Nokia N73 Music Edition Kini Milik Aku!!

khai_nokia_n73_present.jpg

Hari ini adalah hari yang paling gembira dalam hidup aku. Kegembiraan ini telah aku bawa dari semalam hinggalah kini. Apa tidaknya, aku menerima hadiah yang paling mahal dalam hidup aku sempena hari jadi. Hadiah yang aku maksudkan, adalah Nokia N73 yang aku idam-idamkan selama ini. Kehadiran N73 semamangnya tidak disangka seawal ini. Biar aku ceritakan bagaimana N73 ini boleh dikatakan datang bergolek menemui aku.

Beberapa bulan lepas, jika kau pembaca setia blog ini, pasti tahu pasal kehilangan handphone aku, N-Gage QD. Ya, kalau boleh aku ingin hebah’kan satu dunia kerana aku betul-betul bengang dengan kehilangan handphone pertama hasil titik peluh aku tu dan sesuatu telah berlaku di Myspace.

ngage-khai-dalam-kenangan.jpg

Kak Lea, seorang ibu dan isteri yang betul-betul baik bagi aku. Beliau pernah memberi bantuan kepada aku beberapa tahun lepas untuk terus memajukan Scukz. Itulah sebab aku sentiasa ingat’kan dia. Aku tidak pernah berjumpa Kak Lea secara empat mata mahupun berbual di telefon, tetapi fikirkan bagaimana ada seorang insan yang sungguh mulia datang menghulur bantuan di saat aku betul-betul memerlukan pertolongan demi Scukz.Com dan semua ahli. Jika portal itu tutup dahulu, aku tahu pasti ramai yang kecewa dikala misi berlumba-lumba jumlah post sedang meriah berlangsung di forums. Bantuan Kak Lea bukan sekadar satu ratus atau dua ratus, tetapi lebih dari yang aku perlukan.

Di Myspace,

Aug 8, 2007 11:16 PM
a’kumm adik kak sayang!!! khai kak minta maaf sebab kak curi lagu khai….kak minta maaf khai

Aug 9, 2007 12:56 AM
kekek.. ooo curi yee. nak kene babab ni akak ni.. hehe.. ala ape khai nye, anggap je akak punye jugak.. okies..

Aug 9, 2007 1:42 AM
trima kasih khai!!! nak hadiah bday tak?? kak belikn phone nak tak khai kak kira 1,2,……. kalau x jwap maknanya tolak rezeki jengggg jenggggg….

Aug 9, 2007 1:54 AM
niru tapak tangan, nokia n73 patik tadahkan… wakakakaka… okies kak.. thanks for wish my besday….. hehe.. kejap je dah 1 tahun ek…

Balasan testimoni yang aku berikan itu sekadar melayan Kak Lea yang aku anggap sengaja mengusik. Kemudian aku menerima sebuah email. Email apa? Email bertanyakan alamat hostel aku? Isk, betul ke akak ni. Ingat gurau-gurau, sekali sampai send email mintak alamat la pulak kan? Sesi berbalas email berlaku selama beberapa hari. Akhirnya tanggapan aku ianya sebagai gurauan hilang dek kerana kesungguhan Kak Lea membuatkan aku nampak yang ianya betul-betul suatu yang serius,

Aug 15, 2007 4:12 PM
mekasih kakkkkkkkkk.. love u love u love uuuuuuuuu!!!! hehehe ๐Ÿ˜€

Semenjak dari itu, aku menunggu hadiah hari jadi dari Kak Lea dengan penuh debaran. Aku menunggu tetapi bukan dengan harapan yang tinggi. Dalam fikiran aku, ah, mana mungkin aku akan dapat hadiah N73 percuma! Pasti Kak Lea ingin mengusik aku lagi. Oleh kerana kesibukan Kak Lea, kerap kali beliau kirimkan ucapan memohon maaf kerana lewat menghantar hadiah itu. Lihatlah, sudahlah ingin berikan aku N73, boleh pula dia berkata begitu. Aku selalu sahaja menjadi serba salah. Malu pun ada dengan Kak Lea.

Maka semalam, 21 September 2007 jam 2 petang, aku menerima sebuah bungkusan yang dibalut rapi. Aku lihat ianya kiriman dari Ipoh. Tertulis nama Kak Lea di bungkusan tersebut. Oh, aku tersenyum sendiri tidak menyangka. Jika tiada orang, mahu sahaja aku lompat setinggi mungkin. Aku membuka bungkusan kuning itu dengan penuh debaran. Dah buka satu, ada lagi balutan lain yang menggunakan kertas pembalut hadiah bertulis Happy Birthday. Aku buka bungkusan itu dihadapan kawan-kawan dan semua macam tidak percaya, ianya sebuah telefon bimbit Nokia N73 Music Edition. Suasana menjadi kelam kabut seketika.

