Fast Update #2

First of all, Khai nak minta maaf coz tak dapat nak update blog ni setiap hari jam 3 pagi. Ada yang cakap Khai tulis tak serupa bikin. Haha, sorry la yosh! Khai terlalu busy dek kerana semester 5 yang baru bermula. Now, Khai kembali menulis sambil melunjurkan kaki ke luar tingkap bilik tingkat 11 di Desaria Villa Condominium (Limkokwing University Hostel) ini. Udara nyaman sekali sambil melihat pemandangan Cyberjaya. Melihat Multimedia University (MMU) sungguh indah sekali menara air yang begitu ketara dari bangunan yang lain. Mungkin itu trademark MMU la kot tempat si Hafreze study sambil menjadi Playboy paling berjaya. Hehe!

KL-Putrajaya Highway

kl-putrajaya highway
Dari tingkap ni juga, Khai dapat lihat Lebuhraya KL – Putrajaya yang baru je dibuka untuk orang ramai. Tol masih free [updated: Kini tol dari KL ke Bukit Jalil RM 1.50 dan untuk terus ke Putrajaya, RM2.50]. Menurut akak Khai, dia ambil masa lebih kurang 15 minit sahaje untuk sampai ke Putrajaya. Buat susah-susah je Samy Veloo ni kan? Tapi baguslah sekurang-kurangnya tak payah nak susah payah nak rempuh kesesakkan yang meruntum jiwa dan harapnya, bila bayaran tol dah bermula nanti, Samy Veloo pun janganlah susah-susah plak nak naikkan harga plak ye? Exit highway ni nanti berdekatan dengan Limkokwing University. So singgah la kejap kita leh makan-makan ke.. minum-minum ke.. Hahaha. Kalau map kat atas tu terlalu kecil, korang nengok kat sini.

Salam Takziah

scukz_blog_kubur_atuk.jpg
” jarak pusara pakngah dari batu pusara atuk ”

Semalam, Khai dikejutkan dengan pemergian Pakngah (adik mak) pada jam 9 pagi dan selamat dikebumikan jam 2 petang di Tanah Perkuburan Jalan Puchong beberapa selang dari kubur Allayarham Atuk.. Selepas hampir 12 bulan pemergian Allayarham atuk, Arwah sebagai anak lelaki yang pertama turut pergi menyembah Illahi. semasa hidupnya tak pernah kedekut atau berkira kepada anak-anak saudaranya. Khai masih ingat, setiap kali exam, kalau dapat number 1 sampai 3, mesti ada hadiah yang arwah kasi. Time UPSR dulu, 1A mesti dia kasi RM10. Hurmm, sebelum bersara, arwah bertugas sebagai Tok Kadi di daerah Kuang, Selangor. Selepas bersara, beliau kembali ke rumah asalnya di Shah Alam dan hanya menjadi penceramah bebas. Selain itu ada diundang oleh TV3 dan beberapa pihak Universiti untuk memberi ceramah. Kalau korang perasan, baru-baru ini ada iklan Zaitun. Akhir iklan tu ada seorang ustaz memegang ubat gigi Zaitun dan berkata sesuatu. Itulah Pakngah. Apa yang Khai tahu, arwah dah lebih 4 bulan terseksa dek kerana buatan orang. Kenapalah orang semulia itu masih ada yang khianat melihat kejayaan dan kebahagiaan keluarganya. Khai betul tak faham dengan dunia sekarang. Semoga roh Allayarham di cucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin. Salam takziah kepada Makngah serta sepupuku Along Atan, Angah, Azri dan Fitri. Ketahuilah setiap yang bernyawa pasti akan pergi jua.

Nufflets Penipu?

scukz_blog_nufflets.jpg
Honestly, Khai bercadang untuk menurunkan iklan dari Nufflets dek kerana rasa tertipu. (more…)

Posted on 10 January '08 by , under Daily Craps, Istimewa. 37 Comments.