Archive for 'Hiburan'

Ghost – Season 2 yang wajib ditonton

Ghost, satu-satu’nya drama tempatan berbahasa inggeris yang mendapat paling banyak liputan dan buah mulut rakyat Malaysia. Ianya termasuklah di blog-blog rakyat Singapore dan Malaysia sendiri. Drama ni tak perlu diperkenalkan lagi sebenarnya. Tapi Khai rasa masih ramai yang ‘blur’ dan ketinggalan mengenai drama Ghost ni. Khai pernah buat satu entri dulu mengenai Ghost musim pertama. Boleh usya kalau nak rasa penangan Ghost ni.

Percaya atau tidak, Khai ketinggalan sebenarnya untuk menonton Ghost Season 1 dulu. Tapi terima kasih pada Youtube. Khai habiskan semua episod dalam masa satu hari. Percayalah, cerita ni memang membuatkan korang addict untuk tonton dari satu ke satu episod selepasnya. Non-Stop!

Kalau terlepas Ghost season 1 tu, boleh la search kat youtube “8tv ghost”. Ramai sebenarnya yang bencikan drama tempatan sebelum ni, serta merta berubah tanggapan bila menonton Ghost. Nama Eza dan Zack Imran pasti akan melekat dalam ingatan korang sampai mati. Seriously! Seperti tajuknya, cerita ini memang betul-betul ber’hantu.

Lihat Short Trailer Ghost Season 2.. (more…)

Posted on 25 April '09 by , under Hiburan. 57 Comments.

Kini, Aku Benci Pekida


Khai cukup menyampah, bosan dan jelik dengan kisah Awie yang ingin menyaman ayahanda Pekida, Haji Jamaluddin Yusof dek kerana tuduhan kononnya dia mengambil yuran ahli dari ahli Pekida yang lain. Hey come on, buat malu je. Ape ni kononnya pertubuhan Melayu Islam. Tapi sesama ahli pun boleh nak saman menyaman. Alasan Awie, dia difitnah. Tapi mengapa perlu saman? Tak boleh bincang baik-baik ke? Awie Ayahanda Ukays Perdana saman ayahanda Pekida’nya sendiri? Hurm.. Perkembangan terbaru yang Khai baca, si Haji Jamaluddin Yusof tu pulak sedia di saman oleh Awie. Dia tak takut langsung. Mungkin berani kerana benar? katanya, anak melayu pantang dicabar! Rasanya kalau takde lagu dangdut, masakkan punggung bergoyang wahai saudara Awie kan? Haha peribahasa baru hari ini. Keterangan lanjut korang boleh usya Harian Metro. (more…)

Posted on 23 December '08 by , under Hiburan, Tergempar. 228 Comments.

Anugerah Skrin 2008 Membosankan


Even Khai seriously busy malam tadi setting Forums Scukz, sempat jugaklah usya sekejap TV3. Bila rasa bosan je, pergi balik depan laptop (khai tak suka duduk depan PC sambil nengok TV). Hurm, entah mengapa, rasanya malam tadi kurang bertenaga sikit la Anugerah Skrin ni nak dibanding dengan dulu. Selain dari gandingan pengacara, Adlin Aman Ramli dan Nurul Syuhada Nurul Ain yang memang Khai dah jangka langsung tidak menjadi, persembahan malam tu pun agak membosankan. Artis yang sama je macam setiap kali konsert Jom Heboh. Alahai. Ketandusan artis rupanya Malaysia ni.

Apapun, untuk yang tak sempat melihat atau mendengar Anugerah Skrin ni, berikut adalah sedikit kronologi apa yang terjadi pada malam Anugerah Skrin 2008. (more…)

Posted on 8 November '08 by , under Hiburan. 52 Comments.