Review: iPhone Ribbz Protection Case

3,117 views | Hantar ke Twitter! | Cetak Artikel Ini

Ini mungkin kali pertama korang dengar nama Ribbz ni. Ribbz merupakan jenama untuk casing iPhone dan mereka hanya mengeluarkan casing yang benar-benar berkualiti dan dapat menghalang iPhone dari mengalami sebarang kerosakan kalau terjatuh. Semua orang tahu iPhone ni design dia memang nak cantik aje tapi problemnya, depan belakang guna glass. Kalau nasib tak baik terjatuh, memang retak seribu le jawabnya. Nangis tak berlagu. Wuuuu!

Ribbz ni dah lama cuma baru-baru ini menyerang pasaran Malaysia. Saya sendiri baru tahu. Bagaimana hebatpun korang menjaga phone tu dari jatuh, kalau bukan sekarang esok lusa mesti akan jatuh juga. At least sekali dalam hidup. Kalau tak pernah jatuh, memang bukan manusia lah tu. Hehe. Jatuh dari poket masa duduk memang selalu sebab dia akan menggelongsor keluar. Dalam kes saya sendiri, iPhone memang selalu jatuh bila bangun untuk keluar dari kereta. Semasa drive bila terima call, terus letak atas riba. Lepas tu bila nak keluar kereta, main keluar je. Ambik ubat! Pernah alami perkara macam ni? Hahaha. Selalu ye tak?

The durable & light-weight Ribbz iPhone cover design will guard your phone from damage, and is shock resistant.

Tak ramai dari pengguna iPhone yang suka mengenakan casing pada iPhone mereka. Bagi saya sendiri, saya pun kurang suka menggunakan apa-apa jenis casing sebab kalau tak kena pada casing’nya, memang akan mencacatkan design iPhone yang saya rasakan mempunyai design yang tercantik berbanding phone lain setakat ini. So tepuk dada tanya selera sendirilah nak pakai atau tidak. Suka dengan design yang cantik atau suka dengan protection iPhone dari jatuh dan terus terbarai. Hehe.

So, Ribbz ni dah selamat sampai di office Oh! Media dengan jayanya. Terima kasih kepada pihak Leonicle Dot Com kerana menaja Ribbz Protection Case (RPC) ni khas untuk review di Justkhai kali ini. So ok atau tak Ribbz ni? Jom kita tengok.

Design dia agak menarik dan memang berkualiti dari segi binaan keseluruhan yang menggunakan getah. Bila korang sentuh je Ribbz ni, pasti kan tahu bagaimana Ribbz ni berfungsi untuk memberi perlindungan pada iPhone korang. Grip pun memang sangat baik lebih-lebih lagi untuk tangan mereka yang selalu berpeluh. Berikut adalah gambar Ribbz Protection Case ni selepas dipasangkan kepada iPhone 4S milik saya sendiri. Klik gambar untuk paparan bersaiz lebih besar.

Ribbz yang mereka beri pada saya berwarna hitam dan iPhone 4S saya berwarna putih. Jadi agak kontra warnanya. Kalau iPhone putih masuk warna putih atau warna yang terang-terang seperti merah, hijau atau kuning, mungkin jauh lebih menarik. Kalau iPhone hitam masuk Ribbz yang warna hitam ni, confirm awesome!

Mungkin dari gambar dan artikel, tak cukup nak kasi bukti. So ini video bagaimana mereka test kekuatan Ribbz Protection Case ni. Siap lenyek dengan SUV lagi. Hahaha. Kena tengok kalau tak korang takkan percaya Ribbz ni kuat.

Tapi korang jangan try iPhone sampai macam ni pulak. Cukuplah dengan video-video test yang dah disediakan ni. Diorang yang test ni kaya-raya so kalau pecah pun boleb beli lain. Kita yang cukup-cukup makan ni, pakai casing ni untuk protect iPhone dari jatuh dah memadai.

