Rosyam Talk Show Program

Dari dulu lagi Khai sentiasa merasakan dunia hiburan kat Malaysia ni macam ada yang tak kene. Dan kerana itulah Khai suke untuk menjatuhkan industri hiburan di tanah air sendiri. Bukan dari semua aspek, tapi bagi aspek yang terang2an memang jauh menyimpang dari agama dan budaya negara kita. Biar terima kritikan di duniawi, asal akhirat nanti berdiri di pihak yang benar. Macam sebelum ni, Khai pernah mempertikaikan tentang drama yang ada adegan solat dan doa. Scene dia terus je kasi salam then berdoa. Dalam doa tu, pelakon tersebut akan membaca doa mengikut skrip. Y’all tak rasa ke perbuatan tu mempermainkan doa kerana permintaan kepada Allah dipermain2kan mengikut jalan cerita. Dan cara penulisan skrip yang agak melampau dalam cerita Natasha 1 dulu. Tak abis2 sebut bawak sial. Tak boleh ke sebut bawa malang? kalau y’all rajin mengira, maunya berpuluh2 ayat sial tu keluar dari mulut pelakon drama tersebut. Post di bawah ini bukan ditulis oleh Khai tapi diambil dari forums religion scukz.com. Tapi Khai rasa memang patut dikongsi dengan semua bagi kesedaran bersama. Disampaikan oleh seorang hamba Allah.

Minggu lepas , aku ade menonton rancangan tu..kebetulan takde rancangan yg best, bila bukak je channel tv1, aku ternampak Ustaz Zawawi (bekas pensyarah aku) jadi ahli panel…termasuk Fauziah nawi & Nazrey Raihan…terus aku terlekat…tajuknya Hiburan…Jalan ke….? spt biasa, di hoskan oleh Rosyam Nor.

Memang bagus diskusi tu..ustaz zawawi citer, hiburan sememangnya halal malah akan menjadi wajib kpd sesorg jika dia tidak boleh hidup tanpa hiburan…contohnya , si mamat ni mesti dengar lagu untuk menceriakan hidup dia, kalau tak dengar lagu, dia tak bleh nak survive…tambahan pulak, memang dah naluri manusia, perlukan hiburan. Jadi Islam tak melarang untuk kita berhibur.

Tapi, hiburan tu mestilah tida k bertentangan dgn syariah..contohnya, tiada pergaulan bebas.. tidak melalaikan.. Soalan rosyam nor kpd fauziah nawawi nyata menjerat mereka berdua…rosyam tanye, bagaimana pulak kalau rosyam jadi anak, fauziah jadi ibu.. sudah tentu ade pelukan @ bersentuhan, semata-mata nak hidupkan lakonan tu.. fauziah pulak jawab, memang nak tak nak..kenalah ade sentuhan sbg seorg ibu & anak…beliau hanya melakonkan shj tapi niat beliau baik…nak tunjukkan kpd umum tentang pentingnya kasih sayang seorg ibu kpd anaknya…

Then, ustaz zawawi balas balik…niat tida k menghalalkan cara…walau sebaik mane niat kita itu, tapi caranya bertentangan dgn syariah, maka akan jadi haram ler…walaupun sekadar lakonan..tapi kedua-dua pelakon tersebut bukanlah muhram, yakni halal berkahwin… maka mereka sememangnya tidak boleh sedemikian. Byk cara lagi yg boleh dilakonkan untuk menunjukkan kasih sayang antara ibu & anak…di Iran, filem mengisahkan kasih sayang keluarga t idak menunjukkan sebarang sentuhan antara pelakon berlainan jantina, tapi mampu menjadi filem yg berjaya & merangkul anugerah.

kedua, ustaz zawawi cakap, berlakon @ menyanyi diwajibkan menutup aurat…jika mendedahkan aurat, maka akan jadi haram lah hiburan tu…

