Isu Scukz, CGYhost juga Politik

Entri ini khas untuk semua warga Scukz atau mereka yang mengenali apa itu Scukz.
justkhai_scukzandcgyhost.png
Khai hentikan sementara entri best-best untuk semua pembaca blog ni bagi memberi laluan kepada entri khas mengenai isu Scukz dan CGYhost yang tiada kesudahan. Buat pembaca baru, Scukz lah yang memperkenalkan Khai dalam dunia maya ni. Scukz adalah sebuah komuniti remaja di Malaysia dan mempunyai pengikut-pengikut setianya yang tersendiri dan Scukz pula telah disponsor oleh CGYhost sejak dari awal penubuhannya. Nak tahu lebih lanjut, Google adalah tempat yang paling sesuai.

Sebelum itu, korang semua dijemput membaca komen dari orang-orang besar CGYhost semalam di dalam entri Crazy of Luck + Hoster Problem. Baca segala reply dari Encik Yazrie selaku CEO CGYhost. Kalau dah baca, baru korang boleh teruskan baca entri ni.

Ok, first of all, tanpa berdolak-dalih, Khai ingin memohon maaf dari pihak CGYhost tentang beberapa entri lepas yang dilihat telah menghentam CGYhost secara sinis sekali. Malam tadi, Yazrie sendiri hubungi Khai dan kami berbual agak lama jugak la. Yazrie bercerita tentang apa yang dah jadi dan apakah arah tujuan CGYhost selepas ini. Itu membuatkan ura-ura CGYhost sudah bankrupt seperti yang Khai dapat dari bekas staff-staff mereka terus lenyap dari fikiran Khai. Kenapalah baru sekarang kau call aku Yazrie. Kalau dari dulu kan ni semua tak jadi. Sebagai special customer seperti Scukz, berilah tahu Khai dulu sebab Scukz membantu mempromosikan CGYhost. Bila jadi perkara macam ni, orang salahkan kita.Tapi tak boleh salahkan Yazrie sebab dia cakap, dia sakit. Apapun Khai doakan, semoga cepat sembuh.

Ok, kalau dilihat, entri yang Khai tulis tu bertarikh selepas hampir sebulan Scukz down. Sebelum itu, Khai hanya bersabar dan mendiamkan diri dan menunggu sebarang email pemberitahuan sebab dari pihak CGYhost. Yela, web dekat sebulan tak boleh masuk. User plak ramai yang complain sampai takde mood nak reply sorang-sorang kat YM tu. Lama-lama meletup jugak. Sampai terwujudnya Justkhai.Com ni. Buat pengetahuan semua, blog ini disponsor oleh si gadis manis, Syia dan dihostkan di Exabytes. 100% tidak termasuk dalam network Scukz dan sponsorship dari CGYhost lagi.

Encik Hafiz (GM CGYhost) kata, Scukz terlalu banyak makan resource sebab tu disuspend. Dan semua tahu, CGYhost down selama ini disebabkan serangan Ddos yang tidak berkesudahan dari mereka yang bangang. Disebabkan nak berkomunikasi dengan Yazrie via YM punya la susah (sering tidak dibalas), itu telah menimbulkan satu tanda tidak sedap untuk Khai. Ditambah pula dengan berita dari staff-staff tidak dibayar gaji lalu resign (kini ex-staff) dan ditambah lagi dengan ura-ura CGYhost bankrupt yang datangnya dari orang yang sudah biasa dengan CGYhost (Khai rahsiakan siapa). Itu semua sudah cukup membuatkan Khai mempercayai CGYhost bakal bankrupt dan membuatkan Khai anggap data-data selepas ini juga bakal lenyap. Itu semua suatu yang memeritkan. Lagi-lagi bila web down (termasuk web CGYhost sendiri) hampir sebulan. Rasanya ini yang paling lama dan memeritkan. Sangatlah perit disaat Khai memerlukan sebuah portfolio yang cantik.

Tidak dinafikan, kata-kata yang tertulis di blog ini datangnya dari hati Khai. Memang Khai tulis mengikut kata hati yang marah sehingga Khai sendiri terkejut melihat penulisan Khai yang agak tajam dan sinis. Memang jauh sekali dengan personaliti seorang Khai di dunia realiti.Tapi memang Khai bukan jenis yang suka edit balik mana-mana entri yang dah dipublish. Tapi sekarang bila dah tahu cerita sebenar, pihak CGYhost tidak boleh salahkan Khai 100%. Apa yang Khai mampu buat, adalah memohon maaf kerana salah-faham ini dan memberitahu semua orang, penulisan sebelum ini adalah salah-faham antara pihak Khai (Scukz) dan CGYhost.