Ribbz Protection Case ni dari flyers mereka yang Khai ada, tertulis RM129. RM129 sebenarnya memang standard harga untuk casing iPhone. Semua dalam par yang sama. Kalau ada yang lebih murah dari tu, itu kualiti pasar malam downtown punya. Tapi buat masa ni, kalau korang beli dari Facebook Page mereka, harganya hanya RM99 sahaja. Keep in mind, review yang Khai tulis ini tidak berbayar. Saya cuma tuliskan review untuk barang yang sampai ke office Oh! Media. Yup, free of charge. Semua review dan penulisan ini memang 100% dari pandangan peribadi saya sendiri.

Info lanjut, korang boleh ke website mereka di www.ribbzcase.com tapi kalau nak beli, pastikan beli dari Facebook Ribbz Malaysia, MyRibbz untuk dapatkan harga yang lebih murah berbanding di web rasmi mereka.

Buat masa ni, saya akan terus pakai Ribbz Case ni untuk melihat sejauh mana keberkesanannya. Bila tak pakai Ribbz ni, taknak pulak dia jatuh!! Time tak pakai sibuk nak jatuh je. Hahaha! See yah!

Ditulis pada 8:46 am 6 April '12 dan pastinya oleh . Siape lagi?
Dalam kategori: Advertorial, Apple, Gadget | Tweet This!

Tag: , ,


RSS feed | Trackback URI

32 Comments »

Comment by paeh
2012-04-06 09:32:06

Aku pakai Belkin, tersangat ok! pernah jatuh dari tingkat satu! (ramai tak percaya) harga RM 80 (2009)

..
 
Comment by juul
2012-04-06 10:34:45

salam khai , macam mana nak order ? direct dari ko tak leh ke ? hehe :)

..
Comment by Khai
2012-04-06 12:48:34

Boleh ke Facebook mereka dan tekan “Shop Now”

https://www.facebook.com/MyRibbz

..
 
 
Comment by Fadzmie
2012-04-06 10:57:36

Saya masih setia dengan Capdase lagi. Mungkin lepas ni kot baru try Ribbz. :)

..
 
Comment by aizuddin
2012-04-06 18:53:51

lepas ni dah takde game main selipar, guna iphone pun boleh :[

..
 
Comment by Bulan Terkenal
2012-04-06 20:08:10

Design iPhone paling cantik?tak kot..rasa2nya menang kat samsung tapi tak ingat samsung apa..Galaxy Nexus kot..

..
 
Comment by Dhaf
2012-04-06 20:29:12

Sila check kembali sebelum cakap sesuatu , die cakap design Iphone ni cantik , tapi tak cakap design iphone ni adalah design paling cantik nak dibandingkan dengan semua phone LOL

..
 
Comment by Dhaf
2012-04-06 20:31:30

Dah bayar dah dekat dia , and esok die hantar pakai pos laju , tapi agak sedih bila mintak warna putih takda , hanya ada warna hitam sahaja , nampaknya terpaksa la tiru khai pakai 4s warna putih , cover warna hitam -.-

..
 
Comment by abbey
2012-04-07 06:12:27

dah xpakai boobook ke bro? nak tanya pendapat bro sket.. sy belum ada iPad… sy nak beli iPad just utk menambahkan koleksi apple sy je n menonton video secara mudah alih. Boleh x bro bg pendapat, adakah the new iPad tu lebih mantap dari iPad2? sebab iPad2 dah turun harga. dan dari apa yg org2 kebanyakan cakap, iPad2 n the new iPad masing2 ada kelebihan n kekurangannya. So dari situ, pada sy, pilihan sy adalah iPad2. sebab kata org, the new iPad cuma lebih pada gambar yg canti sahaja. sedangkan itu bukan keutamaan sy. kalau bro boleh bgi pandangan pada sy. lagipun iPad4 akan keluar hujung tahun ni

..
 
