Dah Kahwin, Yay!

3,543 views | Hantar ke Twitter! | Cetak Artikel Ini

Perjalanan blog ini nampaknya terlalu banyak catatan kehidupan seorang Khai. Bermula dari Khai masuk belajar di universiti dahulu tension dengan assignment, mula belajar bercinta, mula mengenal erti sebuah kerjaya, jatuh bangun, putus cinta, putus harapan, jumpa pengganti dan pada artikel ini, semua itu sampai ke penghujungnya. Kisah-kisah yang tidak akan bermula semula melainkan segalanya akan bermula dengan kisah baru seorang lelaki yang mencuba untuk menjadi seorang suami yang terbaik di dunia.

justkhai-khai-eifa-nikah

Alhamdulillah, hari ini dah dua minggu lebih Khai hidup bergelar seorang suami kepada si cantik manis pilihan hati, isteriku yang tersayang. Perkenalan kurang 2 tahun telah diikat dengan status tunangan orang dan 8 bulan kemudiannya, disatukan menjadi pasangan yang diredhai Allah. Well, mestilah sekali lafaz aje kan? Hahaha. Kata orang, kejayaan seoarang suami bermula dengan sekali lafaz di majlis pernikahannya. Eh? Ah lantaklah yang penting aku sekali lafaz je. Hahaha! YAY!

justkhai-khai-eifa-nikah-2

602221_10200445176034878_896146637_n

Isk, saya sangatlah tak suka naik pelamin. Kalau boleh takyah pelamin pun takpe tau.. Fuuu..

justkhai-khai-eifa-nikah-3

Bini ambe sebelum akad nikah..

Ini antara gambar hantaran (hadiah) dari kedua-dua belah pihak. Pihak lelaki dengan tema hitam putih dan perempuan dengan tema biru keemasan. Si dia tak kasi upload gambar hantaran ni, tapi Khai nak upload juga sebagai tanda kenangan kepada diri Khai sendiri. Itulah motifnya kewujudan blog ini pun pada asalnya. Hehe.

justkhai-hantaran-kahwin-6328

Di Kelantan hanya ada mas kahwin dan tiada duit hantaran. Terpulang pihak lelaki nak berikan berapa kepada isteri mereka. Khai pilih angka tarikh lahir si dia, 12 Ogos ’88.

justkhai-hantaran-kahwin-3038

justkhai-hantaran-kahwin-3044

justkhai-hantaran-kahwin-3040

justkhai-hantaran-kahwin-3055

justkhai-hantaran-kahwin-3053

justkhai-hantaran-kahwin-3056

justkhai-hantaran-kahwin-3058

justkhai-hantaran-kahwin-3057

justkhai-hantaran-kahwin-3059

justkhai-hantaran-kahwin-3219

justkhai-hantaran-kahwin-3060

justkhai-hantaran-kahwin-6704

justkhai-hantaran-kahwin-6706

justkhai-hantaran-kahwin-6705

justkhai-hantaran-kahwin-6899

justkhai-hantaran-kahwin-6898

justkhai-hantaran-kahwin-6900

justkhai-hantaran-kahwin-6901

justkhai-hantaran-kahwin-6901-2

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada mak abah yang teramatlah disayangi. Saya dah ada isteri tapi tanggungjawab saya kepada mak dan abah tetap nombor satu hingga ke akhir hayat saya. Tenkiu mak abah sebab besarkan saya sampailah dah mampu jadi suami orang. Terima kasih juga kepada seorang abang dan empat orang kakakku sekeluarga yang bersusah-payah untuk bersama-sama dalam majlis di Kelantan tempohari. Kepada ibu dan bapa saudara, sepupu, anak-anak buah, juga keluarga pihak perempuan yang bertungkus-lumus memastikan majlis berjalan-lancar. Tak dilupa buat kawan-kawan yang hadir ke Kelantan untuk bersama-sama memeriahkan majlis ijab-kabul yang berlangsung dengan amat sederhana.

Oh ya, kepada pemberi hadiah terima kasih lah banyak-banyak. Serius banyak gila hadiah sampai tak sanggup nak bukak. Hahaha. Untung pengantin dapat berjimat-cermat. Hehe. Moga murah rezeki kalian. Mana yang nak kasi hadiah kat majlis lelaki nanti, tak payahlah susah-susah, cukuplah iMac 27inch sudah lah. Kahkah!!