So Khai harap jika pihak CGYhost masih sudi untuk menjana Scukz, tolonglah unsuspend dan kami seperti biasa, akan terus bantu dan setia mempromosi CGYhost seperti dulu. Dan apa yang Khai harapkan selepas ini, perkara begini tidak akan berlaku lagi. Secara peribadi, sekali lagi Khai dan semua crew Scukz memohon maaf dengan apa yang sudah berlaku akibat salah-faham ini.

Pssttt: Yazrie kata lepas ni tak payah pakai Streamyx lagi sebab CGYhost akan keluarkan broadband mereka sendiri. Sama-sama kita nengok bagaimana. Jika benar semua itu, itu sudah cukup membuktikan siapa CGYhost dan melenyap’kan ura-ura yang ada sebelum ini. Good Luck CGYhost and please take it easy ๐Ÿ™‚

Politik

Izinkan Khai berbicara sedikit mengenai ragam politik kita yang tidak berkesudahan. Pilihanraya dah pun lepas dan kenyataannya (seperti yang dijangkakan), Barisan Alternatif menang besar. Tahniah.

Sebentar tadi semasa Khai melepak makan dengan member-member, tetiba boleh keluar plak cerita part politik. Khai hanya mendiamkan diri kerana Khai memang tak mahu langsung amik port. Tapi dengar dari cerita dia, kerajaan pembangkang nak buat Pulau Pinang seperti Singapura. Mungkin mereka mahu keluarkan Malaysia. Ah, hebat! Dan mengapa Selangor boleh jatuh ketangan pembangkang sedangkan ianya kelihatan tidak mungkin sekali? Menurut member Khai tu, ini satu keadaan yang baik untuk kita lihat sejauh mana pembangkang boleh majukan selangor dan negeri-negeri lain yang jatuh ketangan mereka (mungkin rancangan underground kerajaan BN). Kalau makin bagus, vote lagi untuk diorang padam pilihanraya akan datang. Kalau hampeh, hah, amik kau wahai penggila pembangkang..

Pada Khai, kekalahan BN datang dari beberapa sebab. Kata Pak Lah, “Saya Pantang Dicabar!!” sedikit sebanyak telah membuktikan yang beliau gemar memekakkan telinga tau buat-buat buta dengan rintihan rakyat. Selain itu, Khai dan mungkin seluruh rakyat Malaysia sudah bosan dengan polimik BN yang asyik mempromosi diri mereka menggunakan media massa. Langsung tiada tempat untuk pembangkang. Dari situ dah nampak ketidak-adilan’nya malahan bacul!!

Tahniah untuk PAS dan PKR. Hidup Melayu!! Hidup Islam!! Untuk DAP, yes i know, no racial here, but please’lah respect our religion and people.. Our = Islam People laa.. Tun Mahathir, we miss u!!

Eh, Malas cakap banyak2.. Khai, Shhh… kene bar kang blog ko ni.. BN kan tak suke blogger. Blogger kan nonsense.. Blah la ko BN!

Ditulis pada 4:51 AM 11 March '08 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 628 views | Dalam kategori: Lain-lain | Tweet This!

Eat This Google!: ,


RSS feed | Trackback URI

65 Comments »

Comment by maeng129
2008-03-11 06:52:24

Comment By CGYHosting

Assalamualaikum,

Kami mengambil keputusan untuk memberi Khai 1 lagi peluang supaya mengurangkan aktiviti OVER RESOURCE yang telah dimaklumkan sebelum ini (Berkali kali kami nasihatkan khai !!!). Khai seperti tidak mengendahkan arahan kami sebagai penaja. Data Khai tidak hilang seperti yang Khai nyatakan.

Web khai akan di UNSUSPEND setelah Khai sendiri memohon maaf atas tindakan Khai yang mengeluarkan artikel yang tak bertanggungjawab ini.

Web Khai OVER RESOURCE sehingga menjejaskan pelanggan kami, harap KHAI FAHAM !!!

Kami tidak teragak2 untuk menamatkan penajaan ini serta merta sekiranya KHAI MASIH TIDAK ENDAHKAN ARAHAN KAMI !!!

Harap maklum !!

—————————————————
nak tanye sket laa bkn ke abg khai ngan abg yazrie n a few cgy nyer staff x dpt nak carik ape masalah OVER RESOURCE??

..
Comment by Khai
2008-03-11 07:01:00

yups!!weird hah? sebuah forums under phpibb.. boleh sampai over resource.. dalam sebuah server yang dikatakan yazrie dulu, sebulan RM500…

dah cari, x tahu mana silapnya ๐Ÿ˜

..
 
