Review: BlackBerry Torch 9800 dari Celcom

Sekarang semua orang sibuk bercakap pasal BlackBerry® Torch™ 9800. Maklumlah benda baru keluar semua orang sibuk bercakap kan? Sama macam iPhone 4 baru-baru keluar hari tu (sekarang semua dah senyap).

Selepas kehangatan iPhone 4 mula reda, dalam diam-diam pihak Research In Motion (RIM) telah mengeluarkan BlackBerry Torch ini dan sekaligus memadam terus kata-kata peminat Blackberry kononnya untuk membeli iPhone 4 sebelum ini. Aku tak pernah guna BlackBerry tapi akak-akak aku memang hantu BlackBerry dan memang aku selalu try BlackBerry diorang. iPhone semua ni macam sampah je bagi diorang. Kenapa agaknya ya? Kerana setiap orang mempunyai minat yang berlainan. Kalau minat semua orang sama, jangan tanya kenapa korang nampak seorang perempuan berjalan dengan 10 orang kekasih. Fuh! Tak rela dowh! Tak pun semua orang pakai baju warna merah sampai berdarah mata korang nengok.

Dalam banyak-banyak jenis Blackberry, BlackBerry® Torch™ 9800 dengan the new BlackBerry 6 OS, ada sedikit membuatkan aku sedikit teruja. Sebab aku memang peminat touchscreen phone. Dah tak musim la button ada keypad-keypad ni. Membazir ruang skrin je. Elok-elok dapat layan video dengan screen besar, dah terpaksa jadi kecik sebab keypad makan ruang yang besar. BB Torch memang ada keypad kan, tapi sebab dia boleh slide, so skrin dia agak besar dari kebiasaannya. Touch screen paling penting sebab memudahkan. Kekurangan pada Blackberry yang pernah aku guna sebelum ni, skrin dia yang kecil. So bila surf apa-apa website, rasa tak puas betul selain leceh gila nak gerak dari satu ke satu link yang lain.

Korang tak pernah tertanya-tanya ke kenapa golongan artis seperti Intan Ladyana, Awal Ashari, Scha Alyahya, Lisa Surihani, Lady Gaga serta ramai lagi dan golongan super-berjaya (CEO, Managing Director whatsoever) untuk kompeni besar semuanya guna BlackBerry? Ini kerana BlackBerry ni memang phone yang berada di dalam kelas’nya sendiri. Orang yang pakai BlackBerry ni, kebanyakkan orang yang business minded dan berduit. Korang pakai BlackBerry, sure kawan-kawan korang akan cakap “Waaaa! Blackberry siot”. Kahkah! Padahal tak tahu ada yang kumpul duit berbulan nak beli BlackBerry sebijik. Hehe. (more…)

Posted on 26 October '10 by , under Gadget, Review. 37 Comments.