Archive for 'Religion'

(Entri Khas) Salam Maulidur Rasul 1430H buat pembaca JustKhai


Memang tak patut dan sangat kejam bagi blogger beragama Islam seperti Khai dan kamu kalau hari raya boleh buat entri khas ucap Selamat Hari Raya, tapi bila sampai hari sambutan Maulidur Rasul, boleh buat “dont know” je pulak yer? Thanks Azizwan kerana mengingatkan.

Hari ini, 12 Rabiul Awal 1430 Hijrah bersamaan 9 March 2009, kita menyambut ulangtahun hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam) sebagai nabi terakhir yang diutus oleh Allah SWT. Baginda dilahirkan pada hari Isnin 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Hampir 1438 tahun dahulu.

Alhamdulillah, sampai hari ni, penganut Islam masih lagi yang teramai di dunia ni. Tapi tak payah nengok jauh lah, di Malaysia sendiri memang ramai beragama Islam, namun malang hanya Islam dari segi nama dan keturunan. Orang tua-tua cakap, Islam turun-temurun. Bila ibu bapa Islam, anak pun ikut Islam tapi hidup tak serupa orang Islam. Mulai hari baik bulan baik ni, Khai berpesan kepada diri Khai sendiri dan semua pembaca blog picisan ini, marilah kita bersama berubah ke satu tahap yang lebih baik dari semalam.

Harap kat tempat korang adalah dibuat sambutan Maulidur Rasul ni kerana keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja diterima oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya. Jika korang dah membaca hingga ke baris ini, sama-sama kita berselawat ke atas rasul junjungan kita, Muhammad s.a.w.

Akhir kata, kita semua tahu yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu datang dari diri kita sendiri. Oleh itu, sama-samalah kita mengurangkan apa yang dikatakan buruk itu kerana setiap yang baik itu, pasti akan menerima ganjaran yang setimpal begitu juga yang buruk, pasti akan ada balasannya. Terima kasih kerana terus membaca blog ini dan terus melayan hiburan yang tercetus di semua projek Oh! yang sedia ada. (more…)

Posted on 9 March '09 by , under Religion. 39 Comments.

Wajah manis syuhada Gaza


Ah mata mengantuk ni tapi dah tak boleh nak sambung tidur. Pagi tadi nengok ManUtd vs Inter Milan kat Astro 812. Pendek kata tak nengok pun takpe sebab memang bosan gila diorang main. Mungkin corak Inter tak sama dengan rentak permainan di Eropah. Diorang main ganas woo.. Siapa nengok tahu lah. Dan Khai tak sempat kira pulak berapa kat kuning yang referee kasi semalam. Bayangkan sampai yang duduk kat bangku simpanan pun boleh kena kat kuning. Alahai Inter. Tapi referee dia pun satu bangang. Rooney yang tak patut kena kad kuning pun, boleh kena kad.

Lagi 10 minit bola nak habis, mata dah ngantuk. Ah takpelah, tunggu lagi 10 minit mana tahu kot-kot ada gol. Sampai la habis bola, takde jugak gol. 0 – 0 beb.. Dalam hati menyumpah habis. Tak guno! Tido je dalam setengah jam, abah dah kejut bangun solat subuh.. alammak?!!

Ok la.. Mukadimah je yang panjang ni. Entri ni ringkas jer sekadar nak tunjuk wajah-wajah pejuang Gaza yang meninggal shahid. Ya, ini bukan kali pertama wajah syuhada ditunjukkan di sini. Wajah pengebom bali pun pernah dipaparkan di sini dan korang boleh lihat sendiri bagaimana manis rupa wajah mereka walaupun maut dengan hukuman tembak.

Berikut adalah wajah-wajah pejuang Gaza yang telah terkorban demi perjuangan menyelamatkan tanah tempat tumpah darah mereka sendiri. Al-Fatihah.. (more…)

Posted on 25 February '09 by , under Religion, Tergempar. 37 Comments.

Kita sebenarnya lebih….


