Fast Update #2

170 views | Hantar ke Twitter! | Cetak Artikel Ini

First of all, Khai nak minta maaf coz tak dapat nak update blog ni setiap hari jam 3 pagi. Ada yang cakap Khai tulis tak serupa bikin. Haha, sorry la yosh! Khai terlalu busy dek kerana semester 5 yang baru bermula. Now, Khai kembali menulis sambil melunjurkan kaki ke luar tingkap bilik tingkat 11 di Desaria Villa Condominium (Limkokwing University Hostel) ini. Udara nyaman sekali sambil melihat pemandangan Cyberjaya. Melihat Multimedia University (MMU) sungguh indah sekali menara air yang begitu ketara dari bangunan yang lain. Mungkin itu trademark MMU la kot tempat si Hafreze study sambil menjadi Playboy paling berjaya. Hehe!

KL-Putrajaya Highway

kl-putrajaya highway
Dari tingkap ni juga, Khai dapat lihat Lebuhraya KL – Putrajaya yang baru je dibuka untuk orang ramai. Tol masih free [updated: Kini tol dari KL ke Bukit Jalil RM 1.50 dan untuk terus ke Putrajaya, RM2.50]. Menurut akak Khai, dia ambil masa lebih kurang 15 minit sahaje untuk sampai ke Putrajaya. Buat susah-susah je Samy Veloo ni kan? Tapi baguslah sekurang-kurangnya tak payah nak susah payah nak rempuh kesesakkan yang meruntum jiwa dan harapnya, bila bayaran tol dah bermula nanti, Samy Veloo pun janganlah susah-susah plak nak naikkan harga plak ye? Exit highway ni nanti berdekatan dengan Limkokwing University. So singgah la kejap kita leh makan-makan ke.. minum-minum ke.. Hahaha. Kalau map kat atas tu terlalu kecil, korang nengok kat sini.

Salam Takziah

scukz_blog_kubur_atuk.jpg
” jarak pusara pakngah dari batu pusara atuk ”

Semalam, Khai dikejutkan dengan pemergian Pakngah (adik mak) pada jam 9 pagi dan selamat dikebumikan jam 2 petang di Tanah Perkuburan Jalan Puchong beberapa selang dari kubur Allayarham Atuk.. Selepas hampir 12 bulan pemergian Allayarham atuk, Arwah sebagai anak lelaki yang pertama turut pergi menyembah Illahi. semasa hidupnya tak pernah kedekut atau berkira kepada anak-anak saudaranya. Khai masih ingat, setiap kali exam, kalau dapat number 1 sampai 3, mesti ada hadiah yang arwah kasi. Time UPSR dulu, 1A mesti dia kasi RM10. Hurmm, sebelum bersara, arwah bertugas sebagai Tok Kadi di daerah Kuang, Selangor. Selepas bersara, beliau kembali ke rumah asalnya di Shah Alam dan hanya menjadi penceramah bebas. Selain itu ada diundang oleh TV3 dan beberapa pihak Universiti untuk memberi ceramah. Kalau korang perasan, baru-baru ini ada iklan Zaitun. Akhir iklan tu ada seorang ustaz memegang ubat gigi Zaitun dan berkata sesuatu. Itulah Pakngah. Apa yang Khai tahu, arwah dah lebih 4 bulan terseksa dek kerana buatan orang. Kenapalah orang semulia itu masih ada yang khianat melihat kejayaan dan kebahagiaan keluarganya. Khai betul tak faham dengan dunia sekarang. Semoga roh Allayarham di cucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin. Salam takziah kepada Makngah serta sepupuku Along Atan, Angah, Azri dan Fitri. Ketahuilah setiap yang bernyawa pasti akan pergi jua.