Terdapat sebuah kertas berwarna PINK di dalamnya tertulis,

Assalamualaikum Khai! Maaf lambat hantar hadiah… Kak bz sikit….. Khai jagalah phone ni baik-baik ye.. sayangkan’lah phone ni macam Khai sayangkan Nieza.. InsyaAllah ada rezeki kita jumpa.. Kita makan sama2.. Ikhlas dari kakakmu yg taklah berapa jauh.. kat Ipoh je ๐Ÿ˜›

Malam tadi aku menghubungi Kak Lea. Ini kali pertama aku mendengar suara insan yang aku anggap ‘angel’ ini. Biarpun perbualan kami tak lama kerana Kak Lea sibuk bersiap-sedia menyambut hari jadi anak’nya, tapi dah tentunya Khai dapat mengucapkan terima kasih dan menunjukkan bertapa Khai sangat menghargai pemberian dari Kak Lea itu. Itulah, Siapa kata di Internet susah nak jumpa orang yang baik-baik? ramai sebenarnya.. Terima Kasih Kak Lea!! Kalian cubalah cari “Kak Lea nombor 2”, mana tahu bernasib baik seperti aku mengenali insan seperti itu.

Dalam berita kegembiraan aku menerima hadiah Nokia N73, Nieza pula kehilangan handphone beberapa jam selepas N73 aku terima. Dia keluar bersama kawan sebilik mencari baju raya dan kehilangan handphone berlaku di Pasar Seni ketika sedang berebut menaiki bas. Sungguh pakar si pencuri durjana itu. Bukan sahaja handphone Nieza yang diambil’nya, duit RM100 kawan sebilik Nieza juga lesap tanpa disedari. Dalam hati aku terdetik, mungkin mereka dipukau. Pergi mati’lah sama si pencuri itu dan seluruh keturunan’nya. Nieza menangis semasa menemui aku tadi disaat aku ingin menunjukkan hadiah N73 yang aku terima. Hajat dia tidak kesampaian untuk bertukar-tukar handphone N73 dengan SE Cybershot K700i semasa hari raya nanti. Tidak mengapalah, sabar sajalah sayang. Lihat pada Khai, hilang N-Gage QD dan apa yang Khai genggam sekarang? sebuah Nokia N73. Setiap kejadian pasti ada hikmah’nya.

Pssttt: Kak Lea setia berada di senarai Myspace Top Friends aku. Lihatlah, selepas ini blog ini akan lebih berseri dengan kedatangan gambar-gambar yang aku ambil sendiri.

Ditulis pada 6:47 AM 22 September '07 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 1,364 views | Dalam kategori: Daily Craps, Gadget | Tweet This!


RSS feed | Trackback URI

56 Comments »

Comment by acap1992
2007-09-22 08:15:55

Wahh.. baik tol akak tu. bertuah ko khai.

ada jugak org mcm tu dkt dunia nieh..

ahahaha, ๐Ÿ˜€ ๐Ÿ˜€ ๐Ÿ˜€

sapa nk adiahkan dkt aku?? makan pasir la jwbnyer

..
Comment by Khai
2007-09-22 16:42:08

mungkin itu rezeki kot… mana tahu.. jgn la cakap camtu.. humm.

..
 
 
Comment by gurl life
2007-09-22 08:35:00

tahniah cyg dpt hp bru…sorry nieza xsempat nk tgok hp bru cyg…sbb nieza sedih lg hp nieza kena curik..mmmm

..
Comment by mohdismail
2007-09-22 12:34:11

pulak… henset nieza plak kehilangan.. mintak Khai N-series gak eh?

..
Comment by gurl life
2007-09-23 11:49:51

hehe..mntak pd khai?? khai pon org kasik…huhu..

(Comments wont nest below this level)
 
 
Comment by Khai
2007-09-22 16:56:25

sabar je la sayang.. takpe nanti malam time berbuka, nengok enpon ni puas2 ok…… oh ye, kak lea kim salam..

..
 
 
Comment by sallikin
2007-09-22 08:54:44

wah.. baik betul akak tu bagi henpon kat engko ek khai.. bertuah ko khai.. wah.. aku pun arijadi tahun ni dapat henpon gak.. x sangka gak akak aku nak bagi henpon motorola razr v3x kat aku.. mmg happy ler.. aku dapat bygkan kegembiraan ko khai dapat hadiah yg mmg x disangka2… \(^o^)/

..
Comment by Khai
2007-09-22 20:17:27

itule.. sebab tu aku kongsikan ianya di blog.. haha…
mmm.. motorola razr? best ke ek? motorola.. mmm…

..
 