Ketiga, rezeki yg diperolehi hasil hiburan yang t idak mengikut syariah adalah haram…maka melentinglah sekajap si fauziah nawi tu…dia kata, hasil rezekinya selama ini telah disalurkan untuk menyara keluarga dia, tanggung kos belajar adik dia di oversea, buat kebajikan dsb….Ustaz zawawi balas, yg dipersoalkan adalah sumber rezeki tu melalui cara ape, bukannya dia belanjakan kearah mane…jika rezeki itu hasil lakonan yg ade sentuhan laki & pompuan yg bukan muhram, buka aurat dsbnya…maka akan jadi haram ler…

kemudian, fauziah nawi melenting lagi, ini bermakna dia dah tak boleh berlakon lagi lah…sebab dah jadi haram..mcm mane dia nak sara keluarga dia sedangkan punca pendapatan dia adalah hasil daripada hiburan…lagipun dia hanya menggunakan bakat yg dikurniakan oleh ?? utk berlakon…bukan semua org ade bakat utk berlakon…

Maka jawab ustaz zawawi…beliau masih boleh berlakon…sepertimana Ustaz Zawawi sebut sbl ni, ade hiburan yg halal..maka carilah hiburan yg halal tu…

Sebut ustaz zawawi lagi…kita perlukan perubahan minda dikalangan semua penggiat seni…baik dari pihak penerbit, penulis lirik, penulis skrip, pelakon, penyanyi, penganjur dsb…mestilah mencari jalan bagaimana untuk menghasilkan hiburan yang halal & diberkati oleh-Nya…memang ade caranya…kenalah berusaha..

Itulah serba sedikit rumusan drp forum tersebut…ape2 hal pun, aku ucapkan tahniah buat Ustaz Zawawi & Nazrey Raihan kerana mempertahankan haram tetap haram…halal tetap halal…

Maka ape lagi wahai artis- artis malaysia ? Sudah terang lagi bersuluh…carilah hiburan yg halal…tinggallah hiburan yg haram…kerana rezeki yg diperoleh itu sudah pasti akan disoal tentang halal haramnya… Bukan ke malaysia skrg ni diisytihar negara islam hadhari? jadi carilah jalan bagaimana nak jadi artis islam hadhari…bukannya Ada-hari…hanya islam masa bulan puase shj…bulan yg lain..????

Kesimpulannya, y’all sendiri pun dah tahu kan.. so x payah la Khai kasitahu lagi.. memang Fauziah Nawi ngan Rosyam kalau berlakon, mak datuk.. dah macam anak beranak betul2. Terima kasih sebab buat orang menangis tapi kat akhirat nanti yang penonton ni tak dapat nak tolong yer.. Eh, kenape yer sejak beberapa tahun ni, Khai sangat merindukan kepimpinan Dr. Mahathir. Kalaulah masa boleh berulang semula…….

Credit to rida from mawifc.. Taken from Scukz Forums.

Ditulis pada 8 February '07 oleh | 535 views telah diterima.
Dalam kategori Religion | Promo di Twitter! | 15 Respon

KrozStream – Center of Your Communication

krozstream_promo.jpg

Nak promo kat y’all sebuah website yang Khai rasa pertama di Malaysia yang ditubuhkan oleh anak2 melayu kita sendiri. Website ni menghimpunkan pelbagai video stream untuk tontonan y’all. Di sana juga terdapat pelbagai channel radio untuk anda dengar. Namun ingat, itu semua hanya sampingan yang ditawarkan oleh website tersebut.

Perkhidmatan utamanya adalah untuk mem-broadcast kan video anda ke seluruh dunia. Jika sebelum ini anda hanya mampu bermimpi mengiklankan produk anda di televisyen, radio atau surat khabar oleh sebab kerana harganya yang sangat mahal, kini anda boleh mengiklankan produk anda di internet hanya dari RM10/month. Murah bukan? Kenapa pengiklanan di internet dilihat lebih strategik? ini adalah kerana pada pendapat Khai, pengguna internet jauh lebih ramai dari yang menonton televisyen. Jika stesen TV, radio dan newspaper di Malaysia ini hanya mampu mengiklankan untuk pengguna Malaysia, di Internet, ianya mampu menumbusi seluruh dunia dengan penuh kebebasan tanpa sebarang sempadan.