Nufflets Penipu?

scukz_blog_nufflets.jpg
Honestly, Khai bercadang untuk menurunkan iklan dari Nufflets dek kerana rasa tertipu. Impression yang tinggi dan jumlah klik yang agak banyak tidak langsung membuahkan hasil. Dari hari ke hari, jumlah pendapatan tidak pernah berubah. Hanya masih $5 yang diberikan semasa menjadi publisher di sana. Sesungguhnya bosan dengan pengiklanan yang cakap tidak serupa bikin. Wahai blogger sekalian, nyatakan pendapatan korang bersama Nufflets. Cukupkah untuk membeli sekeping roti canai bercicahkan air sirap. Hehe. Mungkin bagi Khai, Advertlets adalah yang terbaik. Sama seperti Mohd Ismail dan Nuffnang hanya sekadar mengikut trend.

Khai & Limkokwing University

Suatu ketika dulu aku pernah men’upload’ satu video di Youtube yang diberi nama Limkokwing Student Wrestler. Namun selepas hampir setahun video tersebut di sana, tidak Khai sangka akan menjadi satu isu yang besar di Limkokwing University. Tapi kenapa selepas setahun? Kenapa isu ini terus diperbesarkan tanpa ada sebarang arahan atau amaran yang diberikan. Hampir kesemua pelajar yang berjumpa Khai, semua bercakap pasal video tu. Video itu di upload atas persetujuan ramai coz nak dijadikan video kenangan satu ketika nanti. Tapi sekarang lain pula jadinya. Mungkin salah Khai ada masukkan lambang Universiti di awal video tapi tiada langsung niat menghina atau menjatuhkan maruah Universiti selain hanya ingin memberitahu yang kami adalah pelajar Limkokwing University. Ada lecturer yang dah jumpa sendiri dengan Khai (06 Januari) beritahu pasal kes ini dan malam tu je, terus Khai delete. Apa yang tidak memuaskan hati, isu ini masih diungkit dua hari selepas ianya di delete. Diungkit dengan nada yang cukup panas di atas pentas Dewan Utama Limkokwing University a.k.a Hall of Fame di depan hampir 1000 pelajar. Khai juga akan dipanggil naik menghadap pihak Management. Pada pendapat Khai, eloklah kalau tidak dipanjangkan kes video tu. Tidak susah untuk emailkan Khai hanya atas dasar arahan memadam video tersebut. Apa lagi bila permohonan maaf secara terbuka sudah diberikan. Harap kes ini tidak berpanjangan sampai ke Mahkamah.

Result For Semester 4

scukz_blog_result_sem4.gif
Khai rasa sungguh best sekali sebab result semester 4 lepas dah pun diterima. Dan Grade Point Everage (GPA) untuk 6 subject Khai untuk Semester 4 adalah 3.56. Khai dapat credit 4 Flat (4 flat tu beb) untuk empat favourite subject such as Digital Imaging & Image Manipulation (A-), Writing of Interactive Multimedia (A+), Interactive Design (A+) dan Web Publishing (A+). Cuma agak kantoi untuk subject English Language Proficiency 3 (C+) dek kerana kesilapan masa final exam dan agak teruk untuk subject Malaysian Studies (who cares?). Dua-dua subject menyampah ni dapat credit 2.67 je. Kesimpulannya, Khai sangatlah berpuas hati dengan pencapaian semester lepas sebab menjadi satu-satunya student yang dapat 4 flat terus untuk 4 subject utama. Alhamdulillah. Adik-adik, belajar rajin-rajin, jadi macam abang ok! hahaha..

YouthSearch Web Award

The Malaysian Dotcom Youth Search is the hunt to identify the hottest and most innovative website, made by youths. With thousands of Malaysian websites including blogs and portals emerging daily, we are on the lookout for owners of super cool sites, giving them recognition for their work

YouthSearch Web Award sudah melabuhkan tirai. Even though Scukz dot Com tidak berjaya menjadi antara 10 website terbaik, tapi tercalon untuk menerima Award itu pun sudah memadai. Semalam Khai menerima panggilan dari YouthMalaysia mengundang Khai untuk datang ke PWTC pada 18 Januari nanti jan 11 pagi. Terima Kasih atas jemputan tu dan kalau ada masa, memang Khai akan ke sana memeriahkan majlis. Apapun, Khai tidak berapa setuju dengan cara pemenang di pilih. Ianya berdasarkan undian klik dari user bukan dengan cara diadili oleh mereka yang pakar dan berpengalaman. Pada aku itu hanyalah satu strategi untuk menghebahkan orang ramai mengenai award ini. Apa pun, tahniah kepada 10 website yang tersenarai dengan undian yang melebihi 4000 times.