Nak dijadikan cerita, semalam tunang akak Khai suruh buat reservation 4 tiket wayang cerita Geng. Hurm, GSC Alamanda untuk jam 6 petang dan 8 malam, kedua-duanya FULL house daa. Ditutup untuk tempahan online. Hurm see.. tak sabar nak tunggu berapa kutipan Geng ni nanti. Sungguh terharu walau nyatanya Khai langsung tiada kena-mengena. Eh ada, Khai adalah warga Malaysia yang berbangga dengan produk animasi 3D tempatan. Kan? dan korang?

Entri hari ni ringkas sahaja. Taknak susahkan korang untuk baca panjang-panjang. Biar entri ringkas, asalkan tepat, padat dan mutakhir. Haha, ala-ala slogan RTM gitu ye tak? Entri dipetik bulat-bulat dari Oh! Tidak.


Kita sebenarnya… Lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram.

Kita sebenarnya… Lebih tahu apa itu 14hb Februari daripada 12 Rabiulawal.

Kita sebenarnya… Lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat.

Kita sebenarnya… Lebih Khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan.

Kita sebenarnya… Lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada Sembahyang.

Kita sebenarnya… Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi kita.

Kita sebenarnya… Lebih suka menyebut Hello! Hai! daripada Assalamualaikum.
(more…)

Posted on 16 February '09 by , under Religion. 26 Comments.

Jom sambut Valentine’s Day 2009


Rasa macam ada yang tak kena bila takde entri baru bertarikh 14 Februari. Ya, sebuah tarikh yang diketahui ramai sebagai Valentine’s day atau lebih difahami sebagai hari kekasih. Ada yang bertanya Khai takde ke entri pasal valentine. Dan Khai pun jawab cuba guna function search di Justkhai dan akan keluar satu entri mengenai Valanetine Day yang dah pun Khai tulis dengan detail pada 14 February 2008. Yup tahun lepas dan mungkinkah perlu untuk Khai menulisnya lagi untuk tahun ini? Buang masa right? (ini entri tu)

Orang kata, mereka yang sibuk-sibuk cakap jangan sambut Valentine’s Day ni adalah orang yang single atau dengan kata yang lebih sinis, mereka yang tidak mempunyai pakwe/makwe untuk disambut bersama. Lonely la kira. So untuk tidak menunjukkan perasaan cemburu yang meluap-luap pada orang lain, dia kecoh la pasal Valentine Day pada pandangan Islam. Kalau pada pandangan dia, ramai plak yang cakap “who cares” nanti ye tak? Betul ke?

Mungkin ye mungkin tidak. Dan pada Khai, menyampai’kan ini tak kiralah korang siapa kerna itu adalah satu amanat sebagai seorang muslim. Sejahat mana pun diri anda, agama tetap nombor 1 dan Alhamdulillah, jika korang taknak murtad, jangan sambut Valentine’s Day ni ye.

Khai pernah memberikan sebuah teddy bear pink sebesar budak 4 tahun berharga hampir RM200 dan 12 kuntuman bunga rose pink kepada kekasih Khai dulu dan ianya berlaku bukan sama-sekali pada 14 Februari. Well, ramai yang cakap just hang out je, nawaitu tu penting. Tapi kenapa sibuk jugak masa orang lain sibuk nak sambut Valentine’s day tu kan? Hari lain kan ada. Valentine’s Day tahun ni jatuh pada hari Sabtu dan lihatlah dunia malam nanti, pasti sesak Kuala Lumpur dengan couple-couple yang terlekat bersama sekotak kondom di poket..

Hi lelaki, romantik tidak hanya diperlukan pada hari kekasih. Hari-hari lain pun okay juga. Dan percayalah, perempuan akan cair hanya pada ayat walaupun pada mulutnya berkata ” AH! I tak makan la dengan ayat-ayat lelaki ni..).. Tapi pada hatinya? cair meleleh-leleh sampai ke kaki… Huurmm…

Tapi guys, satu je. Hargai mereka. Tolonglah hargai.. Orang yang pernah terluka sahaja yang tahu bertapa siksanya terluka itu. Jika korang tak mahu dia terluka macam apa yang pernah korang rasakan dulu, jangan tinggalkannya. Biar 1001 halangan mendatang, kau perlu kuat jika hati kau kuat berkata, dia milik kau untuk selamanya. Ingat tu.. (more…)

Posted on 14 February '09 by , under Kisah Cinta, Religion. 58 Comments.

