Bad day versus Nice day

Dua hari lepas aku ke Hospital Tengku Ampuan Rahimat (HTAR), Klang. Siapa tak kenal HTAR ni, tempat di mana baru-baru ini menggemparkan Malaysia dengan kesilapan doktor bangang salah kasi cecair kat seorang bayi yang menyebabkan tangan bayi tersebut terpaksa di potong. Bangang macam tu pun boleh jadi doktor? Aku ke sana untuk melihat wajah bayi yang dinanti-nantikan oleh semua kaum kerabat Abu Hassan bin Iris dan Khatijah Hj Abd Manap. Untuk pengetahuan semua, ini anak pertama kepada abang sulong aku dan anak saudara aku yang ke-5. Along aku sudah berkhawin selama sembilan tahun. 1 Ogos haritu ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-9. Berkat doa semua, kesabaran dan usaha mereka, akhirnya Alhamdulillah, mereka di kurniakan cahaya mata perempuan pada Jumaat lepas (10 ogos 2007). Tahniah Along!
Nama diberi Safiyah Husna Bt. Mohd Khairudin. Semoga Husna menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada ke-dua ibu bapa. Kesian aku lihat akak ipar aku. Asyik mengerang kesakitan dek kerana kesan pembedahan. Akak ipar aku tu tidak melahirkan Husna secara normal mungkin kerana ini anak mereka yang pertama selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga bersama abang aku yang tercinta. Aku ingin ceritakan gembira ini semalam, tapi apakan daya Internet Provider kat Desaria Villa ni memang hampeh! Nama sahaja macam bagus, Go Lightspeed. Tukar je la nama tu jadi Go Lightspeed to Hell! Aku rasa ianya lebih sesuai menggambarkan service buruk mereka. Kau tahu sudah berapa banyak email yang aku hantar kepada mereka bertanya mengenai masalah kelembapan dan server yang hadir? kau rasa berapa banyak yang mereka reply? ya, tepat sekali satu pun tak balas!!
Semalam aku tidak ke kampus dek kerana lecturer ada hal dengan Lembaga Akreditasi Negara (LAN). Subjek best pula tu, Hish! Internet pula problem dan tak pasal-pasal aku menjadi seorang kaki games yang baru nak kenal apa itu Need For Speed Most Wanted dek kerana kebosanan. Haha. Kadangkala aku terfikir, lebih baik di sini tiada langsung perkhidmatan internet di sini, sekurang-kurangnya aku tidak terdedah kepada risiko sakit jiwa kerana kelembapan connection yang super hebat!

Oh! aku dah tebus RM100 dari Advertlets bulan lepas tapi mengapa statusnya masih unpaid ye? kau tahu kenapa? Jika Demographic Result aku masih belum mencukupi, apakah guna 601 votes itu? Advertlets, dont play play drama melayu please.. just give me my money as your promised! Kepada Nuffnang pula, kau memang zalim sebab kasi duit bila orang klik iklan kau padahal semua orang yang masuk ke blog akan nampak iklan dari kau dengan jelas! Aku juga seperti blogger lain, tunggu sahaja masanya untuk meng’nyah’kan dirimu dari blog ini. Kalau iklan TV mengikut trend begini, sudah tentu stesen TV tersebut akan dapat duit bayaran dari pengiklan lepas penonton berikan feedback untuk iklan itu atau beli produk tersebut.
Kau takut sama hantu tak? aku tak takut malahan masa semester 1 dulu di hostel lama, aku pernah menjadi ketua seekers mencari hantu kerana ingin sangat tahu bagaimana rupa makhluk ciptaan tuhan itu dan aku teringin sangat untuk melihatnya secara berdepan. Asyik melihat gambar-gambar sahaja. Jika kau ingin lihat, kau klik di sini. Tapi tolonglah jangan kacau aku sebab aku nak lihat je bukan nak di kacau. Tapikan, aku takut dengan semut. Esok aku akan membuat sedikit research mengenai semut dan aku akan beritahu mengapa aku takut semut. Apa jenis penyakit la ye aku ni?
02:54AM

















