Dua hari Khai tak update mungkin kerana Khai terlalu sibuk dan penat untuk mengarang artikel. Cukuplah, tiada lagi najis untuk entry terbaru ini. Lupakan Fear Factor Japan yang kalian baca sebelum ini. Ianya terlalu kotor untuk dikenang kembali. Bukan begitu? Hehe. Semalam pelbagai perkara menarik berlaku. Di kampus berlansung hari patriotik. Khai sebagai pelajar yang mengambil course Creative Mutlimedia terpaksa datang ke kampus se’awal jam 8 pagi bagi memeriahkan majlis tersebut. Tapi biasalah, janji orang Malaysia (Khai tak mahu tujukan kepada melayu lagi kerana semua bangsa pun sama sahaja) kata sahaja jam 8 pagi, tapi mulanya tetap pukul 10 pagi. Akhirnya kedatangan Timbalan Menteri Pelajaran tiba disambut dengan paluan kompang dan permaidani merah. “Eh, mana Pak Lah, kata beliau juga datang. Ah, mungkin terlalu sibuk”, hati ni berdialog bersendirian. Tak perlu Khai ceritakan lebih lanjut mengenai majlis ini kerana Khai akan ceritakan di TheLUCT sahaja nanti. Habis sahaja majlis, Khai ke kelas pula. Habis pukul 8 malam. 12 jam Khai berada di kampus, ianya sebuah rekod baru untuk diri Khai.
Entri apa ingin Khai tuliskan kali ini. Ah, Khai terlalu penat. Baru pukul 2 pagi Khai dah mengantuk. Ini bukan suatu yang normal bagi diri Khai tapi mungkin sesuatu yang sangat normal bagi kalian. Tapi ada satu perkara yang sangat tidak normal untuk kita semua iaitu menyentuh Khinzir also known as Babi dengan tangan. Ianya najis!! Najis Mughallazah, peringkat najis paling berat. Khai tahu kita boleh menyentuh anjing apabila tangan dan bulu anjing tersebut kering. Ianya di izinkan. Tetapi bagaimana pula dengan menyentuh Khinzir? Khai kurang arif bab-bab begini. Mungkin gadis bertudung di bawah boleh menjawabnya kerana beliau terlalu arif. Mungkin juga dia doktor haiwan tapi kalau Khai ditakdirkan menjadi doktor haiwan sekalipun, Khai pasti menggunakan sarung tangan kerana Khai lebih arif mengenai perkara-perkara mudah.
Dia terlalu ‘bijak’ untuk menjadi doktor pakar bedah atau doktor gigi. Doktor haiwan’lah paling sesuai bagi yang menyangka Khinzir itu suci! Kalian di belakang Khai atau tidak?
Yea yea.. Valentine’s Day dah sampai juga akhirnya.. tentu y’all semua memang menanti2kan saat ni kan? maklumlah, kalau x sambut, awek merajuk pulak!! yang gurlz tu plak, kalau tolak pelawaan si dia, nanti dibawanya awek lain keluar, berputih mata pulak!! Kalau kat Malaysia ni, budaya menyambut Valentine’s Day atau hari kekasih ni memang dah jadi satu kebiasaan namun still tak terlalu over. Kalau tak sambut, nanti member2 kata kolot atau kampung pulak. Right? Khai malas nak membicarakan soal hukum menyambut hari kekasih tu, tapi y’all fikir2 lah sendiri..
Valentine’s Day ni berasal dari negara Spain. Berkisarkan kejayaan seorang paderi bernama Pedro St. Valentino yang berjaya menewaskan dan menyembelih umat islam yang secara tidak langsung menjatuhkan empayar islam di sepanyol. pada tanggal 14 Februari 1492 dan kejayaannya itu diketahui seluruh pelusuk spain sehinggalah dia dipanggil mengadap Permaisuri pada ketika bernama yang bernama, Isabella. Permaisuri Isabella ni tanye dia nak ape sebagai ganjaran. Dan paderi tersebut berkata ingin mengahwini kekasihnya. Permaisuri naik berang dan penjarakan paderi tersebut. Maklumla Paderi mana boleh ade kekasih. Walaubagaimanapon permaisuri tu tetap meraikan kejayaan menewaskan dan menyembelih umat islam di tanah Spain. Maka Velentine’s pon diraikan oleh semua pasangan kekasih di Spain dan mereka dibenarkan untuk membuat apa sahaja yang mereka suka. Kesimpulannya di sini, dalam hakikat kita menyumpah orang Yahudi yang menghina Rasulullah, tetapi kita masih alpa kerana kita juga sentiasa turut meraikan Valentine’s Day yang disambut sebagai kejayaan musnahnya orang islam setiap tahun. Pendek kata tepuk dada tanye selera.
