Mamak minta tolong buat Facebook!!

20130502-194604.jpg

Bila baca balik entri ni, terus rasa sangap habis nak update Justkhai. Rindu rasanya nak dapat balik style penulisan yang dulu di mana lebih bersahaja dan sempoi. Aku baca balik entri-entri Justkhai dulu, gelak guling-guling rasa nak cepuk je penulis dia iaitu aku sendiri. Kahkah!

Sekarang penulisan semua nak skema je memanjang which is aku sendiri tak berkenan tapi benda tu bukan buat-buat sebab dah terbiasa sejak dah bermain dalam dunia perniagaan ni. Mungkin juga sebab dulu aku budak lagi dan sekarang dah jadi laki orang pun. Haizz!!

Tadi masa lepak kat mamak, ada seorang mamak ni datang minta tolong dia sambil buat muka comel macam kucing cerita Shrek tu. Disebabkan tewas dengan kecomelan dia, aku tanya nak aku tolong apa. Rupanya minta tolong daftarkan Facebook untuk dia! Hahaha!

(more…)

Posted on 2 May '13 by , under Daily Craps. 4 Comments.

Persepsi Khai antara MAMAK dan RESTORAN MELAYU

melayu-1.jpg” alt=”” />

Salam. Khai tak tahu la isu ni dah ada orang tulis di blog ke belum. Malas nak Google. Tapi rasanya mesti ada sebab tak mungkin ada sorang pun dari korang yang membaca ni, tak lalui perkara ni. Bila sebut MAMAK dan RESTORAN MELAYU rasanya dah tahu apa yang terlintas dalam kepada korang.

Orang kata sokonglah bangsa Melayu. Bila melayu nak maju kalau bukan melayu sokong melayu. Arghh, bullshet la itu semua. Bukan tak sokong kenyataan melayu sokong melayu tu, tapi dalam hidup seorang Khai, melayu cina india semua sama je. Dah kalau duduk Malaysia, terimalah apa adanya. Dah itu yang kita ada. Melayu sama melayu pun dengki mendengki la. Sihir dan santau ni, macam la korang tak pernah dengar cerita. Kedai sebelah laku sikit, dia pergi tabur tanah kubur la. Waddahel la perangai orang melayu ni.

Jiran sebelah rumah melebih sikit dari dia, dia pun nak melebih lagi lebih dari jiran sebelah. Kalau dah tak mampu nak melebih dari jiran sebelah, pergi jumpa bomoh bawak pengeras. Porak perandakan hidup jiran. Kisah santau ni, family Khai sendiri selalu lalui dan ianya datang dari siapa? MELAYU!! Bullshet!

Tapi lupakan kisah tu. Entri-entri akan datang lah Khai cerita. Sekarang kita concern dengan tajuk entri ni.

melayu-6.jpg” alt=”” />

Frankly speaking la, nak tanya korang. Antara RESTORAN MELAYU dan MAMAK (MAPLE) mana korang lagi prefer? Kalau Khai senang je nak jawab. Boleh jalan la sama kedai MELAYU!! tapi apehal pulak kan? kan? Ok usya point-point berikut. (more…)

Posted on 23 November '09 by , under Hidup Khai, Istimewa, Motivasi. 208 Comments.