Archive for 'Tutorial'

Mengapa anda perlukan Domain?

ENTRI INI AMAT BERGUNA UNTUK MEREKA YANG MAHUKAN DOMAIN PERCUMA.

Mengapa anda perlukan Domain
Wow!! Entri mengenai kes sontot-menyontot Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari nampaknya makin panas. Khai suka dengan komen-komen dari Ketuk_Angle. Di saat kita semua hampir bosan dengan ribuan artikel yang menyokong Anwar Ibrahim di Internet, muncul dia yang nampaknya tidak berpihak kepada Anwar. Dan pastinya, ianya di sokong hujah-hujah yang terbukti. Taknak join sekaki?

Kembali kepada tajuk entri ni, kali ni Khai nak kasi hadiah best kat korang, korang, korang dan korang yang takde duit nak beli domain sendiri (.com, .net, etc..). Khai faham, kadang-kadang bukan sebab takde duit. Bukan mahal pun ye tak? Tapi disebabkan korang rasa domain tu tak berapa penting atau korang lebih selesa berdomain’kan “blogspot.com” “wordpress.com” atau mungkin menumpang domain milik orang lain. Korang tahu atau tidak menggunakan sub-domain wordpress atau blogspot, membuatkan korang nampak sangat tidak professionalnya. Lain’lah kalau penulisan korang tu diminati ramai macam blog Tun Mahathir. Tun pun guna domain berbayar la weii.. (more…)

Posted on 30 July '08 by , under Tutorial. 24 Comments.

Fast Update #4

Fast Update 4

Wah, nak taknak, nak kene update gak ni. Dah ade komen tu suruh update sebab tension hari-hari masuk tak ber’update jugak. Hahaha. Ala bukan taknak update, tapi orang cakap belum sampai seru. So ni dah sampai seru, baru ar boleh update. Errr, ape aku nak update ni ek? Hahaha. So ini adalah fast update nombor 4. Versi blogging banyak tajuk dalam satu tajuk. Huh?

Upgrade to WP 2.6
Cerita gembira, semalam Khai dah berjaya upgrade blog ni ke version 2.6. Kali ni nak update bapak punya susah sebab kat campus ni ade proxy bagai (tak boleh guna ftp). So nak taknak Khai gunakan cara Khai sendiri. Kalau sesiapa ada masalah macam Khai, silakan guna cara ni yer.

1st, buat backup database blog dulu. Then Khai upload zip file wordpress yang latest tu. Delete core file wp-admin & wp-includes. Then extract zip file tadi via cPanel. Create new database. Edit config.php then import balik backup file tadi ke database yang baru. Point ke root/wp-admin/upgrade.php dan selesai. Haha, inilah cara terbaik kalau korang berada di tempat Khai. Benda mudah boleh jadi susah. (more…)

Posted on 22 July '08 by , under Istimewa, Tutorial. 31 Comments.

How to bypass any Proxy?!!

Khai hate proxy too
Khai tak larat nak update ni, tapi ade orang tu (buat2 tak kenal) suruh Khai update kat Shoutbox tu, so Khai update la jugak blog ni. Terima kasih kepada mereka yang tak putus-putus masuk ke sini setiap hari. Demi Allah, takde sedikit pun niat nak dapat pendapatan from iklan etc melalui blog ni. Ape yang Khai mahukan, supaya korang dapat something dari sini. Ikhlas beb, tak mintak bayar pun. Peace!!

Entri kali ni Khai nak ajar cara nak bypass proxy. Proxy tu bukan nama kuih ok. Ala, kalau korang pernah online kat University, Office atau sekolah, biasa sangat diorang tu proxy web sana-sini. Ini tak boleh masuk, itu tak boleh masuk. Contoh paling bodoh pun, kat tempat Khai ni. Myspace memang diorang proxy, tapi Facebook dengan Friendster, tak proxy pulak. Ape kejadahnye semua ini? Kalau korang tak faham jugak, jom la pergi Wikipedia hai.. tu pun nak kene cakap.. Hehe.

Secara praktikalnya, bukan Khai nak ajar apa pun, cuma beri sedikit panduan mengenai software ni. Kalau before, korang gunakan free web proxy seperti HideMyAss atau Unblock7 untuk masuk Myspace dan sebagainya, kali ni Khai nak korang lupakan semua ni. Almaklumla, even konon boleh lepas proxy pun, ada juga web yang dia tak boleh lepas. Contohnya Direct Admin & Cpanel (sapa ada web dia tahu la), web-web macam tu tak boleh lepas punya. Tapi dengan software yang akan Khai kongsikan nanti, jangan cakap Direct Admin, Cpanel dengan Myspace je yang korang boleh masuk, segala jenis web lucah pun boleh. Haha. Pandai-pandai korang la nak hidup ye. Takut dosa jangan di buat.

UltraSurf, pernah dengar? sebuah perisian ringan yang boleh berfungsi dengan sangat baik. Terima kasih kepada Flameduplicate dari forums Scukz kerana memperkenalkan Khai dengan software ni. Dah hampir sebulan rasanya Khai online dengan Ultrasurf tanpa melihat screen Proxy dari pihak University tu lagi. (more…)

Posted on 10 July '08 by , under Tutorial. 102 Comments.