Berikan Jantina Pada Barang

Agak janggal juga apabila duduk tanpa ditemani N73. Hihihi. Even baru beberapa 2 hari aku merasa memegang N73 Music Edition hadiah dari Kak Lea, aku dah mula merasa bosan. Hah, aku memang seorang jejaka yang mudah bosan tetapi tidak membosankan. Aku yang merasakan begitu, tidak tahu’lah pandangan orang. Sebentar tadi, aku bersahur bersama Nieza. Kalau nak tahu, aku di Limkokwing Hostel, tiap tiap hari ada makanan free, sahur mahupun berbuka. Satu sen pun tak kena bayar. Melihat muka Nieza yang masih sedih dengan kehilangan Sony Ericsson Cybershot’nya, membuatkan aku senang hati menghulurkan N73 yang baru aku terima itu kepadanya. Bukan kasi terus, kasi pinjam je. Haha. N73 ini secara automatik menjadi rakan sehidup semati aku. Apa tidaknya, hari hari aku belai dengan sentuhan, aku bersihkan, aku urut-urut, aku berikan dia makan (charge) dan aku sentiasa bawa ke mana-mana. Mungkin dia lebih mendapat jagaan rapi dari aku berbanding isteri aku suatu hari nanti.

Bermain-main dengan N73 beberapa hari cukup membuatkan aku kagum. Dari beli N70, belilah N73. Kau pasti lebih puas hati. Tapi kalau dah rasa cukup kaya sampai duit berlebih-lebih tak tahu guna, beli saja N95. N73 mempunyai design yang sangat cun bagi aku. Skrin’nya (240 * 320 pixels) jauh lebih lebar berbanding N70 (176 * 208 pixels). Design’nya tidak setembam N70 dan bunyinya juga jangan cakaplah. Jika dulu kita rasakan N-gage mempunyai 3D stereo sound, N73 mempunyai bunyi dua kali lebih kuat. Kebanyakkan view di N73 digunakan melintang. Bererti kau sedang menggunakan handphone widescreen. Aku sukakanya. Aku suka apa sahaja paparan yang widescreen. Terima kasih Kak Lea!! [Lihat perbezaan antara N70, N73 dan N73ME]

khai-notebook-v2000.jpg

N73 Music Edition yang berwarna hitam tersebut, dengan rasminya aku memberikan janjina’nya sebagai lelaki. Aku suka berikan jantina kepada semua barangan aku. Jantina diberi mengikut gerak hati dan apa yang aku rasakan selama ianya menjadi barang milik aku. Perasaan itu susah untuk aku nyatakan kerana aku sahaja yang dapat merasakan’nya. Notebook HP Compaq Presario V2000 yang dah beberapa hari tidak ditutup ini, sejak beli lagi aku anggap ianya lelaki. Mengapa? aku sendiri tidak tahu. Sudah itu kata hati, aku turutkan. N-Gage QD aku yang hilang dulu, dia seorang wanita. Motor Suzuki RGV aku di kampung, dia seorang lelaki. Tapi, mungkin kot melihat dari segi kelasakan, design dan warna. Mungkin kalian juga seperti aku, gemar memberikan jantina untuk barangan hak milik sendiri. Ianya menyeronokkan kerana mendidik kita menjadi lebih efisyen. Contoh jika kau ada seorang kawan lelaki dan seorang kawan wanita. Dua-dua sama level iaitu kawan baik kau. Cukup mudah bukan bagi kau untuk melayan karenah kedua-dua’nya kerana mereka ada jantina. Ah, itu bagi aku la.

Aku juga suka bercakap dengan barang. Tapi jangan cakap bila ada orang, nanti kau dikatakan gila pula. Aku bukan percaya dengan benda-benda karut, tapi kalau kau renungkan, barang yang kau selalu cakap kau sayang kat dia, amat jarang berikan kau masalah berbanding barang yang kau layan acuh tak acuh je. Mungkin mereka juga ada perasaan. Oh, barangan itu tidak hidup! diorang takde perasaan la Khai!! Tapi perkara ini mendidik aku menjadi seorang yang lebih menyayangi apabila sesuatu berada di depan mata, bukan apabila sesuatu itu telah pergi meninggalkan kita.

Oh aku mendapat nasihat sangat berguna dari seorang rakan karib aku, Asri. Dia kata, jika kita mengidam ingin makan cempedak goreng, kemudian terhidang cempedak goreng itu 50 biji di depan mata, tak mungkin dapat dihabiskan. Maknanya cukup mendalam, jika kita dambakan seseorang itu untuk berubah, apabila perubahan itu telah kita dapat, mungkin bukan semua perubahan itu dapat kita terima. Jadi terimalah pasangan kita seada’nya dia.

Ditulis pada 7:34 AM 23 September '07 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 615 views | Dalam kategori: Daily Craps | Tweet This!


