Archive for 'Istimewa'

Blogging kerana minat atau nak jadi kaya?

Salam guys. Tiada mukadimah melainkan straight to the Ampang Point je la ye? hehehe.

Lama tak tulis artikel berkaitan blog. Takpelah sebab dah banyak sangat kot Khai tulis sebelum ni tinggal korang yang belum baca tu nak selak-selak artikel lama atau tidak je kan? Tapi kali ni saja nak bangkitkan isu mengenai lambakkan blog yang tumbuh macam cendawan ni. Lima tahun yang lalu di awal-awal Khai membabitkan diri dalam bidang ni secara serius, dunia blog kat Malaysia ni (terutama blog Bahasa Melayu) tak semeriah sekarang yang memang warna-warni dengan pelbagai ragam. Masa tu blog melayu boleh dikira dengan jari je kot.

Semalam, member Khai yang bernama Hanz (bukan nama sebenar) kasi Khai duit suruh belikan dia hosting dan domain. Well nice, satu permulaan yang betul dan baik untuk bergelumang dalam bidang ini. Khai terus tanya dia nak blogging sebab minat atau nak jadi kaya? Dia jawab kerana minat. Nice dude.

Dulu ada member Khai suka sangat nengok Khai dalam bidang ni dan dia pun nak buat benda yang sama. Beli laptop, then study sikit sebanyak secara personal dengan Khai tapi akhirnya, dia give up dan terus kecundang dan terpesong penggunaan laptop tu ke benda yang sia-sia (game, facebook etc). Kerana niat asal dia nak ada blog sebab nak jadi mudah, kaya dan senang dalam semua perkara. Nak ada duit tanpa perlu bekerja keras (di mata dia walhal tidak sebenarnya).

Percaya tak dalam apa-apa bidang pun, minat yang akan menjadikan korang berjaya? Bakat tolak tepi dulu sebab bagi Khai, bakat ni boleh diasah kalau korang rajin cuma kalau dah memang ada bakat kurniaan Tuhan sejak azali, lagi mudah untuk korang berjaya dari orang lain. Jadi bersyukurlah dan percaya pada instinct. Kalau ada bakat tapi takde minat pun, tak guna juga kan? (more…)

Posted on 29 July '10 by , under Blog, Istimewa, Motivasi. 60 Comments.

Andres Iniesta Write The Future

iniesta

Ok, akhirnya lepas sebulan sakit and rabak-rabak mata melayan World Cup, hari ni habis pun akhirnya. Hari ni kompem ramai yang pergi opis mata rabak nak terkoyak sebab final nye match sampai 120 minit kot? Nasib ada goal jugak dari Andres Iniesta, kalau tak tambah lagi penalti, dah ramai amik MC terus esok. Bos pun belum tentu masuk office. Hehehehe. (more…)

Posted on 12 July '10 by , under Hidup Khai, Istimewa. 38 Comments.

Ada Apa Dengan Penjara Pudu

penjara-pudu-1

Penjara Pudu. Hurm, rasanya siapa yang tak pernah tahu kewujudan Penjara Pudu ni, korang memang bukan rakyat Malaysia (syuh syuh). Dulu masa Khai kecik (5 ke 6 tahun macam tu), selalu teruja bila lalu sebelah Penjara Pudu ni. Time tu lukisan kat tembok dia cantik lagi sebab terjaga. Nak nengok dalam memang tak dapat la, tapi teruja dengan lukisan pemandangan sepanjang tembok penjara tu. Memang sangat cantik dan menarik. Tapi lagi teruja bila dah besar sikit, baru tahu yang lukisan tu dilukis oleh banduan-banduan yang pernah menghuni penjara tersebut. Tembok (mural) sepanjang 384 meter tu (terpanjang di dunia) diorang lukis menggunakan 2,000 liter cat! Hebat kan diorang. Korang boleh buat? Hehe.

So baru-baru ni heboh yang Penjara Pudu ni akan dirobohkan dan kini dah pun dirobohkan sikit demi sedikit. Serious rasa sedih tu memang ada sebab tempat tu banyak kenangan untuk ramai orang dan diri Khai sendiri. Bukanlah bermaksud kenangan pernah menghuni kat dalam dia, tapi Penjara Pudu ni memang ada sentimental value dia, biarpun ia hanya sebuah penjara (tempat orang jahat). Kisah hantu dia pun ada sebab ada 180 pesalah telah menjalani hukuman gantung sampai mati kat sini. Woot!!

penjara-pudu-2

So malam tadi dalam pukul 4 pagi macam tu, lepas habis layan Argentina VS Greece kat Dataran Merdeka (yay! Argentina menang!), terus pergi buat lawatan sambil belajar menggedik kat Penjara Pudu jap nak nengok keadaan terkini dia. Dari pintu utama penjara tu, tembok sebelah kiri memang dah habis dimusnahkan. Tembok belah kanan, sedang manangis mengenang nasib beberapa hari lagi.

Terkilan memang tak hengat. Sebab apa? (more…)

Posted on 23 June '10 by , under Istimewa. 62 Comments.