Comment by FarxpeacE
2008-05-18 02:01:18

Fucking shit la ko cgy..pandai lak ko nak maki2 orang..sekali ko maki orang, 10 kali orang dah maki ko..

pandai lak suruh orang minta maaf, sedar la ko tu email minta maaf pon x ada kasi pada customer2 ko…ha..ha ni la melayu

malu aku dah citer cgy kat member2 aku..dulu punya la aku bangga…

itu x per..ko pikir si khai punya maki ni ajer?aku punya maki ko x nak pikir?customer2 aku punya maki ko x nak pikir?

pikir jatuh ko ajer?aku(customer2 hang) punya jatuh x nak pikir?

jom ramai-ramai bukak google, search ‘cgyhost sial’

sendiri tgk la..:-)

..
Comment by Khai
2008-05-18 02:28:42

apesal aku search cgy sial tu asib keluar link2 blog n web yg ada kaitan ngan aku je.. hahaha.. nasib x de yang kene mengena ngan cgyhost…

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by maeng129
2008-03-11 07:33:07

patutnya Encik Hafiz (GM CGYhost) tanye dulu team dier sbb bile aku baca komen dr Encik Hafiz terkejut gak sbb mmg dulu dlm 3 org cuba mencari ape masalah scukz tp x jumpa.. n di host di server RM500 satu bulan.. tu dah mcm server torrent.jiwang jer.. patutnya x da hang..

..
Comment by Zik
2008-03-12 10:53:23

Jangan bandingkan dengan server torrent.jiwang.cc tu. Torrent menggunakan database hanya untuk menyimpan fail .torrent dan lain-lain database berkenaan ahli sahaja. Kalau dilihat yang paling banyak digunakan dia laman torrent ialah bandwidth sahaja. Lain bagi sebuah laman untuk berforum.

*refresh*refresh*refresh*=*overresource*

..
Comment by Khai
2008-03-12 13:36:55

yups!! betul tu..

(Comments wont nest below this level)
Comment by maeng129
2008-03-12 13:47:44

okey salah aku sbb samakan ngan torrent.jiwang..
lowyat.net tu user on9 dlm 1000++ x pernah lag pon n x pernah dengar over resource pon..

btw nk tanye scukz v1 tu pakai server ape?? x lag pon masa http://www.scukz.com dilancarkan

 
Comment by Zik
2008-03-12 14:48:06

Haha, lowyat bukan pakai php-nuke macam scukz. Lowyat menggunakan php-fusion seperti syok.org. Php-fusion lebih efficent dan lebih ringan dari php-nuke. Siap di integrate dgn forum supaya berkeupayaan dan laju dalam satu database. Perbezaan, php-nuke ialah abang kepada php-fusion. Php-nuke terlalu banyak lubang sehinggakan terlahirnya php-fusion yang lebih berkesan dari segi security walaupun masih bermasalah.

Cakap pasal server. Lowyat tu pakai dedicated server sendiri. Mereka berkerja dalam satu team yang lengkap dengan pakar. Siap main upgrade-upgrade lagi, tak ke power server tu.

#http://www.lowyat.net/v2/latest/server-down-call-the-marines.html

#http://forum.lowyat.net/index.php?act=Search&CODE=show&searchid=9341b9db1cf0ffb62c52789b1fb2f642&search_in=posts&result_type=topics&highlite=server

Scukz kalau tak silap dalam satu server yang besar, sebab cgy asik cakap byk pakai resource je. Kalau cgy letak scukz dalam satu server rasa tak timbul isu resource ni.

 
Comment by Khai
2008-03-12 15:08:39

CGYhost.. masa tu diorang still baru..

 
 
 
 
Comment by musnaz
2008-03-11 08:39:54

fuyoo… cayalah korang! scukz forever!

..
 
Comment by Truckster
2008-03-11 09:49:49

Islam hadhari + project koridor = kegagalan terbesar Badawi & Cronies…

aku mahu gelak-ketawa tentang sandiwara projek koridor yg berkeping-keping tu…ini mengundang banyak WTF dari pelbagai pihak

korang tau x kat kg aku Kelantan sape yg benar2 mahukan projeck koridor tu????

hanyalah Orang Asli di gua musang dan jeli….kawasan bandar2 suma habis disapu pembangkang yg tiada pon menyogok projek koridor tp kebajikannnnnnnnn

pejaddahnya koridor bertrilion ringgit jika rakyat hidup dlm kesusahan + harga baarng yg menekan +harga tol naik + harga minyak naik + kebajikan rakyat terabai…tepuk dada tanya selera laaahhhh, rakyat sudah buktikan dengan tersungkurnya BN di 5 negeri

..
Comment by Khai
2008-03-11 13:31:00

abdullah badawi & cronies..

betul’lah kata Tun M tu.. Beliau ni sibuk nak kayakan keluarga sendiri.. dah kaya nak lagi kaya.. almaklumla, menantu dia si KJ tu kan nak jadi PM.. dalam mimpi je la.. ๐Ÿ˜›

..
 
