Archive for 'Daily Craps'

Antara si dia, Xperia X8 dan iPod Touch

Dear diary,

Empat hari lalu, baru je aku nak tidur pagi dalam pukul 9 macam tu lebih kurang (melepak dari lepas subuh kat McD sebelumnya tu), member ajak temankan pergi Serdang pulak sebab dia nak ambil buku yang dia photostat kat sana. Nak photostat apa-apa memang murah kat Serdang tu. Maklumlah harga student UPM punya pasal. Hehe. So aku bertiga pun bergerak la ke sana naik BMW bewarna Kuning. No plate rahsia. Hehe.


* sempat singgah makan apam balik perisa Durian. First time jumpa. Hehe

Then kawan aku nye kereta tu tingkap dia problem sikit. So bila kat tol, dia boleh terbukak pulak tingkap, dah x pasal-pasal tak boleh nak tutup tingkap tu. So park depan Maybank Serdang untuk member aku nak keluarkan duit. Aku pun sempat topup Touch n Go ke dalam MyKad aku. Senang nak bayar tol guna IC je. Haha.

So kitorang pun betulkanlah tingkap kereta tu depan Maybank tu. Habis semua dibukaknya. Aku jadi mando je sebab aku memang x pandai nak hitamkan tangan ni. Tangan diorang, hitam penuh minyak takyah ceritalah. Hehe. So sejam lepas tu, siaplah tingkap tu diperbetulkan. Nasib siap cepat. Mandi peluh takyah ceritalah. Aku yang tolong tengok ni pun dah basah kuyup, ape lagi dua orang member aku tu kan. Macam baru lepas main hujan kat luar rumah. Hahah!

Perut yang dari tadi memang kebuluran, membuatkan kitorang terus menuju ke KFC di The Mines. Kali terakhir aku pergi The Mines ni dalam 3 tahun yang lalu kot. Masa masih lagi study di Limkokwing University, Cyberjaya. Lulz. Banyak gila benda dah berubah. Haha. Ops, teringat pulak kenangan lama dengan ex-gf dulu. Situlah port we all dating dan shopping sama-sama sambil tengok ikan-ikan kat situ. LMAO~ (more…)

Posted on 29 March '11 by , under Apple, Daily Craps, Hidup Khai. 87 Comments.

Sejak bila main kutu haram?

main-kutu

Tak boleh nak kelip mata nengok tajuk utama akhbar Kosmo hari ni (29 September 2010). Khai baca online je la ye (I ni saving orang’nye. Haha). Dah 22 tahun Khai bernafas atas muka bumi ni, baru hari ni tahu yang main kutu ni haram. Dulu masa kecik selalu je nengok mak Khai main kutu dengan jiran. Dan semalam baru bincang-bincang dengan girlfriend nak ajak member-member main kutu. Dan hari ini….

KUALA LUMPUR – Aktiviti main kutu yang popular di Malaysia dan banyak dianjurkan secara kecil-kecilan di kalangan masyarakat di negara ini sejak dahulu lagi rupa-rupanya salah di sisi undang-undang.

Ramai yang tidak menyedari hakikat itu. Mengikut undang-undang, tidak ada individu mahupun syarikat di negara ini dibenarkan menganjurkan pelaburan wang kutu termasuk aktiviti mengutip wang orang lain bagi tujuan membina rangkaian perniagaan. (more…)

Posted on 29 September '10 by , under Daily Craps. 65 Comments.

Antara Internet dan Bulan Kemerdekaan Negara

Salam 1Malaysia guys! Motif entri ni dimulakan dengan Salam 1Malaysia, tentunya lah artikel ni lebih bersikap patriotik. Kalau tengah-tengah bulan Ogos ni orang sebut pasal partiotik, apa lagi kalau bukan sebab Merdeka kan? Takkan sebab Deepavali pulak? Hehehe

Oleh kerana Khai nengok suasana sekeliling Khai, langsung tak nampak inisiatif kerajaan kita dan rakyat untuk sambutan bulan kemerdekaan negara untuk tahun 2010 ni, So Khai cuba la sampaikan sedikit sisa-sisa patriotik yang ada dalam jiwa Khai ni melalui blog. Kalau nengok kat TV pun, macam nak taknak je iklan merdeka tu diorang buat. Mungkin tak boleh salahkan diorang sebab merdeka tahun ni jatuh pada bulan puasa dan nak dekat-dekat raya pulak tu. So mungkin ramai antara kita yang lebih rela habiskan duit untuk beli baju raya dan juadah hari raya berbanding membeli bendera untuk dikibarkan di depan rumah mahupun di kenderaan.

Khai pun sama je sebab tu sama-sama la kita hayati bulan merdeka ni melalui internet. Ok la ada juga dari takde langsung kan? Ok dari hanya pandai berbicara tapi tiada tindakkan. Yeehhaa! So kita mulakan dengan menanam semangat kemerdekaan melalui internet dahulu. Bagaimana? (more…)

Posted on 19 August '10 by , under Daily Craps, Istimewa. 41 Comments.