428321_534316709936436_1625591688_n

Alhamdulillah memang semuanya berjalan dengan lancar dan meriah sekali. Saya mohon maaf kalau ada kawan-kawan yang ambil hati kerana saya tak undang dan sebagainya kerana faktor lokasi dan undangan yang limited (majlis kesyukuran). Mungkin juga ada sebabnya kenapa saya tidak mengundang anda di majlis ini dan pasti akan mengundang anda di majlis pihak lelaki di Negeri Sembilan pula nanti.

Doakan saya (Khai Hassan) menjadi seorang suami dan manusia yang baik, positif dan sentiasa berfikiran waras, relevan dan pasrah dalam menempuhi sisa kehidupan yang mendatang. Ok lah dah tak boleh nak tulis panjang lebar macam selalu sebab isteri dah banyak kali panggil. Biasa lah tu kan pengantin baru. Mungkin blog ini pun nak kena convert jadi blog berkisarkan tentang kekeluargaan plak nanti. Hehe.. Ok guys, trimas dan Assalamualaikum..

justkhai-khai-eifa-nikah-4

P/s – Gambar kahwin ada dalam entri ni tapi hidden untuk tatapan keluarga dan sahabat-handai sahaja.

Bookmark entri ini

Bookmark

Boleh print kalau nak

 Print Artikel Ini.

Ditulis pada 7:35 pm 13 February '13 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 3,543 views
Dalam kategori: Hidup Khai, Istimewa | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

119 Comments »

Comment by Bro Nagos
2013-02-13 21:35:12

tAHNIAH kHAI….

..
Comment by Khai
2013-02-15 16:35:04

Terima kasih Bro Nagos!

..
 
 
Comment by sheila
2013-02-13 23:01:31

Tahniah khai and rosmerah ..tp betul2 nak request nak tengok gambar pengantin…..

..
Comment by Khai
2013-02-15 16:35:29

Terima kasih Sheila. Cuba minta kat Rosmerah.. Heheee

..
 
 
Comment by Myvitrd
2013-02-14 00:10:56

Tahniah bro.. selamat melayari bahtera rumahtangga yang penuh dengan masam manisnya.. kalau pandai jadi pengemudi insyaallah akan bahagia sampai kesyurga.. kunci kebahgian.. selalulah bertolak ansur pada pasangan anda.. πŸ™‚ selamat pengantin baru…

..
Comment by Khai
2013-02-15 16:35:53

Thanks untuk nasihat tu.. InsyaAllah akan cuba jadi suami yang terbaik. Doakanlah saya ya..

..
 
 
Comment by syima5424
2013-02-14 00:53:24

tahniah khai & rosmerah πŸ™‚

..
Comment by Khai
2013-02-15 16:36:01

Thanks Syima <3

..
 
 
Comment by arnamee
2013-02-14 01:04:09

Salam khai. Dari kolej sampai ke universiti perkembangan khai dapat dilihat menerusi blog pink ni. Apapun tahniah, semoga berbahagia ke akhir hayat dengan bunga khai.

Manis πŸ˜€

..
Comment by Khai
2013-02-15 16:36:38

W’salam Arnamee,

Memang macam-macam kenangan pahit dan manis dalam blog ni.. Hehe. Thanks sebab sudi baca blog ni dari dulu sampailah ke hari ini.

..
 
 
Comment by Lazaac
2013-02-14 01:23:00

sampai hati khai tak ajak… πŸ™ papepun nanti kalau kat N9 nak ajak, apa salah nyer kan… πŸ™‚ tahniah khai… semoga berbahagia selamanya.. inshaAllah..

..
Comment by Khai
2013-02-15 16:37:00

Hehe. InsyaAllah dan terima kasih Lazaac.

..
 
 
Comment by azman
2013-02-14 01:47:33

Tahniah Khai,semoga dapat menjadi suami mithali πŸ™‚

..
Comment by Khai
2013-02-15 16:37:16

Terima kasih Azman. Amin mudah-mudahan begitulah :’)

..
 
 
Comment by Hanafi Abdullah
2013-02-14 03:10:59

Dah agak, mesti ada item Apple dalam tepak si Khai. Haha!.