 
Comment by MK
2008-03-11 10:18:51

biasanya entri2 pedas saje lah yang akan dapat membuatkan pihak yang bertanggungjawab bersuara.. kalau tak, sampai bila pun tak menjawab..

politik.. um.. no komen.. :p

kalau syia buat kompeni web hosting sendirik, sure saya akan tukar ke syiahosting.. hehe..

..
Comment by Khai
2008-03-11 13:22:56

ekeke, dia nak buat bukan dia x boleh… kan syia kan?

..
 
 
Comment by HaRiZ
2008-03-11 12:35:30

hahaha…ayat ni aku tak leh tahan :

“BN kan tak suke blogger. Blogger kan nonsense.. Blah la ko BN!”

BN tak suke bloggers pasal ape, diorang takut makin banyak pekung diorang terbukak dengan adanya Bloggers2 yang prihatin terhadap keadilan rakyat….that`s why la diorang takut…Kalau media massa tempatan boleh la diorang control…Kat dunia tanpa sempadan ni dia nak control ape….hahaha….Tengok je la kat youtube cukup la…kalau taip kat search box perkataan “umno/Barisan Nasional”, mesti kuar yang buruk2 dulu…tak pernahnya nak keluar yang ok ok….

..
Comment by Khai
2008-03-11 13:28:28

haha, betul tu.. agree!! ntah kenapa, makin lama aku makin menyampah dengan mereka.. ape salah blogger nak suarakan hak masing2.. suara masing2.. bukan mintak duit depa pon tolong bayarkan bil hosting, domain or bil elektrik..

isk, bila dah terdesak, nak cakap blogger macam2 plak.. amendeee la..

..
 
 
Comment by Khai
2008-03-11 14:07:51

ISU MENGGEMPARKAN.. DATO’ ZAKARIA MD DEROS (BEKAS ADUN PELABUHAN KLANG) DILAPORKAN TELAH MENINGGAL DUNIA AKIBAT TERKEJUT DENGAN KEKALAHAN MENANTU BELIAU, ROSELINDA ABDUL JAMIL YG BERTANDING DI DUN PELABUHAN KELANG.

MOGA ALLAYARHAM DITEMPATKAN BERSAMA-SAMA ORANG YANG BERIMAN..

pstt: takkan la korang x kenal dato’ Zakaria.. arwah lebih dikenali sebagai dato’ zack … ahli politik yang menggemparkan dengan pembinaan rumah mahligai yg macam disney tu kat Klang sane..

..
Comment by almasrie
2008-03-11 14:47:21

btul ke nie???

takziah utk kluarga die…………………..

..
 
Comment by titan
2008-03-12 11:58:17

aha. aku ada baca berita pasal dia. Takziah pada kuarga dia..

..
 
 
Comment by sekret
2008-03-11 14:46:16

em bgsla dgr scukz nk ok lik cam dl ๐Ÿ™‚ idup scukz

btw harap2 cgyhost lagi ok dari dl la..tgk skrg pn macam makin laju je..

berita yg nk pindah ke cyberjaya tu jadi ke dok?

@pilihanraya2

harap pasni suma lagi makmur..takde lagi mkn duit haram n jgk gambar2 hangat PM2 :p

..
 
Comment by rokudaime_jr
2008-03-11 18:57:23

Huhuhu…..firstly….Aku sebagai sebahagian warga scukz ingin memohon maaf atas ketelanjuran khai dgn entri2 yg panas…heheh…So.harap2 CGY dpt sambung balik menaja scukz.com….[^_^]

Politik????Hahha…Seronok bila aku dpt tau yg BA dpt mengurangkan majaroti 2/3 BN utk PRU-12 ni…..Mungkin rakyat dah terlampau muak dengan cara pemerintahan BN yg sekadar melepaskan batuk ditangga..5 tahun sekali baru nak turun tgk tempat sendiri…x pon kalau ada TV buat laporan dia tempat sendiri..baru YB nak turun padang….Hahha…Padan ngan muka dorang….5 negeri dah pon menjadi milik BA….Selangor,Perak,Penang dan Kedah….Semuanya bukan lah taraf negeri biasa…Tetapi semuanya sekarang sedang giat membangun…Pastinya satu perubahan besar akan berlaku apabila sebuah kerajaan yg baru memerintah….Yg pasti….Rakyat sudah bosan dengan sikap kerajaan yg x abis2 menghentam Kelantan…Memang la kelantan tuh mundur kalau korang x reti bg peruntukan….Apa kes???Apa2 pon..kita tunggu corak pemerintahan kerajaan baru utk 5 negeri ini….

Huhuhu…

p/s::::Aiseh….byk plak aku tulis…Erk…Jgn saman saya..saya orang susah…[^_^]

..
Comment by Khai
2008-03-11 20:49:52

i like… with last sentence tu.. hahaha.. jgn saman saya juga.. saya lagi la orang susah.. LOL…

..
Comment by maeng129
2008-03-11 22:32:50

mcm lagu negaraku** nyer ayat last jer..