Bila mana lelaki menjadi DAYUS!


Entri ini agak menarik untuk dikongsikan. Makna dayus seperti yang semua orang tahu adalah lelaki yang takut pada perempuan. Contoh seperti si suami yang takut kepada bini. Hurm, harap Khai nanti takde la jadi macam tu. Taknak tidur kat luar weii.. Hehehe.

So dalam entri kali ni, Khai nak menyampaikan apa yang Khai tahu kepada korang semua. Sama-sama kita berpesan-pesan kepada kebaikan. Untuk panduan diri Khai sendiri dan mungkin juga korang semua. Apapun ingat, Saidina Umar RA pernah berkata yang sehina-hina lelaki adalah lelaki yang tunduk pada wanita. Jika ada lelaki-lelaki yang takut pada bini kat luar sana, mahukah korang menjadi lelaki yang hina. Dan tahukah korang bahawa lelaki dayus, tiada ruang’nya untuk bau Syurga Allah Swt. Nauzubillah..

Apapun dayus bukan saja bermaksud untuk lelaki yang takut kepada isteri atau lebih mudah lelaki yang takut kepada kaum wanita. Khai cukup benci bila dengar orang perempuan kata yang diorang ni setaraf je dengan kaum Adam. Agaknya mereka sedar atau tidak, mereka hanya dijadikan dari tulang rusuk Nabi Allah, Adam. Hanya tulang rusuk. Bagaimana boleh dikatakan setaraf. Jangan cakap korang setaraf dengan lelaki bila mana korang tak pernah mampu kencing berdiri. Hahaha. Gurau je wei.. Jangan marah yer coz entri ni bukan nak ‘down’ kan kaum wanita ke ape, cuma nak beri sedikit kesedaran.

Berikut adalah sebab-sebab bila mana jatuh dayus kepada seseorang kaum lelaki seperti yang di sampaikan oleh seorang ustaz:

1. Membiarkan kecantikan aurat dan bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah. (more…)

Posted on 23 January '09 by , under Religion. 62 Comments.

Apa dosa kanak-kanak ini?

Batu Hidup yang Bergerak dengan sendiri?
Ini Kisah Benar. Artikel lengkap di Oh! Cun.

Hati terasa sayu dan pilu melihat gambar-gambar anak-anak Palestin mati terbunuh. Terdetik dihati, apalah dosa mereka sehingga kematian mereka dalam keadaan begitu. Khai terfikir juga jika kanak-kanak itu tidaklah seburuk itu nasib mereka, apalah pekerjaan mereka bila dah dewasa nanti. Mungkinkah seorang doktor, peguam atau mungkin seorang askar yang mempertahankan Palestin dari ancaman Yahudi?

Pandanglah keluar tingkap, lihatlah betapa riangnya kanak-kanak di Malaysia ni bermain bersama-sama, berlari ke sana ke sini dan bergelak-tawa bersama-sama. Ingat lagi masa kita kecil-kecil dulu, boleh main polis sentri, main baling selipar, main kahwin-kawin (ni part khai paling suka. haha), main konda-kondi, main daun terup dan macam-macam lagi tanpa ada sedikit pun rasa takut. (more…)

Posted on 15 January '09 by , under Religion, Tergempar. 32 Comments.

Teraba, Tersedap, Terlanjur dan……..


Sebentar tadi, Khai dikejutkan dengan panggilan di atas pemergian nenek sebelah abah di Kedah. Dan tepat jam 2 pagi tadi, parent Khai terus bergegas dari Negeri Sembilan ke Sg. Petani, kedah. Pengebumian dijangkakan jam 11 pagi. Hurm, harap mereka selamat sampai tak kiralah dah dikebumi atau belum jenazah tu. Khai tak ikut sebab kene jaga rumah. Al-Fatihah setulus hati kepada arwah nenek di Kedah. Semoga ditempatkan bersama mereka yang beriman.

Percaya atau tidak, Khai tak pernah jumpa pun nenek sebelah abah ni. Sebab abah Khai dari kecil dijaga oleh orang lain. So kira macam tak berapa nak rapat sangatlah. Adik beradik Khai yang lain mungkin pernah jumpa dia sekali time kecik tapi masa tu Khai belum lahir pun. Mak Khai kata, dia pernahlah dokong Khai sekali masa Khai kecik dulu.

