Berbicara soal idola, saya gemar untuk membahagikannya kepada dua iaitu idola kecil dan idola besar. Idola besar saya hanya ada tiga insan yang benar-benar saya ikuti perkembangan kisah hidupnya.
Idola besar pertama saya, pastinya ayahanda saya sendiri. Kesusahannya membesarkan kami 6 beradik dulu, banyak mengajar saya erti kesusahan. Mengajar saya erti suka-duka menjalani liku-liku kehidupan selagi hayat dikandung badan. Segala pesanannya, sudah lama mendap di jiwa. Segala peringatannya, telah lama terbuku di hati. Tanpa dia tiadalah saya di sini. Tanpda dia, saya tidak akan berdiri di atas kaki saya sendiri seperti yang saya dapat lakukan hari ini. Pendirian hidupnya, sememangnya tebal membuku di dalam jiwa saya. Cara saya melayani orang lain dan bagaimana saya “kena semula” dengan orang lain, lebih kurang sama dengan dia. Dia idola terbesar saya walau sukar untuk saya menceritakan segalanya tentang dia. Apa yang penting saya sangat sayangi dia dan saya percaya, setiap dari kita juga pasti menjadikan ayah sendiri sebagai role model utama di dalam hidup, bukan? (more…)
Kadang-kala Khai terpikir, mengapa dunia ini tidak adil. Mungkin korang juga pernah terpikir. Ok macam ni, ramai orang kaya yang kaya dengan sesuatu dari alam-semulajadi. Ini bermakna, dia boleh kaya sampai tahap melampau dengan apa yang Allah kurniakan untuk kemudahan umatNya bersama. Pernahkah Tuhan beri hak kepada sesiapa khazanah alam berikut? Khai agak tidak faham mengapa wujudnya tuan tanah. Dia ke yang buat tanah tu? mengapa bila kita nak beli tanah tu kena bayar mahal-mahal? betul ke itu tanah dia? bagaimana dia dapat tanah tu? siapa yang beri? dan yang pastinya, tiada siapa yang berhak memberi hak itu kepada dia kecuali dari Allah Swt. Jika Khai silap, sila betulkan.
Begitu juga dengan billionaire dalam dunia ni. Bill Gates kini dah jatuh tangga ke-3 manusia paling kaya di dunia. Bill Gates berhak menjadi idola Khai kerana dia mencipta sesuatu dari apa yang di mampu. Dia mengasaskan Microsoft dan memberi kemudahan kepada dunia menggunakan akal-fikirannya. Bagaimana pula dengan manusia terkaya di Malaysia? Mereka kaya melalui gula, minyak & macam-macam lagi khazanah tersedia. Ya, minyak yang 100% sedia ada hasil kekuasaan Allah SWT.
Untuk yang kaya melalui minyak, kalau difikirkan, bagaimana minyak itu boleh dikatakan hak dia? Lupakan itu dulu. Sekarang fikirkan mengapa dia boleh kaya dengan minyak. Dia gali-gali minyak dan jual kepada dunia. Kalau minyak di situ takkan habis sampai bila-bila, ini bermakna 18 keturunan dia atau lebih pun akan terus mewarisi minyak anugerah Tuhan itu. Kalau nak dibezakan dengan Bill Gates, bayangkan jika Microsoft kekeringan idea, makan ternoktahlah karier Bill Gates buat selamanya. (more…)
Posted on 6 July '08 by KhaiHassan, under Daily Craps. 50 Comments.