Baju Raya?

justkhai-hari-raya-2

Bulan Ramadhan tahun ni lain macam sikit untuk aku. Iyelah buat pertama kali dapat bersahur berdua dan berbuka berdua suami isteri. Alahai indahnya hidup bila difikirkan. Heehee. Kadang-kadang kita kejut dia, dan kadang-kadang dia pula kejut kita. Kadang-kadang dua-dua bangun lepas azan subuh. LOL! Dulu kalau bukan dengan member, kadang-kadang berbuka pun seorang-sorang apalagi bila bersahur. Sedih rasa hati. Perut yang lapar pun jadi kenyang sebab hilang terus selera makan.

Raya tahun ni tentulah lagi menarik sebab selama ni dalam family, Khai je yang tak ada pasangan lagi dalam 6 beradik kami. Lain semua dah kahwin (4 akak 1 abang). Bila ambil gambar family tu memang tak balance sebab ada sorang budak ni forever-alone sorang-sorang je tak ada orang kat sebelah dia sudi jadi pasangan. Jadi tahun ni mestilah best lagi sebab kekosongan telah diisi dengan begitu sempurna. Terasa dia amat champion. Cewah!

Raya tahun ni juga si dia request nak tema warna biru putih. Dah macam warna tema Barisan Nasional daa. Si dia cakap suruh pakai samping masa nikah hari tu. Jadi hanya perlu beli baju ajelah nanti. Sebenarnya Khai ni bila raya langsung tak pernah kisah pasal baju raya baru apalagi sibuk pasal warna tema segala ni. Kalau elok lagi baju raya 2 3 tahun lepas, itulah yang disarungkan bila raya sebab memang jenis malas betul nak shopping cari baju raya ni. (more…)

Posted on 28 July '13 by , under Hidup Khai. 18 Comments.

PLUS Ronda sangatlah terbaik! Superb!

Salam semua. Hehe lama tak update blog. Khai balik kampung dari Jumaat sampai Rabu. Kat kampung pulak Streamyx mak Khai dah potong since takde sapa nak pakai pun internet tu. Paiseh! Astro saluran sukan pun dah takde. Pun mak Khai cancel subscribe sebab takde sape nak nengok. Paiseh lagi sekali! Hahaha. Nasib ManU menang aritu lawan ManCity.

Pagi tadi dalam pukul 8 pagi Khai gerak balik KL. Nak mulakan kehidupan macam biasa balik. Makan tido online! Makan tido online! hahaha!!

Tadi kat highway persimpangan Kajang nak ke tol Sg Besi boleh minyak habis pulak. Alahai cam siak je! Ingat cukup la nak sampai KL sekali tak lepas. Korek block lagi, padan muka! Huh! Then nasib berhenti betul-betul dekat telefon kecemasan tu. First time Khai guna menda alah warna oren tu. Lawak siot! Sempat lagi buat live blogging. Cuba korang nengok entri terbaru kat blog live blogging Khai tu. Hahaha!

Nak dijadikan cerita, Khai call pihak PLUS guna kotak oren tu. (more…)

Posted on 23 September '09 by , under Hidup Khai. 74 Comments.

Selamat Hari Raya 2009 Kepada Pembaca JustKhai


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam. Wallawei! First time ni tulis entri kasi salam dulu. Selalunya main redah je taip tak ingat dunia. Ye lah bulan puasa ni kot, sekali-sekala nak memikat hati bakal mak mertua kalau-kalau lah dia baca blog ni. Wawawa..

Khai dah shopping malam Isnin lepas kat Downtown Shah Alam dengan member-member. Thanks Edie sebab drive’kan pergi sana. Khai kalau jalan Shah Alam ni memang failed la kot. Petang sebelumnya dah pergi Mid Valley sebab ada sale. Ingat nak beli baju melayu tapi last-last tak jadi sebab takde yang berkenan. Khai kasi je RM100 kat akak Khai suruh carikan. Selera perempuan ni rasanya lagi tinggi dari lelaki kan? So kita suruh la orang perempuan ni yang carikan. Hehehe.

Khai ada buat live blogging masa shopping tu. Kalau ada yang rajin jenguk-jenguk Blog Live Bloging Khai tu, tahu la kot?

Raya mungkin hari Ahad tapi Khai balik awal sikitlah sebab nak tolong apa yang patut mak abah kat kampung tu. Korang pun jangan lupa balik awal sikit kalau berkesempatan. Tolong’lah lap tingkap ke, kipas ke, cat rumah ke, kacau dodol ke, buat kuih ke atau apa je la pun yang boleh ringankan beban diorang. Khai kalau dah nak raya memang suka tolong mak Khai buat kuih raya je. Tapi tak tolong mana pun setakat kacau tepung dengan telur guna mesin tu boleh lah. Dari kecik memang Khai suka buat benda tu sampai la ke besar. Hahaha!

Lagi satu kalau mak Khai buat kuih gunting, Khai suka main mesin leperkan tepung tu. Lepas tu masukkan pulak dekat mesin yang gunting tepung tu. Pebret oh! hehehe. Yang lain maaf mak sebab orang makan kuih raya tahu la kot. Belum sempat jiran-jiran nak datang habis satu balang Khai belasah. Lepas tu malas nak isi balik pulak tu. Kene lah bebel kejap. Pokpekpokpek macam mesin 20 sen. hahahaha!! Love u mak! (more…)

Posted on 16 September '09 by , under Hidup Khai, Istimewa. 78 Comments.