Archive for 'Kisah Cinta'

Harus’kah ku berikan bunga ini untuk kekasih baru ku?

Aduhai. Ada seorang hamba Allah ni, memang rajin forward email kat Khai. Banyak entri kat Oh! Tidak tu pun sumbangan dari dia la. Orang nya Khai tak kenal. Tapi nickname dia kacang merah. Hehe. Hi Redpeanut! Thanks a lot! Tapi kan ada satu email dia kasi tu, menjadi keberatan untuk diletakkan di Oh! Tidak. Tapi letak kat Justkhai dulu pun ok la kot.

Perlu’kah blog ini dijadikan blog lucah? Tidak perlu ye tak? Kalau korang dah gatal sangat nak melayan benda-benda lucah, bersepah web lucah kat luar sana. Google aje iye tak? So apa kata hari ni kita nengok keajaiban ciptaan Tuhan. Gambar pokok bunga je kot. Takde apa yang menarik.. Lalalala!!

Ada yang lebih real di dalam.. (more…)

Posted on 29 May '09 by , under Kisah Cinta, Tergempar. 69 Comments.

Aku lebih menderita sebenarnya..


Beberapa hari lepas, sekali lagi Khai menjadi orang tengah bila ada member-member Khai yang gaduh. Before, kalau lelaki dengan lelaki tu gaduh, jadi hero tu biasalah. Tapi bila couple yang gaduh dan ianya melibatkan soal hati dan perasaan, bukan semua orang mampu menjadi hero.

Siapa dan pasangan mana, biarlah ianya menjadi rahsia. Takut-takut kawan Khai tu terbaca pulak artikel ni nanti. Nak dipendekkan cerita yang lelaki ni memang kawan baik dengan Khai. Yang perempuan tu juga kawan Khai tapi kenal-kenal macam tu je la kan. Lebih-lebih nanti takut kena pijak pulak dituduh merampas kekasih kawan sendiri. Hehe..

Nak dijadikan cerita, si gadis menghubungi Khai lepas sahaja bergaduh dengan teman lelaki dia yang juga kawan baik Khai. Sebuat pasal kawan baik ni, Khai kenal sangat siapa dia dan bagaimana sayangnya dia kat si gadis ni. Bila si gadis ni call, suruh Khai jadi watak utama supaya dapat jauhkan lelaki ni dari dia, bukan perkara yang mudah rasanya.

Kata si gadis, dia memang sayangkan si jejaka tapi dalam hatinya terbagi sayang pada lelaki lain. Tapi sayang kepada si jejaka ni tadi lebih dari lelaki yang lagi satu (FYI, lelaki lagi satu tu adalah ex dia yang kembali menagih cinta). Khai potong kata dia sebab kata-kata macam ni tak ubah hanya perangai seorang wanita yang selalunya takkan pernah puas mengejar kesempurnaan. (more…)

Posted on 20 May '09 by , under Hidup Khai, Kisah Cinta. 72 Comments.

Sepi~

[audio:sepi.mp3]
Play audio sambil baca entri pun best.. Hehe

Tak banyak lagu di dunia ini yang mampu buat air mata ini berlinang dan mengalir deras. Tetapi lagu dari Soundtrack Sepi di atas ni betul-betul menyentuh jiwa. Menusuk ke kalbu hingga memadam kejantanan yang ada pada diri aku. Biarlah orang nak kata aku pondan sekalipun, dah memang aku jenis lelaki yang teramat-amat sentimental. Lelaki yang punya jiwa yang teramat-amat lembut seperti tisu.

Aku punya duit, aku punya keluarga yang sayangkan aku, aku punya handphone canggih, aku punya laptop canggih, aku punya kawan-kawan yang baik dan aku punya segalanya. Syukur Alhamdulillah. Cuma satu, aku kehilangan sesuatu yang dulunya menjadi pelengkap dalam hidup aku.

Kehidupan harian aku kini berubah. Jika dulu setiap pagi pasti ada seseorang yang akan kejutkan. Begitu juga sebelum tidur. Dulu aku sering menerima SMS yang amat jarang aku balas. Aku pernah katakan yang aku bosan pada dia. Bila dia memerlukan aku, aku tak pernah ada di sisi dia. Bila dia ada masalah, aku sering memberikan alasan banyak kerja dan jarak jauh untuk aku ke sana. Padahal Cyberjaya ke Klang bukanlah jauh mana. Bila dia call aku, aku seringkali memberikan macam-macam alasan untuk memutuskan talian. Aku lebih senang bila berbual dengan wanita lain berbanding dia di telefon. Dalam masa yang sama dia yang paling aku sayang. Aku sendiri pun tak faham.

Kini dia dah tiada. Tak mungkin kembali dalam hidup ni. Betul’lah kata orang. Sayangi seseorang itu seadanya. Sayangi semasa dia masih ada. Bila segalanya seakan-akan sudah terlambat, tiada kata lagi yang mampu untuk dilafazkan. Apapun aku tetap bersyukur biar di mana pun aku dan dia berada, kami masih dapat melihat Bulan yang sama. Alhamdulillah.

Satu lagi personal entri di Justkhai. Maafkan ku…

Posted on 4 May '09 by , under Hidup Khai, Kisah Cinta. 65 Comments.