Archive for 'Tutorial'

Google Search Tricks


Ada baca kisah cinta tiga segi si banduan bernama Hazwan dalam blog ni? Kalau belum korang mesti baca kerana sampai sekarang, hits cerita tu sahaja selama tiga minggu dah lebih 20 ribu hits dan dah lebih dari 350 komen dari pembaca dan terus meningkat. Nak lagi best, baru beberapa hari lepas Khai updated (upload’kan) video yang kononnya video pembunuhan Hazwan ke atas girlfriendnya. silalah download.

So cakap banyak pun tak guna sebab korang bukan boleh dengar. Hahaha. Hurm, berapa ramai pengguna Google Search Engine di luar sana? Ramai nyeee… tapi berapa ramai dari itu yang betul-betul mengoptimakan penggunaan Google Search?

Frasa Pencarian Google
Kalau korang nak cari ayat contohnya Pergi ke London iaitu ayat yang tidak terpisah (satu ayat), korang kena letak quotes (” dan “) sebelum dan selepas ayat tu. Contohnya seperti “Pergi ke London”. Google akan automatik mengeluarkan hasil carian mana-mana artikel yang ada menulis Pergi ke London. Kalau tak buat macam ni, Google secara rambang akan mencari mana-mana artikel atau web yang terdapat ayat Pergi, ke dan London. Bila tunggang terbalik hasil yang dikeluarkan, itu bermakna korang mencari sesuatu yang susah.

Gunakan tanda “-ve” dan “+ve”.
Contohnya seperti PKR -kool. Dengan adanya tanda “-“, Google akan mencari mana-mana artikel yang mempunyai ayat PKR dan pada masa yang sama turut menyenaraikan HANYA web yang mempunyai ayat kool dan PKR. Kiranya, takde la keluar result dengan hanya satu kata kunci yang korang letak tu. Err, contoh ayat tu tak bermakna PKR memang kool ok.

Gunakan susunan ayat yang betul.
Ini selalu yang kita buat. Contohnya kalau nak cari perkataan Limkokwing University di Google, ada yang gemar meletakkan University Limkokwing. Suka hati je nak terbalikkan sana sini. Sebenarnya ianya sedikit sebanyak memberi effect kepada hasil pencarian korang. Kalau nak melayu, taipkan aje la Universiti Limkokwing. Bukan University Limkokwing. Ini contoh je sebagai tribute di mana tempat Khai belajar sesuatu sekarang ni.

Google Forced Search
Google memang dah disetting untuk mengeluarkan ayat-ayat biasa seperti “how”, “and”, “what” dan sebagainya kerana ianya mampu melambatkan hasil pencarian korang. Tapi kalau perlukan ayat tu sebagai kata kunci utama pencarian korang, contohnya Khai +and Nieza.

Search for Unique Articles
Ni mudah je. Dari dulu Khai dah guna. Contohnya kalau korang terus nak mencari artikel mengenai Band Hujan di website Berita Harian, so korang kena ingat keyword ni.
site:URL “keyphrase”
Contohnya, site:bharian.com.my “Hujan”

Dot Dot of Google Search
Bagi Khai ini paling best. Dengan menggunakan simbol dot dot, korang akan dapat result dengan penuh sempurna di Google. Contohnya jika korang berhasrat ingin membeli seluar jeans dalam lingkungan harga RM50 hingga RM100, so apa yang perlu korang lakukan adalah, Jeans RM50..RM100. Tambahkan saja dot dot (..) di tengah-tengah tanpa ada space. Begitu juga untuk mencari fakta seperti P Ramlee 1928..1976

Google Define
Gunakan Google untuk mengetahui perkara yang korang nak sangat tahu. Jangan terlalu berharap kepada Wikipedia macam apa yang Khai selalu lakukan dulu. Berpandukan kepada hanya satu maklumat dari Wikipedia, tidak bermakna ianya sebuah maklumat yang lengkap. Contohnya kalau korang search “web 2.0′, so akan keluar banyak maklumat beserta praktikal di mana mampu membuatkan korang betul-betul tahu apa itu web 2.0 bukan dengan hanya tahu definasi sesebuah perkataan atau istilah.

Google Calculator
Google juga boleh berfungsi seperti Kalkulator. Amat mengagumkan. 1st time dengar ke? Kesiannya dia Sebenarnya member-member Khai yang ambil Diploma in Information Technology selalu gunakan untuk menjawab soalan-soalan math yang gila mencabar dengan menggunakan Google Calculator. Diorang cakap, Lecturer bukan tahu beb! Hahaha. Find out more about Google Calculator.

Google Spell Checker
Ini sebenarnya tak perlu Khai masukkan dalam senarai. Tapi rasanya bagus juga untuk korang yang masih belum tahu lagi. Tak kiralah perkataan melayu, english, cina atau apa pun, gunakan Google untuk mencari ayat yang betul kalau korang rasa bit confuse tentang ejaan yang betul. Contoh paling senang kita ambil, kalau korang confuse nak tulis “bussiness” atau “business”. Buka Google dan taipkan bussiness, then akan keluar “Did you mean: business”. So, itulah ejaan yang betul.

