Sekitar event Coway di Sunway Lagoon

Nampaknya dah 4 hari blog ini sunyi tanpa update. Gagal akhirnya misi peribadi untuk 1 hari 1 update di blog ini. Apa nak buat. Kalau nak tahu, dalam masa 4 hari ni, memang agak sibuk dengan urusan peribadi dan urusan untuk setup sepenuhnya office Oh! Media. Ke Lowyat beli beberapa biji komputer, kemudian ke Ikea untuk beli perabot-perabot yang dirasakan sesuai dan dalam masa yang sama sempat lagi curi masa untuk datang ke event-event yang wajib untuk Khai cover.

Hari Sabtu baru-baru ini iaitu hari yang sama dengan hari berlangsungnya Perhimpunan Bersih, Khai dijemput untuk sebuah event di Sunway Lagoon. Event ini dianjurkan oleh pihak Coway bagi melancarkan secara rasmi Coway Spa Water Softener dan juga melangsungkan Family Day mereka. Mengapa Khai dijemput? kan baru-baru ni Khai ada gunakan Water Softener mereka so automatik jadi ahli keluarga mereka. Hehe. Syok betul badan mandi air bersih ni. Selama ni air berkarat dan penuh klorin main bantai je mandi asalkan mandi. Sekarang baru nak tersedar. Ok la sebelum terlambat kan?

Khai dan beberapa krew Oh! Media lain, pagi-pagi lagi dah bergerak menuju ke Sunway Lagoon sebab kami tahu kalau lambat-lambat mesti jalan jem nanti. Maklumlah hari tersebut adalah hari yang akan masuk ke dalam buku sejarah anak cucu kita nanti. Sampai ke Plaza Tol LITRAK, baik punya roadblock panjang berjela-jela. Dari bersepah-sepah lane (bayangkan kat tol) tu, keluar je tol terus jadi 1 lane. Gila frust menonggeng. Dah la drive kereta gear manual. Yeah, ambik! (nyesal aku ambik lesen. hehe). So terperangkaplah dalam satu jam dalam jem tu.

Event start pukul 11 dan we all sampai sedikit lewat dari yang sepatutnya oleh sebab roadblock tersebut. Terima kasihlah Abang Polis dan Ambiga ya? Walaupun lewat sampai, tapi sempat habiskan masa untuk meninjau-ninjau event yang dianjurkan pihak Coway ini. Style tu diorang buat event dan Family Day di Sunway Lagoon. Kena dengan produk mereka iaitu melibatkan air.

Berikut beberapa gambar yang sempat Khai ambil semasa berada di sana.

Oleh sebab cacing dalam perut dah menjerit-jerit minta makanan, jadi kami singgahlah makan di Popeye Sunway Pyramid kejap. Dalam gambar atas tu, yang belah kiri tu adalah tiket masuk ke Sunway Lagoon yang ditaja sepenuhnya oleh Coway. Siap dapat free 3 tiket masuk pada 10 Ogos 2011. Terima kasih Coway!

Lepas je makan, kami pun terus menuju masuk ke dalam Sunway Lagoon dan seperti biasa, kebanyakan event yang dibuat di Sunway Lagoon, akan dibuat di Surf Beach, iaitu pantai dengan ombak buatan. So kami pun berjalan la mencari lokasi event tersebut.

Inilah dia pintu masuk untuk ke Sunway Lagoon. Kalau tak silap Khai, ini kali ke-4 la Khai ke Sunway Lagoon ni semenjak hidup. Pergi selalu pun benda yang sama je ada kat dalam. So 4 ke 5 tahun, cuba korang datang balik. Sure banyak benda baru yang mereka bangunkan.

So, mana nak pergi?

Ok, ikut signboard dan terus menuju ke Surf Beach.

Bila lalu kat sebelah kandang Harimau tu, sempat la jenguk apa yang dia tengah buat. Ada dua ekor harimau kat dalam tu. Sekali tengah tidur kekenyangan daa. Makan orang ke, makan ayam ke tak pasti. Hehe. Tak tahu la berapa usia harimau ni. Tapi masa Khai datang darjah 6 dulu, Harimau ni memang dah ada kat tempat dia. Itupun kalau tak ditukar dengan harimau lain lah.