Kita sibuk berkempen memboikot barangan orang Yahudi tetapi kita tidak perasan yang kita bersama mereka menyambut hari kemenangan menewaskan agama kita. Idealist barat ni harus dibuang dari kebudayaan umat islam dinegara ini. Sampai bila harus berlanjutan. Insaf insaflah wahai teman. Batalkanlah niatmu menyambut Valentine itu. buangkan perkataan Valentine’s dari kamus hidup kita. Bukan tidak boleh meraikan percintaan kita, tetapi janganlah pada tanggal 14 Februari ketika orang yahudi bergelak ketawa melihat gelagat umat islam yang menyambutnya dan tidak perlulah keterlaluan. Kita orang melayu.. ada adat tersendiri.. dah orang timur tu tetap orang timur. jadi lah orang melayu yang tidak mudah lupa asal usul keturunan. Ingatlah, Malaikat sentiasa mencatatkan amalan baik dan buruk anda.
Kalau boleh jangan ada seorang pun dari sahabat2 kita yang menyambut hari kekasih ni. Ceritalah pada rakan2 anda tentang hakikat kebenaran menyambut hari kekasih ni. Bukan takde hari lain nak kasi bunga dan coklat kat couple korang tu.. Ngada2 sungguh!! Artikel di atas tu Khai tak tahu la kesahihannya.. ape pun perkara utama yang nak dinyatakan di sini, jangan sambut ok!!!
Pssttt: Aku yang menyampaikan.. – KHAI | Qoute articles from Scukz Forums.
Seperti yang dilihat, inilah themes terbaru blog ini yang telah dimodified kan dari keluaran aslinya. Dan pertama kalinya Khai nak upgradekan blog ini ke Version 2. Saja je ngada2. Khai tertarik ngan themes ni bila si Acul (Scukz.com Graphic Designer) suruh Khai usya web baru dia. Dah pindah server juga akhirnya member aku yang sorang ni. Hope tak la sakit jiwa cam sebelum2 ni ek? Tak gitu Acul oi?
Ok, Khai just terkejut ngan kenyataan yang dikeluarkan oleh Rosnah Mat Aris ni. Apesal la bangang sangat dia tu. Kalau dah jahil agama tu, x payah la nak sebut pasal hal keagamaan. First time Khai lihat orang melayu islam kita sendiri berani menghina isteri Rasulullah S.A.W nabi sanjungan kita. Ape pendapat y’all ek? sebagai umat Islam, Khai sendiri berasa sangat sedih dan tersentuh dengan kata2 beliau dia. Janganlah nak membezakan sesuatu dengan Rasulullah kalau anda seorang yang jahil dan bermulut longkang!!
Yang herannya, manusia jahil yang berani macam dia tu selalu aje keluar kat rancangan Sensasi di TV3. Haritu si Kartina Aziz beri pendapat pasal pelakon pakai tudung. Abis kene serang ngan penyokong industri tanah air. Ni pompuan yang sorang ni pulak. Alahai.. Apa pun Rosnah Mat Aris ni telah menarik balik kata2nya. Kalau memohon maaf pun kepada siapa kerana isteri Rasulullah telah lama wafat. Mungkin ini satu pengajaran untuk artis atau sesiapa sahaja yang ingin bercakap, sila jangan ikut sedap mulut aje ok. Nanti diri sendiri yang susah…
Pssttt: Housemate aku yang 24 orang ni semua cakap kalau jumpe perempuan ni, mmg kene belasah. Diorang yang cakap yer.. Khai tak tahuuuu… Terkejut housemate khai sampai 24 orang? hehe.. dapat rumah condo penthouse daa.. biasa la tu.. Lagi satu, Dunia Baru 2 da tamat.. waa.. sedih-sedih lepas ni dah takde cerita best dah setiap hari isnin. Ape pun tunggu je Dunia Baru the Movie yang sedang giat shooting sekarang ni.