Archive for 'Religion'

Lagu Ultraman Melayu Murtad?


Download Here (right click & save target as. Rename .flv)

Sebentar tadi Khai ‘ter’masuk dalam sebuah blog yang dia kata sendiri, blog paling dibenci di Malaysia. Yes, He deserve it! Khai usya blog tu satu persatu. Terlalu banyak isu-isu taik yang cuba diketengahkan. Antara satunya, adalah mengenai video di atas. Versi lagu Ultraman dalam Bahasa Melayu atau lebih detail lagi loghat Kelante atau Ganu, Khai sendiri tak sure.

Begini entri yang ada di blog picisan tu.

lawak ke video ni?aku rasa tidak.kenapa mesti mengharapkan bantuan dr altromen?
sedangkan tuhan mu ialah ALLAH S.W.T. kenapa mesti mengagungkan altromen drpd ALLAH?? rujuk al-baqarah: ayat 186, dan al-baqarah ayat 45… Syirik berdoa kpd ultraman… mana aqidah kita wei…

Ok, bagi Khai hiburan tetap hiburan. Apa yang murtadnya setakat lagu begitu? Manusia bodoh mana yang betul-betul mengharap dengan Ultraman? Mengharap Ultraman datang selamatkan bumi? Terang-terang la just suka-suka. Paling penting, jangan senang-senang “cop” orang sebagai Murtad tanpa asal-usul dan alasan yang langsung tak releven. Kepada penulis blog tersebut, bandarkan sikit kepala lutut dan otak anda dan carilah idea lain. Thats why anda sendiri tahu blog anda paling dibenci. Memang patut pun. So apa pula kata korang?

Pssttt: Itu contoh antara isu bodoh yang cuba diketengahkan. Ada banyak lagi cuma malas Khai nak amik port.

WordPress 2.5 RC

Ah, Shit!!! menyesal aku upgrade! Nak upload gambar pun tak semudah dulu.

Posted on 23 March '08 by , under Religion. 32 Comments.

Selamat Berpuasa & HE for Allah?

selamat-berpuasa-2.gif

Beberapa hari lagi, bulan Ramadhan datang menggantikan Sya’ban. Bulan yang penuh dengan nikmat dari Allah SWT. Jadi dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Meyambuat bulan Ramadhan 1428 Hijrah kepada semua yang beragama islam terutama seluruh produksi Scukz.Com yang tidak henti membantu menaik’kan jenama ini. Diharapkan, kalau tahun lepas puasa tak penuh, tahun ni cuba-cuba la penuhkan ya. Bukan susah pun kalau sedaya-upaya. Alah, persetankan saja tentang rokok, Nasi Lemak, Mc Donald, KFC, Pizza Hutz dan pelbagai lagi perkara yang sememangnya sudah cukup membuatkan iman kita bergelora. Tempoh lebih kurang 12 jam tu, takkan membuatkan kau mati kelaparan. Ini ada jadual waktu berbuka.

Do’a malaikat Jibril menjelang Ramadhan, “Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

– Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya;
– Tidak berma’afan terlebih dahulu antara suami isteri (yang sah okay!);
– Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo’a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat. Jadi, kalau rasa taknak sia-sia berlapar tu, buatlah 3 di atas tu. Jika aku pernah melakukan kesalah kepada kalian, harap dimaafkan sahaja begitu juga dosa kalian jika ada kepada aku, aku anggap 0-0 sahaja. Tetapi kepada insan yang mencuri email aku dahulu, maafkan aku kerana aku tidak dapat memaafkan dosa kau. Kau juga bukan pernah meminta maaf sebaliknya makin keji. Itu janji aku kepada diri aku sendiri.

Oh, aku ade soalan kepada kalian. Jawab jika kau betul-betul tahu. Jika ingin memberikan pendapat, nyatakan itu pendapat bukan fakta. Aku cuma agak konfius, dengan nama panggilan Allah SWT di dalam english. Seperti yang kita semua tahu, Allah SWT tidak mempunyai jantina dan bermakna Dia bukan’lah setaraf dengan kita manusia biasa yang mempunyai jantina lelaki dan perempuan. Aku agak konfius, mengapa dalam english, Allah SWT selalu sahaja digantikan dengan “HE”. Bukan’kah “HE” itu digunakan sebagai nama panggilan kepada lelaki? Aku cuba bertanya kepada seorang kawan dan dia cakap, sebelum ni pernah membaca sebuah kitab tafsir al-Quran yang dialih-bahasa ke dalam english dan “HE” juga digunakan di dalam kitab itu untuk menggantikan panggilan tuhan. Berikut adalah contoh ucapan yang aku terima melalui email petang semalam. Bukan’kah lebih bagus jika “HE” itu digantikan dengan “Allah”.

selamat-berpuasa-1.gif

Aku cuma bertanya apa yang aku terlalu ingin tahu.. tidak terlalu awal untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya sekali. Lagi sebulan je. Kalau merdeka dari awal tahun dah diucapkan, apa pula Hari Raya.