..
Comment by Khai
2013-02-15 16:37:53

Hahaha. Eh haruslah kalau nak hasilkan generasi celik Apple, kena la tanamkan kat ibu dia juga dari awal.. Trololo..

..
 
 
Comment by Rara
2013-02-14 03:12:55

Salam.. Tahniah khai & eifa. Tapi nak tengok gambar plss πŸ™

..
Comment by Khai
2013-02-15 16:38:11

Thanks Rara. Gambar nanti minta kat Cik Eifa ye? Hehe..

..
 
 
Comment by zalawajik
2013-02-14 03:13:21

Tahniah Khai, semoga kekal sehingga ke akhir hayat πŸ™‚

..
Comment by Khai
2013-02-15 16:38:24

Terima kasih Zala Wajik. Amin..

..
 
 
Comment by Jazz
2013-02-14 03:13:29

iPad mini tu ada engraving~! blh nmpk engracing tu.. so sweet.. hahahah.. πŸ˜› papepun tahniah~ πŸ˜‰

..
Comment by Khai
2013-02-15 16:39:00

Hehe memang tempah khas untuk si dia bagi hadi terindah. Terima kasih ya Jazz..

..
 
 
Comment by Akmal
2013-02-14 03:13:57

penjam celik,
sudah dia berkahwin
selak selik,
ribuan tahniah diucapkan

Good Luck Khai,
Sekarang dah ambik tanggungjawab anak orang,
jaga jaga laa cara berbelanja itu ye?,susah senang tak boleh di teka
haruslah berjaga jaga

itulah je dari saya,
semoga berbahagia~~

Akmal

..
Comment by Khai
2013-02-15 16:40:15

Terima kasih Akmal akan peringatan tersebut.. ya memang benar dah kahwin ni perbelanjaan memang tak boleh nak buat macam zaman mudah dah, apa lagi bila dah hidup bertiga ke, berempat ke nanti.. Memang masa depan tak boleh diramal kan.. Apapun terima kasih untuk doa anda πŸ˜€

..
 
 
Comment by mel
2013-02-14 03:20:42

tahniah khai! nk tanye secret recipe tu kek ke ape ye πŸ™‚

..
Comment by Khai
2013-02-15 16:41:06

Thanks Mel.. Kek tu saya tak pasti sebab my sis yang setelkan tu.. Saya x sempat tengok pun dalam dia tengok2 dah habis.. Hahaha.

..
 
 
Comment by me amor
2013-02-14 03:21:32

pak cik….. gambar xde ke? semoga bahagia selalu & cepat2la saing aku….

..
Comment by Khai
2013-02-15 16:41:56

Wahai Norkartini, gambar kat Pesbuk.. Hehe.. Dah berbadan dua ke? Aiseh camne nak kejar ni? Tak aci la jalan dulu.. Hehe

..
 
 
Comment by Acul
2013-02-14 03:24:28

congratz bro. semoga kekal bahagian hingga ke syurga hendaknya. in shaa allah kat n9 nanti aku turun πŸ™‚

..
Comment by Khai
2013-02-15 16:42:29

Terima kasih Acul.. Ya kompem aku kasi kad jemputan wangi nanti untuk majlis pihak lelaki. Wallah!

..
 
 
Comment by Een
2013-02-14 03:25:54

Aku nak tunggu khai jr. Apa apa pun tahniah. Tak sia sia kenal kau. banyak yang aku belajar.

..
Comment by Khai
2013-02-15 16:43:42

Terima kasih Een sudi datang ke Kelantan tempohari.. Aku tahu banyak ko berhabis apapun harap enjoice la ya datang majlis aku sambil bercuti di Kelate. Hehee.

..
 
 
Comment by Ryehanna
2013-02-14 03:31:26

ala xdpt tgk gmbo pengantin bersanding… huhu

ape2 pun selamat menjalani kehidupan berumah tangga. Aku doakan korg sentiasa bahagia dan dimurahkan rezeki sehingga hujung nyawa.

ko jgk atr inspirasi aku utk berjaya dlm bisnes sendiri.. sgt2 kagum ngan perjalanan hidup founder Oh Media Network ni.. tahniah!

..
Comment by Khai
2013-02-15 16:48:49

Ryehanna, terima kasih ya. Doakan kami.. Tak sabar nak dapat baby tomel macam you.. Hehe.. Harap2 cepatlah dapat rezeki..