Advertlets 728 x 90 Banner

Khai selalu tertanya-tanya kenapa Advertlets tak sediakan iklan yang bersaiz banner seperti Nuffnang. Akhirnya, Advertlets sendiri memahami yang blogger sekarang makin gemar dengan iklan yang lebar begitu. Bagi Khai iklan seperti ini lebih sesuai untuk diletakkan di footer dan paling penting saiznya yang lebar membuatkan blog nampak balance dan lebih kemas. Contoh, lihat di footer blog ini.. Scrool jangan tak scrool ke bawah.

Salam Maal Hijrah

Hari ni Maal Hijrah yang disambut oleh semua rakyat Malaysia yang beragama islam. Maal Hijrah lebih dikenali sebagai awal Muharam. Semoga dengan kedatangan tahun baru kalender Islam ini membuatkan kita mempunyai azam baru untuk ditunaikan dan menjadi peringatan kita tentang matlamat di Akhirat kelak. Selamat menyambut Maal Hijrah dari Khai buat semua pembaca dan ahli forums Scukz.Com.

Langganilah blog ini

Full RSS Feed || Free email updates || Favourite this blog

Khai menyeru kepada semua pembaca dan pelawat blog ini untuk turut serta dalam senarai mereka yang melanggan tetap setiap entri dan update di blog ini secara percuma. Buat pilihan samaada ingin diberitahu menggunakan Email, Feedburner atau jadikan ‘Favourite” di Technorati.

Mungkin fast update ini cukup untuk membuat kesimpulan setiap entri yang patut Khai tulis untuk beberapa hari yang lepas. Terima kasih kerana membaca blog ini dan Selamat beramal. huhu..

Bookmark entri ini

Bookmark

Boleh print kalau nak

 Print Artikel Ini.

Ditulis pada 12:32 pm 10 January '08 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 170 views
Dalam kategori: Daily Craps, Istimewa | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

37 Comments »

Comment by Fahmishah
2008-01-10 13:41:26

nufflets aku $15.06 je.

..
Comment by Khai
2008-01-10 14:32:11

jalan gak ko punye ek? dah bape lama pasang tu?

..
 
 
Comment by deennasour
2008-01-10 14:45:19

khai kita tak ada ckp khai ckp tak serupa bikin tau,,
tanya je pagi tu,,sorry ek~

takziah deen ucapkan kpd khai dan kpd deen yg dah tak jenguk blog kerek student mmu melaka tu,,huhu,,
erm…..

wah,,,teruk nyer khai kene tibai kat lim kok wing pasal video tu,,,ada tgk video tu dulu,,haha,,tak sangkat pulak jadi bahan perdebatan siap masuk dlm perhimpunan,,wah,,pelakon2 tu tak kene panggil ker?
tak pe…tahun ni khai masuk fstival filem pendek, kalau menang leh bersihkan balik nama,,,kang borang dah kuar deen bgtau….

erm..oops, nanti le kita laggan itoo feed…sorry kerana lambat melanggan..tak teringat…

..
Comment by Khai
2008-01-10 15:03:39

deen, ko jgn salah faham.. aku ngan ijud mmg dah kawan lama dari dulu lg.. and tu just cadangan aku je suh ko jgn la masuk lagi sbb dia mmg x suke ngan ko.. kan dia dah cakap tu.. itu kan blog dia so tu hak dia… dulu khai pon ade halau sorang mangkuk yg buat kacau kat sini.. jadi isu gak. maklumla orang tu ramai backup.. dia budak belagak yg terer gak la..

hurmm.. pasal video limkokwing tu, khai akan setelkan ngan cara baik ngan diorang.. nengok la camana..

jgn lupe subscribe taw!! sbb dah ingatkan tu..