Semalam, member Khai, Rahman ada kasi satu fail notepad ni yang dalamnya nampak macam cerita lawak. Baca punya baca, sekali tazkirah hari ini daa. So Khai kongsikan bersama untuk korang dan korang yang rasa ada tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Bukan paksaan pun untuk korang baca. Sangat digalakkan pada yang masih single atau sedang bercouple. Kalau dah kahwin, baca je la boleh cerita kat anak-anak.

1. Hai boleh sayer kenal sayer tertarik dengan perwatakan sopan awk, da lamer sayer perhati awk,awk budak baik n tertarik ngan tudung labuh awk…… sayer harap kiter boleh berkenalan….ukhwah fillah eh orang kater… sayer x pandai sangat arab… (more…)

Posted on 13 January '09 by , under Religion. 89 Comments.

Jom boikot Yahudi Israel the Laknat. Yay!


Haha, smalam masuk pertandingan “main-main” kat blog E-Sempoi milik Shifaa, leh plak menang topup RM10. Haha, cam kelakar je tapi ok la tu jimat RM10 aku. Thanks yerk Shifaa. Apesal la tak kasi RM100 jer, kan lebih afdhal?

Maaf kalau Khai bercerita pasal Nieza lagi. Semalam Khai dah janji dengan dia dan perent dia untuk hantar Nieza balik sampai ke Perlis. Parent dia pun teringin nak jumpa Khai. Tapi agak terkilan sebenarnya, even dah green light dari parent Khai, masih ada halangan dari akak-akak Khai yang nyatanya tiada lagi hati pada Nieza. Antara Nieza dan family, Khai masih waras untuk berfikir siapa yang patut Khai dulukan. Teman hidup datang dan pergi, tapi akak ibarat air dicincang takkan pernah putus.

Hope dia selamat sampai sana. Risau memang risau mengenangkan dia seorang diri dari KL ke Perlis dengan kereta Kelisa comelnya tu. Tapi elok lah dia hidup di Perlis bersama keluarga tercinta. KL bukan tempat dia dan kawan-kawan dia di sini, nyatanya hanya kawan yang mengubah Nieza menjadi satu lagi Nieza. Ah, dah janji taknak tulis pasal dia kat blog ni, apesal leh tertulis lagi ni? Hurm, mandi tak basah, tidur tak lena mungkin.. Untuk Nieza, kau simpanlah kata-kata SMS Khai dan komen-komen reader dari entri sebelum ini untuk terus menempuhi apa yang dah terjadi. Masa yang akan menentukan, sabarlah. I’m Yours..

Apapun, di saat Khai sedap menge’teh sambil update blog kat Mamak Nurin ni (best in Desa Pandan), kat TV depan tu duk sibuk pasal berita peperangan di Gaza. Bosan siot.. Menyampah dan meluat.. Meluat nengok kekejaman Israel yang tak habis-habis. Seorang warga Israel mati, satu dunia dia nak kecoh. Bila balas balik serangan (dengan alasan pertahanan), habis satu kampung kat Gaza. Habis awekawek cun ngan budak-budak comel yang nyatanya tak bersalah lagi lemah jadi mangsa korban.

Kita kat Malaysia ni yang boleh dikatakan boleh je enjoy bila masa korang nak, pernah terfikir camne nak tolong diorang? Hurm, jangan cakap korang nak bawak penyapu plak gi belasah tentera-tentera Israel tu. Well, satu cara yang sangat mampu kita lakukan, hanya memboikot barangan keluaran Israel. Dengan cara tu, sedikit sebanyak mengganggu kestabilan ekonomi negara laknak tu. Tak silap Khai warga Israel yang baru 30 juta tu kalau kene fight dengan berbilion umat Islam serata dunia termasuk kau, engkau dan ko, tak ke ibarat seperti menjentik tahi hidung ke dinding tu? (mampos macam takde benda lain nak diibaratkan. Haha)

Berikut adalah produk-produk yang bukan semuanya dikeluarkan oleh Israel tetapi telah menyalurkan sumbangan kepada Israel dalam operasi perangnya ke atas Gaza. Dengan cara boikot, mungkin mereka ni dapat mengurangkan sumbangan sikit demi sedikit dan lama-lama, tak kasi langsung. Well.. ini tanggungjawab kita semua. Ingat!