Jika sebelum ini korang lebih gemar menggunakan Yahoo sebagai platform utama membuat carian, berubahlah kepada Google. Bagi Khai, Yahoo lebih sesuai untuk search gambar (images) dan Google paling sesuai untuk membuat carian yang lain.

Posted on 31 March '08 by , under Tutorial. 26 Comments.

Membina WP-Blog di Windows XP atau Vista

Lama tak buat tutorial kan? Sebenarnya Khai nak bercerita mengenai localhost. Sebenarnya amende fungsi localhost ni? Untuk sape yang tak tahu tu, biar Khai terangkan sedikit apa yang Khai faham. Localhost ni sama aje fungsinya macam hosting yang korang beli. Ada harga puluh-puluh, ada plak yang harga beratus-ratus sebulan. Apa yang bestnya, localhost tidak memerlukan korang membayar satu sen pun kerana korang akan gunakan computer korang sendiri sebagai server. Tapi jangan sampai syok sendiri pergi tulis entri pelbagai pulak kat blog dalam localhost tu nanti sebab takde sapa pun yang dapat lihat kecuali korang seorang aje.

Abis apekejadahnye kalau orang tak boleh baca? sebenarnye tujuan memasang blog dalam localhost ni membolehkan korang ber’dokumentasi dengan sesebuah theme, plugin atau apa sahaja sebelum proses upload dilakukan ke dalam server sebenar. Itu kan lebih mudah, selamat dan menjimatkan masa. Inilah perkara asas yang dilakukan oleh para designer. Khai juga gunakan ini untuk menulis entri bagi mengelakkan sebarang perkara tak diingini semasa menulis melalui WP sebenar menggunakan Firefox. Orait, ikut tutorial mudah tak sampai 10 minit ni.

Langkah 1:
Download XAMPP Lite untuk Windows. Amik yang EXE version tau. Kemudian install dalam C:
scukz_wordpress_in_localhost_1.png

Langkah 2:
Klik Start dan pilih Run. Kemudian, paste C:xampplitesetup_xampp.bat then tekan OK sehingga kelihatan paparan seperti gambar di bawah. Ikuti arahan yang terpapar.
scukz_wordpress_in_localhost_3.png

Langkah 3:
Bila dah selesai, double click xampp-control.exe kemudian tekan start untuk module Apache & Mysql.
scukz_wordpress_in_localhost_4.png

Langkah 5:
Buka browser korang kemudian point’kan ke http://localhost/ dan pilih bahasa yang sesuai. English la kot yang paling ok kat situ. Then, click phpMyAdmin di bahagian belah kiri (http://localhost/phpMyAdmin)
(more…)

Posted on 23 December '07 by , under Tutorial. 23 Comments.

Upgrade WordPress ke Version 2.3

Akhirnya aku selesai upgrade blog ini ke versi 2.3. Hurmm, membaca blog Mohd Ismail yang ketakutan untuk upgrade versi 2.2 wordpress ke versi 2.3 membuatkan aku tersedar rupanya dalam kesibukkan aku, belum sempat lagi untuk berbuat apa-apa untuk blog. Aku download versi baru wordpress 2.3 seperti biasa di sini, kemudian uploadkan (overwrite) kesumua file yang ada dan running upgrade.php. Ianya selesai.

Betul kata Matt, WordPress versi 2.3 ini 800% lebih laju dari versi sebelumnya. Apa yang menjadi masalah di sini, bila aku nak publish sebarang post atau ingin save selepas meng’edit post, database problem menyusul.

Ah, problem bodoh apa pula ni. So Mohd Ismail dan mereka yang mahu ke WordPress 2.3, please take note! Haha.. Aku mula risau dan bertanyakan kepada rakan-rakan bloger yang lain tapi tiada siapa boleh membantu. Aku pun create table wp_post2cat yang kononnya tidak wujud itu, ianya tidak menjadi. Damn!! Aku men’google’kan diri ke Chaos Laboratory, tetapi ianya langsung tidak membantu. Kemudian aku ke WordPress Support yang lagi la langsung tidak membantu. Ah, apa aku nak buat ni? Membaca di WordPress Support, ada user yang sampai restore balik database 2.2 dan bersumpah tidak mahu lagi menggunakan versi 2.3. Aku mula fadeup, perlukah aku juga berbuat demikian.

Akhirnya aku membuat tindakkan sendiri. Aku sedar sebentar tadi aku telah melakukan kesilapan iaitu tidak disable’kan kesemua plugin yang active sebelum memulakan upgrade. Akhirnya aku cari kesemua plugin yang kene mengena dengan “posting” dan akhirnya aku menjumpai, sebuah plugin yang tidak ku sangka-sangka menjadi penyebab aku tension selama 13 minit 23 saat iaitu Google Sitemaps dan selepas itu kelihatan blog aku kembali berjalan lancar menggunakan versi WordPress 2.3 yang baru.

Apa yang baru di WordPress 2.3? Kau lihat sendiri di sini. Ah peduli apa aku semua itu, yang aku tahu, aku sukakan footer WordPress Admin Panel yang baru ini. Ianya lebih hensem dari yang sebelumnya. Tapi ada satu yang aku mahukan tapi masih tiada. Entah bila, iaitu option untuk memilih saiz thumbnail masa nak mengupload gambar.

Posted on 4 October '07 by , under Tutorial. 12 Comments.