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by IcedNyior
2008-03-11 22:40:25

Blog adalah tempat private sendiri. Kalo nak complain, complain je la. Abistu nak minta maaf kat semua org yg Khai pernah complain atau kutuk?

I rasa baik Khai mencari beberapa sponser dan beli hosting baru. Sesuatu hosting yg bagus mempunyai reputasi yg bagus. Kali ini, mungkin masalahnya sbb DDOS. Tp dulu bila banyak kali down, apa pula alasannya?

Dengan duit yg Khai dpt ngan meletak beribu ads kat Scukz tu, takkan takleh beli hosting yg lebih baik? Yer mungkin ada yg tawarkan perkhidmatan free, tp kalau customer service+tuannya senyap, apa jadi ngan user? Terpinga2 dan terkejut.

Tiap hari blog/website down Khai dah hilang peluang mendapat duit melalui advertising. Apatah lagi mereka yg membuka blog bawah naungan scukz yg takleh buka blog mereka.

Apa2 pon, ini hanya pendapat I.

..
Comment by IcedNyior
2008-03-11 22:57:49

takleh edit plak comment atas tu. tak abis tulis. Ni tambahan:

Lagipon, I rasa tak baik yg pihak hosting anda itu berkata “Betapa biadapnye Khai dengan artikel ini.” Rude and over emotional. Khai dah cuba cari derang ngan cara yg baik, nak tanya dengan baik. Siapa tak bengang bila tak dpt mengcontact? Memang PATUT Khai meluahkan perasaan mcm tu.

Mereka kata “Web Khai OVER RESOURCE sehingga menjejaskan pelanggan kami, harap KHAI FAHAM !!!” Kalo dah nak sponser sesuatu community online tu, pastikan ada cukup resources. Baru lah takde masalah mcm tu. Kena tahu kemampuan diri (dan server).

Khai kata, “memang aku nak angkat kaki sebab aku dah dapat sponsor lain ponรขโ‚ฌยฆ”

I suggestkan pegi kat sponsor lain. Dah ada org offerkan, buat lah, apa lagi. Tp pastikan tak kena dua kali la. Pastikan hosting yg reliable (boleh dipercayai). Lagipon ada hosting yg 150GB space & 1500 GB Bandwidth baru RM25 sebulan.

Apa-apa pon, harap Khai dpt buat keputusan yg paling baik.

..
Comment by Khai
2008-03-11 23:12:05

khai tunggu kata putus dari yazrie or staff yg lain kat cgyhost tu.. honestly, mmg yazrie sorang je yg leh bawak berbincang.. coz mungkin dia paham ape yg kita rasa.. yang lain… entahlah..

kalau depa x nak sponsor lagi pon, hope dapat serahkan domain scukz.com tu dengan cara yang betul.. tidak kiralah bagaimanapun.. tu je yg khai mahukan sekarang..

(Comments wont nest below this level)
Comment by titan
2008-03-12 12:03:53

Wokeh. aku tunggu berita itu khai. Aku dah pindahkan satu ke hosting lain domain aku. Yang satu lagi aku biar hidup dulu kat cgyhost. Bagi chance, mana tahu diorang ok plak lepas nih.

Aku buat macam tu sebab aku percaya pada peluang kedua.

 
 
 
 
Comment by maeng129
2008-03-12 00:08:45

ape2 pon skarang bro rilek2 jer.. tunggu keputusan managment cgyhost.. Patient my bro walaupun ko dh lama tunggu

..
 
Comment by Truckster
2008-03-12 10:50:02

korang perasan x??? satu benda ni…kemanakah perginya PAnglima KJ….senyap seribu bahasa?? biasanya dia yg lantang menjawab isu penting negara atas kapasitinya sebagai naib ketua pemuda umno + sijil nikah ngan anak paklah

..
Comment by nawkaz
2008-03-12 12:06:25

panglima KJ kan skg ni jd ahli parlimen rembau..huhu

..
 
 
Comment by nawkaz
2008-03-12 12:03:09

hmm..aku pon dah x tau nk komen ape psl scukz ni..bile dah ok aritu..ade je masalah balik..pening aku..pape pun aku beharap sgt scukz jd mcm sedia kala..aku kalo on9 dah x tau ape nk bukak lg dah kalo scukz xde..

ehm..pasal politik ni plak..aku pon tekezut gak tgk BA byk menang..n9 pun nyaris2 dah pemangkang menang..kat sarawak ni je BN menang besa..kalo bn x menang besa kat sarawak,sabah ngn johor..pak lah kene ketak jawatan laaa..

..
 
