Gegar U!

Dah pukul 3:36 pagi. Masuk hari Rabu dah rupanya. Pantas betul waktu berlalu. Lambat sikit aku update hari ni sebab baru je lepas abis basuh kain, bilas kain dan jemur kain. Haha.. gile agaknya aku ni. pagi pagi buta time orang ngah nyenyak tidur, aku jemur kain ye time mata hari tengah berdiri di ufuk negara sebelah sana. Kehidupan di hostel ni membuatkan aku lupa yang aku pernah menggunakan mesin basuh ketika di rumah dulu. Biasalah kau semua yang pernah merantau untuk belajar, pasti melalui saat-saat sukar ini tetapi terpaksa jua ditempuhi. Teringat aku mengenai seorang member aku, budak Interior Design yang dah pun berambus dari sini. Kehidupan dia di hostel ni tak pernah basuh baju dan tak pernah buat assignment. Akhirnya kena tendang oleh Universiti. Terus pergi cari kerja kat Melaka. Mak ayah kat rumah mati-mati ingat anak dia tengah bersungguh-sungguh belajar. Ape nak jadi pun tak tahu la. Pandai-pandai kau lah wahai si Malin Kundang.
Harini aku betul-betul happy. Petang semalam aku pergi IOI Mall dengan my bestfriends and also, my girlfriend la. Dia ajak aku gi IOI Mall sebab nak belikan hadiah birthday aku. Birthday lagi 3 hari, tapi aku dah dapat hadiah awal. Siap dah tahu plak tu hadiah apa. Tak suprise langsung la. Hehe.. tapi takpa, aku suka sangat sebab dia belikan aku kasut B.U.M baru. Kasut Adidas (ex-girlfriend kasi) yang dah setahun aku pakai tu mungkin akan ku lupakan buat seketika. Biarpun hadiah harijadi dari dia ni hari-hari aku letakkan di kaki, tapi peng’ertian’nya, betul-betul terletak di tempat tertinggi di dalam sanubari ini. Bertapa aku menghargai’nya setiap pemberian dari orang yang hadir dalam hidup aku tidak kiralah teman istimewa, sahabat baik mahupun sesiapa sahaja. begitu juga aku harap orang menghargai setiap apa yang aku berikan pada mereka. Tidak salah untuk saling manghargai bukan? So sayang, jagalah Teddy Bear Pink tu baik-baik. Kalau dah taknak, kasi Khai balik. Khai suke! hehe..
Hari ini akan berlansung Konsert GEGAR U! di Limkokwing University, Cyberjaya. Tak sabar aku nak pergi pukul 11 pagi nanti. Dengar cerita ramai budak Akademi Fantasia join sekaki. Betul ker? Tunggu je update dari aku esok! Kalau kau masih belum tahu apa itu GEGAR U!, kau memang katak di bawah speaker (tempurung tak best). GEGAR U! ni dianjurkan oleh Penyayang Malaysia. Hasrat mereka adalah untuk mengumpul’kan satu juta mesej dari para remaja di Malaysia. Kau rasa boleh ke ianya direalisasi’kan? Kau pasti rasa ianya susah untuk direalisasi’kan kerana kau tak rasa pun budak remaja kat Malaysia ni nak menyumbang sedikit untuk negara. Apa taknya, kau sendiri pun belum buat. Jom lah ramai-ramai jayakan projek ini dan tunjukkan yang remaja di Malaysia ni betul-betul Cemerlang, Gemilang dan Terbilang!! yay!!
Web: http://www.penyayang.org.my/gegaruV2/
Pssttt: Aku tertunggu-tunggu present dari seorang member baik aku ni, Fatihah aka Pat. Dia dah janji nak buatkan cenkodok ntuk present birthday aku. hehe.. best juga sekali-sekala rasa air tangan kawan kan?.. aku rindukan cenkodok. Dulu time di kampung, kalau mak aku buat, aku la yang jadi tukang abiskan. Bila di hostel, bukan setakat cenkodok, Kodok (katak) pon susah nak nampak! Cis!! Sabar aje la! Cenkodok ni adalah sejenis kuih bila adunan tepung di campur dengan kentang, bawang dan ikan bilis. Makan cicah dengan sos! wow!!
Gegar U! 2.. Click Here
