..
 
 
Comment by Shah
2013-02-14 03:47:01

Salam Khai, jangan sampai aku hack blog kau ni nak main sorok2 gambar. *hehe jokes
Selamat Pengantin Baru πŸ™‚
Macam ni la artis πŸ˜€ senyap2 dah kahwin…
#ThumbsUp !!!

..
Comment by Khai
2013-02-15 16:49:14

Hahaha.. Thanks Shah..

..
 
 
Comment by azif_ezi
2013-02-14 03:53:42

congrats khai n wife.. semoga berkekalan n berbahagia hingga ke syurga… Insya Allah..

..
Comment by Khai
2013-02-15 16:49:32

Terima kasih Azif.. Mudah-mudahan begitulah hendaknya… amin..

..
 
 
Comment by lilacfla
2013-02-14 03:57:19

Barakallah khai dan isteri!

p/s- gambar x nampak..

..
Comment by Khai
2013-02-15 16:49:47

Terima kasih Nadzirah! πŸ˜€

..
 
 
Comment by Syed Alwi
2013-02-14 04:22:15

alhamdulillah khai, dari zaman scukz aku follow engko walupn dlm internet je. jatuh bangun Allah kurniakan sebuah perkahwinan. semoga kekal ke akhir hayat. semoga terus maju bro!

..
Comment by Khai
2013-02-15 16:50:36

Alhamdulillah.. Ya memang tu sahaja yang mampu untuk diucapkan ketika ini.. Rasa diri champion sungguh bila dah berstatus halal dengan insan baru yang kita sayang ni.. Hehe. Thanks bro..

..
 
 
Comment by azizul
2013-02-14 04:45:09

Tahniah Khai… all the best bro…

..
Comment by Khai
2013-02-15 16:51:04

Thnks bro!

..
 
 
Comment by shas
2013-02-14 04:56:44

khai ni sampai ke sudah aku tak pernah dapat tengok muka dia, apapun selamat berbahagia wahai pengantin baru πŸ™‚

..
Comment by Khai
2013-02-15 16:51:21

Hehehe.. Terima kasih Shas..

..
 
 
Comment by azrijohan
2013-02-14 05:08:43

tahniah oh

..
Comment by Khai
2013-02-15 16:51:33

Tenkiyu oh! Hehe.

..
 
 
Comment by Zali
2013-02-14 05:35:51

Tahniah… moga berkekalan dunia & akhirat

..
Comment by Khai
2013-02-15 16:51:53

Terima kasih untuk ucapan dan doa tersebut.. Amin..

..
 
 
Comment by DeeMataQue
2013-02-14 05:45:11

wieeeeeeyyyy Tahniah Khai.. so Baby? heeeee

..
Comment by Khai
2013-02-15 16:52:11

Hahaha! Baby? No komen.. LOL :))

..
 
 
Comment by fazrol
2013-02-14 05:58:03

Tahniah bro..
Bagi laa aku tgk gambar gak.. ha ha..

..
Comment by Khai
2013-02-15 16:52:47

Terima kasih Fazrol. Pix official kat mak mertua la tak ambil lagi.. Hehe.

..
 
 
Comment by syahirul
2013-02-14 06:17:44

tahniah.
barakallah.
didik diri dengan ilmu agama.
didik isteri dengan ilmu agama.
moga berjaya dunia akhirat.
moga Allah redha apabila kita hendak menuju kepadaNya.

tiada kehidupan yg kekal abadi, melainkan di akhirat kelak.

..
Comment by Khai
2013-02-15 16:53:29

Thanks Syah sebab sampai gak ko aritu kan kat Kelate. Terima kasih sebab banyak nasihatkan aku selama ni untuk jadi seorang suami yang terbaik. Tq Tq tq <3

..
 
