fuh.

So, nasihat kepada yang dah berkeluarga dan beranak-pinak tu, dapatkanlah water softener ni. Ianya bukan untuk diri kita sahaja, tapi untuk anak-anak kita yang masih kecil tu. Kesian mereka kecil-kecil lagi dah terdedah kepada bahaya yang kita sendiir tak perasan sebenarnya. Kita ni dah tua bangka, kulit dah tebal kira boleh tahan lagi. Jadi, fikirkan yang budak-budak tu ye?

Jadi, selamat mencuba ya. Ingat, air yang bersih dan bertapis bukan untuk diminum sahaja malah untuk kulit kita juga penting. Jadi, jangan sesekali pandang remah perkara ini.

Pssttt: Kulit Khai dah selembut bayi dah ni. haha.

Bookmark entri ini

Bookmark

Boleh print kalau nak

 Print Artikel Ini.

Ditulis pada 11:20 am 8 July '11 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 730 views
Dalam kategori: Advertorial | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

32 Comments »

Comment by wan
2011-07-08 11:52:54

terbaik ni…mesti cube…..tp….pky air perigi jer…..hahaha ๐Ÿ™‚

[Reply]

..
 
Comment by Mus
2011-07-08 11:57:16

cantik juga designnya..

[Reply]

..
 
Comment by nabel
2011-07-08 12:23:05

arrr! kopak jugak duit ni nak beli ni. suruh ayah belikan pun cantik jugak ni kan khai. haha ~~ best best ๐Ÿ˜†

[Reply]

..
 
Comment by Twit N View
2011-07-08 12:43:59

design yg smart, tak memakan ruang..
kalau ada rezeki duit lebih boleh ler cuba nanti…

[Reply]

Khai Reply:

Yeah.. must try.. good for you ๐Ÿ˜€

[Reply]

..
Comment by Khai
2011-07-08 13:04:10

Yeah.. must try.. good for you ๐Ÿ˜€

[Reply]

..
 
 
Comment by fina fento
2011-07-08 15:19:20

typo = remah ;p

bestnya diorang 14 hari trial percuma. langkawi diorang datang tak? ๐Ÿ™‚

[Reply]

..
 
Comment by ash kutcher
2011-07-08 16:31:16

gebuss la kulit ko khai lepas nih..kang mule la ade nyah2 yang sangkot kat ko..muahahahah..:P

[Reply]

..
 
Comment by sukacuka
2011-07-08 16:32:53

tak de hadiah sampingan ke?

[Reply]

..
 
Comment by Mr Rileks
2011-07-08 16:42:45

kalau rm70 sebulan tu kire boleh sangat dah tu… ๐Ÿ˜€

[Reply]

..
 
Comment by ejardkethot
2011-07-08 17:06:40

perghh…asal khai buat entri citer pasal produk mcm2 ja…rasa mcm nk beli truih da….wahahaha…good promoter la khai ..
8)

[Reply]

..
 
Comment by Aqif Azizan
2011-07-09 07:54:14

Desain produk Coway ini macam Apple pun ada. Minimalis dan simpel. Harga pun boleh tahan murah berbanding jenama yang tidak kukuh di luar sana.

Coway taja Just Khai ke? ๐Ÿ˜€

[Reply]

Khai Reply:

Ada la sikit-sikit. Hehe..

[Reply]

..
Comment by Khai
2011-07-11 03:24:35

Ada la sikit-sikit. Hehe..

[Reply]

..
 
 
Comment by Safwan Seth
2011-07-09 08:59:32

coway taja justkhai, blogger popular…tahniah ๐Ÿ™‚

[Reply]

..
 
Comment by ciskek
2011-07-09 12:41:30

nak tanya..
alat ni kena pakai letrik x….?

[Reply]

Khai Reply:

Tidak perlu pakai elektrik.

[Reply]

..
Comment by Khai
2011-07-11 03:24:50

Tidak perlu pakai elektrik.

[Reply]

..
 
 
Comment by Fauzan Gadget
2011-07-09 16:36:03

wahh!! bgus la khai pentingkan kesihatan memang teringin la nk jd mcm khai !!!!

[Reply]

..
 
Comment by sayacomel
2011-07-10 00:12:49

fuhh..macam best aje spa water softerner nih.. :8

[Reply]

..
 
Comment by hanif
2011-07-10 03:29:55

menarik…ok gak boleh byar ansur2, x membebankan..