..
Comment by deennasour
2008-01-11 03:24:04

tak pe,deen paham, teruskan hubungan baik itu~
semoga kekal hingga ke anak cucuk.eh apa pulak anak cucu,,
ke akhir hayat,,,
erm,khai rasa deen mcm ijud rasa ckp ek,,kite leh undur diri 🙁

erm,tahniah eh khai,,tgk result semester khai gempak!! wah,
heabt khai ni, nanti nak praktikal kat mana?
pg le filem negara,,nanti depa kasi filem,khai edit sendri,,
filem tu,….tak main lah video2 ni….
lupakan hal video,,,haha…

dah dah,,,deen dah subcribe,,,
sorry lambat ek khai..tak terperasan..ok..

(Comments wont nest below this level)
Comment by Khai
2008-01-11 06:15:38

Pasal practical, Year Leader Faculty of Multimedia Creativity sendiri dah jumpa Khai. Dari result yang Khai dapat, Dia cakap berkemungkinan besar Khai akan praktikal di Limkokwing University under CCC (centre of content creation).. Alhamdulillah la kalau macam tu.

So x perlula nak cari susah2 tempat praktikal lagi. Hoyea!

 
Comment by deennasour
2008-01-12 00:03:39

wow,,orang carik khai plak tu,
wah tahniah,,
nanti bila khai dah abis belajar mesti kerja carik khai dan bukan khai carik kerja kalau result khai terus gempak,,

 
Comment by Khai
2008-01-12 14:12:08

hehe deen.. thx ek atas kata2 semangat tu.. 😀

 
 
 
 
Comment by Mohd Ismail
2008-01-10 15:50:17

pelik gak aku sebenarnya ngan Nufflets ni… setakat ni baru nampak tiga iklan teks, dr Tebaboom, dr Real Time Radio, dan satu blog making money online.. ha ha.. aku yg jual teks sendiri pun dapat lebih byk dr tu… marketing fail ke ape… ha ha

*kalo org Nufflets baca, jgn marah.. aku cuma direktori iklan korang lebih banyak.. x la asyik kuar iklan yang sama.. kesian Khai & kami2 ni.. kan Khai kan?*

..
Comment by Khai
2008-01-10 16:28:57

betul sangatlah tu kata-katamu itu wahai mael oiii….. aku setuju 400%…

..
 
 
Comment by syuxx
2008-01-10 19:52:56

takziah di ucapkan kpd khai.
waw! klau tak singgah dkt blog ini tak perasan pulak ada advertlets 728 x 90 Banner.
huhuhu.
malang nya dah xlayan advert lagi. 🙁

..
Comment by Khai
2008-01-10 20:10:11

isk.. nape x layan adverts.. hurm, jgn caya sangat dengan program ‘dengki’ orang lain.. huhu

..
 
 
Comment by medic_khai
2008-01-10 20:14:13

khai ..
hahaha kuang selangor …
owh tidakk kampung kuu hahha ..
ermmM …
takziah diucpkan pada mr.khai …….
gred semua x bleh bla ..
bagus²
insyallah kot …. maybe nak ikut jejak mr.khai hehehhe ….

..
Comment by Khai
2008-01-11 06:19:30

terima kasih atas ucapan takziah tu… 🙂

..
 