RSS feed | Trackback URI

15 Comments »

Comment by wenkt
2007-09-23 09:25:33

dalam french, setiap benda ada jantina. Le stylo = pen (lelaki) dan la voiture = kereta (perempuan). Setiap benda cam tu, kekadang boleh jadi confuse kalau tak hafal.

kalau sampai tahap confuse, kami akan guna les stylos or les voitures (pen or kereta plural)

tapi kekadang, ada gak perkataan french yg kelakar. contohnya la chemise (sehelai baju kemeja tapi dijantinakan sebagai perempuan). ingat lagu “la camisa negra” yang bermaksud “sehelai kemeja hitam”?

dengan jantina french ini, kami bermain2 kutuk2 antara lelaki dan perempuan. contohnya le probleme (masalah = lelaki) dan la solution (penyelesain = perempuan)

apapun, my N95 tu seorang pondan kot. asyik nak bermanje je. kekadang kasar cam laki. heheh

..
Comment by Khai
2007-09-23 23:26:20

panjang berjela penjelasan dari wan.. owh, camtu orang france yer? hehehe…. la camisa negra tu bermaksud sehelai kemeja hitam ke? keke.. baru tahu.. kalau x pandai nyanyi jer…

hurmmm…. bst nye wan n95… 😡

..
 
 
Comment by wenkt
2007-09-23 09:27:27

btw khai, biler nak jumpa?

kita bukak puasa sama2 la somewhere.

..
Comment by Khai
2007-09-28 06:45:40

amik la khai kat hostel ni… 😀

..
 
 
Comment by gurl life
2007-09-23 10:55:23

cyg…i love u cyg!!!!!….hurms…hnya cyg yg mmhami nieza kan cyg…love u so muchhhhh…cyg sorang lelaki yg baik kt dunia ni..tunggu nieza beli hp bru eh cyg…(kalo beli la…mmmm)

..
 
Comment by gurl life
2007-09-23 18:47:27

cyg……..hp n73 pompuan ler cyg…cam nieza. ehee,

..
 
Comment by Zik
2007-09-23 19:49:14

Kalau n73 tu berjantinakan jantan dan Khai meminatinya apa kata anda? hahaha..

..
Comment by Khai
2007-09-28 07:02:09

HAH!! bulan2 pose ni buat gosip!! dosa okeey!!

..
 
 
Comment by n3dmax
2007-09-24 10:11:03

hmm, bgus gak bg label pd gadget2 sndiri nih…benefit nye kte leh blaja menyayangi brg2 sndiri & mnghargai nye…1 ilmu ny…

..
 
Comment by haryani
2007-09-24 15:26:32

[[ Oh aku mendapat nasihat sangat berguna dari seorang rakan karib aku, Asri. Dia kata, jika kita mengidam ingin makan cempedak goreng, kemudian terhidang cempedak goreng itu 50 biji di depan mata, tak mungkin dapat dihabiskan. Maknanya cukup mendalam, jika kita dambakan seseorang itu untuk berubah, apabila perubahan itu telah kita dapat, mungkin bukan semua perubahan itu dapat kita terima. Jadi terimalah pasangan kita seada’nya dia.]]

akak terkesima masa baca perenggan ni….actually apa yg khai bagitau ni, adalah apa yg akak tgh hadapi dengan terajima…..akak terlalu berharap dia berubah seperti apa yg akak inginkan….sedangkan akak tahu dia tak dpt berubah sepenuhnya….

thanks dik..sebab dah sedarkan akak!
kita x leh nak ubah somebody 100%, sedangkan kita pun x berubah 100%…..

thanks a lot once more…..really appreciate it…

..
 
Comment by hafreze
2007-09-25 19:15:10

baru aku pasan..sub woofer ko sama ngan aku arr..haahha..tp aku nyer warna itam..sesuai ngan kaler laptop..wahaha

..
 
Comment by gurl life
2007-09-26 01:06:19

elehs…nieza nyer la. tp rosak sblah. huuhuuu sbb tuu ksi khai. kwang3

..
 
Comment by duez
2007-09-26 05:39:15

aku juga sedar sekarang kak haryani.Memang perenggan tuh membawa makna yg dalam.Khai,terima kasih sebab tulis ayat tuh.

..
 
Comment by pat
2007-09-26 06:54:52

mesti ko tak tau name laptop aku kan khai…name laptop aku…Blacky!aku letak name Blacky sbb blacky ni name watak kuda dlm salah sbuah novel kesukaan aku..haha..die lelaki ahahahaha poyo..n mesti ko tak tau..aku slalu sapu losyen kat blacky spya die jd wangi akakakakaka…
n73 aku plak takde name agi..rasenye nak bg name Chobit,sempena name watak kartun yg aku ske..comel gler kekekeke

..
 
Comment by medic_khai
2007-09-26 17:56:04

ermmmm
hhaha mcm dh xdew keja nak bagi jantina ….
pape pn ….. ok lah …
itu mmbuatkan diri ko gembira .. heheheh 😀

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post