Comment by Lawrence Vision
2012-04-07 18:54:41

Design ni walau tak lawa tapi protection yang penting.setakat ini saya dah beli 5 casing yang memang 100 ke atas haha.memang mahal2 casing apple ni.sekarang saya guna brand zeus harga 168 pehhh mahal juga kan :)

..
 
Comment by Fuza Marquis
2012-04-10 05:04:41

Awkward seh Khai sekarang bahasakan diri ‘saya’ dalam entri. Ehehi.

..
 
Comment by Fuza Marquis
2012-04-10 05:35:12

Khai, sorry lari tajuk sekejap. I masuk entri lama khai yang ini: http://justkhai.com/blog/teknik-meningkatkan-trafik-blog-berkesan/

Untuk tips no 2, I tried to copy html yang Khai provides, tapi tak boleh dah sekarang. Ada iklan kena jawab survey minta no phone dulu =(

..
 
Comment by Mohd Isa
2012-04-10 07:26:58

hoho, tuk blackberry bold 3 ada tak? hehe

..
 
Comment by aimannajmy
2012-04-10 13:09:47

makk aiih first impression tengok ingtkan tepi2 tu serupa obor-obor untaian hehe.. rupanya tu untuk safety

..
 
Comment by bloggermalaysia.org
2012-04-10 15:52:13

Menarik juga, iphone lepas ni jatuh dah x heran lagi Komuniti Blogger Malaysia

..
 
Comment by orangbiasa
2012-04-13 09:25:01

wahh kemas nya case nya bro… 8) 8)

..
 
Comment by Luqman Hakim
2012-04-17 17:34:46

wah cun la cover tu… 8) :love:

..
 
Comment by Hasni
2012-04-22 09:22:40

Untungla sape ada iphone,jeles akuu

..
 
Comment by samanosuke_04
2012-04-22 11:17:32

huhu, sibbaik review tak berbayar, tidak lagi jeles aku sebab dah bleh barang free, takkan review berbayar plak kan? haha.. aku nie iphone pun tak mampu lagi nak beli :P

..
 
Comment by zool
2012-04-23 06:22:16

aku baca rasa terhibur plak..
ye la aku mana mampu nak pakai iphone.. baca review ni pun jadilah..

..
 
Comment by Izral
2012-04-24 09:29:05

abg khai,
bagi untethered jailbreak iOS 5.1 dah kuar ke belum?
klau ada mohon abg kongsi ehh =)

..
 
Comment by iza
2012-04-26 08:39:44

Assalam..
Hmm..tak guna iPhone..

..
 
Comment by Syed
2012-04-26 16:06:36

tak sabar nak negok review new ipad dari justkhai..nak tengok perbezaan antara ipad2 dgn new ipad ni. #mood xsabar :) :)

..
 
Comment by Lorna
2012-05-02 05:05:25

Betul3x, sokong syed…
Tak sbr tggu review khai psl new ipad vs ipad2…
Still waiiitiiiingggg :)

..
 
Comment by happysus
2012-05-05 20:55:25

HTC tak ada ke Khai

..
 
Comment by faris
2012-05-07 17:12:22

kemas desig nya bro…….

..
 
Comment by Ahmad Ijat
2012-05-22 09:12:40

Nak beli iphone tak mampu, beli ribbz dulu je la kot..hehe

..
 
Comment by Anarm
2012-05-23 18:36:01

untuk galaxy takde ke? huhu.. :((

..
 
Comment by Muhammaed
2012-05-28 03:51:41

memang berbaloi .. safety..

..
 
Comment by Qaseh Gifts
2012-05-31 11:58:05

nampak menarik… kalau ada utk bb lagi best :-)

Nak tau mengenai Jaket untuk Buku?

..
 
Comment by annisa
2012-06-22 04:09:25

salam khai,

nak la sgt… bila agaknya boleh beli satu ni eh… :p

..
Comment by Khai
2012-07-06 08:55:35

Kena la contact mereka. Hehe. Best taw lagi2 untuk pemilik iPhone yang sayang gila dengan phone nya. hehe

..
 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Apa Entri sebelum dan selepas entri ini?