Aku lebih menderita sebenarnya..


Beberapa hari lepas, sekali lagi Khai menjadi orang tengah bila ada member-member Khai yang gaduh. Before, kalau lelaki dengan lelaki tu gaduh, jadi hero tu biasalah. Tapi bila couple yang gaduh dan ianya melibatkan soal hati dan perasaan, bukan semua orang mampu menjadi hero.

Siapa dan pasangan mana, biarlah ianya menjadi rahsia. Takut-takut kawan Khai tu terbaca pulak artikel ni nanti. Nak dipendekkan cerita yang lelaki ni memang kawan baik dengan Khai. Yang perempuan tu juga kawan Khai tapi kenal-kenal macam tu je la kan. Lebih-lebih nanti takut kena pijak pulak dituduh merampas kekasih kawan sendiri. Hehe..

Nak dijadikan cerita, si gadis menghubungi Khai lepas sahaja bergaduh dengan teman lelaki dia yang juga kawan baik Khai. Sebuat pasal kawan baik ni, Khai kenal sangat siapa dia dan bagaimana sayangnya dia kat si gadis ni. Bila si gadis ni call, suruh Khai jadi watak utama supaya dapat jauhkan lelaki ni dari dia, bukan perkara yang mudah rasanya.

Kata si gadis, dia memang sayangkan si jejaka tapi dalam hatinya terbagi sayang pada lelaki lain. Tapi sayang kepada si jejaka ni tadi lebih dari lelaki yang lagi satu (FYI, lelaki lagi satu tu adalah ex dia yang kembali menagih cinta). Khai potong kata dia sebab kata-kata macam ni tak ubah hanya perangai seorang wanita yang selalunya takkan pernah puas mengejar kesempurnaan. (more…)

Posted on 20 May '09 by , under Hidup Khai, Kisah Cinta. 72 Comments.