Comment by lori
2008-03-12 12:46:07

salamx..

khai dan pihak scukz tak perlu memohon atau mengeluarkan kenyataan maafkepada pihak CGY hosting.Blog adalah medium untuk anda berbicara.apa sahaja adalah luahan hati anda dan percayalah, anda bukan orang yang pertama.Berapa banyak forum membincangkan hal CGY ini?berapa banyak bloger sudah memberikan komen negatif terhadap CGY host?kiralah berapa banyak dan CGY patut muhasabah diri mereka.

Kalau tak puas hati kerana user yang anda sponsor itu makan bandwith anda, anta email atau surat untuk tamatkan terus sponsor tersebut.

imej CGY Hosting dah tercalar banyak dan tak perlu staff2 CGY menuntut maaf atau mengugut hanya akan unsuspen jika khai memohon maaf dari blogger seperti Khai.apa pulak nie?buat hosting tapi upah gangster jadi staff ker?

sedikit juga teguran buat khai..sponsor?WHY DON’t ko beli sendiri hosting untuk scukz?uhh come on lah takkan ko nak berharap dengan sponsor2 nie?tak cukup duit?leh generate income lah…aku pun pernah bukak forum/web portal masa zaman2 belajar dulu, duit tak jadi masalah kalau kita tahu uruskan..

Frankly speaking, aku tengok sampaikan blog ko pun mo orang sponsor?sampai bila?….terasa ati?uh…dioarng yang nak sponsor bukan ko yg minta?OK fine akan tetapi apa pula dengan khai?kalau segalanya orang sponsor,kemana kemampuan saudara untuk terbang tinggi?

CGY host memang ader prob ( yang kitapun kurang paham..)

sekian
lori

..
Comment by IcedNyior
2008-03-12 12:50:04

kalo derang sponser pon, derang patut jaga org bawah mereka. takkan la sbb disponser so takyah nak treat org yg disponser tu sbg customer ke? ah, tak aci

..
 
Comment by Zik
2008-03-12 13:06:48

Setuju, Khai bukan ke ahli berdaftar dalam database scukz mencecah 10,000? Buka donation sewa dedicated server untuk setahun insyaallah boleh. Tak rugi mencuba. Daripada disponsar tapi layanan cam %tut#. Kalau rasa tak mampu pakai dedicated angkat vps pon ok, kena kurangkan apa yang ada dlm scukz supaya web lancar.

Dalam hal ni Zik tak rasa Khai yang bersalah. Damn cgy yang tak beri maklumbalas. Kalau yer pun please respon kepada pelanggan. Bukan yang disponsar sahaja tapi yang tak disponsar pun kena? apa cite?

Apapun Khai kena teruskan hidup.. ek ek ek ayat tak boleh blaaa..

..
Comment by Khai
2008-03-12 15:02:14

tx zik atas kata2 semangat anda tu.. hehe

(Comments wont nest below this level)
Comment by hafreze
2008-03-13 10:10:56

btul gak tue lori, aku memikirkan perkara yang sama dh lama dh. Sorry khai, aku terpaksa ckp cmni, bukan ape, aku pk kalau sume bende disponsor cam tak best jer.

Ko pnah bercerita kat ym ngan aku income ko quite masyuk dengan sume advertisement. Eventually, income ko seorang jer dh mmpu nk dptkan high end hosting. Tambah lagi ngan komuniti suckz yang ramai, aku rs mereka pun rela nk buat donation.

Memang CGYhost amatlah hampeh, aku tau tahap die hampeh mmg tk leh blah pnyer. Tapi, jikalau ko dpt cari company yang at least blh kasi discount rate kat ko, it sufficient utk ko hidupkan kembali komuniti suckz.

Aku pernah juga buat forum2 ni, aku tau betapa lecehnya nk manage forum. So, hope for the best, ape yg lori kata tu ade betul gak.

 
Comment by khai
2008-03-13 10:56:12

masalahnye duit iklan tu tak dapat kat tangan bro.. advertlets nye hal plak… hadoi…

smalam server freak YM aku cakap nak sponsor.. still under discussion.. ngk dulu ar ape kata yazrie..

 
 
 
Comment by exyuze
2008-06-27 18:35:20

err.. mcm x beradab ja. hik3

..
 
 
Comment by lori
2008-03-12 13:07:03

aci kat kedai..lumrah di sponsor……suggestion aku..tak payah di sponsor..sewa lah satu hosting yang baik…’tak sakit pun kalau berjalan tanpa tongkat…’

..
Comment by IcedNyior
2008-03-12 13:08:26

aci tu kawan ko tu yg ko sll nak jaga dlm forum tu. hehehe

..
 