[Reply]

..
 
Comment by tarmizishukri
2011-07-11 03:18:38

tak lama lagi jadi duta LUX lah si khai ni… ๐Ÿ™‚

[Reply]

..
 
Comment by insan
2011-07-11 09:53:46

rse amway ok ag…xtrai ke korng?lagi berkesan klu bab2 tapis air ni… ๐Ÿ™‚

[Reply]

..
 
Comment by TAUHUSUMBAT
2011-07-11 23:49:02

best ke khai.. spe nak tgk proton inspira kene tembak http://tauhusumbat.com/index.php/2011/07/proton-inspira-kene-tembak-video/

[Reply]

..
 
Comment by ItuNiza
2011-07-12 17:52:02

Khai.. Nak menyimpang kejap dari tajuk…
Nak tanya berkenaan iklan di fanpage, sy dah email dan msg korang 012******* sampai skrg korang x balas..

[Reply]

Khai Reply:

Salam. ItuNiza, maaf ya di atas sedikit kelewatan dalam menguruskan segala hal mengenai pengiklanan. InsyaAllah krew lain atau saya sendiri akan reply email anda dalam kadar segera.

[Reply]

..
Comment by Khai
2011-07-12 20:44:19

Salam. ItuNiza, maaf ya di atas sedikit kelewatan dalam menguruskan segala hal mengenai pengiklanan. InsyaAllah krew lain atau saya sendiri akan reply email anda dalam kadar segera.

[Reply]

..
 
 
Comment by ItuNiza
2011-07-12 21:18:39

Terima kasih khai.. Pelik je email x balas, sms pun x juga..

[Reply]

..
 
Comment by BudakBaruBelajar(tripleB)
2011-07-13 00:40:13

khai…nk tmpng tny nie…mak den nk hadiah kt den iphone 3g…tp tkot la sbb rmi kata byk china set…camna nk beza ar?? org kta susah nk beza…2 yg den risau nie… ๐Ÿ˜Ž

[Reply]

..
 
Comment by Thredrambutan
2011-07-14 09:17:42

Pagi pai nak pergi kerja RRselalunya mandi air panas, wat softener ni air dia panas tak?

Untuk pengetahuan, air di negara lain memang tidak sebersih air di Malaysia, pengalaman RR study dan kerja di USA Hampir 12 tahun menyaksikan water filter memang cukup laris. Di Korea pun air paipnya tidak bersih macam di Malaysia, siap ada notis “Jangan minum”.

Apapun, RR memang teringin nak beli alat ni, bagus untuk sekeluarga.

[Reply]

..
 
Comment by mamat
2011-07-16 17:07:38

pekerja coway memang pantas pasang2 barang ๐Ÿ˜€

[Reply]

..
 
Comment by jon
2011-08-22 15:11:46

Memang penting penapis air utk mandi. Tapi sekarang aku guna Bio-Aura shower filter. Same function.

[Reply]

..
 
Comment by 4g
2011-08-24 09:38:55

baguss la Khai ni.. msti dh banyak produk sponsor kat dlm rumah ek.. ble pinjam 1/2 barang..??
chantik banyak info..

[Reply]

..
 
2013-01-29 14:23:01

Memang bagus produk dari coway ni..skang ramai orang guna..kebanyakan customer yang amik dari saya berpuas hati dengan servis company coway…saya nak berkongsi kebaikan ini dengan suma orang..datang la jumpa saya untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan…http://ibringwellness.blogspot.com/ ๐Ÿ™‚

[Reply]

..
 
Comment by Akmal Aizat
2013-06-27 01:40:40

Salam warga JustKhai. Saya baru saja menggunakan Water Spa Softener Coway. Alhamdulillah setakat ni ada rasa perbezaan dari segi kelembutan air dan rasa lebih segar berbanding air paip biasa.

Yang ada penapis di dalamnya dan alat ini menghapus atau mengurangkan klorin yang boleh menyebabkan kulit kasar dan kusam.

Terima kasih admin atas artikel yang bermanfaat ini.

[Reply]

Khai Reply:

Sama-sama. Ya mmg tak menyesal gunakan dia.

[Reply]

..
Comment by Khai
2013-07-16 04:31:38

Sama-sama. Ya mmg tak menyesal gunakan dia.

[Reply]

..
 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post

Apa Entri sebelum dan selepas entri ini?