Pssttt: Thanks Ismail kerana highlight kisah cinta aku. Haha > This Link

Posted on 11 September '07 by , under Religion. 15 Comments.

Jajahan Minda Si Kecil

Thanks to Moghammmer. Kali pertama melihat iklan ini, aku terkejut. Terkejut dari pelbagai aspek. Pertama’nya aku terpesona melihat budak itu menjawab soalan. Tidak tahu’lah samaada ianya dirancang atau budak itu memang bijak menjawab soalan secara spontan. Dalam english pula tu. Memang bijak. Ianya kelihatan sangat bersahaja. Kedua’nya, aku tertanya mengapa ada iklan seperti itu? Apa yang ingin diberitahu kepada umum dan apa mesej yang diselitkan.

Tan Hong Ming ialah pelajar sekolah rendah yang menyukai seorang pelajar wanita se’usianya, Umi Qazrina. Comel sungguh budak perempuan itu. Jikalau aku menjadi Tan Hong Ming, pasti aku juga akan menyukai Umi Qazrina. Err, tapi mana mungkin kerana aku masih budak sekolah rendah yang hingusan lagi. Berikut adalah dialog iklan di atas yang aku ambil dari blog Wardahmustapa.

Tan Hong Ming : Her name is Umi..Umi Qazrina.. I like her..
Lady : Why do you like her?
Tan Hong Ming : She wears earrings.. She ties a ponytail… She’s pretty.
Lady : What do you wish you could say to her?
Tan Hong Ming: Do you wanna come on a date.. err.. to a romantic dinner..
Lady : Does she know you like her?
Tan Hong Ming: No, I keep it a secret.
Lady : Why?
Tan Hong Ming: I don’t want the whole world to know.
Lady : Why not?
Tan Hong Ming: Because everybody will laugh at me.
Lady : Why should they laugh at you?
Tan Hong Ming: Cause she doesn’t like me.
Lady : She doesn’t like you?

Then comes the interesting part, where Umi Qazrina walks in.. and stood right beside Tan Hong Ming.

Umi Qazrina: My name is Umi Qazrina.
Lady : Who’s your best friend?
Umi Qazrina: Tan Hong Ming.
Lady : Do you like him?
Umi Qazrina: * momentary silence*
Lady : Do you have a boyfriend?
Umi Qazrina: Yes.
Lady : Who is your boyfriend?
Umi Qazrina: Tan Hong Ming.

Apa yang kelihatan selepas itu, Tan Hong Ming menarik tangan Umi Qazrina membawa entah ke mana. Tagline untuk iklan ini ialah “Kanak-Kanak Memahaminya” yang membuatkan aku menjadi agak konfius. Apa yang kanak-kanak itu faham? Ini iklan kemerdekaan. Adakah ingin menunjukkan yang kanak-kanak itu cintakan negara? Tidak sama-sekali. Adakah ingin menunjukkan kanak-kanak itu gatal? Ya, itu yang aku nampak. Pengarah iklan itu perlu menghantuk-hantuk’kan kepala di dinding kerana mengeluarkan idea seperti itu. Ramai yang memuji iklan ini mungkin dek kerana gelagat dua kanak-kanak itu dan ramai juga yang mengutuk. Masuk saja di link Youtube ini http://www.youtube.com/watch?v=ZTJBnlk1TQw, dan kalian lihat’lah sendiri. Aku tak mahu berbicara lebih-lebih di sini. Pada pendapat aku, ini adalah iklan dari Petronas yang paling buruk dalam sejarah pengiklanan’nya. Mungkin dari segi mesej yang ingin disampaikan.

Download Iklan Ini. Right Click di sini.
– right click dan save link as. Sila rename file ini kemudian tambahkan .flv di belakang
– Buka menggunakan flvplayer atau GOM Player. Jika tiada, sila download di sini.

Posted on 8 September '07 by , under Hiburan, Religion. 51 Comments.