 
Comment by Rjuna
2007-09-22 09:58:15

Ah jeles tol kat ko khai, N73 ME percuma, camni aku nak cari Kak Lea no.2 lah

..
 
Comment by lyn
2007-09-22 10:36:50

bestnyerr dpt hset free,n73 lak tu…nakkkk..!!!!!!!

..
 
Comment by pat
2007-09-22 11:52:42

huhu kotak hp ko same cam kotak hp aku..hp pun same cam hp aku. huhuhuhuhu.sukenye org tu dpt n73 isk isk..

..
 
Comment by hafreze
2007-09-22 12:46:26

khai..khai…khai..aku…aku..aku…mau…mau..satu!!!!!!
ahahaha

ape2 pn..time kasih pada supersaver ko..mmg best!!

untung arr ko dpt hp..isk3..dh laa ko pagi2 subuh dh kobar2kan dpt hp kat aku..pastue post lg kat sini..isk3..jeles tol aku…hhahahahahaha..ape2 pn..tahniah kerana dpt hp..

..
 
Comment by manchurr
2007-09-22 13:27:39

wahhh! welcome to N-Series world bro! n73 tu mmg best! gambar pun cun.. makin byk ler gambo nanti dlm blog ni ๐Ÿ˜›

..
 
Comment by syuxx
2007-09-22 13:48:33

laknat pencuri !!!
fuyoo…n73..
~~~~~~~

..
 
Comment by Hasbullah Pit
2007-09-22 15:07:46

kenapa ramai orang suka n73?

..
Comment by Khai
2007-09-22 20:23:00

sebab dia best.. design SANGAT cun!! huhu.. betul2 menusuk kalbu.. harga kene pada kualiti.. gambar sangat best.. bunyi lagi la sangat best!!! ahhhhhhhhh…..

..
Comment by Hasbullah Pit
2007-09-23 01:31:15

err kenapa org lebih suka N73 berbanding dengan N95 atau N81?

tu yg aku tak faham.

Nokia yang bukan symbian tapi features sama dengan N73 takde ke/.?

(Comments wont nest below this level)
Comment by gurl life
2007-09-23 01:59:03

yaaa…nieza suke n95. cute sgt!!! tp apekan daya….student cam ktorang lom mampu beli hp mhal tu…

 
Comment by Khai
2007-09-23 07:43:59

err hasbullah, pada pendapat khai sendiri la kan, as a student rasanya x perlukan lagi N95. thats why ramai student beli N7+ je.. sebab, harga dia jauh lebih murah dari N95 dan fungsi nya sesuai la untuk remaja.. kalua N95 lebih ntuk profesional kan? pasal n81 tak tahu plak, ade ke N81?

Nokia bukan symbian tapi features sama dengan N73?? uhuk2.. kalau bukan symbian, camne nak ada features yang macam N73…

 
 
 
 
Comment by Eriyza
2007-09-22 15:55:34

Lebar jerk laa dak tuh senyum bulan Ramadan nih erkkk. Bleh laa snap pic masa ari raya nanti tampal kat blog. Kekeke!!! ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by medic_khai
2007-09-22 17:35:39

waaa ….
bessttt giLerrr …
hahaha …
xpNah aku dpat hadiah mcm tuuu ….
huhhu ….
pape pn jga hp ko baik2 …
jgn hilang lagik ….:D:)

..
 
Comment by Hard2K
2007-09-23 03:11:20

Perghh Khai aku mcm x caya wujud jugak orang yg baik hati mcm tuh ekkk.. Ko memang bertuah gilek dapat jumpa org yg baik mcm tuh skali…

To nieza aku amat bersimpati ngan nasib yg menimpa ko tapi kalu boleh after nieh beringat2 lah supaya pisang tak berbuah dua kali!!!

..
Comment by gurl life
2007-09-23 10:50:50

thanks ats nasihat anda, ya…lepas ni nieza lbeh bringat sbb menda ni dh tjd pd nieza….sblom ni nieza blom btol2 kenal kl yg sbenar nye…skrg bru nieza tahu mcm ni rupenye org2 kl durjana…ops…maybe yg curik hp nieza bukan org malaysia, maybe indon…sial nye indon curik hp

..
 
 
Comment by megat
2007-09-23 11:36:19

bestkan setiap yg kita kehendaki tertunai w/pun bukan dr titik peluh. maksud aku ia dr pemberian ikhlas org lain.

p/s : byk juga aku dpt hadiah bila buat baik dgn org, terutama kak mas singaporean ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by gurl life
2007-09-23 11:58:40

arghhh..knape hp nieza hilang dsaat cyg ngah happy dpt hp bru….mmm

..
 
Comment by manchurr
2007-09-23 19:36:52

