Happy Birthday Max Caulfield!

12.12 hari tu merupakan ulangtahun pertama untuk Max. Bagi yang tak follow IG Khai, Max yang disebut ni adalah nama bagi sebuah kereta ya! Haha. Pejam celik rupanya dah setahun pun maka harap maklumlah apa yang menanti apalagi kalau bukan renew roadtax & insuran. Huhu.

Max ni bukanlah kereta idaman sebab Khai langsung tak pernah ada kereta idaman. Nampak semua kereta pun adalah kereta je pun. Haha. Malah masa nak beli dia, Khai tak pergi kat mana-mana showroom pun mahupun ternampak dia melintas depan mata kat atas jalan. Susah betul nak nampak. Paling kuat tengok gambar kat internet aje.

Tapi nak dijadikan cerita disebabkan boleh kata kerap kena berulang jauh untuk urusan di KL, masa tu memang ada rasa kena upgrade ni kereta yang laju sikit baru tak lemau nak ada atas jalan kan. Ditambah pula bini boleh cakap “Bie, you beli la kereta yang you nak untuk reward segala usaha keras you selama ni”. Khai anggap ni green light la kan? Hahaha. Research punya research dan bertanya kepada kenalan yang hebat bab kereta macam Shibli, Gan Pandulaju, dan Abang Ipar sendiri, semua bagi jawapan yang sama.

Max ni bagi Khai memang sungguh sedap mata memandang dari luar sampai ke dalam. Lepas tu memang sedap nak mampus bila drive, dan tak pernah bosan untuk raba segala gadget dan features yang ada kat luar dan dalam dia. Point last tu paling penting biar kau tak bosan duduk dalam kereta lama-lama. Lagi satu, kau rasa dah laju dah tapi boleh rasa kereta ni meminta-minta untuk kau tekan lagi. Itu yang 2 hari lepas keluar kereta ni je, dah kena speed trap. Hahaha.

Macam tu je la cerita dia.

Anyway baru je haritu damage teruk sebab kena renew insuran dia (RM7k nasib ada 55% NCD kereta lama. Kalau tak ada NCD, standby la dalam 13k macam tu), semalam pula nak kena hadiahkan dia 4 biji kasut sekaligus sebab service center dah banyak kali membebel nasihat suruh tukar. Baru setahun dah kena tukar tayar beb kuat lenjan punya pasal. Tak sampai setahun dah jalan 30,000KM tu. Kereta Khai sebelum ni, nak sampai 30,000KM tu kena tunggu 2 ke 3 tahun.

Khai tukar tayar sejibik sama macam yang dapat masa beli (Michelin Pilot Sport 4 S) dan harga terkini dia RM1,350 untuk sebiji. Hurmm, ya ampun damage teruk poket. Hahahaha! Tapi takpe tayar ni adalah benda yang penting untuk menghubungkan kita, kereta, dan jalanraya jadi jangan takut untuk invest pada tayar ya adik-adik.

Bila share gambar Max ni kat IG, nampak gayanya ramai betul anak muda yang berminat. Abang dah tua sikit so takde la excited sangat pun macam korang. Cuma korang yang muda-muda ni kena beringat pakai kereta ni bukan fikir mampu bayar bulanan aje (tak kisahlah besar mana pun down payment korang) tapi kena fikir juga minyak dia (RON97 aje biasanya Khai spent RM1,500+ sebulan untuk minyak dia aje), servis setiap 12,000KM (biasanya servis memang atas seribu), serta bila sampai masa nak ganti tayar dia memang harga yang dah dikongsikan tadi la.

Oh ya jangan lupa yang dalam nak kena bayar bulanan tu nanti akan ada satu bulan korang nak kena tambah sekali dengan roadtax dan insuran dia plak. Kiralah sendiri berapa duit lebih yang kena ada untuk maintain budak ni. Abang takpe sebab memang dah menabung dari kecil. Hahaha!

Allrite tu je la kot nak share memandangkan dah lama betul tak menulis panjang. Jujur Khai harap tak ada siapa pun yang baca sampai ke baris ini. Haha! Apapun dalam berhuhu-haha ni harap ada la sedikit input yang boleh jadi rujukan juga pada pemilik kereta macam ni dan seumpamanya.

At the end of the day, kereta hanyalah satu tool yang ada untuk bawa kita dari point A ke point B ye tak? Apapun, semoga Max terus sihat dan jangan bagi abang sebarang kepeningan ya di masa akan datang. Boleh? Nanti next besday takde hadiah kang! Hahaha.

Ditulis pada 2:58 AM 22 December '22 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 97 views | Dalam kategori: Hidup Khai | Tweet This!

Eat This Google!: , , ,


RSS feed | Trackback URI

Comments »

No comments yet.

Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post