Archive for 'Tutorial'

Fungsi RUN yang mungkin anda tak tahu


Lama yang teramat, blog ni tak tulis apa-apa pasal something yang melibatkan computer. Apalagi nak share software bagi korang download kan? Hurm, nak buat camne sebab Khai nak kena jimatkan bandwidth se’minima mungkin sebab qouta bandwidth 300GB sebulan hanya cukup-cukup makan. Hari terakhir setiap bulan, mesti merah meter bandwidth blog ni. Alhamdulillah, tak pernah lagi down sebab kehabisan bandwidth. Orang kampung kata, malu wei. Nasib Khai lelaki yang bijak merancang. Bila pulak nak try rancang keluarga ni eh?

Entri ni ringkas je tapi mungkin akan meningkatkan pengetahuan komputer korang kepada satu tahap yang lebih tinggi dari sekarang. Tanya diri sendiri, apa yang korang buat dengan RUN di komputer tu? Ramai la yang akan jawab, “msconfig”, “dxdiag”, “cmd” tak pun yang paling keji hanya tahu nak buka wordpad — “wordpad”.. So jom nengok apa lagi yang boleh korang buat melalui fungsi RUN yang dah ada sejak azali lagi.

Nak buka RUN, hold window key dan tekan R.. (more…)

Posted on 22 March '09 by , under Tutorial, Windows. 44 Comments.

Bagaimana ingin menaip dengan pantas

Oh! Artis bersama Sound Machine sedang menganjurkan satu contest di Oh! Artis. Menangi 2 tiket ke konsert gig Indie di KL secara percuma. Ayuh cepat! Anda hanya perlu memberi sebab kenapa anda ingin pergi dan 2 tiket percuma pasti menjadi milik anda!!


Justkhai bukan sebuah blog yang tertumpu ceritanya mengenai komputer sahaja dan jika korang pembaca setia di sini, korang mesti tahu yang Justkhai adalah sebuah ‘MIX BLOG’ iaitu bercerita mengenai pelbagai aspek tidak kiralah ilmuan, promosi, website, blogging, duniawi, akhirat, hiburan dan pelbagai lagi. Pendek kata, macam-macam ada lah. Bukanlah maksud Khai untuk menjadi mamat poyo atau kerek, tapi jika Justkhai ni bukan Khai punya sekalipun, pastinya Khai jadikan blog ni sebagai Favourite. Tahukah korang yang Khai menghabiskan 1/4 dari hidupnya untuk membaca blog ini? Bila Khai baca, Khai tak rasa pun yang artikel tu Khai yang tulis. So Khai boleh revise balik pelbagai perkara yang hampir Khai lupakan.

Orait, merujuk tajuk entri ni, ramai dan tersangat ramai bertanya Khai bagaimana untuk menaip laju? Yup, semua orang ingin menaip laju dan itu adalah satu advantage jika korang ingin bekerja di syarikat yang menggunakan komputer 100% untuk bisnes mereka. Apabila korang diterima bekerja di mana-mana syarikat sebegini, percayalah bahawa korang mempunyai eset saham sebanyak 100% dari kepercayaan bos. Akan tetapi, betapa sedihnya bila bos korang usya korang menaip dengan tersangat lembap dan percayalah juga saham korang pada hari tersebut akan jatuh merudum hingga tinggal 20%. Ini adalah perumpamaan sahaja yer. Mungkin juga tinggal 0% kalau tahap korang menaip dah macam kura-kura ingin belajar menaip. (more…)

Posted on 5 March '09 by , under Tutorial. 102 Comments.

Teknik meningkatkan trafik blog yang dijamin berkesan


Pernah tak korang baca entri meningkatkan trafik blog atau pun nak mendapatkan income dari blog kat Justkhai ni? Rasanya belum pernah ada lagi tapi hari ni entri khas bagaimana cara nak meningkatkan traffik blog korang dan secara tak langsung meningkatkan juga pendapatan sampingan di internet. Ok, make it simple la ek?

1. Ping URL blog korang at least sehari sekali..

Ya ini yang Khai lakukan sejak dua menjak ni dan hasilnya, memang bukan kepalang. Banyak website yang menyediakan web ping ni, search sahaja Ping di Google. Antara website popular yang Khai selalu gunakan untuk Ping adalah di Pingler dan juga Ping My Blog.