 
Comment by Hisham
2013-02-14 07:00:38

Tahniah Bro,

Selamat sudah jadi suami orang, so sekarang kena bagi ucapan kat nko, nak bagi hadiah xmampu… ahaks,

dengan ucapan WELCOME TO DA CLUB….kelab khas tuk orang yang dah kawen je… yang bujang, sila cuba tuk ke arah perkahwinan…

kena ada niat nak kawen, baru perhubungan diberkati…

kalo niat nak geli-geli, JOM ikut rombongan cek senah ke SONGKLA Thai.. πŸ™‚ ngee

..
Comment by Khai
2013-02-15 16:54:31

Hehe, Thanks bro.. Best eh hidup berkahwin ni.. Betul-betul mampu mematangkan diri dengan tanggungjawab yang bukan kepalang mudahnya tapi best! Kalau tahu awal-awal lagi aku dah kahwin tau. Hahahaha..

..
 
 
Comment by Ohsem21
2013-02-14 15:22:08

Tahniah khai..semoga jd suami yg baik yg sntiasa mmbimbing isteri..aku follow blog kau dari kau blaja lg..tetp singgah blog ni wlupon xd update.hee..congrats!!

..
Comment by Khai
2013-02-15 16:55:09

Hehe, maaf sebab jarang dah update sibuk sangat kononnya dengan hal lain.. Heehe. InsyaAllah lepas ni banyak sikit masa dah nak update blog ni. Anyway Thanks ya!

..
 
 
Comment by Man
2013-02-15 00:29:50

Hanz ke pengapit Khai tu? dari aritu nak main dota dengan dia tapi tak berkesempatan lagi.

Walauapapun, Tahniah Khai. Semoga ikatan ini kekal hingga keakhir hayat. =)

..
Comment by Khai
2013-02-15 16:55:41

Haah Hanz dan tunang dia jadi pengapit.. Hehe Terima kasih ya!

..
 
 
Comment by Man
2013-02-15 00:35:29

Nak tengok gambar lagi Khai. Please. :8

..
 
Comment by hunny_Qtn
2013-02-15 01:19:11

khai, nak tgk gambar kawen. pleaseeeee

..
Comment by Khai
2013-02-15 16:56:09

Minta kat si dia eh? hehe

..
 
 
Comment by iZwaN`
2013-02-15 01:26:42

Tahniah Khai..
Semoga berbahagia bersama isteri tercinta hingga akhir hayat..

..
Comment by Khai
2013-02-15 16:56:24

Thanks Izwan. Begitulah hendaknya, insyaAllah..

..
 
 
Comment by el zahraa
2013-02-15 14:28:59

congrats! khai-dh jd suami org khai ni ye

..
Comment by Khai
2013-02-15 16:56:42

Thanks El Zahraa, sampai hari ni macam tak percaya tapi terpaksa gak percaya.. Hahaha!

..
 
 
Comment by faizalPj
2013-02-15 17:11:06

baru berkesempatan komen di sini setelah bercuti panjang.
Nak tengok gambar kawin.
Welcome to the club.
Semoga berbahagia ke anak cucu dan dimurahkan rezeki justkhai menjadi inspirasi ku.
jangan lupa jemput kenduri di belah lelaki.

# bila lagi otw FaizalPj jr nie

..
Comment by Khai
2013-02-18 05:39:29

Thanks bro.. InsyaAllah nanti majlis di pihak lelaki akan diundang ya.

..
 
 
Comment by ejardkethot
2013-02-15 17:24:17

Alhamdulillah [^_^]
semoga berbahagia selalu… selamat menunaikan tanggungjawab sebagai SUAMI πŸ˜‰ … dan seorang Bapa [^_^]

..
Comment by Khai
2013-02-18 05:38:53

Tenkiyu Ejard. InsyaAllah.

..
 
 
Comment by Aya
2013-02-16 09:06:22

Tahniah. semoga berkekalan dan bahagia hingga ke akhir hayat dan alam barzarkh..

..
Comment by Khai
2013-02-18 05:38:39

Terima kasih <3

..
 
 
Comment by Ajim
2013-02-17 11:25:23

yg hantaran brg apple tu apa ada? ipad mini? iphone 5 lagi?? hehe Nak tahu. πŸ˜€

..
Comment by Khai
2013-02-18 05:38:30

ipad mini, iphone 4s & iPhone 5 aje deh..

..
 
 
Comment by aizuddin
2013-02-18 07:16:21

tahniah khai, moga berbahagia dan kekal ke akhir hayat πŸ˜€

..
Comment by Khai
2013-03-01 14:55:29

Thanks bro!

..
 