 
Comment by Khai
2008-03-12 13:51:04

lori, khai bukannya datang dari keluarga yang kaya. duit2 khai semua cukup makan je..study kat limkokwing plak lagi.. Kalau khai dah kerja, wait n see je la ape jadi nanti.. for now, terpaksa harap bantuan dari mereka yang mahu sponsor.. itu tak salah.. tiada langsung cacat celanya.. orang berbudi kita berbahasa..

orang tanye mana pergi duit iklan khai.. yer, khai tak nafikan duit dalam akaun advertlets dah hampir mencecah rm900.. tapi advertlets cibai tu bukan nye nak bayar.. bagi alasan cipan!! fuh, sakit hati.. fraud click fraud click kepala lutut depa la.. takkan semua rm900 tu fraud click??!!! damn it!!

and scukz tu, khai x pernah anggap tu website khai sorang.. khai anggap itu website bersama & khai just manage apa yang patut je..

khai belum cukup kaya untuk laburkan duit ke bidang internet ini.. kalau domain tu mmg no hal, tapi kalau hosting, minta maaf aje la…

mujurlah ada orang seperti kak lea & syia yang banyak membantu selama ini..

..
Comment by Khai
2008-03-12 13:54:04

ingat lagi,
khai wujudkan scukz pada bulan disember 2005.. di saat Khai lepas SPM.. kira student lagi la tu.. mana la ade duit sampai pernah kene tipu time beli domain.. then muncul’lah CGYhost memberi bantuan.. masa tu khai beli hosting dan domain dari mereka.. Khai bayar sendiri dengan duit tabung.. huhu

setahun lepas itu sampai la kini, Scukz disponsor oleh cgyhost sampai khai x pernah amik port atau risau pasal bayaran.. kira dah terbiasa di sponsor la ni..

terus terang, khai perlukan duit untuk tujuan lain.. mmg x leh nak dibawa ke web.. isk isk.sedih2.. bila nak kerja ni… ='(

..
Comment by Wizurai
2008-03-12 14:30:36

bisalah student… duit cukupร‚ยฒ makan je…

tapi kalau beli VPS pun okey jugak… try diskusi dgn ahli forum you all…

(Comments wont nest below this level)
 
 
Comment by lori
2008-03-13 22:32:03

saya juga bukan dari keluarga yang kaya pada ketika itu..tapi tiada masalah yang tiada penyelesaian…

padangan saya masih keras mengatakan scukz perlu berdiri pada kaki sendiri…..termasuk blog anda ini…berusahalah..dan rancang cara pengiklanan anda..jalan ada tapi anatara tak nampak atau masih lagi terlalu selesa dengan dibuai mimpi2 “sponsor lah aku wahai hosting company”

..
 
 
Comment by khairilz
2008-03-12 17:29:21

thanx CGYhost sebab tiada lagi server downtime..web aku dah online 24 jam..baguslah sebab CGY dah tukar data center..

..
 
Comment by azleah
2008-03-12 17:32:14

bagus la tu, at least dah tahu sebabnya..
terlajak perahu boleh diundur, kata²?? huhu.. sorry seems to be the hardest word la… ๐Ÿ˜›

..
 
Comment by khaiphotography
2008-03-13 08:04:33

hahah.
PKR win selangor…
lepas nie ko kena gi kuliah pakai jubahlah. kak nieza plak kena pakai pudra haha!
kidding!

oic. cgy give statment like that! ape² pn client must important.

..
 
Comment by deennasour
2008-03-13 18:10:09

deen bukan le pro-BN,
tapi ayat khai kat ujung tu bunyi cam kasar jerk,
felda bukan sumbangan BN ke?

..
Comment by Zik
2008-03-13 18:56:34

Felda untuk peneroka sekali untuk pancing undi la tu. Itu sebab Tun Mahathir kata Dato Najib yang lebih layak dari paklah jadi pm. Pengerusi felda Dato Najib. Tapi felda ada kes saman oleh peneroka, apa cerita pulak?

..
 
Comment by Khai
2008-03-13 20:22:42

Dean, thats all about blog.. i mean blogger…

pasal felda ke ape ke, tu ekceli bukan duit BN.. tapi duit rakyat.. hasil pencarian dari hasil bumi Allah swt..

..
Comment by deennasour
2008-03-16 16:08:32

hehehe..
yelah yelah…
duit rakyat semua tu…
bayar gaji pemimpin pun duit rakyat….

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by gie
2008-03-14 01:51:47

pingback aku sumer tak masuk…ish ish..ko delete ye khai..haha…erm…cukup sekali aku disponser..haha…

..
Comment by Khai
2008-03-14 04:04:56

aik x tahu la gie.. aku dah check everything ok je.. nanti2 sampai le tu ping dari ko.. hehehe..

skang blog ko host kat mane? seriously, slow gile..

..
 