Akhirnya sampai ke Water Park.

Jalan depan sikit nampaklah gerbang ke Surf Bearch.

Sampai di Surf Beach, dari jauh dah nampak belon-belon Coway ni. Warna merah jambu dan biru muda. Walaupun sedikit lewat, tapi tak sangka pula memang ramai gila orang yang datang mengambil sedikit masa untuk melihat dan menggunakan sendiri produk-produk dari Coway ini. Ada beberapa produk yang Khai sendiri pun baru jumpa. Penutup mangkuk tandas pun ada. Kejap lagi korang nengoklah gambar-gambar dia.

Coway siap sediakan tempat mandi kat situ. So siapa yang dah mandi dalam pantai buatan tu, bolehlah bilas semula badan dengan air dari Coway Spa Water Softener ni. Beratur orang nak mandi kat situ.

Berikut adalah gambar semasa event berlangsung dan sedikit gambar pelbagai produk kesihatan dari Coway.

Memang macam-macam produk yang ada. Pada hari yang sama juga, Khai dah pun deal dengan seorang wakil Coway ni untuk pasang penapis air di Office Oh! Media nanti. Khamis ini dia akan datang office untuk melihat kawasan pemasangan dan kalau ok, lepas ni minum air bertapis dari Coway la kita. Hehe. Rupa penapis air tu seperti dalam gambar kat bawah ni.

Bukan yang belah kiri tu ya, tapi yang belah kanan tu. Touch je air dah keluar. Gila awesome! Yang belah kiri tu pun ok juga, cuma jenis lama sebelum keluar yang baru tu dan design’nya pun agak oldskool. Sesuai untuk mereka yang berjiwa oldskool dan tekanan air tak kuat di rumah.

Bila dah pasang nanti, senang sikit kerana air akan disambung terus dari pengaliran air paip sinki dan terus mengalir masuk ke dalam mesin ini. Dari mesin ini, ada 3 mode untuk air iaitu Hot, Room dan Cold. Yang panas betul-betul panas macam air baru menggelegak dan yang sejuk tu, betul-betul macam air keluar dari peti ais. Memang memudahkan dan sesuai untuk letak di office.

Itu sahaja gambar yang dapat Khai rakamkan sebab banyak masa habis berbual-bual dengan wakil Coway yang amat ramah (siap kasi hadiah lagi kat kami). Lepas je habis berbual-bual, apa lagi simpan barang dalam locker (RM5 satu token dowh!) dan apa lagi, Surf Bearch, Roller Coaster, Tomahawk dan apa yang ada dalam Sunway Lagoon tu, kitorang belasah. Yay!

Btw, masa nak balik singgah semua kat kandang harimau tu. Sekali dah bangun daa. Kemain syok lagi mandi manda. Haha.

Nengok tu, sempat lagi berikan renungan istimewa buat pembaca blog Justkhai ni. Hahaha. Lantak lah.

Ok, ini sahaja update untuk hari ini. InsyaAllah ada kesempatan esok Khai update lagi. Saya kan jenis yang suka buat-buat sibuk. Menyempers! Hehehe.

Ditulis pada 11:56 PM 13 July '11 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 1,753 views | Dalam kategori: Advertorial | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

22 Comments »

Comment by samanosuke_04
2011-07-14 00:02:02

fuhh… dah nak bukak office, hehe cool giler.. bleh tak nak apply keje kat ofis tue?

..
 
Comment by Piratz
2011-07-14 00:10:31

10 Ogos 2011? nampak gayanya terpaksa pegi malam ye tak…. bulan puasa lak tue…

..
 
Comment by TAUHUSUMBAT
2011-07-14 00:20:33

aku ader barang coway gak.. jom komen TAUHUSUMBAT @ http://tauhusumbat.com/index.php/2011/07/jom-komen-blog-tauhusumbat/

..
 
Comment by LawrenceVision
2011-07-14 02:19:30

smart gak produk tu khai

..
 