 
Comment by jaejan
2013-02-18 10:06:50

Tahniah KHAI,Alhamdulillah semua berjalan lancar,tapi teringat ustaz don cakap,xboleh letak alquran selevel dgn brg2 hntaran..alquran itu jauh tinggi martabatnya dri brg2 hntaran laen πŸ™‚

..
Comment by Khai
2013-03-01 14:56:19

Thanks Jaejna. I see, terima kasih untuk peringatan tersebut. Saya pun tak tahu menahu pasal hantaran Al-Quran tu sebab dari pihak sana. Tapi insyaAllah bila dah kahwin ni, akan gunakan sebaik2nya bersama isteri tersayang <3

..
 
 
Comment by Kujie
2013-02-19 07:30:48

Tahniah Khai, Semoga Allah melimpahi segala anugerah kebahagiaan rumahtangga

..
Comment by Khai
2013-03-01 14:56:42

Terima kasih Kak Kujie. Moga Kak Kujie juga berbahagia bersama keluarga tersayang. Saya doakan.

..
 
 
Comment by akusape
2013-02-19 13:25:07

Tahniah Khai…moga bahagia sehingga ke anak cucu dan cicit.Sentiasa cool selalu..

..
Comment by Khai
2013-03-01 14:57:04

Hehe thanks! InsyaAllah akan sentiasa cool se cool cool nya selalu. Hahaha.

..
 
 
Comment by Rizuan
2013-02-19 14:48:50

tahniah Khai.. Semoga berjya menempuhi alam berumah tangga…

Aku baru masuk fasa ‘tunang’. nak tunggu masuk fasa ke arah yang lebih serius..

..
Comment by Khai
2013-03-01 14:57:25

Terima kasih Rizuan, yeah, selamat menempuhi alam yang lebih mendebarkan. Jeng3.. hehe..

..
 
 
Comment by eiyda
2013-02-21 08:24:21

tahniah khai.. baca blog ni dr khai belajar sampai da kawen sekarang. kejap jek rasa ms ni berlalu. semoga berbahagia till jannah,

..
Comment by Khai
2013-03-01 14:57:46

Hahahaa.. Kan? Thanks Eiyda. Amin2.

..
 
 
Comment by WRizuan
2013-02-24 05:10:04

tahniah semoga kekal hingga hujung nyawa….:)

..
Comment by Khai
2013-03-01 14:57:57

Thanks Rizuan. Amin mudah-mudahan.

..
 
 
Comment by zaihan ismail
2013-02-24 15:30:39

Alhamdulillah…punya la lama aku xjengok site ko khai..since graduate 2007 kut..tahniah..ko gak yg kHwin dulu…haha..

..
Comment by Khai
2013-03-01 14:58:16

Hahaha. Seru sudah sampai katanya! Hehe.

..
 
 
Comment by LeeZ
2013-02-27 03:31:15

tahniah khai…

..
Comment by Khai
2013-03-01 14:58:28

Terima kasih LeeZ πŸ˜€

..
 
 
Comment by cikpeanut
2013-02-28 10:46:01

OMG! HAHAHA

blogger pemes hensem kegilaan ramai dah kawen!

after really long time x bukak blog ni, shocked by this news. hahahha

Selamat Pengantin Baru, Mr. and Mrs. Khai. πŸ™‚

..
Comment by Khai
2013-03-01 14:59:00

Wahahaha.. Terima kasih. Seru dah sampai saya sambut dengan sebaik2nya. Hehehe.

..
 
 
Comment by hafiznisa88
2013-03-03 11:29:13

Tahniah Khai. U lahir pun tahun naga, wife pun tahun naga tapi tak sempatlah nak dapat baby naga emas. – 2012 is tahun naga emas. Umur kita sama, umur wife pun sama. Tapi I dah ada 4 orang anak. 3 charlie’s angels and one the great sultan : Muhammad Fateh was born in 5th December 2012. Bersyukur sangat atas nikmat yg dikurniakan. Ingatlah satu pekara berkaitan dengan kawin ni, ujian dlm perkahwinan ini sehebat nikmatnya.

I dlm prosess untuk bukak blog berkaitan Safety dan Management System dan Audit. My wife pun berminat nak joint dunia blog ni utk berkongsi ilmu dan pengalaman.
I pun dalam proses nak dapatkan kia forte.

