Thanks Doughlas Lim dan Popiah Picture coz dah release lagu-lagu soundtrack dari drama Ghost season 1 dan 2. Fuh, memang teruja. Selain kekuatan dari skrip, pelakon dan plot cerita, antara faktor yang menjadikan Ghost sebagai drama keluaran tempatan terbaik adalah soundtrack di dalam ceritanya. Tahniah kepada pencipta lagu dan penyanyi lagu-lagu ini, Douglas Lim dan Chelsia Ng. Sedap gila kot suara Chelsia Ng ni! Jatuh chenta, serius!!
Ada 10 lagu kesemuanya, dan korang boleh download mana satu yang rasa nak di’download. Tiada sebab untuk mengatakan blog ini menyebar mp3 tanpa izin since semua lagu ini adalah public release dari Ghost kepada peminatnya. Kalau tanya Khai mana satu yang best, ada dua je favourite Khai since cerita tu main kat 8TV lagi iaitu Butterfly (dalam Ghost season 2) dan juga Masih Jua Mystery (Ghost season 1 dan 2). Jadi silalah download buat koleksi sementara stok masih ada.
Litle bit busy nak update blog. Tapi pagi ni Khai nak jugak blog. Because of what? Mungkin Khai terlambat tahu pasal cerita yang, arghhhhh.. susah nak describe.. cuma satu je yang boleh Khai katakan, amaze!!
Ghost! Cerita ni kat 8TV maybe awal tahun dulu. Khai pon tak berapa perasan since mana la ada masa nak nengok-nengok iklan kat TV ni kan. Lagi-lagi masa tu ngah struggle untuk semester 5. Dua hari lepas bila usya Youtube, Khai entah camana, boleh tertengok video clip lagu tema cerita ni. Klik punya klik, tiba-tiba tersesat kat satu episod. Terus Khai habiskan 10 episod dalam masa dua hari. Kalau tak memang nak habiskan dalam satu hari je, tapi apakan daya, mata Khai ni belum cukup power untuk bertahan 24 jam. Kalau boleh, of coz Khai sanggup demi kerana drama ni. Even Khai terlalu banyak perkara nak kena siapkan pun, Khai sanggup “buang masa” untuk habiskan jugak cerita ni as soon as possible.
Thats why, korang mesti nengok. Mesti!! Mesti dan mesti!! Khai tak tipu sebab bagi Khai orang gila je yang akan cakap cerita ni tak best. Serious!! Dan Khai tahu ramai antara korang yang dah nengok cerita ni dulu. So ape korang rasa ye? Best gila kan? Sampai sekarang Khai tertanya-tanya, betul ke cerita ni Malaysian yang buat. Oh no! I’m amaze!! Inspiring betul cerita ni.
Tahniah untuk para pelakon dan production yang terlibat untuk drama bersiri “Ghost” ni. Naz Rahman yang dulunya just pengacara Kelab Disney Malaysia punya lakonan memang mantap!! Sheryl Samad pon.
Poll sebelum ini "Siapa yg lebih wajar mendapat datuk berbanding SRK" dimenangi oleh Aznil Nawawi dengan 43% dari 340 undi. Lihat Poll Archives untuk maklumat lanjut.
Langganan
Gunakan button di bawah untuk bookmark blog ini di ke dalam browser anda. Juga ke web-web feed popular lain.
Well, blog pertama dalam hidup Khai masih wujud lagi. Kalau rasa nak baca, dipersilakan.
Facebook Fan Pages
Oh! Media FanPage since 18 Feb 2010
For those silent readers, come-on, Join our discussion... boleh?
NOTIS: Semua artikel di dalam blog ini adalah hak milik peribadi yang dilindungi oleh Akta Hakcipta Malaysia. Sebarang pengambilan artikel untuk dipamerkan di dalam blog lain adalah memerlukan persetujuan pihak kami terlebih dahulu. Sebarang aktiviti copy paste tanpa kebenaran, akan dikenakan tindakkan undang-undang. - Oh! Media Network.