Comment by Safwan Seth
2011-07-14 08:41:15

sunway,,,dekat dengan tempat intern saya dulu. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Omar
2011-07-14 08:41:15

Mandi kat sunway lagoon tu confirm2 bukan air bersih.. air *****g ada sekali dalam kolam tu..takpe, khai leh mandi balik kat rumah guna air coway tu..

haha~ ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Saveq
2011-07-14 12:27:12

Wow..hebatnya pi sunway lagoon..hehe..btw,produk coway tu belum ada kat tawau la..hihi..so susah nak terjah…

Nice tiger :o:

..
 
Comment by muhdnur
2011-07-14 12:37:24

Adeehh…terlihat kelibat manusia yg agak menjolok mata.. Astagfirullah..lupa smua formula.. :o:

..
 
Comment by ash kutcher
2011-07-14 15:08:10

10 ogos? ahahaha hari kejadian aku tuh..n bulan puasa kot tyme tuh..ciss mcm x ikhlas je coway tu bg ko tiket khai..:)):))

..
 
Comment by sukacuka
2011-07-14 19:25:49

untung nya khai. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by sutera
2011-07-15 02:16:28

bestnya dijemput..free plak tu hehe
saya belum sampai pun ke sunway lagoon tu ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by titan
2011-07-15 02:40:28

haha..dah ada opis dah kau ye..haha.. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by hytiq
2011-07-15 04:40:47

eh,coway ni utk tpisan airkn??ape kne mgena produk ni dgn mgkuk jmban??utk ape?siap ade control ape sgle.khairanan sktike.. 8)

..
 
Comment by ItuNiza
2011-07-15 19:05:56

Khai dah like page saya.. Thx
So amacam, layak x page tu buat iklan di Fanpage Oh!Media.. Kalau khai setuju, saya percepatkan buat banner page tu baru nampak profesional sikit.. Dah pastu saya nak buat website berkaitan page saya tu melalui Oh!Media.. Kiranya saya bermula dari page baru ke website.

Minta maaf lah cerita kat sini, bukan apa dah lama saya tunggu respon Crew Khai tp 1pun xda respon, yang kat sini je ada respon and tu pun mesti Khai juga.. ๐Ÿ˜‰

And sebelum terlambat, saya nak buat contest menang RM50 *Terhad kepada 50 orang* caranya setiap peserta akan diberi 1 gambar *Himpunan Cerita Lawak Sempena Ramadan* dan kepada peserta yang memiliki LIKE terbanyak pada gambar beliau menang RM50.. Tiada unsur RIBA dan kalau berdasarkan agama x haram *kot duit tu.

Kiranya iklan tu ada tulis tentang contest RM50.

Minta maaf kali kedua jikalau salah caranya saya gunakan untuk hubungi khai..
Terima kasih.

..
 
Comment by ItuNiza
2011-07-15 19:10:01

Apa2 pun minggu ke 4 bulan ini saya akan ke sunya laggoon.. Lalala, nak main air sebelum bulan puasa ^___^ ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by cityiklan
2011-07-16 15:20:13

puasa x lama lagi..x dpt lah nak main air lebih-lebih lagi..
๐Ÿ™‚

..
 
Comment by tauhusumbat
2011-07-16 16:55:27

test avatar
:p

..
 
Comment by mamat
2011-07-16 17:04:32

huhu…menarik2 ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by teynteyn
2011-07-16 20:17:47

haii teyn 1st time baca blog khai ni, nice blog^^

..
 
Comment by aimannajmy
2011-07-22 21:45:03

huhu seumo hidup tak pernah lagi jejak sunway lagoon.. dari kecik dok berhajat nak pi tak sampai2

..
 
Comment by erra
2011-12-02 15:03:26

weh esk aq nk ge arr… ๐Ÿ‘ฟ ๐Ÿ˜€ adew beran k ๐Ÿ˜€ he he…

..
 
Comment by erra
2011-12-02 15:05:13

oh menyrm kn permain ny.. hehe ๐Ÿ˜ณ

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post