..
Comment by Khai
2013-03-17 10:32:13

Best nya usia muda dah ada ramai anak kan? Anak dah besar semua boleh bawa jalan2 saing macam kawan-kawan. Hehehe. Thanks ya dan good luck untuk pembukaan blog perniagaan anda. Kalau ada apa2 nak tanya, contactlah saya.. kalau2 boleh tolong, saya tolong.. πŸ˜€

..
 
 
Comment by Adha
2013-03-03 15:44:21

tahniah bro. πŸ™‚ moga berkekalan.

..
Comment by Khai
2013-03-17 10:32:57

Thanks Adha πŸ˜€

..
 
 
Comment by syanabel
2013-03-04 05:59:03

Tahniah! selamat menjalani kehidupan berumahtangga

..
Comment by Khai
2013-03-17 10:33:12

Thanks Syanabel. Harap2 begitulah. Aminnn…

..
 
 
Comment by Angah
2013-03-07 06:43:31

tahniah khai…semoga perjalanan hidup anda sentiasa bahagia sampai akhirat…Dan terima kasih juga untuk blog nie, banyak bagi saya info yang tidak saya ketahui…

..
Comment by Khai
2013-03-17 10:33:27

Terima kasih Angah. Moga bermanfaat ya πŸ™‚

..
 
 
Comment by fiezaradzi
2013-03-08 07:37:31

wah,khai dah kawen.. tahniah.. moga jadi suami yg baik, yg boleh pimpin isteri sebaiknya.. moga bahagia..

..
Comment by Khai
2013-03-17 10:33:55

Hahaha. Usia dah makin meningkat kenalah berganjak ke satu lagi kehidupan penuh mencabar. Hehe. Terima kasih ya.. Doakanlah saya πŸ™‚

..
 
 
Comment by MeyaTeyo ?
2013-03-08 17:18:06

Wah tahniah abg Khai… hehe lama tak jenguk sini.. bila jenguk je, tup tup dah kawin.. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat.. Btw comey molek bini tu.. Hehe jadi suami dan bapa yg baik ye..

Jom join ni πŸ™‚
http://meyalolyppop.blogspot.com/2013/03/wang-tunai-rm5000-untuk-blogger.html

..
 
Comment by lulu lelen
2013-03-09 02:11:06

cbuk je hntran dia. org nk google tgk hntran bole plak kluar dia punya. ptutlah mcm pernah nmpak hntran 2.. basi.basi. hahhahaha.

..
Comment by Khai
2013-03-17 10:34:20

Hahahaha! Terima kasih Puan Lulu Lelen sebab sudi datang majlis kami tempohari πŸ˜›

..
 
 
Comment by Mohd Anuar
2013-03-20 10:12:21

Tahniah Khai..moga jadi suami yg mithali..
Cepat2 dpt baby… =)

..
Comment by Khai
2013-04-04 10:41:48

Amin. Thanks ya.

..
 
 
Comment by ewksem
2013-03-25 21:43:35

saya dari blog tak top langsung ewksem.blogspot.com mengucapkan selamat pengantin baru. Baru hari ini nak komen hehe..

..
 
Comment by fikri
2013-04-17 14:31:01

as salam

“kata orang kejayaan seorang suami bermula dengan sekali lafaz di majlis pernikahannya…”

sedara…jika percaya kata2 di atas oleh jadi syirik.
kejayaan seorang suami sebenarnya terletak kpd kelakuan,keadilannya,ibadahnya kepada Allah S.W.T

..
Comment by Khai
2013-04-19 03:37:04

“kata orang” which is kita pun tahu bukan itu yang menjadi pengukur kepada kejayaan seorang suami.

..
 
 
Comment by anak pantai
2013-04-26 08:28:31

wah khai. mantap nian langgeng nie

..
 
Comment by Khairul Zamri
2013-07-08 03:17:48

tahniah bro semoga bahagia hingga akhir hayat

..
Comment by Khai
2013-07-16 04:27:55

Terima kasih Khairul Zamri πŸ™‚

..
 
 
Comment by Finaz
2013-07-29 13:15:31

Tahniah Khai. Baru buka blog balik, baca-baca tau-tau Khai dah berkahwin. Alhamdulillah. Tahniah.

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post

Apa Entri sebelum dan selepas entri ini?