Mamak minta tolong buat Facebook!!
Bila baca balik entri ni, terus rasa sangap habis nak update Justkhai. Rindu rasanya nak dapat balik style penulisan yang dulu di mana lebih bersahaja dan sempoi. Aku baca balik entri-entri Justkhai dulu, gelak guling-guling rasa nak cepuk je penulis dia iaitu aku sendiri. Kahkah!
Sekarang penulisan semua nak skema je memanjang which is aku sendiri tak berkenan tapi benda tu bukan buat-buat sebab dah terbiasa sejak dah bermain dalam dunia perniagaan ni. Mungkin juga sebab dulu aku budak lagi dan sekarang dah jadi laki orang pun. Haizz!!
Tadi masa lepak kat mamak, ada seorang mamak ni datang minta tolong dia sambil buat muka comel macam kucing cerita Shrek tu. Disebabkan tewas dengan kecomelan dia, aku tanya nak aku tolong apa. Rupanya minta tolong daftarkan Facebook untuk dia! Hahaha!
“Ala bai benda kecik je tu!!”
So aku pun tolong daftarkan Facebook dia. Siap uploadkan gambar lagi agar ramai awek-awek melayu tergugat dengan kecomelan si Satham Husain ni.
Mungkin sebab aku ni kuat melayan, selalu je orang minta tolong tapi memang best sebab dapat membantu tanpa sebarang diskriminasi. Nak tahu lagi pasal dia atau menyibuk nak add dia ke, aku ada share dalam status di Facebook. Pandai-pandai la korang. Haha!
Ok itu sahaja since update guna iPad ni letih sikit nak menaip panjang-panjang. InsyaAllah di Justkhai ni aku akan cuba tune balik diri sendiri agar penulisan jadi biol macam dulu-dulu. Tapi di Justkhai sahajalah dan di tempat lain, aku menghikpokritkan diri sendiri jadi skema macam zaman jadi pengawas kat sekolah dulu. Lol.
Till then!
wah, promote Satham Husain. Untunglah mamat tuh.. dapat promote di Justkhai~
famous la mamak tu nanti..confirm naik harga..hahaha
haha..kompem awek melayu tergila2..hhaa
Mantap benar nih kompem nya..