Bila kau buka Macbook tak tahu nak buat apa

Aku sebenarnya tak tahu ini sejenis problem ke atau sejenis nikmat yang paling takut aku dustakan. Huhu. Hari ini 16 Januari 2023 aku merasakan satu perasaan rindu pada nikmat perniagaan yang dulu bilamana pada hari ini, tiap kali aku buka Macbook tapi aku dah tak tahu nak buat apa.

Kalau dulu, bila dah buka Macbook memang akan melalui Roller-Coaster kerja yang tak pernah akan habis apalagi masa aku seorang diri run the business dengan imej syarikat macam ada puluhan pekerja. Haha. Tapi hari ni bila buka Macbook dan terus buka emel, tak sampai 5 minit setel dah semua urusan korporat syarikat yang mana langsung aku tak gemar. Serabut kepala dibuatnya dengan hal-hal formal semua tu.

Mungkin aku hanya nak jadi aku, seorang budak yang seronok melaksanakan passion dan minatnya setiap hari macam dulu. Dari situ aku boleh terus putuskan beberapa perkara seperti…

1. Dulu memang buat income tak la banyak macam sekarang bila dah ramai ni sangat tapi cukup banyak untuk aku sendiri. Kalau dulu aku jual advertorial tu cuma RM4,800 bagi satu artikel dan aku boleh siapkan advertorial tu masa duduk dalam jamban je. Kau bayangkan masuk jamban nak buang air besar then keluar dari jamban kau dah dapat RM4,800 macam tu jer. Boleh bayang tak apa perasaannya bila kau rasa cuma laksanakan passion kau dengan penuh gembira/no pressue tapi lepas tu dapat pula bayaran.

Kalau hangpa tak tahu, harga advertorial RM4,800 tu consider sangat murah ya kalau nak bandingkan dengan market hari ni. Macam dulu FB Post aku jual RM1,500 je tapi orang lain jual sampai RM5k untuk satu FB Post. Kau bayangkan je la berapa pulak harga advertorial mereka masa tu. Haha.

2. Kalau cerita pasal income ni, sampai esok pun tak habis jadi kita tolak tepi kejap dan sambung dengan apa yang rasa perlu buat untuk next-step seorang Khai. Disebabkan aku dah lamaaaa sangat tak menulis, aku rasa skill tu dah tumpul terutama bila nak menulis dengan style Ohmedia yang dulu. Sebab tu jangan pelik la apesal sekarang aku rajin menulis balik di personal blog ni tak lain tak bukan sebab nak asah semula skill tu. Aku tak rasa ada orang akan baca pun semua ni jadi penulisan ni aku tujukan pada diri sendiri sebagai diari je lah. So memang ya, aku akan lebih kerap menulis kat blog ni bagi tajamkan semula sesuatu yang dah pun tumpul.

3. Aku kena setup Digital Company yang baru. Aku rasa dah rehat terlalu lama ni sampai aku dah anggap diri aku bersara pada usia muda pun. Ini mungkin satu kejayaan juga sebab bukan semua orang dapat capai bersara pada usia muda ni, tapi disebabkan kau masih muda la benda tu lama-lama jadi masalah sebab jiwa kau masih memberontak nak berkarya dan nak bekerjaya. Jadi aku sedar perkara ni dan aku kena bertindak segera.

Banyak bisnes dalam kepala tapi kalau tujuan aku untuk cari duit, memang banyak bisnes yang boleh buat duit aku boleh buat tapi masalahnya kat sini, aku lebih mencari bisnes yang kena dengan passion walaupun tak buat untung mana pun tak apalah. Bila tanya diri apa sebenarnya bisnes yang kena dengan passion aku, tentulah jawapannya berbalik kepada bisnes yang lebih 10 tahun aku buat dengan penuh gembira. Aku perlu cipta satu lagi!

4. Menyedari keadaan pasaran hari ni dah tak sama dengan 10 ke 15 tahun lepas, aku tahu yang aku kena adapt dengan perkembangan teknologi hari ini tentang bagaimana orang consume media. Sekarang ni cara yang sama boleh kekal relevan mungkin untuk mereka yang dalam usia 30-an ke atas, tapi untuk dapat tarik perhatian bawah dari tu, mereka prefer untuk consume sesuatu maklumat dengan lebih pantas, cepat dan padat. Jadi biarpun aku tak suka betul buka Tiktok apalagi main Tiktok contohnya, semua perasaan ni aku kena letak tepi dulu dan adapt untuk semua ni.

5. Web masih relevan, tapi kena buat dengan sesimple mungkin. Orang dah taknak baca panjang-panjang walau semenarik mana pun kau cuba hidangkan. Orang lebih suka yang ringkas, padat, tapi masih menarik. Jadi sila tune kepala otak kau Khai secepatnya. Iklan semua masih sama dan client nak beriklan ni akan sentiasa ada.

6. Bila aku create semua ni nanti, aku taknak sesiapa pun tahu itu produk aku yang baru. Aku akan terus berdrama sebagai manusia paling banyak free time atas dunia seperti hari ini. Hahaha. Apapun semua perancangan atas izinnya. Selebihnya aku simpan dalam hati ajelah.

Bila kau hidup berprinsip sebagai hanya kau boss kepada diri kau sendiri, maka kau dah jauh lari dari jadi manusia berjiwa hamba. Kau tahu hanya bisnes yang boleh naikkan level kehidupan kau tapi bila kau buat-buat buta tapa cuba berusaha ke arah tu, maka tergolonglah engkau dalam jiwa orang-orang yang rugi dan ditinggalkan.

Aku taknak dan tak boleh nak terima untuk jadi sebahagian dalam dalam golongan yang rugi tu. Jadi, let’s go!

Ditulis pada 10:35 am 16 January '23 dan pastinya oleh . Siape lagi? | | Dalam kategori: Hidup Khai | Tweet This!


RSS feed | Trackback URI

1 Comment »

Comment by Rizuan
2023-01-27 16:18:15

Assalamualaikum saudara khai.

Saya merupakan peminat setia blog ini sejak tahun 2009 lagi. Saya suka gaya penulisan khai yang santai.

Saya masih membaca posting di blog ini walaupun zaman sekarang sudah banyak dengan lambakan aplikasi media sosial.

Teruskan menulis saudara.

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post