Advertlets & Mobile88

Pelbagai perkara menarik terjadi dalam hidup aku hari semalam. Seperti biasa aku tidur pada pukul 6 pagi dan terjaga pada jam 11. Lewat pula hari ini mungkin kerana terlalu penat kelmarin. Pukul 4 petang aku ke campus gara-gara pensyarah mahukan kami menonton filem sebagai kesinambungan assignment untuk menulis movie review. Meskipun hari ini sepatutnya aku tiada kelas, tapi dengan berat hati, aku pergi juga menonton cerita Jeeper Creeper 2 itu. Menyampah aku nengok pelajar perempuan terjerit sana, terjerit sini. Tahu la seram tapi cara mereka menjerit itu, aku tahu tidak lain tidak bukan sekadar menarik perhatian sang lelaki untuk mengurat. Aku menyampah lihat orang seperti itu. Di dalam panggung wayang Limkokwing tu, ada satu perkara yang aku tidak sangka-sangkakan kerana aku terjumpa sesuatu. Alhamdulillah. Habis menonton filem dalam pukul 8 malam aku terpaksa menunggu bas pula dihadapan Limkokwing University. Dalam kebengangan menanggung kelewatan bas sampai, aku duduk berborak bersama Nieza dan rakan-rakan. Tiba-tiba datang sebuah Produa Kancil putih meluncur laju ingin membuat aksi ‘drift’ dihadapan kami semua yang lebih dari 100 orang ni. Tiba tiba terbalik la pulak. Berlari aku dan beberapa pelajar lain ingin membantu. Kereta yang terbalik itu kami tolak sehingga normal semula. Mereka bertiga yang kesakitan + malu terus naik kereta dan berambus pergi tanpa sebarang ucapan terima kasih. Tidak mengapalah sekurangnya butiran cermin kereta mereka yang pecah tu tetap bersama kami menunggu bas. Haha. Nasib tak sempat nak ambil gambar dek keadaan huru hara sangat. Kalau sempat, tentu menarik entry aku hari ini.

thanks-advertlets.png

Aku menjenguk lagi ke akaun Advertlets. Alhamdulillah, permohonan aku dah pun diluluskan. Terima Kasih Advertlets. Kepada yang mempunyai blog atau website tidak kiralah dihostkan sendiri atau yang percuma, jangan segan-segan pasang iklan advertlets kat blog atau web kalian kerana ianya betul-betul tidak merugikan even pendapatan tak seberapa pun, siapa nak kasi kau duit senang-senang macam tu je? Dalam banyak-banyak advertising campaign, Advertlets adalah yang paling mendatangkan hasil untuk aku. Nuffnang? sehingga kini baru beberapa sen dek bahana cost per click campign yang mereka perkenalkan ๐Ÿ˜›

Aku juga ingin memperkenalkan sebuah website handphone preview kepada kau semua yang menghimpunkan semua jenama handphone di dunia dan ianya dari Malaysia. Aku tak tahu di mana kau mencari info dan maklumat mengenai sesebuah handphone yang kau minat. Almost i think di official website mereka bukan? tetapi bagi aku, Mobile88.Com adalah tempat paling sempurna pernah aku jumpa. Mungkin aku sukakan angka 88 di penghujung nama website itu kerana itu adalah tahun kelahiran aku. Kalian cubalah dan pastinya, aku tak sabar menanti hadiah N73 dari Kak Lea tu. Betul kata Kid, aku ni lucky guy kerana aku juga merasakan begitu kerana aku memang bertuah mengenali seorang insan yang sungguh baik hati seperti Kak Lea. Semoga beliau terus sukses dalam kerjaya’nya. InsyaAllah.

Psstt: Internet aku esok dah expired tapi tak boleh nak topup lagi coz pihak management membekukan penjualan topup prepaid broadband. Mungkin kerana ingin memboikot Go Lightspeed Broadband kerana servis taik mereka. What can i do now, go to Cyber Cafe to make a research for my assignment and update this blog or just kill myself in boring mood without internet. Nak nengok gambar hantu yang member aku tangkap? (more…)

Ditulis pada 17 August '07 oleh | 534 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 20 Respon