 
Comment by hafreze
2008-01-11 06:28:59

well..aku dh puas hati ngan advertlets and nuffnang. seb bek tk letak nufflet. well, aku tk suke pasal nama die tue, tk kreatif lgsg. walaupun aku ni playboy berjaya, tapi pemilihan nama yg berdekatan dengan competitors is no-no. Macam Adidas laa, die nyer peniru adelah Adibas. Kalau korang pegi uptown, mesti jumpenyer..hahaha

..
Comment by Khai
2008-01-11 06:33:52

sebut pasal danau kota, aku tergelak nak pecah perut bila nengok underware tu gambar kat kotak (model pakai) nengok brand dia Body Glove.. skali aku belek2 kotak tu, sekali Body Love daaaa.. mana tak pecah perut.. hahahaha

pasal nufflets tu memang pun, dari dulu lagi dah nampak dia nye domain sangatlah tidak professional.. macam nak buat website budak2 plak main amik nama ni skit, nama tu skit.. 😛

..
Comment by hafreze
2008-01-11 06:50:03

yerla..tapi tk tau laa kan cmne nufflet nk idup. aku rs, kalau pricing die baik, sume org pun pilih die. tapi, untuk compete dlm dunia PPC nie, aku rs dh agak lewat. Adsense, YSM, and byk lagi kat oversea tue.

Just aku rs, the wrong thing is with their name.

(Comments wont nest below this level)
Comment by Khai
2008-01-11 13:08:57

bagi aku nama domain diorang tu macam “mengada-ngada”.. and tidak mempunyai apa-apa makna selain ambik skit advertlets dan skit dari nuffnang.. loser~

 
 
 
 
Comment by syia
2008-01-11 10:45:53

perr pack dengan byk isu lak blog post kali ni.. tahniah result cantik 🙂 tapi aiYok malaysian study kene la power sikit hehe we are MalaysiaN! whaha

..
Comment by Khai
2008-01-11 13:12:26

bukan sebab malaysian ke tak malaysian, tapi kan syia, subject tu mengganggu tumpuan subjek yang lain. sebab kene baca banyak2, kene buat note tebal2…. so lebih baik la khai tumpu kat subject yang lain.. yg minat and rasa boleh score…

..
 
 
Comment by HaRiZ
2008-01-11 11:02:43

Ler….Video tu kan dah lama…kenape pihak U tu nak ambik tindakan pulak? adeh…Ade Orang Hasut pihak atasan ke pasal Video tu? Bukan Buat Video Lucah lagipon….Buat Video suka2 hati cam tu pon kene marah….Tu La Mentaliti Orang Yang Tak Leh terima Kelebihan orang lain…ade je “PHD” yang tertanam dalam hati die…hehehe…maybe die jeles kot sebab die x mampu buat macam ko buat tu…

Aku pon pernah kene tegur jugak dengan pihak Pentadbiran poli berkenaan Gambar2 aku dalam blog tu..Diorang Cakap Terjumpe mase carik Jadual Berbuka Puasa tak silap aku…Dah tau Aku Islam Siap Suruh Aku mengucap semua pasal diorang in-charge aku Black Metal…hahaha….Nak tergelak pon ade mase tu…Die ingat aku murtad ke ape? hahaha..Susah la orang cam tu…Ni ke dikatakan “Hak Kebebasan Individu Bersuara”?

..
 
Comment by Khai
2008-01-11 13:20:46

hurm, itulah.. lain orang lain pendapat.. and kalau thinking about creativity, x patut rasanya dia nak jadikan video tu as issue….

haha, lawak la poli ko tu.. takpe la tu namanya dia risau.. amik berat kat ko.. hurm, hak kebebasan suara tu x kan dipandang oleh mereka yang berpangkat tinggi…

..
 
Comment by shadowX_19
2008-01-11 14:28:08

panjang tul entry ko. byk tul episod die.. huhu..

pasal nufflet tu tah a. aku pun dah remove iklan tu. akaun aku ade $15 je. tapi cam tak caye je aku tgk…

takziah buat pakgah ko tu.. al-fatihah. pasal video wrestling tu kengkadang buat aku menyampah gak tgk sbb masing2 tak pakai baju then wat aksi dlm bilik. kalo wat aksi kat tgh padang tu ok gak a even nak letak logo collage ko tu.

terer ko erk.. pointer setaraf aku. tapi tang BI same la kite. huhuhu

..
Comment by Khai
2008-01-11 22:05:12

wohoo… kire ko pon 4 flat melambak la ek… ;))

..
 