Ping ni bertujuan memberitahu semua jenis search engine supaya cepat hantar tentera spider dia tu ke blog korang. Ini akan membuatkan setiap entri yang korang tulis, tak sampai 10 minit dah ada di Google. Ingat, lakukan sehari sekali atau mungkin setiap kali selepas buat entri baru.

2. Menambah Site Update Services di WordPress

Ini adalah kelebihan bagi pengguna WordPress yang berbayar. Jika korang menggunakan WordPress, tak perlu lagi nak ping sebenarnya (macam no 1 tu), sebabnya WordPress dah sediakan function ping ni setiap kali korang publish sesebuah entri. Ok, ikut tutorial ringkas kat bawah ni.

WordPress Dashboard > Setting > Writing

Kemudian korang copy semua yang ada di sini, dan paste di bahagian Update Services. Save changes..

3. Submit URL website korang khas untuk Google

Kalau Khai tanya, search engine apa yang paling top dan paling berkesan sekarang ni, ada lagi tak antara reader di Justkhai ni yang tak kenal Google tu ape? Hehehe. Kalau rasa diri tu kenal, submit URL blog korang khas untuk Google sahaja. (more…)

Posted on 1 March '09 by , under Blog, Tutorial. 195 Comments.

Apa itu Ubiquity? dan korang wajib cuba!

HOT HOT!! Gambar Seksi Azizah Mahzan Tersebar
Link: Oh! Artis mempersembahkan….. klik di sini…


Khai nak bagi tutorial detail gila babi pun macam tak kena pada masa. Ye la busy sikit dengan hal-hal untuk diri sendiri. Apa tu? Kahwin? Tunang? Tido? Wallahualam. Apepun, jom Khai perkenalkan korang dengan Ubiquity. First time dengar? Hurm, kalau macam tu baca entri ni sampai habis dan cuba sendiri. Khai pun baru je tahu. Thanks Amanz. Bila Khai cuba sendiri, terasa benda ni 101% lebih memudahkan dunia internet Khai dan juga korang (bakal).

Ubiquity adalah sebuah plugin untuk Firefox yang dibangunkan oleh Mozilla Labs. Berikan tepukan pada diri sendiri jika anda sedang menggunakan Mozilla Firefox untuk melayari Internet. Masih menggunakan Internet Explorer? Hantukkan kepala anda di dinding. Hurm, maaf sedikit kasar di situ. Tapi padan muka. Sebenarnya Justkhai ni amat sakit bila dilayari menggunakan Internet Explorer (IE). Jangan sesekali gunakan IE untuk melayari website melainkan korang seorang Web Developer. Ops! Kalau nak menghentam IE memang takkan habis, so Khai, sila stop di sini. Oh ya, asalkan korang jangan uninstall IE tu sudah kerana applikasi seperti Yahoo Messenger dan Google Talk memerlukan IE untuk berfungsi. Wonder? sila Google sendiri.

Berbalik kepada Ubiquity, sebelum Khai jelaskan apa yang dah Khai lalui lepas menggunakan plugin ni, better la korang nengok sendiri review dari creator dia. (more…)

Posted on 17 February '09 by , under Tutorial. 46 Comments.

Cara mudah melajukan PC korang


Lama rasanya takde entri mengenai komputer di Justkhai ni. Bila Khai usya balik entri-entri terbaru kat blog ni, nyata blog ni dah tak macam dulu. Jarang-jarang ada tutorial, file sharing, software, dunia animasi, gadjet, artis, gambar pelik-pelik dan macam-macam lagi la. Korang boleh’lah usya kategori-kategori yang ada di blog ni untuk baca entri-entri lama yang pastinya, segala macam perkara tersumbat di blog ini dengan padat sekali. Kadang-kadang Khai sendiri baca entri-entri lama tu untuk flashback pengetahuan yang pernah Khai kongsikan. Alhamdulillah, berguna juga untuk diri sendiri.

Ramai dah sedia maklum, macam cerita mengenai artis tu takde, sebab semuanya dah move ke Oh! Artis. Macam tu juga dengan gambar-gambar menarik semuanya tersumbat di Oh! Tidak. Dengan adanya Oh! Cun plak, nyatanya makin kurang entri-entri yang cun di blog ini.