Dengan RM10/month, anda boleh menukar iklan anda sebanyak 5 kali. Selain itu, jika video anda paling tinggi merecordkan hits tontonan, anda akan diberikan pula hadiah istimewa dari pihak Krozstream. Sangat istimewa tawaran yang diberikan oleh pihak Krozstream. Mereka juga menerima perkhidmatan untuk pelajar University yang ingin mem-broadcast kan video mereka secara live. Kira macam kat TV la kan. Yang berbezanya ianya sangat berpatutan dari TV. Jika anda dapat tahu pihak University anda ingin menyiarkan apa2 acara di University anda secara LIVE di Internet, katakan mereka, Krozstream adalah yang terbaik kerana ianya di web tempatan kita yang pastinya akan memberi kepuasan secara LIVE untuk anda.

Untuk keterangan lanjut, kunjungi terus offical website mereka di http://krozstream.com/

UPDATE : diorang dah murahkan lagi package. RM10 untuk 3 video sebulan.

Ditulis pada 3 February '07 oleh | 525 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 9 Respon

THE NEW 7 WONDERS IN THE WORLD

new7wonders.jpg
” The Offical New 7 Wonders Website ”

Tiga hari lepas Khai dah update blog ni kepada WordPress yang latest iaitu WordPress 2.1 Ella. Terlalu banyak diorang release version baru wordpress ni dalam masa 1 bulan. Rasanya sampai tiga kot. Dari update ke 2.0.6, tiga hari lepas tu update lagi ke 2.0.7 dan beberapa minggu lepas tu, release plak new version 2.1 Ella ni. Pada pendapat Khai, tak terlalu banyak pun pengubahsuaian yang diorang lakukan. Tapi upload manager yang baru ni betul2 mengancam. Ada terbaca tulisan seorang blogger Malaysia yang cakap Version 2.1 ni banyak tak terima plugin lama, tapi Khai tetap lakukan dan hasilnya, boleh pakai macam biasa je plugin tu semua. Maybe certain plugin kot.

Ok sebenarnye bukan nak cerita pasal wordpress ni (sekadar kasitahu), tapi nak share info pasal New 7 Wonders of the World. Sekarang ni y’all perlu jalankan tanggungjawab untuk vote dari website diorang untuk memilih ‘benda’ yang betul2 mengagumkan kat dunia ni. Tarikh akhir adalah 07.07.’07 .. Power sungguh tarikh ni. Dari 2000 benda2 yang amazing dalam dunia ni, diorang dah tapis jadi 21 dan kini nak tapis lagi sampai 7. Khai vote untuk The Statue of Liberty (ukiran seorang wanita yang memegang buku dan obor) yang memang amazing!!. Dari dulu memang kagum dengan hasil ukiran Frederic Auguste Bartholdi dengan bantuan Gustave Eiffel. Siapa tak kenal Gustave Eiffel ni yang turut membina Eiffel Tower tu yang juga tercalon antara New7Wonders. Mereka menghadiahkan kepada kerajaan United State pada 28 October, 1886 sempena hari kemerdekaan United State yang ke-19. Ukiran diorang memang cukup perfect. Bayangkan je la masa tahun 1880 camtu, dah mampu nak ukir patung yang besar gila macam tu. Unbelivable sungguh!!

Banyak lagi hasil ciptaan yang susah nak diterima akal macam The Taj Mahal (1630 A.D.) di Agra, India, The Pyramids of Giza (2600 – 2500 B.C), di Egypt dan banyak lagi yang di mana agak sukar dicipta semasa teknologi masih belum wujud. Kalau time tu KLCC tu dibina, maybe akan masuk dalam senarai diorang juga tapi dah terlambat..

Offical Website : http://www.new7wonders.com

Ditulis pada 1 February '07 oleh | 616 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 7 Respon