Coca Cola

Sumpah before entri ni ditulis, ni la air yang Khai layan bergelas-gelas kat mamak ni. From now on, minum air suam je la.. Ape nak buat?

Carrefour

Ah sudah. Kalau korang selalu membeli sambil membelah kat Carrefour, lepas ni tak reti-reti gi kedai bundle je ke? Hehehe. Better jatuhkan saham korang dengan bundle dari menyumbang kepada keuntungan yang disalurkan ke jalan memusnahkan saudara sendiri. Oh TV3, hentikan je rancangan yang pasal Carrefour tu. Khai pun tak ingat apa tajuk dia. (more…)

Posted on 7 January '09 by , under Istimewa, Religion. 132 Comments.

Kekeliruan Mengenai Masjid al-Aqsa


Hari ni rasa hati senang sangat. Rasa dah lepaskan sebijik batu belah batu bertangkup yang dah lama terletak kat bahu. Harap dia pun sama la. Dengan ‘bersih’nya background blog ni, melambangkan betapa bersihnya jiwa owner blog ni jugak. Siapa la owner blog ni ek? Hurm, orang kata lelaki baik untuk perempuan baik. Betul ke? Apa pun Khai sedar jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Sekuat mana pun kita cuba dan mencuba, kalau dah bukan jodoh tu, banyak aja babi melintang duk menyebok. Berakhirnya sebuah kisah Cinta Batu Belah. Wallahualam.

Entri kali ni agak penting untuk mereka yang rasa sayang dengan Islam. Ianya mengenai kekeliruan mengenai Masjid al-Aqsa.. MasyaAllah. Ini kali pertama Khai tahu dan before tak pernah nak amik tahu pun. So dah tahu ni, better kalau Khai kongsikan bersama dengan korang. Mana tahu nanti kalau bukan kita yang tertipu, mungkin mak ayah kita, nenek atuk atau mungkin juga member-member yang berkesempatan mengunjungi Masjid al-Aqsa. (more…)

Posted on 20 December '08 by , under Religion, Tergempar. 70 Comments.

Mereka syahid atau tidak?

Banyak entri terdahulu dalam blog ni yang gambarnya tak keluar. Since Exabytes dengan hensemnya (walaupun tak hensem) telah null kan folder blog di root justkhai ni. Yang hairannya, tak tahu mana pergi semua data-data tu. Kalau bukan kerana Khai ada backup blog ni termasuk themes dan plugin, pastinya blog ni dah tak wujud kot sekarang? Kalau Incik Exabytes baca ni, jgn buat-buat tak tahu. Pulangkan folder wp-content/uploads semula ke tempat asalnya. Itu saja yang Khai mahukan. Easy right?

Dan Khai masih online di Cyber Cafe. Hari ni baru nak amik pakej. Semalam guna tak sampai 3 jam dah kena RM7. Hari ni amik pakej RM5 untuk 5 jam. Bapak best CC ni. Dah la internet laju sampai tak terkejar. Datanglah ke Dealova Cyber Cafe kat Desa Pandan, Ampang ni. Korang takkan menyesal. Kasi tolong promo sikit. Mana la tahu ade diskaun lebih? Hahaha.

Tadi masa cek email, terbaca satu email yang sangat best. Mengenai status kematian 3 para mujahid pengebom bali yang dihukum mati. Ramai tertanya-tanya status kematian mereka ni mati syahid atau tidak. Hurm, melihat dari wajah mayat mereka yang tersenyum, membuktikan segala-galanya. Tak perlu cakap banyak. Kat dunia lagi Allah dah tunjuk.

Keterangan lanjut mengenai ni ada di link di bawah.
http://scukz.com/….id=3751login dulu baru dapat nengok

Kalau belum baca wasiat mereka untuk kita semua, boleh usya kat sinih!

Ni ada beberapa pic yang mewajibkan korang untuk read more.. Haha, pandai tak Khai pancing korang suh read more? (more…)

Posted on 29 November '08 by , under Religion, Tergempar. 24 Comments.