Apapun dari poll yang ada di sidebar ni, nyatanya readers di sini mahukan lebih cerita mengenai perkembangan semasa, hiburan, sexuality (?), tutorial dan sebagainya. Dengan tu, insyaAllah Khai akan kembalikan wajah sebenar blog ini seperti dulu dengan adanya entri hari-hari. So datanglah ke sini hari-hari dan lebih mudah kalau subscribe blog ni guna Google Reader. Tak tahu nak guna? Ada tutorial yang dah pun Khai sediakan awal-awal.

Ini ada beberapa cara paling mudah untuk melajukan OS (Windows) korang. Khai dari dulu tak pernah guna PC or laptop yang lebih dari 1GB RAM. Dan Alhamdulillah, everything berjalan lancar. Tak guna sumbat RAM tinggi-tinggi kalau tak pandai nak jaga PC ye tak? (more…)

Posted on 14 January '09 by , under Computer, Software, Tutorial, Windows. 71 Comments.

10 Sebab Blog dikau sungguh Annoying!


1. Rasa pening bila masuk blog yang masuk-masuk je, terus keluar lagu. Mean lagu akan autoplay. Korang boleh letak lagu kalau rasa nak share lagu yang korang suka, tapi tak perlu autoplay kot? biar orang klik play sendiri kalau dia nak dengar. Lagi annoying kalau reader blog korang tu tengah bukak lagu dari PC dia sendiri then keluar lagu dari blog korang tanpa diminta.. Apapun, korang boleh dimaafkan kalau blog korang tu sangat comel apalagi kalau owner blog tu seorang awek cun pastinya Aiman tak kesah! ape lagi Khai?

2. Font terlalu kecil. Semua pun tahu yang kita boleh besarkan font kat browser dengan hold Ctrl + Scroll Up atau Ctrl and “+ – “, tapi ape salahnya korang terus je tambah besarkan sikit saiz font tu. Kan itu bermakna, korang tak perlu menyusahkah readers.. Tak la berapa nak annoying kot?

3. Pastikan blog korang diletakkan “read more” untuk setiap entri panjang.. Jangan bantai tulis beribu-ribu patah perkataan, then korang tak letak read more. Forsure jarak scroll browser orang yang nak baca blog korang tu jauhnya mencecah 100 Meter. Mungkin lebih.. Sian kot diorang nak scroll baca blog korang. Kalau Khai, tekan pangkah je la.. Ngerti kamu? (more…)

Posted on 4 January '09 by , under Blog, Tutorial, wordpress. 102 Comments.

Resepi Awet Muda Berkekalan


Entri kali ni pelik sikit kot? Apejadah nye si Khai ni nak beri petua ye tak? Dah tua ke dia? Well dont worry, ni bukan petua sebenarnya, tapi pemuda. Maklumlah ni adalah resepi untuk awet muda yang berkekalan. Mungkin wajah korang akan kelihatan 5 tahun lebih muda dari sekarang? Kepada nenek-nenek yang dah berumur 80 tahun tu, sorry la kalau you all try petua ni pun, muka you all still nampak macam 75. Tua jugak. Kwang kwang kwang. Ops! Nenek, jangan saman saya, saya orang susah..

Ok, kalau boleh korang ikut cara-cara ni satu persatu yer. Sama-samalah kita kelihatan 5 tahun lebih muda. Warning kepada adik-adik yang baru berumur 5 tahun tu, tak payah sibuk-sibuk nak cuba sebab kalau umur korang baru 5 tahun, then nak jadi pulak 5 tahun lebih muda. Abis, nak muka korang masa umur 0 ke? Nak transfer masuk dalam perut balik? (more…)

Posted on 22 December '08 by , under Exabytes, Hidup Khai, Love, Tutorial. 86 Comments.

Tutorial: Avoid Blog from Copycat (plagiarism)


10 Hari terakhir sebelum menjelang tahun 2009 dah pun tiba. Yay! Secara tak rasminya, umur korang semua pun bertambah la satu lagi. Umur Khai baru nak masuk 21.. Muda lagi… lambat lagi nak kahwin tu.. Leh enjoy-enjoy dengan chick-chick yang ada (takde maknanya Khai).