 
Comment by gurl life
2008-01-11 17:40:46

ucapan takziah jgk wat syg atas pemergian pk ngah yg tersyg… al fatihah wat arwah..

then, tahniah ntk syg coz dpt result yg gempak tu..smoger impian syg mjd kenyataan suatu hari nnt okies syg….i love u forever..

..
 
Comment by Truckster
2008-01-11 20:08:48

Takziah diucapkan kepada Khai dan Keluarga….pegi dan kembali adalah lumrah hidup

..
 
Comment by azleah
2008-01-12 02:23:00

cepatnya dah masuk sem 5, setahu saya la… korang sepatutnya 4. uhh.. kolej swasta kan, no comment la. laaaaa.. best apa malaysian studies ;p hahaha…

..
 
Comment by azleah
2008-01-12 02:27:23

owh iye… result khai bawah cket dari kechick punya ;p huhu… apsal la lelaki ni smart ek.. x belajar pun boleh gak dapat 4 flat

..
 
Comment by alamsetia
2008-01-12 15:59:27

Bagus highway tu, mudah sikit nak ke KL. Ta tau ler tolnye berapa nanti….

..
Comment by Khai
2008-01-13 04:24:01

lecturer khai cakap dalam RM2.50 macam tu la lebih kurang…

..
 
 
Comment by pat
2008-01-13 21:48:00

waa result ko mmg best…hehehe result aku pown best gak weeks..
yg penting web publishing aku dpt 4 flat haha sronok gler.. thanks to Sir SMK muaxx..

n takziah bout ur pakngah ek khai…

..
Comment by Khai
2008-01-14 17:46:29

ko mmg layak dapat 4 flat pon pat untuk subjek SMK tu.. really nice and nice job, pat…

hurmm, pasal pakngah tu, doakan roh beliau ditempatkan bersama orang2 yang beriman..

thanks ek!

..
 
 
Comment by musnazdotnet
2008-01-14 14:59:05

serius khai dah tahap superman dah nih! syabas! keep it up bro!

..
Comment by Khai
2008-01-14 17:48:02

xnak superman.. nak batman. hahaha.. thanks bro!!

..
 
 
Comment by gie
2008-01-23 07:31:45

yosh khai..aku terpakse gune proxy server ni…hahaha…aku nak komen panjang…
1. takziah atas pemergian pakngah..semoga rohnya dicucuri rahmat….
2. Nufflets eh…ko beruntung lagi daripada aku….entry terbaru aku siap ade shot earning lagi…
3. wow.video tu jadi isu ke…aku ade simpan file tu..ko nak aku delete gak ke…?takya la…kenangan tu…
4. congrat dapat 4 flet tuk 4 subjek…gilak arr A+ tu…kau bace ayat ape sampai dapat camtu…huhu…btw,apesal A- pun dikira 4 eh…? tak aci betul..tempat aku dapat 3.67 kalo A- ni…
5. Youth aku tak pegi kot….nak prepare presentation ngan kerja laa…

chalos…he 😀

..
 
Comment by Nabil Feisal
2008-01-31 11:37:46

Khai,

Saya minta maaf kerana Nufflets dahulu tidak membawa earnings cukup untuk anda.

Dgn itu, Gokita telah launchkan Gokita Content Network.

Sama seperti Ad yang dulu, tetapi sekarang dgn Content Network, anda akan memaparkan news & content daripada Partners kami.

So content daripada Gokita akan sentiasa fresh & terbaru! Dan anda boleh membuat duit melalui program Content Network ini.

Ada apa2 soalan?

Regards,
Nabil

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post

  • The Zestful IcedNyior »  Blog Issues

Apa Entri sebelum dan selepas entri ini?