N95 bukan untuk professional je.. utk student ke remaja ke.. utk aku ke ok je.. aku guna mostly dgr mp3, tgkp good quality video n gambar.. and also watch movie/series/anime bler aku g keje naik bas hahaha

overall.. N73 ni bagi aku, comes 2nd la after N95..

..
 
Comment by haryani
2007-09-24 15:39:37

waaaaa.bestnyer……..

waaaaa…..bestnyer……..

waaaaa.bestnyer……..

waaaaa…..bestnyer……..

waaaaa.bestnyer……..

waaaaa…..bestnyer……..

waaaaa.bestnyer……..

waaaaa…..bestnyer……..

waaaaa.bestnyer……..

waaaaa…..bestnyer……..

..
 
Comment by AJ
2007-09-25 18:09:32

wah.. best nye..

n73 antara product paling best dari nokia

..
 
Comment by xtreme_paranoid
2007-09-25 23:13:25

pergh..henset n73 tuuu!!!
pinjam khai,henset haku pon dah ilang.
haku punye citer pasal hp ilang lagi tragis.
sampai skang terkenang-kenang..
huhuhuhu

..
 
Comment by gurl life
2007-09-26 00:48:37

hp lain masih lg mahal……rasa cam xmampu beli jer lg. huhu….terima aje la stakat yg tmampu..

..
Comment by Khai
2007-09-27 05:50:06

tahu la dia pon dah beli n73 music edition. sibuk je nak tiru…. wekks!!

..
Comment by gurl life
2007-09-27 11:17:26

hehe..biar ler cyg. kan hp kite dah kembar…huhu

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by kid
2007-09-26 18:23:02

Dapat gak handphone baru dia…tahniah!

..
 
Comment by nawkaz
2007-09-26 22:35:22

tahniah2 dpt npon baru..heheheh..aku pon dpt beli henpon baru gak..tp beli sniri la..xde sape nk bagi aku cam ko..har3..

..
Comment by Khai
2007-09-27 05:54:27

kan dah kasitahu.. cari kak lea no 2… tu pon kalau jumpe la insan sebaik dia.. hehehe

..
 
 
Comment by medic_khai
2007-09-26 23:26:55

khai jgn lupa bagi no hp yekk …
ko masih pakai no lame keww ./?? or baruuu …

..
Comment by Khai
2007-09-27 05:45:36

yeah! aku masih setia dengan maxis 017-2356….

..
 
 
Comment by maliki
2007-12-14 16:17:10

khai.. rezeki hang.. sory… aku baru baca…hehehheh

..
 
Comment by sal
2007-12-23 18:52:35

wujud gak manusia baik cam kak lea lg dlm dunia ni ek…x sangka tul..beruntung khai…

..
 
Comment by Arsenal
2007-12-26 03:26:49

untung nye lah ko khai… kak lea, sy nak nokia 3310 boleh x?heheheheh

..
 
Comment by ira
2008-02-11 13:06:30

eh…org iph memg baik2…hehehehe….

..
 
Comment by Izzat
2008-02-20 18:05:23

wah khai.

seronoknya!
jaga baek2 pemberian org tue.

..
Comment by Khai
2008-02-20 19:57:57

hehe… thankx.. khai akan jaga dengan baik.. insyaAllah..

..
 
 
Comment by NuNu
2008-08-05 15:28:13

rse nk hentak jew kpla kt dinding..
JeleZ kt Khai!!!!

..
Comment by Khai
2008-08-05 16:53:28

hehe… jahatnye nunu..

..
 
 
Comment by ZIE NAZIRA
2008-08-23 20:27:01

AKU PUN DPT ADIAH GAK,TP N70 JERK….N AKU SYG GLER KT HP 2 WPUN X CANGGIH CAM HP KO…WARNA PINK LAGIK…..HAK22

..
 
Comment by dark art
2008-11-04 20:52:34

sape xsuke dpt hp!!!!!!!
uhuk,hp aku pon pnh ilang stu ketike dlu tpi smpai la xde pgggnti nyer lgi.ahak,rzki xdak g,nak wt gane erk..
pepon,ucapan tahniah yg x terhingge wat khai ats kehadiran hp bru tu…

..
 
Comment by Rizal
2008-12-10 08:52:13

Tahniah dpt n73 free.aku tau btapa bestnya dpt gadget cm2.aku tjumpa wbsite kau time aku tgah boring2 je.tahniah.

..
 
Comment by abdusfauzi
2009-03-12 00:28:52

owh.. hehe.
nak jugak. ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by Adha
2013-06-03 00:07:37

Khai apa jadik kat N73 tu sekarang? simpan lagi ke? saja tanya hihi

..
Comment by Khai
2013-07-16 04:51:00

Masih simpan sebab ianya hadiah dari orang kan? Hehehe

..
 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post