 
Comment by azleah
2008-03-14 15:27:27

aku kan… lebih pada opposition, dulu iye la, sokong BN habis²an tapi bila minda ni dah tua (haha), beralih arah lak.. ni pengajaran utk mereka² yg hanya tahu bercakap tapi tak tunaikan janji pada rakyat. asyik duduk diam² dalam kemewahan sendiri macam ular sawa. haaaaa skrg rasakan. padan muka… eee tak malu!!! hahaha.. aku ni panas hati gak bila ada yg fanatik anti-BN kat sini cakap BN menang besar kat sabah/sarawak/pahang sebab semua penduduk kat 3 negeri ni SEMUAnya terdiri daripada Orang Asli dan mereka yg tak sekolah tinggi. wth!!! cousin aku bertanding utk PKR gak tapi kalah teruk kat BN. sampai hati hamba² allah yg merendah-rendahkan penduduk kat negeri aku tu macam tu ๐Ÿ™ tak pe… tunggu aku habis degree law nnt, siap la bumi di bawah bayu tu milik pembangkang! aku benci Barang Naik!

ni ada cuit² sikit – undi PAS masuk syurga (Pilihan Aku Syurga)… undi BN?? (Berjalan ke Neraka) huhu… upsss!!!

..
 
Comment by corallinkz
2008-03-15 01:39:47

ala khai..

kor pegi je kat webhostingtalk.com atau digitalpoint bhgian hosting

kor wat satu topic apa specs kor nak etc. konform ramai offer kor nye, kt situ kor minta la kurang cket. pasal duit lak, be creative, kor jual la iklan/ebook etc. hosting masa mula2 mmg sakit nak bayar, lama2 bila da sedap dpt duit no halnye la..

..
 
Comment by gie
2008-03-24 07:14:02

selow…alahai..

..
 
Comment by emptyspace
2008-03-24 11:53:41

an semua tahu, CGYhost down selama ini disebabkan serangan Ddos yang tidak berkesudahan dari mereka yang bangang.

satu ketika dulu, aku antara golongan yang disebut “bangang” kerana melakukan dDos ke atas CGYhosting..

sbrnye, ape yang ko tulis mengenai yg aku quote takde betulnye… aku bagi jwpn simple la..

user Scukz tu ramai, hosting CGY tu cam tahi, bila ramai orang disumbat dalam satu bas “mini”, macam mana bas nak jalan? jgn salahkan orang yang membuat dDos.. entah2 langsung takde orang buat dDos.. siape sangatlah nak jatuhkan CGYhost ni? kalau dah tau server lembab mcm tahi, upgrade aje la server, takde duit? jangan buat hosting murah2 yang tak balik modal.. kalau rasa tak boleh host high traffic website, jangan sponsor!

..
 
Comment by adam
2008-03-26 17:39:23

Satu cadangan untuk Scukz.com, lepas ni cuba untuk tukar dari platform phpBB ke platform Forum yang lebih stabil seperti IPB, vBulletin atau SMF sebab phpBB tidak mengoptimizekan penggunaan bandwidth.

Disebabkan phpBB adalah satu component atau module kepada Php-Nuke, jadi mungkin ini merupakan punca kepada berlakunya overload resources sepertimana yang pernah aku alami sebelum ni.

Jadi, penyelesaian kepada masalah ni, tukarkan kepada platform baru yang lebih stabil dan tak dinafikan proses untuk ke platform baru memerlukan sedikit kepakaran jika anda sayangkan registered user + forum posting.

Selamat berkomuniti ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by topo
2008-04-12 16:56:10

cgy jam lagi…..

..
 
Comment by Zamri
2008-04-17 17:06:34

problem lagi !! server cgyhost dah 9 hari down. website dia sendiri http://www.cgyhost.net.my tak boleh buka. RUGI!!!..

..
 
Comment by Hassim Hassan
2008-10-19 01:43:07

Kita orang melayu perlulah bangun! Kita tidak patut masih ditipukan oleh UMNO!!! UMNO hanya menjaga sendiri,bukan kita,anda boleh nampak kenyata ini dari pelbagai segi! Rasuah dan kepentingan sendiri ialah sifat Barisan Nasional!Sokonglah PKR,DAP dan PAS, kita juga perlu tahu walaupun kita nampak cina sentiasa mengawal eknonomi kita, tetapi kita perlulah lihat dari segi mereka, mereka juga fikir kita sentiasa mengawal politik! Selain ini, sekarang kita juga boleh nampak banyak melayu sudah menjadi kaya, mempunyai rumah besar dan kereta mewah!Kalau kita tak rajin mana nak dapat kemewahan? adalah sentisa mengantung terhadap kerajaan? Jikalau anda orang yang suka gantung terhadap kerajaan, maksudnya anda seorang yang malas!! malas tak boleh marah terhadap bangsa lain! Kita perlulah mencapai perpaduan!!Macam ni bila boleh capai perpaduan??? Kita perlu sentiasa ingat kita semua ialah bangsa Melaysia!

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post

  • Ceritera Dunia - Noorizam Shah dot com | EZBUS: Anda tidak perlu beratur panjang
  • Website Slow..?
  • CGYhost = problem... | my liFe as topO...