Tadi masuk satu blog ni. Blog adik Nurfarahin. Comel budak ni. Kalau rasa nak ada pakwe mitahli, call Khai eh? Hahaha. Sebab apa Khai boleh termasuk blog dia yang cute tu? Kalau dah dia puji Khai melambung-lambung sampai ke bulan, Pakcik Google pun laju je la index. Hehehe. Thanks ye Adik Nurfarahin. Nanti raya 2009 nanti Khai kasi duit raya eh? buat beli aiskrem.. Taknak? Taknak sudah, Khai je la makan.

Dalam kepala Khai sekarang ni terasa macam nak sambung belajar. Well, Khai rasa nak masuk Uitm, Shah Alam. Tadi tanye budak Uitm sorang ni, dia cakap next intake bulan 5 ni. Khai rasa nak study bidang Kejuruteraan Sistem Maklumat. Rasa ilmu yang ada sekarang ni sangat-sangat la tak cukup. Thanks to Sir Rozhan yang sedikit-sebanyak beri Khai semangat untuk sambung belajar. Kalau ikutkan nak kerja je terus. Tak sabar nak jadi kaya-raya kan? BMW sebijik. Hehe. Apapun bulan 5 tu lama jugak tu. Sempat la kalau nak kerja kat mana-mana. Still tunggu status kat sebuah kompeni hosting ni. Approve je, terus masuk kerja je lah. Atau kalau korang ada offer untuk Khai, kontek-kontek la insan hina ini yer.

Ah sudah. Mana tutorial’nya ye tak? ok ok.. (more…)

Posted on 22 December '08 by , under Blogspot, Hidup Khai, Tutorial, wordpress. 53 Comments.

Tutorial: The O Series


Harini Khai belajar sesuatu yang baru. Sesuatu yang agak kool dalam bidang grafik. Ramai antara korang yang mengenali siapa itu James White. Ini bukan James White yang bermain basketball, tapi James White yang menjadi idola para penggila graphic serata dunia.

Jika korang penggemar estetika grafik yang kelihatan freedom, James White adalah insan yang patut korang jadikan ikutan untuk belajar sesuatu yang baru.

Daripada tutorial mudah ini, korang akan dapat menghasilkan sesuatu seperti dalam gambar di bawah. (more…)

Posted on 18 December '08 by , under Tutorial. 17 Comments.

How to create Friendster Fake Login (phishing)

Semalam, puluhan rakyat Malaysia yang berjuang mati-matian di dalam entri ini, termasuklah Khai sendiri. Apapun isi ini dianggap selesai lepas thread di WangCyber di tutup dan beberapa ahli di sana dah sama-sama bermaafan dengan Khai & Hafreze secara personal melalui Personal Message. Korang memang terbaik.

Dari pihak Khai juga (mewakili Hafreze), setinggi kemaafan Khai pinta kepada mereka yang terasa akan ‘kepedasan’ entri terbabit. Maafkan di atas kekhilafan diri ini. Ya memang itu entri ‘bodoh’ tapi insyaAllah dapat juga memberikan sedikit manfaat kepada pembaca di sini. Dah bukan semua, mungkin separuh. Kalau bukan separuh, insyaAllah, seorang dua pun jadi’lah. Kalau sorang pun takde, alhamdulillah, Khai sendiri sedar dengan apa yang Khai tulis. Apapun, terima kasih kepada mereka yang ternyata professional untuk menepis segala tohmahan dan kritikan.

—– Tamat Kisah Ini di Sini —–


Oh! Tidak ada macam-macam gambar baru nak tunjuk. Usyalah! Ok, Khai nak kasi tutorial yang agak jahat dan menyalahi undang-undang untuk korang. InsyaAllah even tutorial ni jahat, bakal menyedarkan banyak pihak. Lihat je la di akhir entri ini.

Ok, kita nak belajar bagaimana cara korang boleh dapatkan password ‘Friendster’ seseorang tu dengan menggunakan ‘Phishing’ site. Kalau bernasib baik, boleh access email diorang sekali kalau mereka gunakan password yang sama. Tersentak? ape lagi, pastikan password yang korang gunakan kat mana-mana social site tidak sama dengan email since email tu ibarat “kepala” kepada semua perkara yang korang buat di internet ni. Korang pun faham kan?

Ok, kita mulakan tutorial. (more…)

Posted on 18 November '08 by , under Hacks, Tutorial. 75 Comments.